Ye,inilah hidangan dinner awal Cik Sue,makan selepas solat maghrib,apa ni? Ye inilah menu di Restoran Asam Pedas,Bangi ,Cik Sue pernah cerita di SINI ,sila klik untuk baca ye.
Apa menunya?
Nasi putih
Asam pedas pari
Ikan pekasam lenggong goreng dengan bawang dan cili
Tauge goreng ikan masin
Teh 3 layer
Soda cincau
2 air suam
Pagi tadi dah keluar ngan Cik Qaseh pi Halfest kat MIECC,Mines konon-konon nak lunch ngan dia.Dia pulak kata kenyang lagi dan bergegas balik sebab nak masuk keje pulak.Lepas hantar dia balik rumah,memang tak lunch,tertido sekejap,terbangun mandi dan solat Asar,dapat call dari Mr D ajak dinner,apa lagi,bagai kelaparan di beri pinggan ayam golek la ngeeeee.
itula kisahnyaaaaaa....
Oh ya,sekarang kalau makan kat kedai Cik Sue dan Mr D memang akan order air suam segelas sorang,kena minum air putih/air jarang/air masak banyak-banyak,wajib!
bisik-bisik:
Cik Yanty la ni ngajor makan kat kedai ni
dah tersuka asam pedasnya.
tq la mucukkkkk....