Quantcast
Channel: Catatan Sue Izza
Viewing all articles
Browse latest Browse all 683

Honestbee memudahkan kerja surirumah

$
0
0
Hai korang,ni Cik Sue nak tanya,biasa shopping barang dapur kat mana? Kalau Cik Sue dulu-dulu zaman bujang dan berdua je tak de anak lagi suka gi pasaraya sorang-sorang,tak suka ajak Mr D nanti sibuk penat la ,lenguh la,nak balik la,lama sangat la pilih barang hehehe.Bila pergi sorang-sorang aman sikit nak pilih barang,nak belek-belekkan.Tu masa boleh pergi sorang-sorang la,sekarang dah ada “handbeg bergerak” aka Humaira ni,agak payah ak gi pasaraya dan berlama-lama pilih barang kalau sorang-sorang.Terpaksa tunggu Mr D ada,selalu hujung minggu je la,sebab kalau pergi sorang-sorang mana nak tolak stroller mana nak tolak troli pasaraya lagi,kang Humaira meraung lagi,adoiiii kang habis dok susahkan semua orang.Kalau terdesak sangat pergi kedai runcit di kawasan rumah je,tapi selalu tak banyak barang yang Cik Sue nak tu ada.



Tapiiiiiiii,baru-baru ni Cik Sue dah jumpa satu website shopping barang dapur tau,bukan sekadar barang kering,barang basah pun adaaaa.Ya Allahhhhhh,lega sangat,dah la ada penghantaran ke muka pintu lagi.Dan yang bestnya ada barang-barang import yang halal juga,kekadang Cik Sue ni suka masak hidangan western,memang mudah.Segalanya ada,dari bahan kering untuk memasak,bahan baking,makanan siap di makan,malah barang-barang kelengkapan rumah,pencuci,ubat nyamuk pun ada tau.


Honestbeemy Sangat Membantu.

Yaaaa,inilah dia laman www.honestbee.my,mula-mula klik teruja Cik Sue,cukup lengkap,sampai rambang mata.Yang bestnya dekat sehari pilih barang,siap boleh rehat jap makan minum,pastu sambung shopping lagi hahahahha,ye la kat rumah je kan,apa ada hal.Sambil susukan Humaira pun boleh klik-klik,Ya Allahhhh,syurgaaaa sangat rasanya hahhaha.
Konsep dalam honestbee ni ada banyak kedai,korang pilih je barang-barag dari kedai tu,oh ya,siap ada kedai bunga tau hehehehe,sib baik Cik Sue kurang minat bunga-bunga ni,eh tapi kalau orang hadiahkan ok jee.  Kedai-kedai dalam honestbee ni ada kedai barang-barang runcit,kedai barang makanan Jepun,La Juiceria yang jual air detox tu pun ada tau,kot malas nak buat jus,order je.






Harga Berpatutan,Banyak Pilihan.


Dari segi harga memang berpatutan,beza pun Rm1-2 je,tapi ok la siap hantar ke rumah.Kalau keluar beli sendiri pun sama jugak kita keluar duit untuk minyak,parking lagi,malah masa lagi tuk cari dan pilih barang.Ni kita pilih sementara tunggu barang sampai boleh buat benda lain dah,jimat masa.Cik Sue juga tertarik dengan web ni sebab banyak pilihan,kalau pasta tu macam-macam jenama ada,kalau cheese tu berjenis-jenis,siap ada yang Cik Sue tak tahu pun.Seronok je memilih.

Proses Pembelian Yang Mudah dan Lancar


Honestbee ni memang mesra pelanggan,webnya pun mudah nak faham.Cara  nak membeli-belah senang je :

1.Buka web www.honestbee.myatau install apps honestbee di handphone korang,boleh klik link ni ye https://play.google.com/store/apps/details?id=com.honestbee.consumer&hl=en

apps honestbee


2.Signup sebagai pelanggan,dah siap login ,settingkan lokasi penghantaran klik di sebelah nama korang di bahagian atas sebalah kanan tu dan mula membeli belah.

3.Dah siap,klik troli anda dan check senarai arang yang anda pilih,oh ya diorang akan beritahu kalau barang tu dah abis stok atau ada ruangan di bawah setiap barang untuk korang letak pilihan barang ganti (replace) kalau-kalau habis stok nanti,kira macam pilihan kedua la,tapi kalau tak isi dulu pun tak pe.Sebab masa shopper diorang carikan barang kalau habis stok diorang akan wasap tanya,nak ganti dengan barang apa atau diorang bagi cadangan barang replave tu,paham dok?

4.Ok klik check out,masukkan nombor telefon,dan tetapkan masa penghantaran,korang akan di tunjukkan jadual hari dan masa,jadi boleh pilih ye.Oh ya,boleh juga masukkan pesanan seperti sila call sebelum hantar,haaa Cik Sue la tu hehhee.

5.Seterusnya cara pembayaran,korang boleh pilih nak bayar dengan debit card atau cash masa penghantaran,macam Cik Sue pilih cash je senang,kalau-kalau ada barang habis stok dia akan revise balik list barang dan resitnya.

6.Kalau ada kupon Voucher masukkan,dan place order.Diorang akan bagi emel confirmation.

7.Sebelum penghantaran,shopper yang belikan barang korang akan wasap atau call kalau ada apa-apa masalah seperti pilihan barang atau apa-apa je lah.Sampai proses penghantaran,rider tu akan call.

8. Bila dah sampai,sila check barang korang dan resit akan di beri.

Haaaaa senang je,Cik Sue hari tu buat lokasi penghantara ke office Mr D sebab masa tu Cik Sue tak de kat rumah,jadi Mr D akan terima dan bawa balik.Mudah je,sebab kita boleh tetapkan apa yang kita mahu.Memang berbaloi.Balik rumah tengok barang dah ada kat dapur Mr D bawa balik,happy la Seorang Cik Sue bila semua dah tersedia,tinggal masak je.

yeayyyyy barang dah sampai

hambikkkk berplastik2 

antara barang cik sue beli

Jadinyaaaaaa Cik Sue pun nak korang cuba servis honestbee ni dengan belanja korang voucher diskaun,syaratnya :

-pembelian minimum rm100 (diskaun rm20)
-Sah sehingga 30 June 2017
-terhad kepada sekali pembelian dan pelanggan kali pertama sahaja

Ini kodnya HBSPECIAL

Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok di link media social mereka ye :

Ps: Selamat Shoppinggggggg.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 683