Quantcast
Channel: Catatan Sue Izza
Viewing all articles
Browse latest Browse all 683

Resepi Ayam Penyet Mudah versi Dapurciksue

$
0
0

Renyah tapi sedap.

Nasi ayam penyet ni Cik Sue mula suka makan bila kerja di KLCC sebelum kahwin,selalu keluar lunch naik motor di kawasan Kg Baru,Kuala Lumpur.Mula-mula dulu tak nak cuba sebab nampak simple dan tak de kuah sangat,Cik Sue jenis yang makan nasi nak berkuah,lepas tu tengok sambalnya macam pedas berapi je dengan cili padi,tak berani la.Sekali Mr D bawa makan kat Ayam Penyet Mak Maya di Kg Baru katanya kawan office bagitahu sedap,eh kitapun cuba la juga,terus la jatuh hati.Kebetulan  kat kedai tu diorang memasak Nasi Ayam Penyet tu depan-depan kita dok makan,jadi memang nampak la diorang perap ayam,buat rempah dan goreng sampai siap,dok basuh beras ,tanak nasi semua,apa lagi memang lekat la dalam memori Cik Sue ni.

Resepi Ayam Penyet Versi Dapurciksue 

Resepi ni Cik Sue buat dah beberapa kali,agak renyah sebenarnya tapi sebab nak makan sedap ,kita buat la sendiri kat rumah,puas nak makan banyak-banyak atau nak jamu keluarga.So Cik Sue simpan sini la resepinya senang nak tengok semula nanti :



Nampak agak renyah tapi tak de la leceh sangat pun,nasi tu Cik Sue masak buh daun pandan je,tanak je macam biasa.Tapi kata orang kalau kukus lagi sedap,ha lebih lembut la kot kan,jenis beras pun main peranan juga.Tapi nak masak kat rumah guna la apa yang ada.





Tempe dan Tauhu Goreng.

Bahan
Tempe potong ikut suka
Tauhu potong ikut suka
Tepung Bistari spicy
secubit serbuk kunyit
secubit garam
air

Cara:
Bancuh tepung bistari dengan air kunyit dan garam,celup tauhu dan tempe,goreng hingga masak dan garing,toskan.



Ayam Penyet


Bahan :
Ayam
Rebus dengan
Halia ketuk
Kunyit hidup ketuk
Daun bay /pandan
Bawang merah hiris
Bawang putih hiris
Sup Bunjut
Air
(tak perlu tumis,rebus je semua dalam periuk) 
Dah masak ,toskan ayam simpan air rebusan kalau nak buat sup.

Bahan perap
Sangai (goreng tanpa minyak)
Jintan manis
Jintan putih
Ketumbar
Lada putih
Blend kering bahan sangai

Cara: 
Gaulkan dengan serbuk kunyit,serbuk kari ayam dan garam.
Perap minimum 2 jam dan gorengkan dgn api perlahan bagi garing.
Hidangkan dengan serbuk rempahnya.
Kalau nak ala-ala kedai korang hempuk je ayam tu dengan alu lesung baru la jadi penyet,cik sue tu dah malas biar je cenggitu heheheh





Bahan:
8 biji Cili api
3 Cili besar merah atau hijau
4 Bawang merah
2 Bawang putih 
1/2 sudu belacan
2 biji tomato
garam dan gula

Cara: 
Goreng semua bahan kecuali garam dan gula sampai layu,toskan dan tumbuk ,tak lumat pun tak pe,nak blend pun boleh tapi jgn blend hancur lumat.
Masukkan dalam kuali semula tumis sampai pecah minyak dan perasakan dengan garam dan gula.

Sambal kicap tu masukkan je sambal cili dalam kicap manis ABC dan gaul.


Dahhhhh,itu je,senang je,dah siap semua hidang la dengan sayur kobis,tomato dan timun,kalau ada salad pun ok gak,senang je sebenarnya tapi tak dapat la tandingi Nasi Penyet Wong Solo feveret Cik Sue tu hehehehhe setakat nak makan kat rumah lulus dah ni.

Selamat mencuba.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 683

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes