Salam semua,
Mesti ramai yang biasa tengok produk Shurah di pasaran kan? Punya glamer dan mudahnya nak dapat produk ni,kedai runcit biasa pun ada tau.Dah lamakan produk ni,kalau yang baya-baya Cik Sue (30-an) mesti ingat zaman-zaman sekolah produk ni la pakai kat asrama,murah dan berkualiti.
Sekarang Shurah ada keluarkan produk set pencerah dengan formulasi dan berwajah baru.Dengan warna putih dan merah jambu yang lebih segar serta feminim sesuai dengan wanita dan gadis-gadis di luar sana.Dah dekat nak raya ni,boleh la nampak cerah sikit wajah tu tambah-tambah yang hari-hari kerja tengah panas ke,kulit kusam ke memang sesuai la produk ni dengan korang.
1. Krim Siang dan Malam
2. Pelembap (Moisturiser)
3. Pencuci Muka
4. Penyegar (Toner)
5. Losyen Tangan dan Badan
Set pencerah Shurah ni bukan sahaja mencerah dan memutihkan wajah dan kulit malah mampu milik dan di jamin HALAL.Dua fungsi utamanya adalah :
1. Clear White - membantu mengurangkan pembentukan melanin kulit untuk pencerahan berpanjangan
2. Shiny Glow - Menyerlahkan keserian wajah dan menyamakan tona kulit wajah
Dannnn Cik Sue dah dapatkan 1 set Shurah Pencerah Set Siang.Nak jugak cerah berseri di hari raya nanti hehehhee.Dalam set ni tak de krim malam sebab Cik Sue ambil set siang,dapat krim siang je la.Cara pakainya mudah je ,jom tengok :
1. Bersihkan muka dengan pembersih muka seperti biasa dan keringkan muka.
2. Sapukan Penyegar (Toner) ratakan ke seluruh muka,tak perlu banyak pun,nipis je.
3. Sapukan pelembap,ratakan,sapu jugak kat bawah-bawah dagu tu tau.
4. Akhir sekali sapukan krim siang ke seluruh wajah,krim ni mengandungi bahan pelindung dari sinar UV ,kalau nak keluar rumah memang sesuai.
Jom la cerah sama-sama ngeeee,korang boleh dapatkan maklumat lanjut kat link di bawah ni ye.Jom cepat dapatkan.
Instagram : https://www.instagram.com/shurahmalaysia/
Untuk pembelian di dalam talian: http://www.jetaine.com/shop/
Follow hashtag #shurahmy #shurahpencerah