Quantcast
Channel: Catatan Sue Izza
Viewing all articles
Browse latest Browse all 683

Resepi Kepah Tumis Tomyam

$
0
0

Salam Ahad semua,apa aktiviti hari minggu korang hari ni? Cik Sue 2 hari di hujung minggu ni sibuk dengan misi Monthly Cleaning rumah hehehe.Kebetulan Mr D tak keje sabtu ahad jadi mintak dia tengokkan anak,sementara Cik Sue setelkan rumah.Dari sebelum bersalin sampai Humaira dah 3 bulan ni,memang dapur dan ruang makan tak bermop setakat sapu dan kemas biasa-biasa je.Hari dapat la lebih sikit,basuh apa yang patut,sorting buang apa yang tak perlu.Jadi lunch simple je la,masak nasi,Cik Sue tumiskan kepah ni,goreng ikan dan ulam timun.

Kepah ni beli masa gi Kuala Selangor minggu lepas lagi.Beli kat pasar Pasir Penambang,buh ais dalam box balik rumah bekukan,Alhamdulillah segar lagi.Jom tengok resepinya :

Bahan:
1/2 kilo Kepah
2 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji tomato
1 sudu cili boh
2 sudu sos cili
1 biji cili besar,belah buang biji dan potong dua.
sedikit carrot
3 helai daun limau purut
1 batang serai di ketuk.
1 pek paste tomyam
sedikit bawang besar di mayang bulat
garam dan gula secukup rasa.

Cara :
1. Blend bawang putih,merah,halia dan tomato.Tumiskan bersama paste tomyam dan cili boh.Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan sos cili,daun limau purut,cili merah,carrot dan serai.Gaul rata,perasakan dengan garam dan gula.
3. Masukkan kepah,gaul rata,biar mendidih seketika,bila kulit kepah dah terbuka,masukkan bawang besar dan gaul rata,bila bawang layu,tutup api dan hidangkan.

Senang je,masakan simple je.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 683