Pagi-pagi hari minggu buka suratkhabar,nampaknya mangsa banjir makin meningkat di 191 pusat pemindahan banjir dengan 60,851 mangsa di seluruh Pahang dan Terengganu,ini di katakan kerana hujan yang berterusan turun dan gelombang kedua yang akan mengancam kawasan banjir tersebut di jangka berlaku.
Nampaknya di Kuantan masih menjadi daerah paling teruk kena banjir tahun ini.Di ikuti Pekan,Maran dan Rompin,berita terbaru Temerloh,Raub pun dah naik air di sesetengah tempat.
Lipis pun dah ada 53 mangsa yang di pindahkan,haihhhh risau pulak fikirkan keluarga di Lipis,harap-harap tak terlibat la hendaknya.Ma ngan abah tu bukan bukan larat dah nak mengemas barang.Dah la minggu depan kenduri sepupu Cik Ngah kahwin buat kat rumah tu,alahaiiii..kenduri dalam hujan la jawabnya.
Di Terengganu pun khabarnya situasi juga sama,terutama daerah Kemaman yang terjejas teruk.
Jangkaan Jabatan Meteorologi Malaysia,keadaan ini akan berterusan sehingga 9 Disember nanti,harap-harap penduduk di kawasan terbabut dapat lebih bersedia untuk gelombang kedua ini,dan Cik Ngah berharap sangat bantuan di salurkan dengan telus,tulus dan ikhlas,serta menyeluruh sampai kepada mangsa.
Dalam keadaan yang terdesak dan perit seperti ini,tak perlu rasanya kita bermain sentimen politik dan berpuak-puak,yang penting mangsa yang perlu di selamatkan,kita masih bersaudara sesama Islam,lagipun kalau negera orang kita boleh menghantar bantuan secara efektif,kenapa tidak di negara sendirikan,kepada sesama kita.ermmmmmm