Quantcast
Channel: Catatan Sue Izza
Viewing all articles
Browse latest Browse all 683

Mari Belajar Dialek Pahang

$
0
0
Moh kita belajor  loghat Pahang nok?

TAU DOK AOK ME?

 1. Sebenarnya tidak ramai orang dari pantai barat yang tahu bagaimanakah bunyinya dialek atau loghat Pahang. Ini dibuktikan dengan pengalaman saya sendiri menanya rakan-rakan se universiti yang bukan dari pantai timur. Hampir 70% daripada mereka tidak tahu bagaimana bunyinya longhat Pahang malah ada yang menganggap yang orang Pahang tiada dialek atau hanya bercakap seperti orang Johor, Terengganu atau Kelantan.

 2. Dialek pahang berbeza-beza dan diklasifikasikan kepada tiga bahagian, iaitu bahagian Pahang Hilir yang meliputi kawasan Pekan dan Rompin. Pahang Tengah meliputi kawasan Maran, Bera, Temerloh dan Chenor. Serta Pahang Hulu iaitu Kuala Lipis, Raub, Jerantut dan Cameron Highland. 

3. Berbanding dengan orang Terengganu dan Kelantan, orang Pahang yang berada di luar Pahang samaada menetap, bekerja atau belajar sangat jarang menggunakan dialek mereka kerana khuatir tidak difahami oleh orang luar atau disebabkan inferiority complex. Malah ada di antara mereka seboleh-bolehnya mahu menyembunyikan dialek tersebut dan matlamat mereka selalunya berjaya kerana tiada siapa yang tahu dialek sebenar mereka. Namun mereka akan terkantoi jika ada diantara orang luar tersebut adalah juga orang Pahang! pendek kata biasanya hanya orang Pahang yang dapat kesan bahawa seseorang itu orang Pahang atau tidak melalui cara percakapan mereka. selain itu, jika anda orang Kelantan dan Terengganu, dan anda ingin menyembunyikan dialek anda, anda biasanya kurang berjaya sebab bunyi dan lenggoknya tetap tertonjol. Hal ini berbeza dgn orang Pahang yang lebih mudah menyembunyikan dialek mereka.

 4. Dialek Pahang juga sering disalah ertikan sama dengan dialek perak! Walaupun ada diantara intonasinya yang seakan-akan sama namun ia tidak serupa. Sebab itu banyak para pelakon yang berasal dari Pahang kadang-kadang diambil berlakon watak sebagai orang Perak. Tidak seperti dialek-dialek lain contohnya Kedah, Perak, dan sekarang Terengganu dan Kelantan, dialek Pahang amat jarang digunakan dalam filem-filem mahupun drama. Kalau adapun biasanya tidak tepat dan menyerupai dialek Perak.

 5. Dialek Pahang juga mengikut pergerakan arus sungai Pahang. Hulu sungai biasanya air deras atau laju maka penduduk hulu Pahang banyak bercakap dalam dialek yang agak laju dan deras. Manakala di Pahang tengah aliran sungainya semakin sederhana jadi begitulah juga dialek yang dituturkan. Di hilir pula dialeknya menjadi lebih perlahan atau dalam bahasa Pahang dipanggil leweh maka begitulah juga dialek mereka.( mengikut kajian seseorang). 

6. Dibawah saya lampirkan sebahagian daripada loghat atau dialek Pahang secara umum untuk pengetahuan kawan-kawan yang tidak tahu atau bukan orang Pahang. Ada diantara perkataan di bawah sama penggunaannya di negeri pantai timur lain seperti di Kelantan dan Terengganu namun cara sebutannya adalah berbeza:

 Bahasa Melayu Piawai / Bahasa Melayu Pahang

saya- kawan (kawan),koi, kas, keh, kaweh,kome
awak- awok (awak),
aok, ork, kas
mereka- demeh 
yang itu- hok tu 
yang ini -hok ni 
beritahu -royek,
kabo (khabar)
rambutan -muktan 
keluar -keluor (keluar) 
orang -ora (orang) 
tidur- reloh 
buang air besar- ronoh, perot (perut) 
kenapa ngaper -(mengapa), matnyer 
plastik- jabir 
bekas plastik -molor 
selimut -gebor 
selalu -senalo, sokmo
jenis- jenih (jenis)
malas -maleh (malas)
letih- kehut, kohot, tok rot
gelojoh- polok 
baiki- bele 
tilam -lece 
penuh- mombong
di sana -setoho 
suruh- nyeraya 
kebas kaki- sesemut, senyor
budu- pede
tercekik -mengkelan 
selirat- sengkelik
leka -ralik
tangis -rahang, lalok
pening- oteng
bengkak- merenin
telekung- mahane

 Kata Penguat Maksud 
 manis meletiang- sangat manis 
 pahit lepang- sangat pahit
 tawor heber -sangat tawar
 itang legang -sangat hitam
 lawo mat -sangat cantik
 busuk melantong- sangat busuk
 ngerlang- sangat cerah 
 wangi merohong- sangat wangi
 tebal bakut -sangat tebal 
 masang menaung -sangat masam 

Sumber : wasap
-Al Semantani-

bisik-bisik:
tak de geng yang betul2 boleh bercakap Pahang pekat dengan Cik Ngah kat sini
ramai geng klate je..huuhuu...
moh la oghang pahang borak ngan keh ni..huhuuu

Viewing all articles
Browse latest Browse all 683

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes