31 Januari lepas,Cik Ngah berpeluang ke Perasmian Senawang Food Festival bertempat di Dataran Tempat Letak Kereta KIP MART Senawang yang di anjurkan oleh My Media Event & Management dengan kerjasama Kmenterian Kesenian,Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia,KIP MART,Tourism Malaysia dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan.Terima kasih banyak pihak MyMedia yang sudi menjemput Cik Ngah dan rakan-rakan.
Kami di beri penginapan di hotel Seri Senawang yang berdekatan dengan lokasi majlis perasmian ini.Hotel yang agak selesa,dan kakitangan yang baik hati.
Majlis telah di rasmikan oleh Encik Baharudin Bin Jali,Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan di samping sambutan Tahun Baru Cina.
![]() |
ucapan perasmian oleh Encik Baharudin Bin Jali |
![]() |
menandatangani banner perasmian |
![]() |
barisan tetamu vip bergambar bersama maskot KIPMART dan Tahun Melawat Malaysia 2014 |
![]() |
persembahan kebudayaan oleh penari kementerian kebudayaan
|
![]() |
Jamuan makan di Nasi Ayam Gemas |
Festival ini di meriahkan lagi dengan gerai-gerai makanan Halal Food dan hasil IKS penduduk sekitar,usahawan-usahawan kecil di beri peluang memperomosikan produk mereka.Terdapat juga produk makanan sunah dari luar,memang pemakanan yang baik la untuk kesihatan,tak rugi cuba,makanan untuk kesihatan.
![]() |
gerai makanan |
![]() |
barisan gerai yang mengambil bahagian |
![]() |
antara produk yang di pamerkan |
![]() |
antara makanan sunnah yang di pamer dan di jual |
![]() |
sabun dari pati minyak zaitun |
![]() |
produk kraftangan dan hasil kreatif |
![]() |
produk d'qaseh |
Selain gerai-gerai yang ada,Tourism Negeri Sembilan juga mempromosikan brochure dam pamphlet Negeri Sembilan Food Trail,yang mengandungi senarai masakan popular Negeri Sembilan seperti Masak Lemak Lado Api,Sambal Tempoyak Daun Kayu,Rendang Pucuk Ubi dan banyak lagi.Selain itu terdapat juga senarai Restoran di seluruh Negeri Sembilan yang menyajikan makanan tradisional Negeri Sembilan.So,sesiapa yang nak merasa makanan tradisional ini bolehlah berkunjung ke restoran tersebut.Risalah tersebut boleh di dapati di pejabat atau kiosk-kiosk perlancongan Negeri Sembilan atau hubungi :
Tourism Malaysia Negeri Sermbilan,
Tingkat 1,Seremban Plaza,Jalan Dato’ Muda Linggi,
70100 Seremban Negeri Sembilan
Tel/Fax: 06-7624488/06-7638428
FB : Tourism Malaysia Negeri Sembilan
![]() |
2 ekor singa membuat persembahan
|
![]() |
kanak-kanak yang berebut limau |
![]() |
gubahan sayur yang di buat oleh singa sambil menari
|
![]() |
pertandingan melukis untuk kanak-kanak |
Selain pameran dan gerai jualan,terdapat juga acara mewarna dan pertandingan karaoke untuk pengunjung yang hadir,serta persembahan tarian singa sempena Tahun Baru Cina,first time Cik Ngah tengok tarian singa depan mata dekat-dekat,siap boleh pegang lagi.
![]() |
produk makanan dari IKS setempat |
![]() |
losyen dari olive oil |
Malamnya pula kami di jemput untuk showcase artis-artis otai rock dan menghiburkan anak-anak yatim dari PEYAKIN yang sangat sporting.Antara yang hadir menghiburkan kami adalah Afee Utopia,Duan Olan dan Nizam Laksamana.
![]() |
afee utopia |
![]() |
crew mymedia dan bloggers bergambar bersama artis |
![]() |
barisan artis,crew dan anak yatim PEYAKIN |
Malam itu berakhir dengan meriah,terima kasih kepada kak Hartina Arssid iaitu Pengurus Operasi dan Jualan MyMedia yang sudi menjemput kami dan atas layanan baik yang di beri.
Insya allah akan berkunjung lagi,tak puas dan tak habis lagi pusing Negeri Sembilan
Bisik-bisik:
Tapi puas hati juga la wish list Cik Ngah nak pergi Istana Besar Seri Menanti tercapai,
Itu nanti cite tuk entry seterusnya ye….