Alhamdulillah,Humaira dah genap 8 bulan 14 Julai baru ni,banyak perkembangan positifnya.Pemeriksaan bulanan kat klinik desa pun Alhamdulillah semua normal,sihat walafiat.Dah makan bubur pun,makan banyak berak pun banyak ,tu yang berat naik sikit-sikit tu.Tapi tak de masalah pun,doktor kata metabolisma badannya tinggi,jadi dia kurus tapi tinggi.Haihhhh menurun sapa ni Humaira,ibu ayah rendang je kikiki.
Cik Sue syukur sangat walau susu badan tak banyak tak meriah macam orang lain tapi masih cukup untuk dia hingga hari ni.Tak de simpan stok sebab tak keluar kalau perah dengan pam atau manual,tapi bila dia yang hisap,cukup untuk dia kenyang.Bukan tak cuba milkbooster ,dah macam-macam cuba,bergantung pada orang jugak agaknya,syukur dengan apa rezki yang ada.Asalkan anak membesar dengan sihat pun dah cukup lega.
Lasak
Phewwww Humaira sekarang pantang leka sekejap,adaaaa je kerja penyiasatan dia buat,habis semua bawah kerusi ,meja,katil dia siasat hehhehe,pastu merangkak undur belakang,dah sangkut tak boleh keluar terus melalak hehehhee.Kekadang saja lepaskan nak tengok apa akal dia,kalau kat rumah tu segenap sudut dia terjah buat kajian.Laju pulak tu merangkaknya,dari umur 6 bulan dia dah mula merangkak tapi tu la ke belakang perginya,akhir-akhir ni je kalau dia nak sangat-sangat sesuatu barang tu baru la dia gigih ke depan tapi kalau malas jangan harap la huhuu.
Cuma Cik Sue tak tahu la lambat ke atau belum sampai masa,dah umur 8 nak masuk 9 bulan pun dia belum boleh duduk,ada perasan yang muda dari dia pun dah pandai duduk.Risau gak mula-mula tapi bila tanya nurse kat klinik,haaa ibu lak kena ceramah hehehe.
"setiap anak tak sama perkembangan,jangan banding-bandingkan dengan anak orang.Setiap bayi ada graf perkembangan masing-masing,selagi masih dalam tempoh masa tak perlu risau"
Huhuuu diam jap ibu,jadi Cik Sue positif je la,selagi mana dia sihat dan tak sakit-sakit dan tak de masalah apa-apa ok la tu.Sekarang Cik Sue tengah mengajar dak kecik ni tidur dalam babycot,masa dalam pantang ok la,ni dah pandai merangkak,berpaut dia dah tak mau tidur dalam tu.Kalau letak pun sekejap-sekejap je.Tapi kalau siang sempat la sejam dua tidur tu pun kalau dia ngantuk sangat dan dah kenyang,kalau dok ngempeng jawabnya tidur ngan ibu jugakkkk.Ni malam-malam cuba buh dalam tu,tak sampai 10 minit ,kitaorang dah nak lena sekali terjongol kepala dia hahahha,siap hulur kaki,hulur tangan kat celah-celah tu,pastu merengek panggil ayah ibu,haihhhhh la anak.Pasti nak kena diy cari apa-apa nak cover selang celah-celah kayu tu,maybe Cik Sue nak letak toto atau cari bantal nipis je.Ikutkan Mr D dia nak pakukan papan je,jadi kotak terus huhuuu,tak mo la tak cantik hehhehe.Takut juga dia selit kaki kat celah tu,tergeliat kaki kang haaa satu kerja lak.
Sekarang ni Humaira dah ada walker,agak senang la Cik Sue suap makan dia,tak payah kepit celah peha dah hahahhha.Tapi tu la,satu rumah dia jelajah sampai ke dapur.Kena beri perhatian lebih dah sekarang,wayar letrik ,kabel,laci semua nak kena kemaskan dan kunci kalau tak habis di tariknya.Botol-botol yang sampai kat tangan dia semua kena alih,lapik meja dah tak letak dah,habis dia tariknya.Hobi dia sekarang tunggu ayah mandi depan bilik air hahhaa tu dalam gambar dok tunggu ayah la tu.Bilik air tu berbendul kalau terbuka dia tolak ngan walker mau tersungkur.Jadi pintu bilik air kena la selalu tutup dan selak.
Yang paling geram kalau dia tarik apa-apa pastu buat muka tak bersalah,eeee geram je.Pasal makan pula,ibu baru cuba-cuba bagi bubur nasi campur macam-macam.Setakat ni semua ok je dia makan,cuma ayam je hari tu blend ngan bubur nasi,susu tapi dia tak mau makan,siap di luahkan semua,nanti cuba lagi la buat resepi dan campuran lain pulak.Buah,sayur buat puri ok pulak,ikan bilis campur bubur nasi pun ok je.Pasni kena buat ujikaji bagi telur pulak,sebab nurse kata cucuk 9 bulan nanti kalau ada alergik telur diorang akan pantau dulu.
Apapun setakat ni Cik Sue syukur Alhamdulillah sangat-sangat,tak banyak masalah dak Humaira ni.Balik kampung,pergi rumah orang pun ok je,lapar je bagi makan minum,ngantuk tidur,tak banyak songeh,cuma sekarang dia kurang nak dengan orang,kena ambil masa main-main ngan dia dulu baru dia nak,kalau datang-datang terus ambil dukung,konpem meraung ,pemalu ni hahahhaha.
Moga anak ibu terus sihat dan ceria hendaknya,lambat ke cepat ke yang penting sihat.
p/s : rumah tak leh nak deko-deko sangat dah,kena simple-simple dan kemas dan yang paling penting,kena bersih selalu,Fuhhhh ibu kena jadi supermaid dah ni.