Alhamdulillah majlis perkahwinan Cik Sue berjalan lancar,hampir 3 minggu lepas.Dan syukur juga segalanya berjalan seperti di atur walau ada kecacatan sedikit sebanyak namun masih boleh di baiki.Terima kasih banyak kawan-kawan yang sudi membantu serta saudara -mara dan adik beradik.
Cik Sue memang puas hati sebab segalanya di uruskan sendiri,ai la pengantin,ai la wedding planner.Dari hantaran,inai sampai baju pelamin,menu kenduri semua sendiri tentukan.Syukur sebelum ni banyak uruskan majlis sepupu,adik,kakak dan kawan-kawan,jadi dah ada pengalaman sikit-sikit di samping nak berjimat seboleh mungkin.Tapi yang lain tu nanti Cik Sue cerita di lain entry ye,kali ni nak cerita hal pelamin dulu.
Apa yang cik sue tahu masa nak tentukan pelamin ni ada beberapa perkara atau guide untuk kita pilih,antaranya :
1. Pelamin yang macam mana? - untuk pelamin sanding saiz besar atau mini pelamin,majlis di rumah atau dewan,sebab nak kena pikir saiz serta kesesuaiannya.Macam Cik Sue pelamin hanya untuk bergambar kenangan dan di rumah sahaja so dah plan nak buat mini pelamin je.
2. Kos -Berapa bajet korang? itu menentukan jugak design dan bentuk pelamin macam mana ye.
3. Di mana nak pasang? - indoor atau oitdoor
4. Design dan prop-yang ni boleh tengok kat kedai la contoh-contohnya.
Ok,pelamin Cik Sue untuk sebelah lelaki pun cik sue dan Mr D yang buat sendiri,kami hanya sewa barang je dari kedai Your Diy Project yang terletak di Lake Field ,Sg,Besi Cik Sue mulanya google sewa barang diy pelamin,pastu dapat la kedai ni.Kita pilih barang ,pastu pi kedai tengok dan bayar deposit,kena awal tau,sekurangnya 2 or 3 minggu sebelum majlis.
Tiada penghantaran barang ,kena amik sendiri dan hantar sendiri.Cik Sue ngan Mr D angkut pakai persona je,Alhamdulillah muat,kena pandai-pandai susun la.
Antara yang Cik Sue sewa :
Cik Sue amik pakej pelamin asas ,korang boleh tengok kat sini ye klik
![]() |
besi jet untuk background |
![]() |
platform pentas,cik sue amik 4 |
![]() |
bunga pelamin,boleh pilih warna dan diorang gubahkan siap2 |
![]() |
walkaway flower,boleh pilih warna |
![]() |
kain background,boleh pilih |
di hari kejadian |
![]() |
ni signboard kedainya. |
Untuk maklumat lanjut korang boleh dapatkan melalui detail di bawah ye :
Your Diy Project
No 6-1,Jalan Tasik Utama 7,
Medan Niaga Tasik Damai,
Sungai Besi
Tel : 03-90543169
Alang-alang dah cerita pasal pelamin ni kan,cite gak la pelamin belah pompuan ,kenduri umah Cik Sue la,ok yang ini tak sewa ,totally sendiri,barang yang ada sendiri,gigih buat sendiri,Barang-barang sebenarnya recycle yang adik-adik dan sepupu-sepupu sebelum ni,barang yang sama tapi ubah design.Alhamdulillah ok je.Jimat.Pakai je apa yang ada.
hasilnya,kalau nak tau 3 minggu sebelum majlis dah siap,heheh kebetulan cuti terus buat. |
hari kejadian |
Itulah cerita pelamin di hari perkahwinanku cewahhhh...hehehhe
Alhamdulillah kos yang belah lelaki yang sewa tu tak sampai rm400 pun,dan yang belah perempuan zero kos sebab recycle dari kain,backdrop,bunga dan segala semua recycle heheheh.
Sapa-sapa yang nak buat majlis tu,kalau rasa tak perlu takpayah la buat gah-gah sangat ,kekadang less is better,buat simple-simple pun dah cantik ,dalam gambar pun cantik juga.Yang penting pandai sesuaikan warna dan design tak yah la sarat-sarat sangat,Tapiiiiiiiiiiiiiii kalau banyak duit dan modal ok je nak buat pelamin grand-grand pun.Macam Cik Sue ni tak sanding,pelamin hanya tuk amik gambar je.