Quantcast
Channel: Catatan Sue Izza
Viewing all 683 articles
Browse latest View live

Pump It Milk Booster : Tambah Susu Dengan Kaedah Sapuan

$
0
0

Masuk bulan April ni,Alhamdulillah Humaira dah 4 bulan lebih.Makin banyak peel dan kerenah dia,dan makin bijak kenal ayah ibu.Dah pandai ketawa dan agah orang.Syukur dia terus membesar dengan sihat dan syukur sangat bila Cik Sue di beri anugerah dan peluang dari Allah untuk susukan atau breast feeding Humaira sepenuhnya susu ibu.Walau susu tak meriah macam orang lain tapi cukup dapat mengenyangkan Humaira.

Pengalaman menyusukan sendiri anak sulung Cik Sue ni bohong la kalau kata tak de cabaran,ada tapi tak sama la dengan ibu-ibu yang lain.Cik Sue ni baru anak sulung,dengan tak de pengalaman nak menguruskan,nak mengekalkan kadar susu yang di hasilkan lagi,nak jaga emosi lagi.Sebab susu badan ni berkait rapat dengan emosi ibu,kalau asyik bercelaru penat,stress,tension,akan beri kesan kepada penghasilan susu badan,nanti penghasilan susu merudum.Lagi-lagi dalam pantang hari tu  Cik Sue kena bengkak susu menangis juga la.

Bila dah habis pantang,Cik Sue perasan susu cukup-cukup je ,jadi berusaha juga la cari milkbooster,ada yang menjadi ada yang tak,kena rajin sikit la,kena makan,amalkan,rebus,masak semua.Agak leceh tapi demi nak tambah susu,buatlah jugak,ikhlaskan hati ye untuk anak.Baru-baru ni Cik Sue terjumpa masa google satu produk milkbooster yang tak perlu makan hanya sapu je,hurmmm mudahnya,mula tu tak yakin tapi bila godek-godek testimoni  tu wahhhh macam bagus je produk ni.



Haaaa ni la produk nya Pump It Milk Booster dari http://www.milkwithlove.com.my ,berbentuk essential oil ,dengan penggunaan luaran tak perlu di makan.Ada 3 jenis produk yang boleh di beli satu set atau berasingan.Harga pun berpatutan dan mampu milik ,korang boleh tengok di web tu ye.
Jom tengok satu-satu produknya :


Pump It Milk Up
Produk ni memang sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami masalah  susu tidak mencukupi untuk anak,ibu-ibu yang nak tambah susuuntuk buat stok kemudian hari.Hanya sapu je di payudara  tanpa kena puting selepas  breastfeeding dan nursing bayi korang.Penggunaan hanya bila perlu sahaja bukan setiap hari seperti supplement biasa.


Pump It Relax Mama
Yang ini pula untuk menenangkan emosi ibu-ibu untuk penghasilan susu,selain itu boleh melegakan bengkak susu.Cara penggunaannya boleh sapu di belakang leher dan telinga,boleh di hidu juga sebelum menyusukan bayi atau sekitar payudara ketika bengkak susu.Untuk hilangkan stress boleh sapu 2 kali sehari.



Pump It Sore Away
Ini pula untuk rawatan puting payudara melecet.Sapukan 2 kali sehari pada puting selepas menyusukan atau pam susu.


Kelebihan Produk Pump It
-Hanya sapu pada luaran tidak perlu makan.
-100% bahan semulajadi dari tumbuhan,herba dan bunga-bungaan.
-Tiada paraben,sintetik,sulfat dan wangian tiruan.
-Selamat untuk ibu dan bayi.
-Penggunaan hanya bila perlu sahaja bukan setiap hari seperti supplement (jimat)

Produk Pump It ni juga bahannya merangsang hormon  Prolaktin dan Oxytocin yang menggalakkan penghasilan susu ibu lebih banyak.Penggunaan bahan dari minyak kelapa dara atau Virgin Coconut Oil pula membantu masalah puting melecet dan luka,dapat melegakan dengan semulajadi.

Cik Sue suka produk ni sebab botolnya mudah di bawa ke mana-mana ,cukup untuk penggunaan ketika di perlukan.Senang kalau travel atau balik kampung boleh masukkan dalam beg tangan je.Malah bahan semulajadi yang di gunakan memang menarik ,ye la nak guna apa-apa produk pun kena fikirkan kesan kepada anak atau bayi kan.Cik Sue pilih produk Milk Up dan Relax Mama,sesuai untuk keadaan Cik Sue sekarang nak banyakkan susu.Doakan proses menyusu Cik Sue berjalan lancar ye.Nanti dah cuba ,Cik Sue tambah update sini ye,Insya Allah kalau tak lupa heheheh,sebelum tu jom tengok testimony pengguna lain dulu ye.




Tak sabar nak guna produk ni dan harapan dapat lah Cik Sue kumpul stok, tak banyak pun tak pe,asalkan ada untuk kecemasankan manalah tahu,apa-apa jadi,senang,masukkan dalam botol.Kalau-kalau Cik Sue demam ke,sakit ke ,Humaira tak la kelaparan.Kalau korang nak dapatkan maklumat produk ni boleh terjah link di bawah ni ye.Semoga kita ibu-ibu yang di beri peluang menyusukan sendiri ni dapat susukan anak-anak  dengan baik.



ig : pumpit_natural_milkbooster

Produk:
Milk Booster Pump It


Resepi Kerabu Megi/Maggi Thai

$
0
0

Gara-gara tak puas makan masa Thai Fest hari tu,kali ni Cik Sue try buat sendiri pula.Guna bahan-bahanayang ada kat rumah je,malas nak gi kedai dah.Jadi la kerabu megi versi Cik Sue,kebetulan Lan Careno ada bagi megi atau mee segera dari Thailand,memang sesuai sangat la.Pendapat Cik Sue la kan kerabu megi/mee segera ni tak de resepi khusus sebenarnya,street food di Thailand katanya ,bahannya ikut kesukaan tekak masing-masing la.Jom tengok resepi versi Cik Sue :



Bahan-bahan :
Sukatan agak-agak sendiri la ye :

Mee Segera Siam (kalau nak juga maggi amik perisa tom yam)
Lobak merah hiris halus/sagat
Kobis-hiris halus
Cili Api atau /dan cili merah-hiris
Tomato belah 6
Jus limau nipis/kasturi -2 sudu
3 sudu sos ikan
Udang -di kopek kulit dan celur sekejap

Cara :
-Rendam megi .toskan airnya,jangan sampai kering,tinggalkan sikit air dalam 3 sudu.
-Masukkan megi dan semua bahan dalam satu mangkuk.
-Masukkan rencah megi (ada dalam pek megi) ,masukkan sos ikan dan jus limau.Gaul rata
-Siap!

Mudah je,makan petang-petang sedap gak,kena lak ada lokcing (sate ikan) fuhhhh sedapnyaaaa hehehehe.....




Resepi Grilled Chicken Vege

$
0
0

Hai korang,mak-mak kat rumah tu,nak masak apa lunch hari ni,meh Cik Sue bagi cadangan.Menu sabtu lepas.kononnya nak ratah ayam ngan sayur tu tapiiiiiiii nak nasi jugak akhirnya hahahha,ai is tak leh diet baby kuat nyusu,sentiasa kelaparan.Dua tiga minggu lepas asyik masak kuah santan ,goreng-goreng dan sambal berminyak,tiba-tiba minggu ni rasa muak dah,so kita masak grill-grill,panggang mudah-mudah sihat je la ye.Jom tengok resepi campak-campak Cik Sue ni.

Bahan :
500gm ayam-bahagian peha dan dada
4 biji kentang-basuh bersih belah dua (nak letak banyak pun sukahatilah hahaha)
Baby Carrot-Segenggam (atau sukahati korang)
1/2 peket paste tandoori Brahims *
1 senduk sos bbq Kimball *
Minyak Zaitun *
4 sudu-parsley kering *
4 sudu-rosemary kering *
2 sudu serbuk lada hitam *
2 sudu madu *
2 sudu sos tiram *


Cara penyediaan :
1. Satukan semua bahan yang bertanda * dalam mangkuk .masukkan ayam,kentang dan carrot yang di basuh bersih.
2.Gaulkan rata,perap sekejap dalam 30 minit.
3. Lapikkan tray pembakar dengan aluminium foil,sturkan ayam dan sayuran,masukkan dalam oven bakar api atas bawah ,suhu 170 darjah celcius.Tunggu masak,nak ratah boleh nak makan ngan nasi pun boleh.

Oh ya.Cik Sue tak guna garam sebab pes tandori ngan sos tiram dah masin.Amacam,senang je kan...
Selamat mencuba.


Beli Produk Kecantikan dan Kesihatan di Hcube Shop

$
0
0
Hai korang semua,sihat ke? Alhamdulillah kalau sihat,yang tak sihat makan ubat ye,tak kisah la tak sihat mental ke fizikal ke hehhehe.Korang selalu beli produk kecantikan dan kesihatan online kat mana ye? beli satu barang kat satu penjual eh? kalau 10 barang 10 penjual 10 kali caj pos la ye? Haa meh nak kongsi dengan korang satu pusat atau kedai online yang jual pelbagai produk kecantikan dan kesihatan sekaligus dari satu penjual.Kisahnya semalam Cik Sue nak beli set Deeja Cosmetic (baca review) dengan Garlic Tablet,google punya google terjumpa Online Shop ni,Hcube Shop.


Dok godek ,dok skroll la Hcube Shop ni,punya banyak produk yang di jual,lebih 300 produk di bawah satu kedai.Dah la banyak promosi dan murah,di jamin original lagi.Bagi Cik Sue mudah la bawah satu penjual ada pelbagai barang,pilih je yang kita berkenan dan order,sekali caj pos je,jimatkan?

Kat web kedai ni pun,di beri penerangan dan testimoni setiap produk.lagi la mudah nak buat pilihan.Produknya pula pelbagai terdiri daripada,produk mekap,penjagaan kesihatan,produk detox/slimming,produk keintiman wanita,dan nak tambah berat badan pun ada tau hehhehe.




Dari testimoni pelanggan yang Cik Sue baca,perkhidmatan diorang memang bagus,cepat ambil order dan pos barang,kiranya diorang tak tangguh-tangguh la kecuali ada masalah syarikat penghantaran je.
Antara produk yang ada di Hcube Shop adalah :

1. Clean 8
2. Alana Green Coffee - Kopi Hijau Alana
3. Okaya Foundation
4. Tablet Genius RR4U
5. Jus & Teh Rerama
6. Set Bersalin Nona Roguy

Dannnn banyak lagi produk lagi,korang klik-klik la kat web dia,tak pun search je,Insya Allah ada.
Ini pula waktu hari perkhidmatan mereka dan cara mereka beroperasi :

Isnin - Jumaat : Tgh Malam
Membalas email, membungkus parcel dan mengepos barang yang telah membuat pembayaran.

Sabtu & Ahad : Cuti
Pejabat pos tutup. Penghantaran akan dibuat pada hari Isnin berikutnya.

Masa penghantaran:
Sehari selepas anda membuat pembayaran.

Mudahkan sekarang,tak payah start kereta gi kedai atau toko jamu,klik-klik depan pc,tahu-tahu posmen ketuk pintu,tapi pastikan original dan halal tau,semestinya Hcube Shop mementingkan ciri itu.Oh ya,kalau korang nak beli borong buat berniaga kecil-kecilan pun boleh,pm je bincang dengan diorang harga terbaik k.

Nah bawah ni Cik Sue bagi detail untuk maklumat lanjut,kalau berminat pi terjah tau.

BLOG/WEB https://babiesblinkbeauty.blogspot.com
FB: https://www.facebook.com/hcubeshop/
YOUTUBE: https://www.youtube.com/user/HCubeShop
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/hcube_shop/
INSTAGRAM FEEDBACK: https://www.instagram.com/hcube_feedback/

p/s : web Hcube Shop korang bukak kat phone pun boleh skroll,mesra pengguna sangat hehehhe,kot la sambil baring-baring depan tv nak baca testimoni ke review pengguna dulu ke kan....

Magical Ramadhan Nights Pullman Putrajaya Lakeside 2017

$
0
0
Hai semua,
Tak lama dah nak puasakan? pejam celik pejam celik sekejap je masa berlalu.Kalau masa kerja dulu,bos mesti dah sibuk suruh survey atau cari buffet ramadhan untuk majlis berbuka puasa syarikat.Korang pun mesti ada kan? Cer korang cadangkan kat bos korang berbuka di Buffet Ramadhan di Pullman Putrajaya Lakeside ni.Apa yang menarik? Haaa jom baca coretan Cik Sue ni.

Buffet Ramadhan Pullman Putrajaya Lakeside


Beberapa minggu lepas Cik Sue sempat hadir review dan food testing buffet ramadhan di sana.Memang meriah sangat makanan dan menu-menu yang terhidang.Ini kali pertama Cik Sue datang ke sini.Menghidangkan hampir 300 jenis menu dari pelbagai jenis dan negara,memang berbaloi la berbuka di sini,sampai tahap tak tau nak ambil mana satu heheheh.

Si kecik-peneman setia ibu sekarang aka handbeg hidup hahahaha

Menu apa yang ada kat sini? pelbagai,dari makanan bakar-bakar,masakan kampung,menu ala Thai,menu korea,menu barat,Asia,manisan arab,kek-kek enak,aiskrim,pelbagai jenis air,ice blended,gerai kurma,kiosk smoothie,salad bar sehinggalah gerai durian yang boleh di hadap selagi mahu.Amacam? sediakan perut je.

chicken grill
salad dan inti roti pita


roti pita 
pelbagai roti dan pastri
pecal dan rojak
kuey tiaw goreng
rojak buah



rojak singapore

roti jala

sotong masak sambal

masak kurma daging

kerabu udang

kerabu betik
ketam bakar
udang panggang



sotong bakar

pelbagai jenis ikan bakar


sate daging dan ayam
bahagian nasi dan lauk pauk kampung



udang masak sambal

acar telur

pajeri terung (sedap yang amat)
Terliur tak? ni baru 10% dari menu yang ada tau,banyakkkk lagi sebenarnya.Antara pilihan Cik Sue lauk kampungnya pajeri terung tu memang sedap sangat-sangat,rasa nak tapau bawa balik,acar telur tu pulak kali pertama jumpa dan makan,sedap,masin-masin masam pedas.Lauk-Pauk kampung yang di hidangkan memang resepi original dan rasa yang sangat tradisional,siap dengan ulaman dan pelbagai jenis sambal.

dari pinggan Cik Sue-Udang bakar dengan sambal kicap
serius puas makan kat sini

Selain makanan yang pelbagai,kalau yang bawa family tu memang seronok bawa anak-anak datang sini,sementara korang makan,siap ada persembahan live serta muzik tradisional menemani anda ketika makan.Dari Laser Man,Persembahan orang api,Nyanyian dan muzik tradisional,badut dan macam-macam lagi.






Ok,dah kenyang dengan menu-menu berat,jom kita nikmati kuih-muih dan desert pula ye,Macam-macam ada dari aiskrim,kek,coklat,biskut,brownies,gula-gula,kuma ,manisan timur tengah seperti baklava,kunafa,cendol,bubur,pelbagai jenis kurma dan kuih-muih tradisional melayu.








Dan yang terakhir sebelum balik,pastinya ramai tak kan lepaskan,gerai durian.Korang boleh cekah sendiri atau minta staf kat situ cekahkan ,makanlah sebanyak mana yang mahu dan mampu.Cik Sue tak boleh makan banyak,setakat 3 4 ulas tu ok la.Tapiiiiii serius sedap durian kampung terbaikkkk.




Bagi Cik Sue agak puas hati berbuka di sini ,dengan kemudahan yang di sediakan,parking pun mudah samada parking besmen atau padang di hadapan pintu masuk.Surau yang selesa juga di sediakan di ruangan bawah,turun je tangga,Tempat makan pun luas dan banyak meja di sediakan.Malah hiasan dan reka letak yang cantik,tenang je.






Buffet ramadhan ni berlangsung dari 27 Mei hingga 24 June 2017 dari jam 7 malam hingga 10 malam.Kalau korang berminat atau nak cadangkan kat bos ,boleh lihat detail di bawah ye :

Untuk tempahan :
Tel : 03-8890 0000
Whatapps : 016-8900142
Email : magicalramadhan@pullmanputrajaya.com

FB : Pullman Putrajaya Lakeside
Insta : PullmanPutrajaya
Web www.pullmanputrajaya.com



p/s :
Memang tak kurus la kalau jumpa makanan sedap-sedap gini heheheh,makan-makan juga kesihatan kena jaga,pilih makanan yang sihat.

Setahun berlalu...

$
0
0

Terbaca status rakan Facebook Cik Sue
Ok, ini status kerut dahi kening bertemu kening... tapi bukan niat nak cipta kontoversi tapi sekadar utk peringatan dan motivasi sendiri yg kadang2 ada goyahnya...
Melepaskan karier sbg jurutera cabuk lebih dr 10 thn utk jadi FULLTIME HOUSEWIFE (boleh juga baca home manager) bukan hal mudah.
Banyak benda yg terpaksa dilepaskan.
Segulung ijazah dan sebuah buku kulit keras tulisan sendiri (thesis) yg sampai tahap nak kemurungan nak siapkan dipandang sepi...
Tapi melihat anak membesar 24jam depan mata adalah peluang hebat yg tak mampu ditukar ganti... mungkin peluang ini hanya datang sekali. Dan tak semua ibu lain punya peluang seperti ini.
Tapi peringatan keras utk diri sendiri...
Jangan sesekali beranggapan diri LEBIH MULIA hanya kerana memilih utk jadi fulltime housewife...
Dan isteri/ibu yang bekerjaya itu BUKAN ISTERI/IBU MITHALI.
Berapa ramai isteri/ibu terpaksa bekerja hanya utk sebuah kelangsungan hidup.
Dan isteri/ibu berkerjaya...
jangan sesekali merasa dengan punya KERJAYA, boleh bergaya dgn pakaian dan handbag berjenama anda seorang yang hebat... dan fulltime housewife itu NOBODY dan tak bercita-cita tinggi.
Perjalanan hidup kita Allah dah tetapkan dgn cerita tersendiri...
Jadilah apapun - housewife, engineer, doktor, cikgu, gabenor bank negara mahupun isteri perdana menteri sekalipun... anggap saja semua itu sebagai medium untuk dapatkan saham tertinggi di akhirat sana.
Perkahwinan bukan destinasi...
tapi sebuah perjalanan menuju destinasi yg hakiki.
Moga kita dapat berjiran di Syurga Ilahi.

Lalu teringat diri sendiri,1 April 2017 genap setahun letak jawatan (kuli je) dari syarikat.Nak kata menyesal,tak sekali,sebab perancangan awal memang nak cari kerja lain.Awal-awal tak ramai yang tahu Cik Sue resign,bukan tak nak cakap,malas,sebab nanti akan banyak soalan hehehe.Yang rapat yang terdekat je tahu.Ni la baru nak bercerita :P Kenapa berhenti? Panjang ceritanya,pendekkan! tak dapat penuhi permintaan dan arahan pihak syarikat,tawaran yang di beri tak boleh nak di ikut,daripada susahkan orang,Cik Sue amik keputusan berhenti je,tentunya selepas berbincang dengan suami la.Dan suami benarkan,sebab kalau tak berhenti sedikit sebanyak akan susahkan dia hehehehe.

Apa perasaan lepas setahun? Bersyukur,ada hikmah,dan banyak sangat hikmah Allah bagi.Elok resign sedang elok di sahkan mengandung,dan alahan yang sangat teruk,kalau bekerja time tu mesti officemate dan bos pun nyampah asyik mc je hehehhee Lepas bersalin,plan nak cari kerja tapi dengan ekonomi sekarang agak payah,tambahan pulak hati tak kuat nak tinggalkan anak di rumah pengasuh (alasan ni paling cliche orang dengar tapi yang ini selalu menggugurkan air mata)

Selepas setahun ,Alhamdulillah masih di beri rezeki yang kadang-kadang tak terjangka,sikit atau banyak itu bukan ukuran yang peting berkat dan di rahmati Allah.Alhamdulillah suami sangat memahami apa kesan bila dia sorang yang bekerja,bak nasihat sorang kawan,downgrade life dan jangan buat hutang.Hidup dengan apa yang ada,kawal nafsu.Beli dan guna duit untuk apa yang perlu sahaja.Dan setakat ini masih cukup keperluan yang en suami beri,malah selesa sangat dah,kalau tak tak de la naik berkilo-kilo ni hehehe..

Selepas setahun,ucapan terima kasih yang tak terhingga untuk en suami,kerana sangat memahami,sangat bertimbang rasa,terlalu banyak berkorban.Susah senang masih sanggup bersama.
Ye hidup perlukan duit,tapi jika kita bijak mengaturnya Insya Allah,mudah.Tipu kalau kata kami tak bermasalah duit bila sorang bekerja,tipu kalau kata sentiasa ok.Tu keta Cik Sue dah setahun tak servis hehehhe,nak bayar roadtax kumpul sikit-sikit tiap-tiap bulan lebih duit belanja.Tak nak susahkan en suami.Kekadang barang dapur pun terbabas juga.Tapiiiiii,kena pandai la,pandai aturkan hidup,ikhtiar mana yang perlu,dahulukan ,yang tak perlu ,hold dulu.

Eh panjang lak membebel,just nak share pendapat,tak kisahla ,ibu tu bekerja atau suri rumah,pengorbanannya tetap yang terbesar untuk anaknya.Sanggup lepaskan apa yang mereka mahu demi anak-anak.Penat ,letih bekerja,putus asa dengan cabaran kerja balik rumah,anak-anak menyuntik semangat.Ibu-ibu di rumah pula,tiada income sendiri tiap-tiap bulan namun kerana anak sanggup korbankan keinginan diri berbelanja dengan duit gaji,boleh beli apa yang di kehendaki.

Ibu,bekerja atau suri rumah,peranan dan tanggungjawab tetap sama.Ada degree ke spm ke pmr ke,sama sahaja.Semua ada peranan sendiri.Semoga kita semua menjadi ibu yang terbaik ye kawan-kawan.

#membebeldipetanghari

p/s :
Ma abah mula tahu dah resign mereka hanya pesan,jaga hubungan dengan Allah.Insya Allah ,sesak macam mana pun Allah bantu.

Resepi Roti Telur Dan Epal Karamel

$
0
0

Assalamualaikum,selamat pagi semua,semoga ceria gembira la ye.
Syukur Alhamdulillah masih di beri kesempatan bernafas lagi untuk kesekian harinya.Mulakan dengan senyuman,moga aura positif je melekat ngan kita hari ni.Eh dah sarapan ke? Ni Cik Sue nak kongsi resepi sarapan ringkas dengan korang,tapi ni Cik Sue buat malam tadi nak habiskan roti.

Cik Sue panggil roti telur,omputeh panggil french toast kot,tak pasti pulak,ni resepi main campak dan bahan apa yang hado je kikiki

Roti Telur

Bahan:
200 ml Susu segar (pakai dutch lady dlm kotak je)
2 biji telur
1 sudu gula
5 keping roti 

Cara:
Pukul atau adun semua bahan kecuali roti,dah sebati,celup roti dalam adunan tadi dan goreng api perlahan.
Dah garing ,angkat dan ketepikan.


Epal Karamel

Bahan:
2 biji Epal,basuh bersih,tak perlu buang kulit,potong dadu,buang pulur dan biji.
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
4 sudu gula perang
1/2 cawan air

Cara: 
Masukkan epal dalam kuali,taburkan gula perang dan serbuk kulit kayu manis.
Kacau sebati,bila semua gula dah cair,masukkan air pelahan2.
Salutkan epal dengan sos yang terhasil,agak layu epal tu,angkat dan sejukkan.

Untuk hidang.letak roti dan letak epal karamel bersama,sedappppp...first time Cik Sue buat ni,sesuai untuk sarapan.
Selamat mencuba.


Buffet Ramadhan Murah 2017 di Bangi : Bangi Golf Resort

$
0
0
Seperti tahun-tahun sudah buffet Ramadhan Bangi Golf  Resort memang menjadi pilihan Cik Sue.Buffet ramadhan yang meriah dengan pelbagai pilihan makanan,dengan perkhidmatan serta layanan yang mesra dari kakitangan membuatkan setiap tahun Cik Sue tak mahu terlepas berbuka di sini.Kat sini korang boleh pilih variasi makanan tradisi,barat serta timur,hampir 200 jenis menu ada.Jadi apa yang istimewanya tahun ini,sila baca sampai habis,mesti korang terliur.

Pilihan menu menarik di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2017


Menu Barat.
Tahun ini BGR (Bangi Golf Resort) menghidangkan menu klasik hidangan barat iaitu Lasagna Ayam dan Golden Sand Spaghetti Carbonara selain menu wajib setiap tahun "Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma " (telur separuh masak di hidangkan dengan sos pilihan).Di sini Cik Sue nak ngaku ,pertama kali sebenarnya makan Lasagna,haaaaa betapa kampungnya diriku hehheh,dannnn sangat la kena dengan tekak ini,sedap ya ampunnn lasagna ni.Spaghetti Carbonara nya pun sedap tapi Cik Sue kurang gemar kuah berkrim gitu.

Golden Sand Spaghetti Carbonara

Chicken Lasagna

Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma
Selain  hidangan di atas,satu hidangan baru di perkenalkan tahun ini iaitu Per-Peri Chicken Drumets yang menjanjikan rasa ayamgrill luar biasa kepada pengunjung buffet ini.Perapan secukup rasa,ratah saja pun sedap,makan dengan nasi putih pun sedap.

Per-peri Chicken Drumlets

Selera Oriental
Tahun ini BGR memperkenalkan Nasi Ayam Hainanese,ayamnya di masak dengan telita sehingga empuk,di gandingkan pula dengan sos cili halia dan bawang putih,memang cukup rasa dan lembut ayamnya,Nasinya pulak memang berlemak dan beraroma,gebu je.Bagi Cik Sue antara yang sedap nasi ayam ni yang pernah makan.Korang kena cuba.

Ayam untuk Nasi Ayam Hainanese



Menu Selera Melayu
Bagi hidangan tradisi melayu pula,ada nasi lemak istimewa yang di hidangkan bersama lauk-pauk pilihan.Ye la bulan puasa mana ada makan nasi lemak pagi-pagi sarapan kan,kot la ada yg teringin nasi lemak sedap haaaa meh sini.Nasinya lembut,wangiiii bau daun pandan dan santan,macam mak-mak masak kat kampung tau.Pastu ada Sambal Sotong Kembang,ini pun kali pertama Cik Sue jumpa yang betul-betul sedap,lembut ,tak liat.Sebelum ni mana-mana pergi memang tak la nak cuba sambal sotong ni sebab selalu terkena liat tak leh gigit huhuuuu.Cuba yang kat sini,ambil sikit je mula-mula,wahhhh sedap la pulak.Ada juga lauk-lauk lain,tu pi tengok gambar kat bawah ni,semua sedap-sedap dan wajib cuba.

Nasi Lemak Istimewa BGR

Sate Ayam dan Daging

Mee Kari

Ikan Masak Asam Kari

Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato

Baby Kailan dan Mushroom

Rendang Daging Taik Minyak

Sambal Sotong Kembang

Daging Panggang

Soto
Pencuci Mulut
Bahagian ini,selalunya yang Cik Sue jenguk dulu kalau ke Iftar Ramadhan.Peminat desert dan pencuci mulut.Apa taknya,suka makan nak buat tak pandai campur malas heheheh time ni la nak makan macam-macam pencuci mulut yang sedap-sedap hehhehe.Kat sini macam-macam di hidangkan,anataranya Spanish Churros yang ranggup dan sos sedapnya.Terdapat juga pelbagai kuih-muih melayu,pelbagai hidangan puding,agar2,kek dan lain-lain.Dan di BGR ni dihidangkan juga koleksi Swiss Roll,pilih je nak perisa apa.

Spanish Churros

Assorted Desert

Kuih-muih tradisional melayu

Assorted Swiss Roll

Hidangan Kambing
Yeeeee,menu wajib dah sekarang untuk mana-mana buffet ramadhan dan iftar.Tak lengkap rasa kalau takde menu kambing golek kan,mesti tercari-cari hehehhee.Kat BGR ni wajib la setiap tahun,kambing golek dan sup kambing mamak yang di masak istimewa oleh chef.Cik Sue suka sup kambingnya sedappppp,makan ngan nasi atau hirup ratah saja pun sedap,cicah roti lagiiiii la sedap.

Kambing Golek

Sup Kambing

Durian Runtuh
Satu lagi tarikan baru di BGR tahun ni,diadakan pesta durian sempena musimnya dan di bawa khas dari Raub,Pahang.Termasuklah buah-buahan segar tempatan,korang boleh beli bawa pulang atau kendurikan je kat situ makan ramai-ramai,tontong ngan kawan-kawan yang berbuka di BGR ni,ada diskaun.Selain tu ada juga penjualan Gelato (aiskrim) yang di proses segar oleh Sweet Scoopz,yang memang terkenal dengan gelato Musang King dan P.G.A (Passion Fruit,Guava,Asam Boi)





Amacam? tergoda tak,haaa kalau nak cuba atau dah plan nak berbuka dengan akwan-kawan keluarga cepat-cepat hubungi maklumat kat bawah untuk buat tempahan ye.Jangan lambat,fullhouse kang Cik Sue tak tau ye.

Maklumat Lanjut :

Tarikh : Bermula 29 Mei hingga 23 Jun 2017
                     
Harga : Individu : Dewasa Rm58 nett
                               Kanak-kanak Rm 28 nett
             Kumpulan : Dewasa Rm 49 nett
                                   Kanak-kanak Rm22 nett

Tempahan & Pertanyaan : 1-700-81-8557
Email : sales@bgrrest.com
Website : http://www.bgrrest.com
Facebook : www.facebook.com/bangigolfresort
Instagram : www.instagram.com/bangigolfresortofficial

abaikan dagu berlapis tu,lihat keterujaan Cik Sue  je ye menjamu selera heheheh
kredit gambar :

Tunggu je kat rumah

$
0
0
Zaman sekarang hampir semua urusan di hujung jari,segalanya dalam talian (online),order je semua sampai depan pintu,tak payah nak bersiap,melawa bermekap nak keluar cari barang atau perkhidmatan.Dari urusan renew dokumen,membeli-belah,ubatan dari doktor,kejutan hari lahir,penghantaran hadiah,penghantaran makanan,kain baju,alat ganti sehinggalah ke barang dapur yang Cik Sue baru cuba beberapa minggu lepas.

Terpengaruh dengan umi aisyah la ni,terus Cik Sue pun nak cuba perkhidmatan diorang ni,kebetulan masa tu ada tetamu nak datang rumah,tak sempat pulak nak keluar ke pasar,Mr D pun busy kerja.Dengan rumah nak berkemas lagi.Cik Sue terus usha instagram diorang,tengok testimoni macam bagus je www.instagram.com/seafoodelivery .

Terus wasap dan chat dengan Farah,ownernya.Rupanya penghantaran sehari selepas order,contohnya masa Cik Sue order tu hari ni,esok bar dia hantar.Jadi kena plan la awal-awal.Farah terus bagi pakej yang diorang sediakan,wajib beli ikut pakej,pastu kalau nak tambah barang atau lauk lain dia bagi senarai harga dan kuantiti.Pembelian pula ikut kuantiti yang di catatkan.Tak boleh la tetiba nak tauge 20sen ye hehhehe,maybe diorang dah siap packing untuk memudahkan.

ni instagram diorang
Katanya setakat ni penghantaran sekitar Putrajaya,Cyberjaya,Dengkil,Sepang,tapi korang wasap la tanya kot-kot kawasan korang pun dia cover kan.Kat bawah ni pakej yang di beri kat Cik Sue hari tu,harga-harga ni berubah mengikut harga pasaran tau.Ni bulan April 2017.




Alhamdulillah selepas order ,keesokan nya dalam pukul 5 petang lepas waktu kerja barang dah sampai depan rumah.Siap belek depan pintu tukang hantar tu suruh check kalau apa-apa tak puas hati,atau tak cukup ke apa yang kita pesan.Oh ya,pembayaran online banking,cuma Cik Sue tak ingat boleh ke tak bayar selepas barang sampai,lupa dah,korang tanya je.

Dan Cik Sue puas hati,ikan dan lauk basah dah siap siang,dan potong,just basuh-basuh masuk peti ais je,sayur-sayur pun segar je,cantik-cantik lagi kondisinya.Puas hati sangat,menyenangkan kerja dan menjimatkan masa.Mr D balik pun cam teruja,barang sampai elok-elok,ye la dia kan cerewet hahahhaha.


Memang save dah no Farah ni,senang kalau tak larat nak keluar,apayah ngan dak Humaira ni memang call je la,kalau yang berpantang sendiri ke kat rumah,atau busy kerja ke memang mudah ni,korang order hari ni ,balik kerja sampai rumah orang dah hantar barang dapur,senang kojo eh.

Perhentian Kravers : Pakej Murah Pulau Perhentian

$
0
0
Dua tiga hari ni rajin pulak dok survey-survey percutian ke pulau,apakah agendanya ni? hehehhe mungkinkah agenda membodek encik suami untuk percutian tahun ni,haaaa itu kita tunggu.Mana la tahu hujung-hujung tahun Humaira dah besar sikit,ayahnya pertimbangan untuk bercuti dan tenangkan fikiran kan hehehehe.Dalam dok skroll dan google tu terjumpa lak pakej ke Pulau Perhentian dari Perhentiankravers travel & tours sdn bhd . Sejujurnya Cik Sue tak pernah lagi sampai ke pulau ini,dengar cite encik suami je la yang pernah pergi zaman-zaman bujang dia huhuuu.Nak tahu apa pakej menarik dari Perhentian Kravers ni jom Cik Sue cite.

“KEINDAHAN PULAU DAN KEAJAIBAN LAUT BIRU”MENANTI ANDA! 



Tawaran bercuti untuk orang ramai terutamanya kepada pelancong dari dalam negara kini terbuka kepada setiap individu, keluarga mahupun badan korporat di Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia dan dibawakan khas oleh pakar pengendali percutian di Pulau Perhentian iaitu Perhentiankravers Travel & Tours Sdn. Bhd. Destinasi percutian yang ditawarkan akan meliputi Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar.

Pakej percutian yang ditawarkan oleh Perhentiankravers akan pastinya menjadi sebuah kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh para pengunjung setelah berseronok menikmati keindahan alam serta ketenangan laut Cina Selatan yang terbentang luas dan aman serta di penuhi dengan pelbagai hidupan laut yang berwarna-warni serta pemandangan yang memukau di sepanjang percutian mereka.

Perhentiankravers juga telah berusaha dengan jayanya dalam mengatur tentatif program yang menarik serta bersesuaian kepada para pengunjung yang hadir. Ini bagi memastikan percutian para pengunjung tidak disia-siakan dan dimanfaatkan dengan sebaiknya bermula dari langkah pertama pengunjung memijakkan kaki mereka di pantai berpasir putih dan lembut di Pulau Perhentian.

Bagi keselesaan dan ketenangan para pengunjung dalam merancang percutian mereka, Perhentiankravers telah menyediakan beberapa jenis pakej yang mana para pengunjung boleh membuat pilihan mengikut kepada cita rasa, kesesuaian dan “budget”masing-masing kerana pada Perhentiankravers, semua orang mampu untuk merasai percutian idaman mereka. Disamping itu juga, Perhentiankravers juga boleh mengaturkan sebarang percutian atau program yang perlu di “taylor-made” megikut kepada kehendak dan kesesuaian pengunjung.

Bersama Perhentiankravers, para pengunjung akan di layani dengan baik dari proses tempahan sehingga lah pengunjung tiba di Jeti Kuala Besut untuk menaiki bot untuk memulakan perjalanan ke Pulau Perhentian.


Bot laju Perhentian Kravers

Untuk makluman umum, bahawasanya bot laju Perhentiankravers adalah satu-satunya bot di Pulau Perhentian yang di cat dan dihias sebegini. Sudah pasti para pengunjung berasa begitu teruja sebaik sahaja melihat bot jerung ini datang menghampiri Jeti Kuala Besut untuk mengambil mereka dan membawa para pengunjung ke Pulau Perhentian. Dengan kekuatan enjin 250 kuasa kuda, para pengunjung akan meluncur laju membelah lautan dan akan tiba di Pulau Perhentian dalam tempoh masa 20 – 30 minit sahaja.


Setibanya para pengunjung tiba di Pulau Perhentian, pengunjung akan dibantu oleh “crew” Perhentiankravers bagi proses check-in dan penyimpanan barang sementara menunggu waktu check-in di resort mahupun chalet mengikut kepada jenis pakej yang diambil.


Jom kita tengok apa aktiviti yang di sediakan oleh mereka selama 3 hari tu :

Hari Pertama

Khusus kepada para pengunjung yang dari lapisan anak muda dan belia, pada hari pertama Perhentiankravers telah mengisi tentatif program dengan menuju ke salah sebuah destinasi popular di Pulau Perhentian iaitu mendaki ke kincir angin. Pendakian ini akan mengambil masa sekitar 40 minit untuk ke puncak dan 40 minit untuk menuruni bukit. Perhentiankravers juga menyediakan khidmat “guide” iaitu sebagai penunjuk arah dan juga bagi membantu sebarang kesulitan atau masalah sekiranya berlaku. Perhentiankravers begitu menitik beratkan keselamatan para pengunjung sewaktu melakukan sebarang aktiviti yang mana bagi pendakian ini Perhentiankravers menyediakan set “first aid kit” yang lengkap beserta dengan “walkie-talkie” bagi memudahkan komunikasi antara pengunjung dengan “guide” sekiranya berlaku sebarang kesulitan yang tidak diingini. Aktiviti ini menggunakan sedikit kekuatan fizikal dan mental namun, sebaik sahaja para pengunjung tiba di puncak, segala penat dan lelah pasti akan hilang begitu sahaja dek kerana pemandangan yang begitu indah serta kenikmatan dibuai angin bayu pada ketinggian 150 meter dari paras laut. Berikut adalah beberapa pemandangan dari lokasi kincir angin.




Selepas dari mengikuti pendakian ke kincir angin yang berakhir sekitar jam 4.00 petang, para pengunjung bebas untuk melakukan sebarang aktiviti lain seperti mandi pantai, berkayak dan lain-lain lagi.

Hari Kedua

Hari kedua berada di Pulau Perhentian adalah hari yang sangat dinanti-nantikan oleh kebanyakan para pengunjung yang datang bercuti bersama Perhentiankravers. Ini kerana hari kedua adalah hari para pengunjung akan di bawa untuk bersnorkeling di 5 tempat snorkelling di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Besar. Ya, sudah pasti nya para pengunjung berasa sangat teruja untuk bersnorkeling di salah satu lautan terbuka yang penuh misteri dengan keindahan alam yang mungkin tidak pernah mereka lihat atau saksikan sebelum ini. Aktiviti snorkelling ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga ke pukul 5.00 petang yang mana Perhentiankravers juga telah menyediakan hidangan makan tengahari buat para pelanggan ketika berehat sebentar di Kampung Nelayan.


Di dalam keterujaan untuk bermandi-manda di laut, Perhentiankravers begitu menitik beratkan soal keselamatan para pengunjung. Para pengunjung akan disediakan dan diberikan dengan kelengkapan snorkelling yang selengkapnya supaya keselamatan pengunjung terjamin disamping dapat menikmati keseronokan snorkelling pada tahap yang semaksima mungkin.


Disamping itu, Perhentiankravers juga menyediakan perkhidmatan “snorkelling guide” profesional yang akan memantau serta melayani para pengunjung sepanjang trip. “Snorkelling guide” yang bertugas juga merupakan “underwater photographer” yang mana mereka akan merakam kenangan-kenagan para pengunjung ketika snorkelling di Pulau Perhentian.

Antara tempat snorkelling yang bakal dikunjungi oleh para pengunjung adalah seperti berikut :

1.       Turtle Beach atau Tiga Ruang
2.       Turtle Point
3.       Shark Point
4.       Kg Nelayan (rehat/solat/makan tengahari)
5.       Lighthouse

6.       Romantic Beach


Aksi mendebarkan antara “snorkelling guide” berhadapan dengan jerung di Shark Point


Berenang secara dekat bersama penyu di “Turtle Point”


.“Fish feeding” di Turtle Beach


Kampung Nelayan di mana para pengunjung di bawa untuk berehat dan makan tengahari.


Lompatan dari ketinggian 10 meter di Lighthouse bagi pengunjung yang inginkan sesuatu yang ekstrim. Di sini juga merupakan salah satu tempat yang mempunyai “coral” yang tercantik di Pulau Perhentian.


Tempat snorkelling yang terakhir iaitu Romantic Beach di mana para pengunjung dapat berehat sambil bermandi-manda pada air di paras pinggang dengan keadaan laut yang tenang.

Di Romantic Beach ini juga terkenal dengan rumah kepada “Nemo” dan juga “Baby Stingray”.


Seusai sahaja dari aktiviti snorkelling, keseronokan serta pengalaman indah para pengunjung tidak terhenti di situ sahaja, malah para pengunjung juga boleh mengambil kesempatan untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang sungguh mendamaikan berlatar belakangkan langit dan lautan seluas saujana membiru kekuningan emas.


Pemandangan matahari terbenam di pantai Coral Bay.

Mengikut kepada pakej yang diambil oleh para pengunjung, Perhentiankravers juga ada menyediakan hidangan Barbeque sebagai juadah istimewa makan malam di Pulau Perhentian.


Barbeque yang dihidangkan terdiri dari pelabagai menu hidangan laut segar.

Setelah selesai makan malam, bagi para pengunjung yang masih merasakan masih awal untuk pulang tidur berehat dan inginkan suasana malam yang lebih meriah boleh lah berjalan ke Longbeach dimana terdapat pelbagai hiburan musik dan persembahan api yang di adakan di sana. Hal ini kerana Longbeach begitu terkenal sebagai satu-satu nya “Night Life & Beach Party” di Pulau Perhentian.



Suasana kemeriahan persembahan api di Longbeach.

Hari Ketiga

Pada hari ke tiga pula kebiasaannya para pengunjung sudah bersiap sedia untuk meninggalkan Pulau Perhentian dan pulang menuju ke destinasi masing-masing. Pada pengunjung yang berhasrat untuk menambah hari percutian mereka dan ingin mencuba aktiviti-aktiviti lain yang ada seperti “scuba diving”, Perhentiankravers juga boleh mengaturkan mengikut kehendak pelanggan. Perhentiankravers menyediakan 3 kali dalam sehari bagi perjalanan bot penumpang dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut. Waktu perjalanan bot penumpang adalah pada :

1.       8.00 pagi
2.       12.00 tengahari
3.       4.00 petang

Setibanya kembali di Jeti Kuala Besut, para pengunjung berkesempatan untuk membeli-belah barangan cenderamata yang dijual di sepanjang jeti. Bagi pengunjung yang pulang menaiki bas, Perhentiankravers menyediakan kawasan rehat atau “lounge” di ruang pejabat Perhentiankravers yang terletak berhampiran dengan jeti sementara menunggu ketibaan bas.



Secara keseluruhannya, Perhentiankravers menjanjikan sesuatu yang tidak dapat dilupakan oleh para pengunjung apabila bercuti di Pulau Perhentian iaitu pengalaman yang begitu menakjubkan. Rata-rata pengunjung memberikan maklum balas yang mengujakan seperti mereka tidak terbayang akan keindahan Pulau Perhentian menandingi mana-mana keindahan destinasi perlancongan di luar negara terutamanya negara kejiranan. Perhentiankravers menjanjikan “value for money” kepada para pengunjung yang disayangi. Musim bagi percutian di Pulau Perhentian bermula pada bulan Februari hingga Oktober dan selebihnya ditutup kerana angin monsoon yang melanda pulau setiap hujung tahun. Oleh kerana operasi di Pulau Perhentian adalah terhad, Perhentiankravers menasihatkan kepada bakal pengunjung untuk membuat tempahan seawal mungkin bagi mengelakkan dari kekecewaan akibat dari bilik penginapan penuh. Sebarang tempahan boleh lah hubungi :

019-9100986 (Pejabat Perhentiankravers)

Emelkan tempahan anda ke :

Ataupun korang boleh survey-survey macam Cik Sue juga kat link di bawah ni ye.

Youtube
https://youtu.be/asDh-bY49QQ

IG @perhentiankravers
instagram.com/perhentiankravers

Fb : PerhentianKravers
facebook.com/perhentiankraverss

Web : www.perhentiankravers.com

Seronok pula rasa,hurmmmm macam nak kena bodek lebih lagi ni encik suami ni hehhehe,tak pun ajak kengkawan best jugak ni,pergi berkumpulan,ok lah Cik Sue nak berangan menikmati sunset tepi pantai jap heheheh....


•Pakej Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian Murah
•Pakej Pulau Perhentian 2017
•Pakej Pulau Perhentian Kecil
•Pakej Murah Pulau Perhentian

•Bercuti di Pulau Perhentian
•Pulau Perhentian Kecil
•Pulau Perhentian Besar
•Perhentian Island
•Perhentian Islands
•Pulau Perhentian
•Perhentian Kecil

•Pakej 3 hari 2 malam Pulau Perhentian
•Pakej Bajet Perhentian 2017
•Pakej Percutian Pulau Perhentian
•Pakej Honeymoon di Pulau Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian untuk 2 orang
•Pakej Perhentian Berkumpulan
•Promosi Pakej Pulau Perhentian

Menu Antarabangsa di Buffet Ramadhan PICC 2017

$
0
0
Satu lagi pilihan tempat berbuka puasa yang jadi pilihan Cik Sue di Putrajaya adalah PICC atau pun Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.Lokasi strategik di atas bukit,sambil menikmati keindahan pemandangan seluruh Putrajaya.

Istimewa iftar tahun ini berkonsepkan "International Iftar" iaitu hidangan antarabangsa dan pastinya juadah warisan melayu.Cik Sue sempat mencuba beberapa menu yang di hidangkan di majlis review tempoh hari.

peneman setia,handbeg bergerak

Antara menu baru yang menarik hati Cik Sue adalah Nasi Briyani Buloh yabg lebih kurang macam lemang tapi sebenarnya nasi briyani yang di masak dalam buluh,Sedap ,beraroma dan lembut nasinya.Satu lagi menu menarik Ikan Bakar Istimewa yang di bungkus atau di liputi garam dan di bakar,selalu Cik Sue tengok chef-chef buat dalam Channel AFC je ,kali ni rasa sendiri,sedapppp,isi ikan lembut sangat,tapi tak de la masin melampau,just nice orang kata.Korang kena cuba ok.Menu baru yang lain adalah Kaki Lembu Panggang,yang ni Cik Sue tak sempat rasa.


Nasi Briyani Buloh

Ikan Bakar Istimewa
tortilla
pizza


Humus


Selain dari hidangan antarabangsa,Menu warisan melayu juga tak di lupakan antaranya Kari Kambing Rusuk Nangka Muda,Rendang Tok,Daging Hitam Manis,Nasi Dagang,pelbagai pilihan makanan Arab,pelbagai hidangan mee,Bgi penggemar makanan pantai timur pula ada di sediakan Nasi Kerabu lengkap dengan Solok Lada,Daging Bakar Dan Ayam Percik.

set nasi kerabu

Aneka Lauk-Pauk Melayu.









Selepas menjamu selera,Cik Sue selalunya akan cari pencuci mulut yang manis-manis sikit,di sini juga di sediakan pelbagai hidangan pencuci mulut dari hidangan ala kamung seperti Pengat Nangka,Pengat Pisang,Bubur Kacang Hijau Durian,Kuih Talam,Wajik Durian dan pelbagai kuih-muih tradisional dan pelbagai puding.Oh ya,Wajik Durian tu sangat la sedap bagi Cik Sue,must try ok






Selain menghidangkan lebih 300 menu untuk berbuka puasa,Cik Sue suka berbuka di sini sebab parking yang banyak dan mudah,family yang ada anak kecil pun senang macam Cik Sue ni bawa stroller baby semua,banyak akses seperti lif dan laluan yang boleh di gunakan.Satu lagi suraunya luas dan bersih,suka,selesa sangat.Picc ni pun cantik kawasannya,tenang je kalau lepak sini.

Jadi kalau korang rasa nak bawa keluarga dan rakan-rakan pejabat atau nak cadangkan kat bos untuk majlis buka puasa boleh hubungi nombor di bawah ye.

Harga :
Dewasa RM98
Kanak-kanak 6-12 tahun RM49

Untuk tempahan :
Putrajaya Catering Services
Convention & Exhibition (Putrajaya) Sdn Bhd
Telefon : 03-8887 6000
Faks : 03-8887 6499
Email : enquiry@pcs.my
Web www.picc.com.my
FB www.facebook.com/piccmalaysia




Single Permata Saadah buah tangan terbaru Noraniza Idris

$
0
0

Sudah lama tak melihat Ratu Irama Malaysia kita bergiat aktif dan muncul di kaca tv kan? Penyanyi Noraniza Idris yang dulu kalau buat persembahan kat Anugerah Juara Lagu tu memang kita nantikan,meriah dengan penari penuh pentas,dengan props dan gimik semua,kini beliau uncul kembali selepas lama menyepi dari sebarang lagu baru.Masih lagi membawa irama malaysia,sesuai dengan kempen beliau #saveiramamalaysia .Cik Sue memang dari dulu minat dia,dari zaman dia nyanyi lagu-lagu balada,zaman dia berlakon waktu muda-mudi,zaman dia nyanyi lagu-lagu medley kat Hiburan Minggu Ini dengan Salwa,Nasir Wahab,zaman duet dengan Ahmad Fauzi,Abdullah Chik lagi,haaaaaa layan oiiii sebab ma selalu layan heheheh.

Majlis Perlantikan Duta dan Perlancaran Single "Permata Saadah"



Selasa lepas Cik Sue sempat menghadiri majlis perlancaran single terbaru Kak Ani dan perlantikan beliau sebagai duta Permata Saadah iaitu sebuah syarikat catering dan penganjur majlis perkahwinan.
Majlis yang di rasmikan oleh Y.M. Tengku Dato' Hishamuddin Zaizi bin Y.A.M Tengku Azman Shah Al-Haj ini berlangsung meriah dengan kehadiran peminat,penggiat seni,dan rakan media.

Y.M. Tengku Dato' Hishamuddin Zaizi bin Y.A.M Tengku Azman Shah Al-Haj
Pengarah dan Pengasas Permata Saadah (M) Sdn Bhd,Mohd Syahid Abdal Bin Kamerudin 


menandatangani perjanjian perlantikan duta permata saadah
Majlis ini juga menyaksikan upacara menandatangani perjanjian perlantikan Noraniza Idris sebagai duta syarikat Permata Saadah selama 2 tahun dan syarikat ini juga menaja penerbitan single terbaru lagu beliau bersempena hari ibu.Yang menyanjung kelembutan serta kegigihan seorang ibu.

Mereka memilih Noraniza Idris sebagai duta sesuai dengan kelembutan dan keaslian irama malaysia yang di perjuangkan serta sesuai dengan perniagaan yang di jalan iaitu perkahwinan yang mengikut adat dan budaya melayu.Cik Sue pun rasa memang sesuai sangat la Kak Ani di pilih,kalau majlis kahwin pasang lagu-lagu beliau pun memang sesuai sangat.

antara yang hadir

Permata Saadah (M) Sdn Bhd

Permata Saadah menjalankan perniagaan katering majlis perkahwinan pada awal penubuhan sejak 2011,dan kini berkembang luas dengan membuka perkhidmatan sewaan peralatan khemah untuk pelbagai majlis.Simbolik nama Permata Saadah adalah sempena nama ibu kepada pengasasnya Mohd Syahid Abdal Bin Kamerudin iaitu Puan Saadah,lalu di jadikan tajuk single Noraniza Idris dan di dedikasikan kepada para ibu dan wanita.

Untuk maklumat lanjut boleh ke :


ALAMAT :
No 33,Jalan BRP 6/13,Bukit Rahman Putra
47000 Sungai Buloh,Selangor.
Tel : 03-61518844
Hotline : 018-9888504





Single "Permata Saadah" ini berkonsepkan Pop Tradisional terbitan syarikat rakaman Kak Ani sendiri iaitu Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB) dan di dedikasikan khas buat para wanita sempena hari ibu.Dan ini adalah single kedua selepas :Wangikanlah Hatimu" duet bersama Tyka.Lagu ini di tulis lirik oleh penulis lirik berbakat Ahmad Fedtri Yahya yang tak asing lagi dengan ayat-ayat puitis beliau,memang Cik Sue minat dia,dengar dia jadi pengacara atau hos majlis pun dah terpesona dengan kata-kata dia.Komposer pula Rosli Selasih yang tak asing lagi dalam industri muzik tanahair.Kalau korang nak dengar lagu ni boleh bukak dalam Joox Music,Spotify Music,Itunes Store,deeZer atau Yonder Music ye atau tunggu video kat youtube Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd.

Single ini di taja oleh syarikat Permata Saadah (M) Sdn Bhd kerana pemiliknya ingin meluahkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada wanita terpenting dalam hidup beliau iaitu ibu dan isteri tersayang malah membawa maksud "kebahagiaan yang tidak ternilai".



Di majlis tersebut Kak Ani sempat menyampaikan single terbaru ini dan single terdahulu bersama Tyka sebagai hiburan untuk tetamu yang datang,selain artis NIPVSB yang turut membuat persembahan iaitu Fee Haiqal dengan single terbaru beliau "Aku Mencari".




Sambil menikmati hidangan yang di hidangkan oleh pihak syarikat tersebut kami kemudiannya di persembahkan pertunjukan fesyen koleksi pakaian dari "Aura by Noraniza Idris" yang di miliki oleh Kak Ani sendiri.Koleksi pakaian lelaki dan perempuan untuk hari raya nanti.





Terima kasih banyak pihak NIPVSB dan Permata Saadah (M) Sdn Bhd atas layanan baik dan makanan yang sedap,korang jangan lupa dengar single terbaru Kak Ani tau,dan sokong irama malaysia,Kot masuk Juara Lagu lagi kan best,barulah meriah,jom bangkitkan semula irama warisan kita.

#saveiramamalaysia

Pengalaman di rasuk Shopee.

$
0
0
Assalamualaikum,

Selamat pagi semua,mesti ada yang terkejut dengan tajuk Cik Sue ni,ehhh ingat tak de ke orang kena rasuk di alam maya/internet ni,ada jeeeeee...zaman dah canggih,mesti la boleh hehehhe.Jom Cik Sue share pengalaman kena rasuk ni.

Kisahnya dah 2 minggu Mr D dok bebel suh cari ketip kuku yang selamat tuk anak,sebabbbb ibu Humaira ni terketip kuku dia sampai berdarah huwaaaa dah fobia nak ketip kuku anak.Pas tu tak tau nak beli kat mana,pergi kedai baby penat na terangkan kat salegirls ketip kuku tu macam mana.Balik rumah google la jenis-jenis ketip kuku baby,search image je,hambekkkk beribu keluar.Cik Sue klik la satu gambar dah berkenan,sekali di bawa ke laman web ni KLIK .


Ni la ketip kuku tu,ada pelindung dari terketip isi jari baby,tak de la cuak sangat kan bila tak dok diam si kecik tu.Ok, dah dapat dah masuk bakul nak bayar tapi alaaaa takkan satu benda je beli,tengok-tengok la dulu barang lain kan,ehhhhh gitu pulak.Orang pompuan memang cenggitu ke? hahahhahahha.

Haaaaa terus terbuntang mata,murahnyaaaaa,dengan muka teruja terus la klik-klik,dah jumpa ketip kuku ehhhhh terklik gambar lain pulakkkk,alamak banyak pulak berkenan,cam no ni? Klik-klik nak tengok carpet atau floor mat yang besar nak wat lapik Humaira merangkak tapi tak de yang besar lak.Cuci mata benda lain lak,





Rambang mata oiiii,dah la cantik-cantik,murah pulak tu,huwargggg Cik Sue dah kena rasuk akhirnya oleh saka Shopee (www.shopee.com.my)  hahahhaa,Ok apa tak yah penat-penat keluar ke mall nak buat persiapan raya tahun ni.Dah ada Humaira ni pengalaman pertama la kalau nak bawa dia bersesak cari persiapan raya,dulu jalan melenggang boleh la last minit baru cari kekadang malam raya pun sempat lagi,sekarang? no wayyyyyy....ada balik rumah 2 hari 2 malam tak bangun kang haaa over ibu Humaira.


Amacam menarikkan online shopping di Shopee ni,meh Cik Sue kongsi dengan korang banyak lagi kelebihan shopee ni tau,macam-macam ado.Yeayyyyy dah checkout dan beli barang yang berkenan,dengan izin Mr D la hahaha ,Cik Sue ni online banking tak de income bulan-bulan ngeee.Barang apa Cik Sue beli,adalaaaa,biarlah rahsia lalallalal.

Kelebihan membeli-belah di Shopee

1. Jimat masa,minyak dan tol
Harus la kan,tak payah nak ke shopping mall dah,dok je depan laptop atau pc,atau pun kat handphone pun boleh.Klik-klik bayar tunggu barang sampai,mudah.

2. Boleh Chat dengan seller
Yang ini Cik Sue suka,kalau seller tu online korang boleh tanya terus apa-apa yang korang nak tanya,dia akan jawab terus,ada button cat kat web tu bila korang pilih dan klik barang yang korang nak beli tu tau,haaa tanya la apa pun pasal barang tu.

3. Murah dan pelbagai barang ada.
Yes murahhhhhh sangat,ada tu eyeliner RM1-5 je tau,rak dapur RM15 ,tak ke terbuntang mata Cik Sue korang ni yang tak leh tengok benda murah-murah hehehhe.Barang pulak macam-amacam ada,dari hujung rambut sampai hujung kaki,dari garaj kereta membawa ke dapur dan jamban orang kata .Lengkap!

4. Boleh pilih seller yang di percayai.
Trusted seller katanya,korang boleh baca review dan comment serta rating di bawah gambar barang yang korang pilih tu dan ada trusted seller.Jadi pandai-pandai ye,jangan terkena na.Kat barang tu ada tulis preferred haaa pi baca dan selidik dulu.

5. Boleh juga menjual barang.
Korang daftar ahli,nanti siap ada link kedai sendiri kat dalam tu dan boleh jual barang korang,prelove ke,yang baru ke,boleh,siap ada panduan lagi macam mana nak jadi seller.

Seronok tak? Cik Sue pun dah daftar ahli senang nak jual barang-barang terpakai kat rumah ni,sambil-sambil tu boleh jual sambal hitam sekalikan.Mana ada peluang kita rembat je kikiki.


Cahaya Raya bersama Shopee

Nehhh mai nak habaq,tetiba jadi orang kedah lak,Shopee ni start semalam ada buat promosi raya giler-giler punya.Hai kena rasuk lagi la Cik Sue ni.Promosi Cahaya Raya bersama Shopee ni bermula 15 Mei hingga 30 Jun 2017,sebulan lebih tu! Dengan diskaun dan potongan harga hampir 90% di sediakan,wahhhh bertambah murah ni.Lepas tu ada pulak 24 kempen raya dalam promosi ni,lagi berbaloi-baloi,Diskaun untuk pelbagai barang setiap minggu sepanjang promosi ni berlangsung,malah ada peraduan dan hadiah pun lumayan tau.



Untuk maklumat lanjut korang boleh klik link ni ye http://cahayaraya.shopee.com.my
Boleh tengok promosi,tawaran,aktiviti dan peraduan yang di jalankan.

Apps Shopee di handphone.

Selain dok tengok skroll kat laptop korang boleh download Apps Shopee ni kat handphone korang tau,jadi dok boring-boring dalam meeting pun boleh klik-klik ehhh mengajar sangat Cik Sue ni ngeee,ye la boring tunggu train ke,tunggu makanan kat kedai makan ke kan,lepak-lepak ngan anak depan tv pun boleh cari-cari barang yang korang nak,mudah je kan.Jadi sila download sekarang.



Ni kat bawah Cik Sue bagi linknya ye :

Shopee Malaysia Di Appstore

Download Here For Iphone User

Shopee Malaysia Di Google Play ( Android )

Download Here For Android User

Facebook Shopee Malaysia
Facebook Shopee Malaysia

Instagram Shopee Malaysia
Ig Shopee Malaysia

p/s :
Shopping-shopping jugak tapi jangan la melampaui batas ye,ikut kemampuan masing-masing,jangan membazir pulak,Cik Sue ni meroyan kena rasuk je lebih tapi tak pe ada guard yang tukang jaga hehehhe Mr D la,lagipun  kalau dia tak bagi TAC no ,nganga je la ai hahahahha...Selamat Hari Raya ehhhh....

Resepi Sambal Pauh Ikan Kering

$
0
0

Ni resepi kegemaran ma ni,sepatutnya pauh atau mempelam muda baru sedap tapi tak de Cik Sue belasah je la yang masak pun hehehe sedap jugak tak masam sangat.Kalau yang putik tu masam ya ampunnnn kembang pipi rasa.Dulu-dulu masa dok kuarters Ktmb,ada pokok mempelam belakang rumah,yang putik boleh la buat sambal ni,yang masak siap ambil isi buat jus lagi,kekadang buat aiskrim.Abah tak jual sebab katanya bukan dia tanam,tumbuh orang yang dok situ dulu-dulu lempar bijinya,jadi makan la sama-sama ngan kakitangan yang dok kuarters,sama nak ambil je,sapa rajin pi kutip.Jom tengok resepinya,mudah je.

Bahan :
2 biji mempelam muda-cincang isinya atau nak parut pun boleh.
2 ekor ikan gelama jeruk atau apa-apa ikan kering/masin goreng-ambil isi
sedikit cili api
sedikit gula

Cara :
Tumbuk cili api dan isi ikan kering/masin,ambil separuh isi mempelam tadi tumbuk sekali tak perlu lumat pun,gaulkan dengan baki isi mempelam dalam mangkuk,masukkan gula ,jangan banyak,dalam setengah sudu pun dah ok.

Sambal ni hidang dengan sayur masak lemak putih atau ulam pun sedap.

p/s :
rindu zaman kecik-kecik duk berek ktmb,nak makan apa kutip sekeliling rumah je,abah pelihara ayam kampung,nak makan ayam sembelih je,maklumlah nak ke kedai jauh,ikan sungai lak mudah nak dapat,rindunyaaaaa....

Kopi Badang , 100% Kopi Tulen,Minum Dan Menang.

$
0
0
Ramai tak yang suka kopi? Ha Cik Sue la salah sorangnya penggemar tegar kopi,padahal ada migrain tahap teruk.Ye la orang kata migrain tak leh minum kopi,kafein banyak.Tapi bila Cik Sue tanya doktor,katanya boleh je minum kopi tapi kena kawal jumlah kafein,maknanya jangan la minum bercawan-bercawan sehari.Dan doktor kata kena perhatikan kandungannya kopi terutama 3 in 1 tu,selalunya ada perisa tiruan la,bahan-bahan selain kopi la tu yang buat sakit kepala tu.


Kopi Badang 100 % Kopi Tulen

Baru-baru ni Cik Sue sempat mencuba satu jenama kopi baru di pasaran semasa majlis perlancaran dan perlantikan duta bagi jenama kopi ini,iaitu Kopi Badang.Mula-mula Cik Sue fikir mesti ada tambahan bahan atau herba untuk tujuan tertentu dalam kopi ni.Ye la sekarangkan banyak keluaran kopi-kopi herba la,kopi kesihatan la.Cik Sue tak berapa boleh telan kalau kopi-kopi ada campuran bahan lain ni,mesti sakit kepala,lepas tu bau kuat,dan selalunya lepas minum kalau buang air kecil mesti bau kopi hehehehhe kannnn? Sebab tu kat rumah selalu bancuh kopi O original dari kopi serbuk je.

Tapi berbeza dengan kopi yang ini,kandungannya hanya kopi tulen,krimer dan gula serta bahan penstabil.Tiada campura perisa dan pewarna tiruan serta tiada bahan herba atau bahan-bahan lain.Sememangnya hanya rasa kopi yang asli,sesuai di minum seisi keluarga dan menggunakan kopi Robusta dari Columbia.Pertama kali minum,bau kopinya tak kuat tapi rasa kopinya asli dan sedap,tak kelat atau pahit,ada rasa lemak-lemak juga.Kalau bancuh satu sachet tu satu mug dah sedang elok,tak payah letak gula,manisnya dah cukup.


Masa majlis tu banyak kali juga la dok ulang minum,dekat 4 5 cawan,lepas tu baru teringat,ni balik karang ada kena migrain guling-guling ni.Tapiiiiiii Alhamdulillah,siap boleh berjaga uruskan Humaira lagi sampai kul 4 5 pagi,segar mata,anak tido,siap boleh kemas rumah pagi-pagi buta tu tunggu Subuh lagi,maknanya memang menyegarkan minum kopi ni.Memang sesuai ni kalau minum masa nak drive,Mr D pun  kata sedap.Dan Cik Sue perasan masa dia memandu bai dari majlis tu,dia tak mengantuk macam selalu.

Perlantikan Duta Kopi Badang

Majlis 19 Mei (Jumaat lepas) adalah untuk memperkenalkan Zamarul Hisham,pelakon dan selebriti sebagai duta Kopi Badang di samping duta-duta kecil lain yang akan mempromosikan kopi ini seperti Keena Mentor,Mus May,Zur Eda,Acong Sweetchild,Nizam Laksamana,Rahmat Mega,Maya Matahari,Along Exist dan Deen Maiden turut hadir memeriahkan majlis.Kopi keluaran syarikat Al Mubarak Health Sdn Bhd ini memang di akui terbaik oleh Zamarul Sendiri yang telah mengambilnya dari awal kopi ini di keluarkan pertengahan 2016 lagi.



Kopi yang di kilangkan di Johor Bahru ini mendapat perakuan dan sijil Halal Jakim serta di akui kebersihan pembuatan dan pembungkusannya.Memang di rumuskan untuk pengguna menikmati kelazatan kopi sebenar di samping memberi kesegaran daripada rasa mengantuk dan lesu.Korang boleh layan Video ni kalau nak tahu,


Jana Pendapatan dan Menang Hadiah dengan Kopi Badang

Selain dari korang menikmati kelazatan dan kesedapan kopi ni,malah ada peluang nak menang hadiah tau.Sambil minum sambil menang,gituuuuu.Caranya korang kena membeli sekurangnya 12 kotak kopi dah melayakkan untuk sertai cabutan bertuah ni.Simpan kotak tu sebagai bukti pembelian ye,maklumat lanjut nanti akan di update di Facebook Official Kopi Badang .


Hadiahnya memang lumayan,iaitu hadiah utama sebuah Perodua Axia dan hadiah lain pun tak kurang hebat seperti motosikal,iphone 7,ipad dan televisyen LCD. Untungkan? sambil minum dapat hadiah.


 Selain itu juga Al Mubarak Health Sdn Bhd membuka peluang kepada irang ramai untuk menjadi stokis Kopi Badang ini dengan insentif menarik berdasarkan jumlah jualan kopi mereka.





Amacam? lumayan kan? jadi ssesiapa yang berminat tu bolehlah dapatkan maklumat lanjut atau hubungi talian di bawah ini ye :

Untuk yang berminat menjadi stokis boleh hubungi :

Premier Victory Enterprise   07-2326124
Hisham  Nordin 019 779 2211
Kamarul  Arief  018 388 5985

Facebook Official : Kopi Badang Official 
atau hubungi 
Huda Hana Media Communications
012-3031005 (Huda)

p/s : K bye,nak gi bancuh kopi badang jap hehhehee.

Diy : Tabung dari tin kopi

$
0
0
Korang selalu tak kalau mengemas rumah,ada barang yang sepatutnya di buang atau di dermakan atau di kitar semula tapi masih nak simpan padahal tak buat apa-apa pun,mesti ada kan.Maknanya barang masih elok tapi korang sekadar simpan tak guna dan tak buat apa pun  dengannya.Haaaaa Cik Sue cam tu la,dengan alasan sayang nak buang ,konon suatu hari nak guna,konon nanti nakbuat diy atau nak gubah-gubah buat apa-apa.Berangan je la,rasanya tak sampai 10% pun barang-barang tu bergerak,tapi simpan dah separuh stor macam kedai kitar semula atau kedai besi buruk dah hahahhaha.Sekarang dah nak masuk Ramadhan ,tak lama lagi dah nak raya,Cik Sue pun sibuk misi mengemas rumah,dengan tekad nak mansuhkan/sisihkan/buang/derma/kitar semula barang-barang yang penuh rumah ni.
Kami ni laki bini sama je part ini,suka sangat simpan benda-benda ta berfaedah hahahaa,ada faedahnya tapi tu la kekononnya semua tu buatnya tak jugak hahahha.Dok kemas-kemas ,yang ni je la Cik Sue rajin sikit nak buat,sebab mudah je.Tin serbuk kopi ni Mr D la yang simpan,nak buang sayang,so nak buat tabung je la isi duit Humaira,memandang dia je tak de tabung lagi.

ni ha tinnya,kat dalam dah di bersihkan dah

Tak de la pakai banyak barang pun,masking tape dan printed tape je,kebetulan ada kat mejatulis terus buat.Tin tu Cik Sue lilit dengan masking tape dulu sebab printed tape tu nipis nampak lak tulisan kat tin tu.

lilit dulu ngan masking tape
Dah siap lilit ngan masking tape baru tindihkan dengan printed tape tu,lilit sekeliling jangan sampai nampak masking tape tu ye.Lilit kemas-kemas.

okey dah siap
Okeyyyy dah siap,sepatutnya nak buat lubang tuk masukkan duit kat penutup tin tu,tapi cari alat tak jumpa lak,jadi kita biarkan macam ni dulu,nak isi duit bukak je penutup tin macam biasa.Selain buat tabung boleh gak isi biskut ke,cookies ke,kalau banyak-banyak tin ada ,buat cam ni.Susun jadi bekas kuih raya pun ok apa,baru la rare hahahha,jimat.Kikikiki.

K bye ,nak sambung ngemas,membuang dan mengedit rumah hehehehe.daaaaaa....



Desert Sedap di Buffet Ramadhan Verandah @ Cyberview Resort & Spa 2017

$
0
0
Ada yang mencari buffet ramadhan di Cyberjaya tak? meh Cik Sue cadangkan satu tempat berbuka puasa yang best.Dah la tempat cantik,makanan terutama desertnya sedap,ini serius ok! eh tak marah nak bagitahu je hehehhe.Kat mana? Jom ke Restoran Verandah di Cyberview Resort & Spa.Apa yang menarik di sini,jom kita jalan-jalan.




Cik Sue first time sebenarnya masuk sini,padahal dekat je dengan rumah,ye la tak de urusan buat apa nak masukkan hehehhe tapikan memang cantik la kawasan dia nama pun resort dan spa,tenangggggg sangat.Buffet ramadhan di sini menghidangkan hampir 23 gerai dan 200 lebih menu pilihan dari pelbagai selera antaranya Melayu,Chinese,Jepun,Itali dan macam-macam lagi.Banyak juga menu yang Cik Sue cuba dan memang sedap-sedap semuanya.































Amacam? dah menitik air liur ke? hahahahha tu baru sikit tau ada banyakkkkkkkk lagi,nak tau kena pi la rasa sendiri,puas hati makan.Cik Sue rasa kan hampir semua yang korang cari ada di sini menunya memang meriah.Insya Allah menu yang teringin tu semua ada.Tempat makannya pun best,selesa dan nyaman,resort la katakan,konsep spa pulak tu.

Desert/Pencuci Mulut yang memikat hati

Cik Sue ni ada satu perangai tau,bila pi buffet atau majlis-majlis atau mana2 la tempat makan-makan suka tengok desert atau pencuci mulut.Bukan apa,Cik Sue ni memang tak pandai bab memasak atau membuat kuih-muih kek dan puding segala,so time macam ni la nak makan kan.Dah pernah cuba buat tapi gagal hahahhaa,tapi kalau masak lauk-pauk insya Allah boleh lagi la tuk makan tekak sendiri huuu.Nak tengok tak pencuci mulut kat sini,jom layan :


























Haaaa hambekkkk,puas hati,semua sedap-sedap,Cik Sue dah try pun satu-satu.Tak rugi la korang bayar tuk makan kat sini,ajak bos tu suruh belanja staf sekali sekala kan heheheh.Tapi ada istimewa buffet ni yang Cik Sue nak highlightkan,kiranya pilihan A+ Cik Sue la ni.


Durian Crispy Roll
Haaaa itu la namanya,cik sue tak sure di perbuat dari tepung apa yang kulit tu,tapi ala-ala roti jala versi rangup.Dalamnya pulak ada isi durian yang dah di masak ala-ala pengat durian tu.Ya Allahhhhhh,sdap tak terucap bagi Cik Sue paduan raa durian dengan kulit rangup tu alahaiiii..teringat lak,huhuuuu.


Assorted Dimsum
Sejak bila entah Cik Sue jadi peminat Dim Sum ni,memang sedap,sosnya pun sedap,dua tiga kali jugak ulang ambik,samai budak kaunter tu dah sengih-sengih ahahhahah,terasa isi nya ada ketam,udang,ikan.


Sate Daging.
Nampak biasa,tapi bagi Cik Sue puas hati makan sini,isi dagingnya lembut dan kuah kacang sedap.Bagi peminat sate cam Cik Sue ni,memang ai bagi ibu jari la,sedap cukup sempurna rasanya.


Tauhu Bakar
Lama betul tak makan tauhu bakar,yang aling sedap pernah makan kat Kg Melayu Majidee Johor,kenduri rumah kawan,yang tu sedap dia Cik Sue tak jumpa lagi yang boleh lawan.Versi Cyberview ni dah hampir dah rasa nak samacuma tauhu kurang rangup dari yang sana.Tapi kalau area sini,ini pilihan CikSue,sos pun sedap,ngam.


Masak Lemak Siput Sedut
Ini kegemaran sepanjang zaman ni,memang pantang,pantang nampak hehehhee,tak peduli dah orang kiri kanan,menyedut je la hehehhe kuah dia cukup lemak tak bau hanyir pun.Cik Sue rekemen.


Ais Krim Perisa Rendang
Ini memang rare,korang pernah ke jumpa or makan ais krim perisa rendang ayam? haaaa tak ke pelik.Tapi mula-mula je pelik ,masuk sudu yang ke 2 alamakkk sedap wehhhh,serius...selain tu ada perisa teh tarik pun sedapppp sangat,perisa tart nenas pun ada tau.Haaaaaa unikkan,jadi ini wajib korang cuba tau.

Haaaaaaa,hambekkkkk panjang lebor CikSue cite,jadi sapa berhajat boleh pi tempah,pi bodek bos cepat,ajak berbuka kat sini.Detail seperti kat bawah ni ye :

Harga Buffet Ramadhan Verandah, Cyberview Resort & Spa

Isnin - Jumaat
RM 138 (Dewasa)
RM 100 (Kanak-Kanak)

Sabtu & Ahad
RM 100 (Dewasa)

Alamat :
The Lodge, Persiaran Multimedia, Cyber 7,
63000 Cyberjaya, Selangor.
Tel :
03-8312 7091
03-8312 7092

p/s :
Rasa nak try buat sendiri lak crispy roll durian tu,sedapnyaaaaaaa

Pigeon Newborn Pure terbaik untuk bayi

$
0
0
Sejak-sejak ada Humaira ni Cik Sue suka survey toiletries baby.Sekarangkan ada macam-macam produk penjagaan bayi.Dengan pelbagai rumusan dan kebaikan untuk kulit serta kesihatan anak-anak kita.Kali ni Cik Sue pilih produk Pigeon Newborn Pure yang memang terbaik untuk kulit bayi seperti Humaira ni.Humaira ni jenis kulit agak sensitif juga la,kalau lambat basuh berak dia,mula la merah-merah,kekadang kalau peluh-peluh tu naik bintik-bintik merah kat lengan dan leher.Jadi Cik Sue cuba guna produk Pigeon ni.Dia pun nampak suka pulak wangi-wangi lepas mandi,bila sapu minyak dan losyen sengih-sengih je.Bila dah bersih dan wangi dia tidur pun agak lena.Mungkin selesa agaknya.




Produk Pigeon ni daripada  :

Pigeon Newborn Pure Purifying Body Wash, 200ml ( Rm59 )

ready nak pi mandi hehhehe

Ini gel wash atau body wash untuk pakai masa mandi,wangiiiiii sangat tau.Cik Sue pun rasa nak guna sekali buat mandi.Bila tekan kat tangan tak la melekit sangat,guna sikit je pun buih dah banyak,seronok Humaira guna waktu mandi,memang semerbak la,lepas mandi dah bilas memang boleh rasa lembut je kat kulit.Kita kongsi tau Humaira,ibu pun dah suka wangian dia ala bunga-bunga macam minyak wangi pun ye.

Pigeon Newborn Pure Moisturizing Lotion, 200ml ( Rm59 )
muka tak sabar nak pakai losyen.
Ini pula losyen pelembap,lembut sangat pada kulit.Bau sama dengan body wash tadi jadi bila pakai losyen lepas mandi masih bau yang sama la.Seronok Humaira bila ibu urut dan sapu pada badan.Terus menyerap ke kulit dan tak melekit tau.Tak perlu banyak-banyak,sikit pun dah cukup wangi dan lembut pada seluruh kulit.

Kelebihan Produk Pigeon Newborn Pure

Bila dah google dan baca baru la Cik Sue tahu produk ni memang terbaik untuk bayi sebab ada kelebihan tersendiri antaranya :

1. Ada fungsi Dual Moisturizing by Natulayer,iaitu teknologi yang bertindak melembap dan melindungi kulit bayi.
2. Mengandungi bahan mimic vernix and ceramide yang memang perlu dan baik bagi bayi.
3. Bebas alkohol, bebas formaldehyde dan bebas paraben


Setakat Cik Sue pakai ni memang puas hati sangat,walau agak mahal tapi jimat juga sebenarnya tak perlu guna banyak,lebih kurang tahan la sebulan lebih sebotol tu.Yang penting wangi dan tiada bahan merbahaya kat anak kita kan.Haruslah cerewet kang sakit ke jenuh nak menjaga.

Korang nak cuba tak? boleh usha kat web ni ye dan klik link bawah ni: 

www.motherhood.com.my

URL Body wash: https://goo.gl/r3A1L6
URL Moisturising lotion: https://goo.gl/fhZmBG
kemahinnnn lena tido siap silang tangan tu hehehe

Mamawosh : Perkhidmatan Dobi Online Pertama di Malaysia

$
0
0


Pernah tak korang kehabisan pakaian bila hari hujan tak berhenti baju tak kering dan kekangan kerja yang banyak,terpaksa overtime siang malam,atau berkursus di sekitar Kuala Lumpur  dan perlu mencuci stok pakaian,tapi tak sempat nak basuh baju? Ha sekarang semua benda dah di permudahkan,semuanya di hujung jari antara mahu dengan tidak je.


Meh Cik Sue kenalkan dengan satu kedai dobi online pertama di Malaysia.Lepas ni mana-mana yang datang bekerja,berkursus atau ada kekangan masa dan cuaca yang membuatkan anda tak sempat basuh baju tu jangan risau ye,boleh layari web Mamawosh ni.Mudah sangat hanya di hujung jari,depan laptop atau guna phone pun boleh,sambil-sambil minum waktu rehat tau break dari slot kursus pun boleh layari dan gunakan perkhidmatan mereka.7 hari seminggu dari jam 8 pagi hingga 10 malam.Jadi dapatlah anda menyiapkan kerja dengan tenang tanpa serabut fikirkan baju-baju kotor dan kehabisan baju nak pakai nanti kan.



Perkhidmatan yang di sediakan oleh Mamawosh.

Anatara perkhidmatan yang di sediakan oleh Mamawosh ni adalah :

1. Basuh dan Lipat 
Basuhan biasa pakaian harian seperti tshirt,seluar,baju kerja,sarung bantal,cadar.Dan akan di lipat terus sebelum di hantar kepada anda.

2. Basuhan tangan atau Hand Wash
Untuk pakaian yang di minta pelanggan untuk basuhan tangan,pakaian dari fabrik tertentu seperti permintaa pelanggan dan di basuh serta di wangikan.

3. Cucian Kering atau Dry Cleaning
Untuk jacket,blazer atau kot yang di pinta pelanggan.Mamawosh akan pastikan kebersihan baju dari kotoran degil.

4. Cucian Langsir.
Haaaa mesti ramai yang nak basuh langsir dekat-dekat nak raya ni kan? kena pulak rumah yang banyak tingkap dan pintu ,mau 2 3 beg jugak tu,nak membasuh sendiri mana pulak nak jemurnya kan,laman luas bolehla.Mamawosh sediakan perkhidmatan ini,jangan risau.

Bagaimana Mamawosh membantu anda?



Macam mana nak menggunakan khidmat Mamawosh ni,meh Cik Sue ajar :

1. Korang buka web Mamawosh , klik "order pickup", masukkan butiran yang di perlukan.atau boleh call mengikut no telefon yang di beri di bahagian bawah sekali laman web itu.
2. Korang boleh booking secara online bila-bila masa 24 jam sehari 7 hari seminggu dan pihak Mmamawosh akan datang ambil baju kotor selepas 60 minit.
3. Keesokan harinya mereka akan hantar kembali pakaian yang sudah bersih kecuali cucian tangan dan dry cleaning selepas 3 hari.
4. Cara membayar pula boleh di lakukan secara online atau cash ketika penghantaran (COD).

Harga dan pakej Mamawosh

Mesti ada yang ingat mahalkan dobi online ni,tapi bagi Cik Sue harga Mamawosh ni sangat berpatutan dengan perkhidmatan yang mereka berikan.Lebih kurang je kalau korang ke dobi layan diri pun,tapi ni lagi jimat la tak payah keluar.Nak tahu harganya korang boleh klik link harga dan pakej ni.



Kawasan liputan untuk penghantaran

Ok,Mamawosh ni ada kawasan liputan yang mereka beri perkhidmatan dobi online ni,tapi kalau di luar kawasan liputan ada caj la untuk pengambilan dan penghantaran pakaian korang tu,nak lagi jelas korang tengok je map kat bawah ni ye,senang :







Senang,jimat masa dan tenaga kan? Kalau berminat korang boleh dapatkan maklumat dari detail kat bawah ni :

Mama Wosh (Malaysia) Sdn. Bhd.
No 8, First Avenue, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor

Mobile: +60 17 370 1074

http://www.mamawosh.com/

Email: hello@mamawosh.com

p/s : Segalanya di hujung jari,antara malas dengan rajin je.

Salam Ramadhan 1438H / 2017 : Puasa dengan Si kecik.

$
0
0

Belum terlambat rasanya nak ucapkan selamat berpuasa kepada kengkawan semua.Dah masuk 4 Ramadhan pun,baru sempat jengah blog,busynya seorang Cik Sue hehehehe.Busy apa pun tak tahulah.

Bulan Ramadhan ni bulan yang ramai tunggu-tunggu,gandaan pahala dan keberkatan,harapan Cik Sue semoga Ramadhan kali ini,dapat merapatkan kembali ukhuwah dan silaturrahim yang sebelum ini kita putuskan tanpa sengaja atau tidak.Jika Allah sudi ampunkan dosa kita,siapa kita untuk sombong tidak memaafkan kesalahan orang lain,Memaafkan tidak semestinya kita bersetuju dengan kesalahan mereka,mana tahu kemaafan kita kala ini memberi inspirasi keinsafan.

Bagi Ibu-ibu ,isteri-isteri kat rumah ,ini la masa menambah stok pahala kan.Bangun awal siapkan sahur,kejut anak dan suami,petang pulak berperang dengan anak ,berpeluh memasak di dapur,hidangkan juadah berbuka yang terbaik buat suami dan anak-anak.Besarnyaaaa pengorbanan sedangkan diri sendiri pun berpuasa,namun besar juga ganjaran pahalakan?


Alhamdulilllah,Cik Sue masih di panjangkan umur untuk berjumpa Ramadhan lagi tahun ini,kalau tahun lepas puasa waktu mengandung,tahun ni pula sebagai ibu menyusu dan Humaira pun dah 6 bulan lebih.Cepat pulak rasa masa berlalu.Agak mencabar juga la bila dah ada si kecik ni,pengurusan masa dan kreativiti tu penting supaya tak kelaparan dek anak yang macam-macam peel ni.

Perkara yang paling seronok puasa ni mestilah juadah berbukakan,ada yang suka ke bazar ramadhan,ada yang suka masak sendiri,sekarang pulak ada yang lagi mudah order delivery food je,sampai makanan depan pintu hehehehe.Dulu zaman bujang-bujang dan masih bekerja,hidup sorang-sorang,berbuka pun ikut mana dan,beli kat bazar atau kat kedai makan je dengan kawan-kawan,kena pulak kerahan tenaga kena ot,makan pun main kirim je,berbuka di opis itu selalu.

Sekarang dah kahwin,bersuami dah ada anak,dan status suri rumah sepenuh masa,Cik Sue lebih suka memasak sendiri.Eh tapi masa berdua awal-awal kahwin pun kami dah tak pi bazar,tetap balik masak kat rumah walau hanya lauk sardin.Dapat suami yang tak berapa rajin nak berjalan di bazar,jadi kena la bininya rajin masak hehehe.Menu mudah-mudah je,sebab Mr D tak cerewet makan.Goreng telur mata dengan kicap pun ok.

Pengalaman baru tahun ni,bangun sahur dah ada jam loceng hidup hehehe Humaira la,dia macam tahu pukul berapa imsak hehehhe,ngam-ngam je bangun merengek nak susu.Dan jadi peneman memasak di dapur petang-petang,ada masanya dok bergaduh je la ngan dia,merengek nak berdukung,sibuk nak tengok apa dalam periuk hahahah.

Jom tengok menu Cik Sue masak sepanjang 3 hari dah berlalu ni,selalunya masak berbuka lebihkan sikit untuk makan sahur terus.Jadi sekali masak je,senang kerja.

1 Ramadhan :

Sahur :

sayur sawi tumis air
Sotong goreng kunyit berkuah
Berbuka :

Hari pertama balik berbuka di rumah mertua di Kuang,Sg Buloh.Berbuka ramai-ramai dengan ipar-duai.Masing-masing bawa makanan dari rumah,kira macam potluck la,tak sempat lak nak amik gambar kalut dengan Humaira.Seronok,macam-macam lauk ada,sampai tak cukup nasi hehehhe,Cik Sue pun tapaukan makanan yang dah masak kat rumah.

kerabu mangga
Kari Ayam Hijau ala Thai
First time buat nanti Cik Sue update resepi ye.

2 Ramadhan :

Berbuka : 
Masih di rumah mak,tapi ipar-duai semua dah balik rumah masing-masing,uruskan family diorang lak,anak-anak nak balik ke asrama,nak pi beli barang dapur dan macam-macam lagi la,Cik Sue ngan Mr D dah setel semua ,teman la mak ngan bapak berbuka.Jadi Cik Sue la kena masak,mak dah tak larat.Fuhhhh Humaira buat perangai tak nak duduk lepak ngan mbahnya,melalak-lalak menangis tersedu-sedan,ayahnya ambik pun sekejap je senyap.Tak nak dah dengan orang,maybe sebab dok rumah dia sorang je,alih-alih Cik Sue angkut bawang,sayur semua siang depan tv sambil dia dok sebelah,sabo je la hehehhee.

kangkung tumis belacan

Singgang ikan dengan bendi ,mak mertua request nak makan.
Sambal udang Mr D request


Lepas terawih kami gerak balik ke rumah sendiri,tak tahu mana silap,sampai rumah Cik Sue kena bengkak susu,padahal direct feed kat Humaira.Tak boleh tidur dari jam 2 lebih sampai sahur,menangis woooo sakit bengkak,ibu-ibu menyusu tau la macam mana sakitnya.Dah perah dah bagi Humaira hisap tetap bengkak,macam susu tersumbat pun ye,tuam je la dengan tuala panas,lega sekejap dan tertidur sekali sedar-sedar dah 10 minit nak azan,bingkas bangun sediakan air panas bagi Mr D,nasib baik nasi dan lauk dah tapau dari rumah mak,bukak tupperware je makan huhuu,Cik Sue ok la tak sahur pun dok rumah je,Mr D tu yang kesian jap lagi kena pusing site jenuh oiii.

3 Ramadhan :

Lepas Mr D gi keje,sambung rest, badan dah panas,tekak perit sangat.Susu pun masih bengkak,dok la tuam dengan tuala panas.Paksa juga Humaira menyusu supaya cepat surut,walau menitik air mata sakit,Bangun solat,mandi terus melepak je,pukul 5 baru ke dapur ,gagah-gagahkan diri.Buka peti ais cari apa yang paling midah nak masak,kebetulan Mr D balik lewat,Cik Sue pun tak selera just berbuka minum air soya,solat dan baring rehat .Tunggu Mr D balik baru makan sama.

Urap/Kerabu kacang botol,ni lepas maghrib baru buat

Ayam Percik Simple
Kebetulan semua bahan dah siap sedia,masak je.

Itulah catatan setakat hari ke 3 Ramadhan.Hari ke 4 ni tak tahu lagi nak masak apa,selalunya Cik Sue ni tengok apa bahan yang ada dalam peti ais je,ala-ala masterchef gitu,masak ikut bahan yang di beri hehehehe,memasak ni tak susah kalau kita pandai uruskan dan kreatif,Dengan anak kecik ni apa yang Cik Sue buat,time anak tido atau suami jaga anak,siapkan bahan-bahan asas tuk masak,blend bawang ,cili,halia siap-siap,sayur nak simpan,potong siap-siap,ayam perap dan simpan dalam freezer,buat pes asam pedas,masak lemak,kari siap-siap,Nak masak amik masuk periuk je,jadi jimat masakan?

Korang pula macam mana cerita ramadhan setakat hari ni?

Viewing all 683 articles
Browse latest View live