Kalau korang ke Cyberjaya mesti perasan kurang kedai makan atau restoran menghidangkan menu tradisi melayu kan? Yang banyak masakan Timur Tengah seperti Arab,Lubnan,Pakistan dan lain-lain.Selain tu banyak juga restoran Jepun ,Korea dan Chinese Food.
Meh nak kenalkan kafe masakan melayu yang korang tak nyesal la kalau try,kafe berkonsep katering dengan masakan melayu asli.
Bayou Coffee House,Kelab Komuiniti Taman Tasik Cyberjaya menghidangkan menu-menu masakan kampung.Bulan lepas ia menjadi penaja
Bloggers Day Out Kelabbloggerbenashaari ,sempat la Cik Sue merasa masakan mereka.
Selain mengambil tempahan untuk seminar dan kursus ,mereka juga menyediakan katering perkahwinan untuk majlis-majlis di sekitar dan yang diadakan di Kelab Komuniti ini.Korang boleh booking awal-awal ye.Memang berbaloi.
Jom tengok apa yang Cik Sue makan masa BDO tu :
![]() |
tapai pulut- manis yang sedang-sedang je,sedap makan sejuk2 |
![]() |
pelbagai hidangan ala kampung |
![]() |
pelbagai pilihan sambal |
![]() |
cekodok pisang! yummyyyyyy |
![]() |
labu masak lemak,perghhh betul2 kampung |
![]() |
sayur masak lemak putih |
![]() |
ikan tenggiri masak sambal |
![]() |
ayam goreng |
![]() |
ikan masin bulu ayam goreng garing |
![]() |
sambal kering tempe |
![]() |
pelbagai pilihan kerabu |
![]() |
gulai rebung |
![]() |
tembikai sebagai desert |
![]() |
rendang daging yang sgttttttt sedap |
![]() |
paru goreng berempah |
Ruang makan yang selesa juga menjadi tarikan untuk makan di sini,tengoklah gelagat masing-masing masa BDO tu,blogger pantang jumpa makanan biasa la tu hehehhe.
![]() |
nak makan ke tak ni? |
![]() |
ngan makanan pun nak selfie hehhe |
![]() |
ruang yang luas dan selesa |
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan korang boleh hubungi talian di bawah atau emel je ke emel di bawah ye :
Tel : 03-8318 0008
Emel : bayoucateringcyberjaya@gmail.com
bisik-bisik:
Berbaloi kalau buat majlis perkahwinan di sini ,satu tempat dan siap pakej lagi.