Alhamdulillah,segalanya berkenaan Hari Penting Cik Sue dah selesai.Bersyukur sangat-sangat,leganya tuhan saja yang tahu.Memuakan hidup baru dengan Mr D yang sah berstatus suami sekarang,tiada banyak beza dari segi rutin harian,cuma penambahan tanggungjawab je la.Kerja-kerja masih seperti biasa ,hanya sedikit pertambahan kalau dulu sorang sekarang berdua.
Alhamdulillah juga di permudahkan dapat rumah tuk jalani hidup berdua yang asalnya rumah sewa bujang Mr D ,terima kasih banyak housematenya yang sudi keluar cari rumah lain dan bagi kami peluang tinggal di sini.Tak besar mana,sederhana namun cukup selesa tuk kami dan family bertandang dengan suasana kampung yang Cik Sue memang idamkan.
Rumah masih dalam proses make over,maklumlah si bujang susun aturnya tak sama dengan selera orang dah kahwin kan hehehe.Masih beransur-ansur angkut barang dari rumah lama,masih perlahan-lahan mengemas segala barang-barang.
Syukur juga walau baru kurang lebih 2 minggu bersama,Mr D banyak bertimbang rasa dengan perangai bini dia ni,biasa la ai kan degil hehehe...harap bertabah ye,tapi kalau salah, diam je la.
Perasaan sekarang? lega syukur dan tenangggg...Terima kasih Allah,sesungguhnya aturan Mu sangat cantik,Kau tahu apa yang ku perlu bukan apa yang ku mahu,syukur.
Insya Allah nanti Cik Sue update cerita majlis di dua-dua belah pihak,persiapan,sponsor dan sepanjang majlis berlangsung ye.
bisik-bisik:
Macam tak percaya je dah jadi Puan hehehe