Quantcast
Channel: Catatan Sue Izza
Viewing all 683 articles
Browse latest View live

Balm Tasneem Naturel : Penyelesai Masalah Bayi

$
0
0
Hai semua,kali ni Cik Sue nak bercerita tentang anak-anak aka bayi ye.Bila ada anak kecil atau bayi ni,kena tumpukan lebih perhatian kepadanya sebab bayi mudah terkena serangan bakteria dan virus selsema la,demam la.Mak-mak mesti selalu hadapi masalah anak-anak batuk,tidur tak lena,tantrum atau asyik mengamuk je,perut kembung lahidung tersumbat la kan? Sama la dengan Humaira ni,dia jarang demam teruk tapi selalu batuk berkahak dan selsema tersumbat hidung.Selain rujuk ke klinik atau hospital ,banyak alternatif atau petua boleh di gunakan.



Sekarang ni popular penggunaan minyak essential oil kan,yang pakai diffuser tu.Tapi kali ni Cik Sue nak kenalkan minyak essential oil juga tapi dalam bentuk balm,tak perlu diffuser tu.Just colek dan sapu je kat badan baby,khasiatnya sama dengan essential oil juga,cuma lebih mudah penggunaan dan mudah di bawa ke mana-mana.Balm dari Tasneem Naturel ni ada 4 jenis dalam 1 set yang Cik Sue pakai ni,tapi nak beli satu-satu pun boleh.Kalau beli 1 set memang lengkap la untuk keperluan bayi korang.


Balm Sleep Time membantu bayi tidur lena :
-Membantu bayi yang susah tidur untuk dapatkan tidur yang lena
-Bantu bayi bangun dengan mood ceria
-Memberi bayi tidur yang berkualiti.
-Cara menggunakan : Sapu di tulang belakang,tapak kaki,nadi belakang telinga dan pergelangan tangan.

Balm Tummy Time redakan kembung perut :
-Bertindak seperti minyak telon/minyak angin.
-Membuang angin dalam perut.
-Melegakan perut sebu.
-Bantu melegakan kembung perut.
-Cara guna : sapu pada perut dan tapak kaki.

Balm Calm Time bantu bayi bertenang :
-Memberi rasa selesa dan tenang bagi anak yang selalu tantrum.
-Mengurangkan tekanan.
-Mengurangkan keletihan.
-Cara guna : sapu di tulang belakang,tapak kaki,di nadi belakang telinga serta pergelangan tangan.

Balm CoughFlu Time legakan batuk dan selsema:
-Bantu kurangkan selsema
-Bantu cairkan kahak
-Bantu legakan asma
-Bantu turunkan suhu ketika demam.
-Cara guna : sapu di hidung,tekak,tulang belakang,tapak kaki dan dada.



Alhamdulillah,Humaira sesuai dan serasi dengan set balm pati minyak essential dari Tasneem Naturel ni,pertama yang Cik Sue cuba kat dia yang sleep tu,sebab dia mudah terjaga kalau tidur,tak kira la siang atau malam.Tidur macam terganggu dan tak lena,setiap 30 minit terjaga.Biasa lepas makan,mandikan dia dan sapu balm sleep ni,terus nampak dia mengantuk,susukan terus dia lena.Mudah lena dan lama sikit la dia tidur.Sempatla Cik Sue buat kerja rumah.Satu lagi selain sapu balm ni kalau nak anak tidur lena,pastikan pampers bersih,bilik dan suhu selesa,dan tak de gangguan bunyi yang terlalu kuat atau apa-apa yang menarik perhatian dia untuk bermain dannnn semestinya perut kena kenyang hehehee.Itu yang selalu Cik Sue amalkan.



Balm Coughflu Time pula Cik Sue guna masa Humaira selsema bulan lepas,2 hari ulang sapu ikut cara pakai yang di beri.Alhamdulillah membantu sangat melegakan batuk dan selsema dia.Bukanlah kata sekali sapu terus elok dan sembuh ye.Ambil masa juga la,sebab ni kan rawatan tradisional juga sebenarnya,dari alam semulajadi pati minyak tumbuhan,hingus dia pun tak meleleh dan kering lepas 2 hari.Batuk pun beransur hilang,tapi kena terusss sapu la sampai betul-betul hilang,Dua tiga hari juga la.


Oh ya,balm-balm ni semua bukan bayi atau anak-anak je boleh guna ye,Cik Sue guna juga tuk diri sendiri dan Mr D yan selalu semput,agak membantu dan melegakan.Balm sleep pun CikSue sapu kat Mr D bila tengok dia stress kerja dan tidur tak lena.Seisi keluarga boleh pakai balm ni.Memang berbaloi beli 1 set hari tu.


Lagi satu Cik Sue suka balm ni,mudah di bawa ke mana-mana,masuk je dalam handbag atau bekas toiletries Humaira,bawa balik kampung pergi jalan-jalan pun senang.Buka bekas dan sapukan je kat badan,bekas pun cantik.Kalau korang nak tahu maklumat lebih lagi tentang balm ni klik kat link-link di bawah ye :

Tel 011-20964665

p/s : Setiap family harus ada balm ni,memudahkan.

Femilac untuk tambah susu badan ibu menyusu.

$
0
0


Alhamdulillah Humaira dah masuk 9 bulan lebih dan syukur juga dia masih menyusu badan sepenuhnya tak campur susu tepung lagi.Walaupun susu tak melimpah dan tak buat stok tapi cukup untuk kenyangkan dia setiap kali menyusu terus dari Cik Sue.Cuma akhir-akhir ni perasan bila dia menyusu lama sikit terasa cepat pula kosong kantung susu.Mungkin dia makin besar dan susu Cik Sue makin kurang,tak cukup dengan demand perutnya.Mungkin juga Cik Sue agak penat akhir-akhir ni tak cukup rehat dengan Humaira yang makin melasak.Kekadang tidur pun asyik terganggu,makan pun tak ikut masa.Nampaknya kena usaha selesaikan masalah ni,azam Cik Sue nak susukan Humaira kalau boleh sampai 2 tahun atau sekurangnya lebih dari setahun.

Cik Sue ada juga dapatkan nasihat doktor dan jururawat bila bawa Humaira pemeriksaan bulanan,kebanyakannya suruh jaga pemakanan dan cuba cari milkbooster atau supplement untuk tambah susu.Dan sentiasa bagi susu bila anak minta ,konsep demand dan supply,bila anak selalu hisap,susu akan bertambah ikut kekerapan dia menyusu.


Cari punya cari,skroll fb dan ig,cari kat internet,Cik Sue tertarik dengan FEMILAC ni dari Feedmilk,sebabnya gabungan bahan makanan sunnah dalam bentuk kapsul je tak payah nak bancuh-bancuh dah.Dok baca testimoni yang guna pun macam ok dan berkesan.


Femilac Milkbooster #tibetibebengkak ni akan berfungsi membantu 100% daripada usaha ibu-ibu semua bagi menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti , inshaAllah , dan mudah dimakan hanyah kunyah sahaja.Nak bawa ke mana-mana pun senang,masuk je dalam beg.

Produk ni di lancarkan oleh CEO Feedmilk iaitu Puan Anys Syuhada dengan gilang-gemilang.



Dan yang penting juga produk ni dah di sahkan Halal oleh Kerajaan Malaysia.


Tak sabar pula Cik Sue nak cuba Femilac ni,Mr D pula cadangkan cari la tester atau trial pek dulu takut tak sesuai pulak nanti sebab milkbooster ni bergantung kepada badan kita juga.Alhamdulillah Femilac ni ada trial pek berharga RM13 yang ada 12 tablets dengan bungkusan yang cantik lagi,bolehlah cuba nanti,kalau ok boleh beli sebotol full pek tu.
    


Ini pula antara testimoni pengguna Femilac ni :



Harga Milkbooster Femilac 

Botol 30 tablets =RM45.00
Botol 60 Chewable Tablets=RM 70.00

Kalau korang pun berminat nak cuba boleh dapatkan info di link kat bawah ni ye :

· Jika berminat boleh terus ke butik ataupun stokist2 femilac kini semua pelusuk tempat ade kalau nak cod pun boleh.

Jom LIKE PAGE dan FOLLOW instagram (FEEDMILK)

FACEBOOK : https://www.facebook.com/Femilac-HQ-1630025720660864/

INSTAGRAM : www.instagram.com/femilac 

website : www.feedmilk.com .

ALAMAT BOUTIQUE :
Feedmilk Boutique - H50-1,
Jalan Serai Wangi, M16/M,
Alam Avenue 2, 40200, Shah Alam.

BUKA :SELASA-AHAD ( 11.00 AM - 8.00 PM )
Waze : Feedmilk Boutique

*segala pembelian atau keterangan lagi lanjut boleh hubungi HQ :

Alamat Hq: FEEDMILK BOUTIQUE SDN. BHD. (1160172-U)
No 9A Tingkat 1,Jalan Keluli AK7 / AK
Seksyen 7,40 000,
Shah Alam,Selangor
HOTLINE HQ : 03-33626516                          

Perisa Baru Tuna Ayam Brand Organik : Lazat Dan Sihat.

$
0
0
Korang suka makan sardin tak? atau tuna dalam tin? Kalau dulu-dulu Cik Sue beli dan makan macam tu je atau tumis dan panaskan je,tapi lama-lama baru tahu rupanya makanan dalam tin ni boleh di pelbagaikan dalam masakan kita.Sekarang ni Cik Sue suka tuna pulak yang dalam tin selain sardin,tuna daam tin ni ada banyak jenis tau,ada bentuk flakes atau kepingan,ada yang dah di hancurkan,ada yag seketul-seketul.Banyak khasiat juga sebenarnya tuna ni,tapi kena pandai pilih la,masa beli tu tengok la kandungannya dan kaji la sikit khasiat bahan-bahan tu ye,ala sekarang senang semua di hujung jari je.


Tuna Sumber Protein Rendah Kalori


Selain kaya dengan Omega-3, Selenium, Niacin, Vitamin B6 dan B12, tuna merupakan sumber protein yang mempunyai kadar kalori yang rendah untuk dihadam berbanding dengan sumber-sumber protin yang lain. Digabungkan dengan rasanya yang lembut serta teksturnya yang kenyal, Tuna menjadi makanan laut yang digemari di seluruh dunia.

Haaa meh nak bagitau jenama Ayam Brand ada keluarkan perisa baru tuna dalam tin diorang tau,Cik Sue dah cuba pun.Dua-dua sedap,buka tin letakkan atas roti makan macam tu pun dah sedap.Tapi Cik Sue pelbagaikan sikit la masa makan hari tu,makan dengan spageti,makan dengan paratha dan buat wrap tambah dengan sayur dan mayonis,memang sedap.Ada dua jenis perisa baru yang di lancarkan :

1. Tuna Flakes in Organic Broth
2. Tuna Chunks in Organic Extra Virgin Olive Oil




Ayam Brand™ sememangnya sudah dikenali di Malaysia  dengan pelbagai jenis produk makanan dalam tin berkualiti tinggi yang tidak mengandungi bahan pengawet, perisa tambahan mahupun MSG,malah sudah mendapat status HALAL.Produk mereka menyihatkan serta mudah untuk diambil seiring dengan reputasinya sebagai jenama isi rumah terkemuka di Malaysia dan rantau Asia Tenggara selama hampir 125 tahun.

Bagi perisa baru ini ia adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia yang mendapat pengiktirafan organik dari Eropah. Kedua-dua produk baharu ini menggabungkan kebaikan tuna yang di tangkap secara mampan bersama sayuran organik yang diiktiraf serta minyak zaitun dara ekstra bagi memberikannya kebaikan serta rasa yang lebih semulajadi.




Eh mesti ada yang kata pemalasnya,makan makanan dalam tin je,ishhhh jangan tak tahu ye.Makanan dalam tin ni boleh jadi bahan masakan menyedapkan menu-menu berat tau.Banyak cara untuk menikmati tina dalam tin ni,tak semestinya panaskan dan makan gitu je,banyakkkkkk sangat cara boleh buat ye.Boleh campur jadikan salad,jadikan tambahan dalam kuah laksa atau spageti,jadikan tambahan lauk untuk mee,mihun goreng.Boleh buat kerabu,boleh gaul dengan mangga buat salad,boleh blend buat pencicah finger food.Macam-macam lagilah,korang boleh dapatkan inspirasi memasak atau resepi-resepi sedap menggunakan tuna dalam tin ni kat sini ye boleh klik http://www.ayambrand.com.my/recipe.html.

Kali ni Cik Sue kongsikan menu Cik Sue buatkan untuk Mr D sebagai sarapan gi kerja :

Resepi Paratha Sandwich Tuna Flakes in Organic Broth Ayam Brand.

Bahan :
1 tin Tuna Flakes in Organic Broth Ayam Brand
Sedikit daun salad atau sebarang sayur yang korang suka.
Sos cili
Mayonis kosong
serbuk lada hitam
Tomato hiris nipis
3 keping Paratha jenama Kawan
2 sudu jus lemon


Cara :
1. Tuangkan isi tuna dalam mangkuk,asingkan kuahnya,gaulkan dengan mayonis dan jus lemon serta serbuk lada hitam.
2. Panaskan kuali ,gorengkan paratha tanpa minyak,agak garing angkat dan sejukkan.
3. Lapiskan sayur dan tomato atas paratha,sudukan isi tuna tadi ratakan dan letakkan sos di atasnya ,lipat dia paratha tersebut.
4.Hidangkan,mudahkan?




Perisa baru ni dah boleh dapatkan di pasaraya dan kedai berdekatan anda ye,dah ada kat pasaran pun.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ayam Brand, sila lawati

p/s :
Suka simpan stok makanan dalam tin untuk kecemasan kat rumah.

Tips ajar anak mengenal Allah

$
0
0

Setiap ibu bapa mesti tak lepas memikirkan bagaimana untuk mendidik dan mencorakkan anak mereka sedari kecil,dimana fikiran mereka masih suci ibarat kain purtih.Tugas ibu bapalah untuk menberi pendidikan awal dari rumah sebenarnya.Itulah apa yang Cik Sue fikirkan bila tengok Humaira ni,macam-macam dah bermain di kepala.Apa dulu nak kenalkan kepadanya,pembentukan jati diri ,pembelajaran macam mana yang nak di terapkan? Apa yang nak di ajarkan mengikut tahap perkembangan umurnya.

Bila balik kampung borak-borak dengan ma abah perkembangan Humaira,Cik Sue terkesan sangat bila ma kata,kenalkan dia dengan agama dan tuhan dulu,macam mana cara,fikir sendiri.Alamakkkk heheehe jadi Cik Sue selongkar la segala artikel dan buku-buku cari cara yang berkesan dan mudah faham untuk anak.Cik Sue ada jumpa tips mengenalkan Allah kepada anak dalam buku " Creative Parenting Today" karya Andi Yudha Asfandiyar.Dah lama beli buku ni masa mengandung lagi,masa tu pesta buku kat Putrajaya.Cuma tak belek je,tak sempat nak membaca,baru sekarang buka cari apa yang patut untuk anak huhuhuuu.

Kalau korang macam mana korang kenalkan anak tentang kewujudan Allah,mematuhi perintah Allah? ni tips yang Cik Sue dapat dari buku tu :

Tips Memperkenalkan Allah s.w.t kepada anak:

-Tunjukkan kegembiraan kita bila masuk waktu solat

-Solat berjemaah.Tanamkan dalam hati mereka bahawa solat adalah cara bagi mengingati Allah s.w.t. Kita mengingatiNya kerana Sllah s.w.t sayang kepada kita.Dia menurunkan hujan dan menyuburkan bumi.

-Perdengarkan doa kita kepada anak-anak.Biasa selepas solat kalau solat berjemaah baca la doa kuat sikit.Ni abah selalu buat sampai CikSue lak yang sebak dok tadah tangan kat belakang.Tunjuk kesungguhan ita apabila meminta sesuatu daripada Allah s.w.t .Tekankan dalam doa manusia tidak berdaya tanpa bantuan Allah.

-Buat jadual untuk anak-anak baca doa lepas solat jemaah,untuk anak-anak yang dah besar dan faham la.

-Minta anak-anak berdoa sekiranya mereka mahu meminta sesuatu.Contohnya nak kan permainan,mintak mereka berdoa ibubapa di murahkan rezki untuk dapat belikan mereka mainan.Tanamkan dalam diri mereka Allah akan sentiasa menjawam permintaan kita walau pun lambat.

-Sekiranya anak atau orang lain sakit,jelaskan Allah akan sembuhkan mereka.

-Ajar anak-anak doa sebelum berbuat apa-apa aktiviti dan jelaskan maksudnya kepada mereka

-Ungkapkan syukur dan terima kasih di hadapan anak-anak apabila mendapat rezeki dan nikmat dari Allah.

-Tunjuk perasaan malu dan bersalah kita di hadapan anak-anak sekiranya terlupa berdoa atau melanggar surhan Allah.

-Ajar anak-anak mengagumi kebesaran Allah ,ciptaan dan alam sekeliling.

-Baca ,cari dan fahami maksud ayat Alquran bersama-sama anak.Jelaskan itu adalah "surat cinta" dari Allah.

Itulah antara tips yang Cik Sue dapat,maknanya kita juga perlu mengenal Allah bersama-sama anak.Sedikit sebanyak bila kita mahu mendidik anak,kita juga kena berubah menjadi lebih baik,di situ hikmahnya dan rahmatNya.

Satu lagi petikan yang CikSue tertarik dalam buku ni,anak-anak sering mendengar perkataan Allah tu dengan sisi negatif seperti :

" Jangan buat begitu,berdosa,Allah marah nanti"

Ungkapan ini tidak salah cuma di ungkapkan dalam nada negatif,tanggapan anak-anak juga jadi negatif terhadap Allah.Mereka akan fikir Allah itu garang,membenci,tidak sayang dan terasa ingin menjauhkan diri serta takut.Sedangkan kita mahu mengajar anak-anak menyayangi Allah dan mencintaiNya.Kita boleh ubah kebiasaan ungkapan itu kepada :

"Allah tentu gembira dan memberi rezeki bila kamu rajin"
" Allah tentu mahu sayang kamu kalau kamu rajin solat"

Jom kita cuba menjadi contoh yang baik untuk anak-anak ye,Cik Sue pun masih belajar lagi,dok cari dan korek ilmu dari ma abah dan mertua bagaimana mereka mendidik anak-anak.

p/s :
Anak itu amanah,besar tanggungjawab untuk membentuk menjadi seorang Islam luar dan dalam.Doakan Cik Sue mampu menjadi ibu yang baik ye.


Milkbooster Shatavari dari Himalaya Wellness : Membantu di kala memerlukan.

$
0
0
Baru-baru ni Cik Sue perasan Humaira menyusu tak puas.Kekadang dah menyusu pastu ngamuk-ngamuk macam tak cukup.Dia tidur pun kejap-kejap terjaga,walaupun dah suap bubur segala.
Perasan juga kekadang macam sekejap je dia hisap ,susu macam dah habis.Memang akhir-akhir ni Cik Sue agak stress dan kepenatan,susu pun mula drop atau merosot,mungkin juga Cik Sue mula sambil lewa tak jaga makan ikut waktu dan makanan berkhasiat.

Dok fikir-fikir,tak leh jadi ni,kena cari cara nak tambah susu,memandangkan Cik Sue memang susukan Humaira dengan susu ibu sepenuhnya,risau pulak dia tak cukup khasiat tuk tumbesaran fizikalnya.Cik Sue ni payah sikit sebenarnya nak makan supplement atau produk macam-macam tu.



Atas cadangan Kak Long Kawasan Puchong Cik Sue cuba juga la produk dari Himalaya Wellness ni,katanya 100% herba tak de bahan campuran lain.Inilah dia SHATAVARI Asparagus Racemosus dari rangkaian produk Himalaya Wellness.Bahannya 100% herba dari India dan di jamin halal.Ia dalam bentuk kapsul,ada sekali Cik Sue buka kapsulnya dan bau sedap pulak memang bau herba tulen.Malah dalam bentuk kapsul gini memang mudah nak telan,haaa jenis payah telan ubat gitu la hehhee.

Rupanya herba yang di gunakan sebagai bahan dalam produk telah di gunakan lebih 1000 tahun di India sebagai tonik kesuburan wanita,wahhhh memang berkhasiat la rupanya.Selain itu ia membantu dan menstabilkan hormon wanita lepas bersalin.Patutla sakit pinggang dan lenguh badan dah berkurang sikit akhir-akhir ni,Cik Sue ni kekadang susukan Humaira malam-malam sampai krem betis la,sakit pinggang la.Dua tiga hari ni agak cergas sikit dan bertambah tenaga.Alhamdulillah syukur sangat,kalau tak malam-malam je sapu minyak angin la minyak panas la.


Susu badan pulak macam mana ? Alhamdulillahhhhhh,syukur sangat-sangat,lepas seminggu ,susu mencurah.Lepas hari ke 4 amalkan ,Humaira tersedak sebab susu laju keluar,gelak-gelak dia susu kena muka hehehe,bila nak tidur malam dia menyusu,memang lena tidur dia waktu malam,dah kurang terjaga mintak susu.Dan bila bangun pagi mintak susu,tersenyum puas dia kekenyangan sampai sarapan bubur pun lewat.Syukur pada Allah bagi jalan Cik Sue tambah susu untuk Humaira,semoga terus konsisten dan dapat susukan Humaira sampai umur 2 tahun ,kalau lebih pun ye syukurrrr.


Produk ni pun mudah nak bawa ke mana-mana,tak perlu nak bancuh,macam makan vitamin biasa je.Senang bawa travel,masuk je dalam beg.Harga pun mampu milik RM54 je sebotol,ada 60 biji ,di makan 2 biji sehari,1 biji selepas makan.Oh y,korang nak cuba boleh dapatkan di outlet-outlet produk Himalaya seperti di KLCC,Mid Valley,Sunway Pyramid dan banyak lagi mall-mall berdekatan korang.Kat farmasi-farmasi biasa pun ada ,kecuali di guardian dan watsons tak de tau.Atau korang beli je kat web diorang atau kat facebook diorang.lagi senang.


Alhamdulillah,checkup minggu lepas,nurse bagitahu perkembangan Humaira sangat memberangsangkan.Seronk rasa,semoga dia terus membesar dengan sihat dan cergas hendaknya.

Untuk maklumat lanjut , korang boleh layari:

https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia

https://www.instagram.com/himalayamalaysia

p/s :
2 minggu amalkan Shatavari ni,rasa macam cepat pulak parut jerawat hilang,tak tau la sebab produk ni atau hormon dah ok,sebab Cik Sue tak pakai skincare apa-apa sekarang ni,cuci muka ngan pencuci cosmoderm je.

Terbang Ke Sarawak Dengan MAS : Impian yang belum tertunai.

$
0
0
Banyak-banyak negeri dalam Malaysia,Sarawak je Cik Sue belum pernah jejak kaki.Negeri lain tu walau tak meneyeluruh sekurangnya pernah la sampai.Tiba-tiba dua tiga menjak ni terfiir pula nak bercuti,ehhh ingat surirumah tak stress ke dok rumah? banyak tau benda nak fikir nak buat,kerja kat rumah tu tak pernah habis,kekadang memang lagi sibuk dari kerja kat pejabat.Mestila perlukan percutian juga untuk segarkan minda dan melayan jiwa ,gituuuuu.Memandangkan Mr D pun asyik stress dengan kerja dan macam-macam masalah,Cik Sue fikir kami memang kena cari masa pergi bercuti segarkan minda dan jiwa.Tak payah luar negara pun tak pe,Malaysia pun tak habis pusing lagi kikiki.Jadi Cik Sue pilih Sarawak untuk plan percutian kali ini.

Kenapa Cik Sue pilih Sarawak? Sebenarnya banyak yang menarik kat Sarawak tu yang Cik Sue nak jelajah dan rasai pengalaman di sana.Tapiiiii sebab utama cuba teka kenapa? Alaaaa tak tau ke? mesti la sebab makanan hahahha,nama pun #ciksuesukamakan , semestinya misi Jalan-jalan cari makan la.Banyak menu dan sumber makanan yang Cik Sue tak pernah cuba ,menu tradisi Sarawak.Alaaa Cik Sue ni kan pencinta makanan ,mesti la menjadi impian nak cuba makanan pelbagai negeri dalam Malaysia terutamanya kalau dapat yang luar negara Alhamdulilllahhhh lagi seronokkan.


Salah satunya yeeee kek lapis Sarawak yang menjadi feveret Cik Sue,pernah la kawan bagi ole-ole masa diorg pegi sana,seketul tu Cik Sue sorang je habiskan.Haahaaa ada yang kata kek tu manis,tapi Cik Sue sukaaa.


Banyak lagi makanan unik di Sarawak ni macam umai,pucuk midin,mee kolok dan macam-macam lagi la,ada je kat semenanjung tapi tak sama la dengan yang original di sana kan?

Selain dari itu, Cik Sue juuga teringin pergi ke Sarawak Cultural Village atau Kampung Budaya Sarawak, apa yang Cik Sue baca kat situ  banyak info  pasal kaum yang ada di Malaysia ni. Kaum yang terdapat di Sarawak ni seperti Bidayuh, Melanau, Iban dan lain lagi. Sarawak Cultural Village telah diberi gelaran sebagai "Muzium Hidup" yang terbaik di Asia Tenggara. Kampung Budaya Sarawak menggabungkan sejarah, tradisi, gaya hidup dan seni bina dengan pendidikan dan bahagian teater untuk mencipta perpaduan budaya yang unik. Tujuh rumah tradisional yang unik, yang tersebar di atas kawasan seluas 17 ekar, pasti akan memberi  pengenalan yang sempurna kepada tentang Sarawak, penduduknya dan budaya kepada Cik Sue. Bukan tu saja, di situ juga kita dapat explore tentang gaya hidup rumah panjang dengan hospitaliti gaya Sarawak di Sarawak Cultural Village. Tempat ini adalah satu kemestian untuk di lawati bagi pengunjung ke Kuching dan Damai.Bestnyaaaa...



Bak kata orang, kalau kita pergi ke Sarawak tapi tak berselfie di Tugu Kucing memang tak lengkap percutian di tempat ni. Tugu tu terletak di dalam bandar Kuching. Di situ nanti boleh la Cik Sue rakamkan kenangan dan bukti dah sampai je Sarawak. Dan Cik Sue juga teringin nak pergi ke Siniawan Night Market. Kat situ bolehlah shopping dan juga merasai makanan yang terdapat di sana. Kata orang kat situ ada Mee Kolok yang sangat famous di negeri ni. Sememangnya pasti sedap ooooo…. Night market ni katanya waktu malam lebih cantik dengan lampu-lampu dan hiasan,mesti seronok jalan-jalan dengan keluarga.


Oh ya,nak ke Sarawak mestilah kena naik kapalterbang dari semenanjung.Lepas bertanya kawan-kawan yang biasa bercuti,kawan-kawan yang asal dari Sarawak ,Cik Sue pilih penerbangan MAS untuk ke sana.Kawan-kawan kata MAS ni akan melengkapi la Cik Sue  punya percutian ni. Kenapa mesti memilih MAS melalui Traveloka, ini kerana harga tiket MAS di Traveloka tersangat la murah dan berpatutan. Kalau nak dibandaingkan dengan beli di website MAS sendiri, harga dia mahal sedikit kerana melalui Traveloka, Cik Sue dapat diskaun yang terbaik. Ni kerana Cik Sue di cadangkan guna MAS online booking di website Traveloka. Ni aku nak bagitau sikit apa yang kawan-kawan bagitau, MAS offer 3 kelas perjalanan: Kelas Pertama, Kelas Perniagaan dan Kelas Ekonomi. Bagi Kelas Ekonomi, korang akan dapat tempat duduk 18 inci dengan A380 baru. MAS juga menyediakan Audio Video on Demand (AVOD) yang mengagumkan untuk hiburan korang. Korang boleh pilih movie apa yang korang nak kerana MAS mempunyai koleksi movie yang banyak dari pelbagai genre movies. Dari segi makanan, MAS telah menyediakan makanan yang sangat seda.

Ya Allahhhhh,tak sabarnya nak gi bercuti,moga murahlah rezki Cik Sue,perancangan dah ada ni ,tunggu nak laksanakan je.Lama sangat dah tak bercuti,jom korang kita ke Sarawak.

Nivea Protect & Care Deodorant : Penjagaan dan perlindungan kulit berpanjangan.

$
0
0
Korang pakai pewangi ketiak apa eh? opssss sibuk je Cik Sue tanya pasal ketiak orang hahahaha,tak de la,cuma nak share penjagaan kulit ketiak dan kebersihan kawasan tu pun penting juga.Cik Sue suka pakai nivea dari zaman sekolah lagi,dari pakai yang roll-on sampai yang spray.Last hari tu pakai Nivea Pearl tuk wanita tu,tapi baru-baru ni tengok ada produk baru iaitu Nivea Protect & Care Deodorant.

Cik Sue pun sibuk la nak cuba sebab berkenan warna biru ,ehhh tak la tapi sebab kebaikan yang di beri la.Deodoran ni di perkaya dengan esen krim Nivea ia mewangikan dan menjaga permukaan kulit bawah ketiak tu,terutama yang kerap bercukur.Ia melembutkan ,melicinkan dan menjaga kulit sehingga 48 jam,jadi kita akan rasa segar sepanjang hari.Cik Sue pun telah mencubanya,dan mula menyukainya haaaa pasni memang beli yang biru ni la.


"Di Nivea,kami percaya bahwa penjagaan kulit dapat melindungi dan menjaga kulit pada seluruh badan anda termasuk bahagian bawah lengan.Dalam kehidupan seharian yang sibuk,kita sering mengabaikan perkara kecil seperti kerosakan kuit yang di sebabkan oleh mencukur dan mencabut bulu bawah lengan.Bahagian bawah lengan kita memerlukan penjagaan yang teliti,oleh itu deodoran Protect & Care Nivea menawarkan perlindungan dan penjagaan bagi memenuhi keperluan kita pada kulit bawah lengan" Haaa itu la kata-kata Ng Hock Guan,Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia dan Singapura.

Jom korang dapatkan produk baru Nivea ni,berbaloi,korang boleh dapatkan di pasaraya dan kedai berhampiran ye.


Nivea Care Run

Oh ya,Nivea ada menganjurkan acara larian sejauh 5 kilometer yang akan berlangsung di Presint 6,Putrajaya pada 29 Oktober 2017 (Ahad) nanti.Selain larian ada juga aktiviti pendidikan untuk tingatkan kesedaran penjagaan kulit.Ada kit larian yang mengandungi produk Nivea juga tau,ada cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah.Jom la sertai korang,Cik Sue pun dah daftar.Alaa fun run ni suka-suka je,boleh beriadah bersama keluarga.



Di samping tu yuran penyertaan juga di sumbangkan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia iaitu badan amal.Dannn ada artis-artis terkenal juga tau macam Sit Saleha,Nadia Heng dan Fiqrie.




Jom la sertai larian ni,beriadah bersama keluarga di hari minggu.

Maklumat lanjut bolek klik link kat bawah ni ye :

www.facebook.com/mynivea
www.niveacarerun.com.my

Layan selera di Festival Makanan Thai Putrajaya Oktober 2017

$
0
0

Thai Food Festival Putrajaya 

Ahad lepas balik dari kenduri,sempat singgah ke Festival Makanan Thai di Putrajaya ,lokasinya di belakang Istana Kehakiman Presint 3,di kawasan letak kereta bersebelahan tapak pasar tani Putrajaya berlangsung dari 29 September 2017 hingga 8 Oktober 2017.Semua gara-gara Cik Long Fiza Fantagiro la malam-malam buta sabtu tu wasap bagitau ada jual-jual makanan Thai,Cik Sue kan #ciksuesukamakan ,tak kan la nak tengok or lalu saja kan hehhehehe bodek Mr D la ajak singgah ,alang-alang penat dan sampai rumah malas masak jadi singgah tapau la.


Walau tak semeriah event yang lepas kat Presint Diplomatik dulu tapi tetap ada la makanan wajib macam kerabu megu,kerbu suhun,kerabu kaki ayam,nasi khomok,pau,dimsum,tomyam,macam-macam street food ala Thai seperti Ais Krim Kelapa,Somtam dan banyak lagi lah.






Harga macam biasa la ,boleh tahan tapi ok je sebab sedap dan bukan selalu boleh dapatkan yang original macam ni.

Makanan Thai pemikat selera

Cik Sue memang peminat la ThaiFood ni,sebab sedap dan kena dengan tekak,maklumlah orang pantai timur dah terbiasa.Nak tengok apa yang Cik Sue sempat memborong tuk perut ni,jom.


Aiskrim Kelapa Rm8
Ada jagung,aiskrim kelapa,isi kelapa muda,
Susu cair,pulut hijau,buah kabung kalau tak silap.Sedappp makan terus,kalau tunggu dia cair dah tak sedap.


Mhiang Kham Rm5
Satu kedai ni je jual tu pun sikit je 2 3 bekas,ini adalah daun kaduk ye,makan dengan bahan2 hiris serta sos khas.
Ada kacang tanah,limau nipis,kelapa goreng,cili,bawang.Masukkan dalam kelongsong daun,lipat,cicah sos dan masuk mulut,sedappppp.


Kerabu megi Rm7
Kerabu Kaki ayam rm7
Nasi Khomok (Nasi ayam thai) rm7
Teh Ais Cincau Shark rm4

Haaa tu je la yang sempat tapau Ahad lepas,ingat nak pi lagi,try benda lain pulak hehehehe.Sempat lagi ni kalau nak terjah,Festival ni sampai 8 oktober ni tau.








Promosi Cuka Epal Surya ACV di Pameran Health Week.

$
0
0
Assalamualaikum semua,hai kawan-kawan,
Eh korang minum apa untk detox badan? Ni Cik Sue amalkan Cuka Epal dari Surya Malaysia ni,dah dekat 3 botol dah habis,Alhamdulillah , dah la sedap,banyak khasiatnya.Selain sebagai detox untuk badan,elok juga untuk yang alami batuk-batuk tau.Cik Sue amalkan minum pagi dan malam nak tidur,dannnnnn yang bestnya berat badan stabil tak naik dah lepas amalkan Cuka Epal ni.Turun tak la banyak sekilo dua je tapi maintain tau.Seronok pulak rasa,lagipun cuka epal ni buat jus pun sedap ,buh ais buat minum lepas makan menu berat atau berlemak.


Oh ya selain buat minum ,Cik Sue guna cuka epal ni buat rendam sayur tau,tuk bersihkan bahan-bahan toksid kat sayur.Ye la sayur sekarangkan di sembur macam-macam bahan kimia,teriutama bila nak masak menu tuk Humaira Cik Sue akan rendam dalam air yang di campur cuka epal ni,bilas kemudian baru masak.Kalau nak baca testimoni Cik Sue lagi korang boleh klik SINI ye.

Promosi Produk Surya Malaysia



Memandangkan stok dah nak habis ni,kebetulan pulak kak long dila ajak pi Pameran Health Week bersama Watsons di  Sunway,Velocity Mall sabtu ni,bolehla Cik Sue beli sebab ada promosi produk Surya Malaysia ni.Detail seperti di bawah ni ye :

Surya Malaysia Di Pameran Health Week

Lokasi : Sunway Velocity Centre Court

Tarikh : 6 Oktober – 9 Oktober

Tarikh Penampilan Khas Pak Cik : 7 Oktober

Masa : 2pm – 3pm
Selain cuka epal Surya Malaysia juga ada produk Air Klorofil perisa Pic dan Laici,yang ni Cik Sue tak pernah try lagi.Kalau nak tahu khasiat dan promosinya jom kita pergi pameran ni nak? Cik Sue menyakini produk Surya Malaysia ni sebab halal dan bahan pun di yakini.Harga pun tak de la mencekik sangat hehehhe.

Jom korang ramai-ramai kita pergi,banyak aktiviti nampaknya masa pameran ni,Cik Sue memang dah plan dengan Mr D nak singgah sambil-sambil nak balik rumah mak sabtu ni.

Kalau nak tahu maklumat lain korang boleh ke FB dan IG diorang ye :

FB https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/
IG https://www.instagram.com/surya.malaysia/
#SuryaACV #RasaSayangSemanisMadu #SuryaMalaysia

Cawangan Baru Butik/Kedai Produk Himalaya Wellness di Sunway Pyramid.

$
0
0
Hai korang semua,kali ni Cik Sue nak cerita dengan korang dengan produk yang Cik Sue baru jatuh cinta ni.Eh Cik Sue dah cuba tau sebab tu berani cakap produk ni ok dan bagus.Sampai sekarang pun masih amalkan.Bleh baca kat SINIye.

Eh lupa lak nak bagitahu,Produk Himalaya ni ha Cik Sue nak kongsi dengan korang,lepas amalkan Shatavari tu ,terus rasa nak cuba lagi produk-produk bawah jenama Himalaya ni.Jadi ajak la Mr D terjah Sunway Pyramid hari tu,sambil nak ke kenduri kahwin kawan dia ,kebetulan lalu situ terus la singgah.Cik Sue nak cari produk penjagaan kulit tuk Humaira,sebab tahu produk Himalaya ni 100% herba,malah halal lagi.Mesti la nak yang terbaik untk anakkan? sebolehnya yang kurang bahan kimia.

Tak susah nak cari kedai Himalaya kat Sunway Pyramid ni,terletak di Aras Lower Ground (LG) bersebelahan dengan farmasi Caring berdekatan dengan pintu masuk ke Sunway Lagoon dari dalam mall itu,dengan papan tanda yang besar dan jelas memang senang nak cari.



Produk yang lengkap dan pelbagai

Haaa nampak tak kedainya bersih kemas sangat,susun atur produk pun menarik,memudahkan pelanggan nak pilih barang.Produk yang ada kat sini lengkap dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Dari penjagaan rambut,kulit,badan,kesihatan dalaman hinggalah ke kuku,semua ada termasuk untuk semua peringkat umur dari bayi sampailah yang dewasa.Senangkan datang je sini,Insya Allah ada apa yang korang inginkan.

Ada produk untuk kegunaan luaran seperti syampu,ubat gigi,losyen,mandian dan ada juga untuk dalaman seperti supplement herba untuk di makan,malah untuk kesihatan pelbagai peringkat umur juga.



Satu lagi yang buat Cik Sue teruja bila masuk kedai Himalaya ni,Cik Sue nampak produk Surya Malaysia,iaitu Cuka Epal Madu atau ACV yang Cik Sue memang amalkan,korang boleh baca kat SINI ye testimoni Cik Sue,ni pun dah amalkan sampai sekarang dah 3 botol habis,memang sesuai.
Senang bagi Cik Sue nak beli produk ni semua datang je satu kedai jimat masa,korang juga boleh dapatkan produk ACV Surya Malaysia ni kat kedai Himalaya cawangan Mydin USJ, dan Setapak Sentral je tau.Kedai Himalaya lain tak de.

Pusing punya pusing Cik Sue dapat juga apa yang di cari ,balm untuk selsema Humaira dan mandian dari daun semambu untuk kulit dia yang gatal-gatal asyik garu-garu tu.Cik Sue pulak beli topup supplement Shatavari ,yang stok kat rumah dah nak habis jadi kita tambah la,untuk Mr D pulak Ci Sue beli mandian dewasa dari daun semambu jugak tuk hilangkan jerawat kat badan,Alhamdulillah tak mahal pun,harga berpatutan,malah banyak diskaun dan jualan murah lagi.

Mandian untuk Mr D 

Balm selsema Humaira

Supplement Shatavari tuk ibu

produk untuk bayi

produk untuk bayi

Satu lagi tarikan yang buat Cik Sue suka beli barang dan produk kat sini adalah pembantu jualan kat kedai ni mesra ,peramah dan berpengetahuan dalam menerangkan tentang produk yang di jual mereka.Mudahlah kalau nak tanya pendapat atau apa-apa yang berkaiatan dengan produk derta kesesuaian dengan keadaan serta masalah kita.

Keahlian Himalaya Wellness


Oh ya,masa nak bayar tu dapat la info dari cashier kedai pasal macam mana nak jadi ahli produk Himalaya ni,macam keahlian la ,ada keistimewaan bila beli barang.Senang je,dengan pembelian RM100 dalam satu resit automatik dah menjadi ahli.Keistimewaannya setiap pembelian RM100 akan dapat rebet tunai RM10 dan diskaun 15% untuk setiap kali pembelian.Dan keahlian ni boleh guna di semua kedai / outlet dan butik Himalaya Wellness.Menarik kan?


Nah kat atas ni Cik Sue ada rakam sikit video masa kat kedai Himalaya ni,korang tengoklah lebih jelas sikit macam mana kedainya.

Kalau nak maklumat lanjut lagi korang boleh layari :

Facebook : www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/
Instagram : www.instagram.com/himalayaMalaysia/

#HimalayaMalaysia #himalayamalaysiaboutique

p/s :
Jom guna produk yang lebih mesra alam dan selamat.

Jom daftarkan anak-anak untuk larian Kids Eco Dash

$
0
0

Seronok pulak rasa bila ada acara larian atau marathon untuk anak-anak kecil begini.Selalukan untuk orang dewasa je,pastu lari pulak jauh-jauh dan untuk golongan profesional dalam bidang sukan ini.

Kali ini acara untuk anak-anak pulak dari seawal 4 tahun hingga 12 tahun ,boleh sertai larian KIDS ECO DASH yang akan diadakan di Taman Eco Rimba,Hutan Simpan Bukit Nanas,Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2017 ini.Mesti anak-anak seronok sambil lari sambil menikmati keindahan alam sekitar sepanjang laluan.Aktiviti Fun Run sebegini memang selalunya banyak acara-acara menarik untuk seisi keluarga jadi memang sesuai la untuk riadah hujung minggu dengan anak-anak.



Pendaftaran pun tak mahal RM35 je setiap peserta dan dapat goodis bag,tshirt ,Bib Race dan medal,murah dah  tu untuk semua kategori.Oh ya,anak-anak akan di bahagikan kepada kategori mengikut lingkungan umur :

Caterpillar 4-6 tahun (0.8km)
Rabbit 7-9 tahun (1.8km)
Tiger 10-12 tahun (3km)



Selain larian ada juga aktiviti lain yang berlangsung di situ,jadi yang tak sertai larian boleh ambil bahagian acara lain ye.Jom la korang bawa anak-anak pendaftaran sampai 24 Oktober je tau,Selasa ni.Jangan lepaskan peluang bagi anak rasai aktiviti sihat begini.


Untuk ibu bapa pula korang boleh mendaftar sebagai sukarelawan acara ,sementara anak-anak boleh berlari ibu bapa boleh tolong awasi dan ambil bahagian juga.

Untuk malkumat lanjut dan pendaftaran boleh klik https://www.sbbhosted.com/event/kids-eco-dash-2-0-2017-55

Race Kit pick up.
Date: 27 Oct 2017, Friday
Time: 11am - 10pm
Venue: Malaysia Tourism Centre @ Matic Jalan Ampang

Race kit tak boleh ambil hari acara tu ye,jadi wakilkan je sapa-sapa nanti.




Jom rmai-ramai sertai dan meriahkan acara.

Kalau ada anak dah besar seronok juga ni daftarkan,boleh jalan-jalan kat Eco Rimba tu ehhehehhe



Shellout Sedap dan Murah di Sepang : Dlaila Shellstation

$
0
0
Dari lepas pantang hari tu lagi sebenarnya teringin nak makan shellout,tapiiiiii Mr D tak minat seafood sebab dia tak pandai makan,ngengadakan? Kalau Cik Sue kopekkan udang atau ketam baru dia makan,nasib la awak dapat bini penyabar tau hahahha.So kebetulan adik bongsu teringin nak cuba,Cik Sue ada geng la,kami adik beradik memang hantu seafood,ratah saja pun boleh.


Tunggu en somi balik kerja terus ambil adik kat tempat kerja,terus gerak ke lokasi untuk mengenyangkan perut,tak de la jauh mana dengan tempat kami,dalam15 minit je.Lokasinya di White Garden Food Court,Kuarters KLIA,Sepang.



Yeeeeee,ni la kedainya Dlaila Shellstation,haaa betul la tu kedai kak laila tokey mee udang MMA Santai Corner,Bandar Baru Nilai,boleh baca SINI ,kali ni dia buka gerai shellout pulak,selepas mee udang viral,laksa sarang,bubur nasi,menu telur mayong glamer dia tu.Tapi lokasi kali ni kat sini pulak ye,yang kedai mee udang tu kat Nilai.


D'Shellstation ni menghidangkan 2 jenis kuah iaitu Black Pepper dan Butter Cream Milk,ada juga Mantou Bun yang di makan dengan butter cream,lembut sangat bun nya.Harga pula memang mampu milik dan berbaloi bermula RM22 hingga RM80++ ,ada pakej-pakej yang boleh di pilih ikut berapa orang yang nak makan ye.Kami pilih set tuk 2 orang je sebab Mr D tak makan sangat seafood so Cik Sue order makanan lain dari gerai lain kat dia,banyak juga pilihan makanan kat food court ni.Tak pun order je anika sup dengan nasi kat dlaila supppower kedai kak laila jugak sebelahnya.


Kebetulan masa tu tak ramai orang,sekejap je tunggu dah sampai hidangan kami,1 set Mantou Bun dengan Set Shellout untuk 2 orang dengan nasi sekali.Terus ngap la apa lagi masing-masing dah lapar hehehhe.




Fuhhh hingga menjilat jari,set ni lengkap ada kepah,ketam,udang,sotong,pepahat,lala,sotong dan kupang.Memang boleh rasa semua seafood dalam satu pinggan.Rekemen la sapa nak makan shellout murah dan berbaloi boleh datang sini.Mantou Bun tu pulak lembut cicah dengan butter cream sedapnyaaa tak cukup 1 set tu sebenarnya hehehe.


So sapa yang nak cuba boleh Waze je White Garden Food Court,Kuarters KLIA.Cari kedai Dlaila Shellstation,Insya Allah puas hati, atau korang kontek je kak laila cari kat fb dia

 https://web.facebook.com/dlaila.suppower

p/s.
Nak kena repeat ni kena ajak geng backpackers lak hehehhe...

Beg Bergaya dan Berkualiti dari Mizzue

$
0
0
Kebiasaannya kalau korang membeli beg tangan bagi akak-akak,makcik-makcik ni kan ,apa ciri utama yang korang tengok,yang korang pentingkan? Jom Cik sue kongsikan apa tips Cik Sue bila beli beg :

Tips memilih beg tangan yang sesuai :

1. Majlis / Kegunaan
Benda yang pertama Cik Sue akan fikirkan bila nak membeli beg tangan pastinya kegunaan beg itu,nak bawa ke mana,nak guna letak apa,nak masukkan apa.Dulu-dulu zaman anak dara barang pun tak banyak,apa je pun dompet phone,alat mekap skit power bank.Tapi sekarang nak kena fikir pampers anak,tisu basah,baju salin anak,napkin,takkan nak angkut 2 3 beg kan.

2. Rekabentuk
Design atau bentuk nak kena perhatikan juga sebab Cik Sue tak minat yang fancy sangat  atau ala-ala mak datin sangat,dan tak mau juga yang bling-bling hahahha biar nampak sederhana je.Bentuknya nak kena sesuai la dengan Cik Sue kan,biar muat nak masuk barang-barang semua.

2. Warna
Warna pun main peranan penting juga,nak sesuaikan dengan baju la tudung la kan? tapiii Cik Sue ni tak suka warna pelik-pelik dan terang-terang,suka warna hitam dan warna-warna pastel je,krim,coklat,biru gelap hehhehe.

3. Bentuk Badan
Pemilihan beg tagan pun sebenarnya tengok bentuk badan juga tau,kalau orang kurus kena pakai yang sesuai,kalau badan macam Cik Sue ni tak boleh yang labuh sangat talinya.kena tengok la mana yang terletak elok dengan badan kita.

Beg tangan bergaya dari Mizzue

Baru-baru ni Cik Sue  berjaya mendapatkan satu beg baru memandangkan beg hantaran kahwin yang sekian lama pakai dah nak terputus tali,ye la Cik Sue ni kalau beg dengan kasut tunggu la sampai jahanam baru nak tukar.Tak suka hari-hari nak tukar sebab kang ntah mana-mana  hilang kad la kabel la dok tukar-tukar beg,so pakai satu beg yang boleh masuk atau sesuai ke semua majlis dan tempat senang cerita.Dan memandangkan dah ada Humaira kena fikir ruang untuk barang dia sekali la.Jadi Cik Sue pilih la beg kat bawah ni.


Marjorie Longley -Colour Beige From Mizzue


Kenapa Cik Sue pilih beg ni :
1. Saiz yang sesuai- tak terlalu besar,sedang-sedang elok,boleh masuk barang-barang personal Cik Sue dan barang Humaira,Ruang dalam yang luas boleh susun barang dengan elok.
2. Rekabentuk- ada pilihan tali panjang yang boleh sangkut labuh kat bahu seta boleh laras labuhnya mengikut kehendak kita,kalau nak pegang je kat tangan pun boleh.Bentuknya kekal tak lenyek atau lembik,elok terbentuk tapaknya,tapi bukan keras macam kotak ye.Ada tambahan pouch beg di dalam yang boleh masukkan barang kecil atau mekap.
3. Bahan- material PU leather yang berkualiti dan bukan dari kulit haiwan,mudah di bersihkan.Dan tak mudah kotor walau warna terang.Lagipun beg ni tak seberat di sanga,Cik Sue tak suka beg dari bahan atau ada aksesori yang memberatkan sebab bila masuk barang tu yang jadi macam bawa batu jongkong tu hahahhaha.
4. Warna- Cik Sue pilih warna terang kali ni ,lari sikit dari warna kebanyakan beg Cik Sue ,hitam dan coklat huhuuu,cuba warna lembut dan terang pulak dan nampak ceria la jugak hehehhe.





Jadi,raya hari tu sempat la bergaya dengan beg baru ni,memang mudah dan rupanya boleh je sesuaikan dengan semua baju pun,Cik Sue ni ingat hitam je senang dengan semua baju dan majlis,bila pakai yang ni bawa ke mana-mana ok je pun.

ala-ala mak datin nak gi dinner

boleh sling kat bahu juga.

santai-santai pun sesuai.

Beg-beg dari Mizzue ni memang up to date,rekabentuknya memang nampak elegan dan bergaya,banyak lagi koleksi lain yang sesuai dengan pelbagai umur,kalau korang nak tengok boleh klik link di bawah ok.Kot la nak buat hadiah ke,sesuai juga.

Facebook :  Mizzue 
Instagram : www.instagram.com/mizzuemy/
Website : Mizzue

Koleksi Marjorie Longley

Syampu Shurah Ariana selesaikan masalah kelemumur wanita bertudung.

$
0
0
Alhamdulillahhh,dah selesai masalah kelemumur Cik Sue baru-baru ni.Tak lah teruk mana tapi gatal juga la kepala,tambah-tambah bila seharian keluar rumah dan tak buka tudung.Ada kawan cadangkan Cik Sue guna Syampu Shurah Ariana ni,memandangkan tak la mahal mana jadi Cik Sue cuba la,mulanya nak beli yang rawatan untuk kelemumur je ,tapi memandangkan Mr D ada masalah rambut gugur dan adik ada masalah rambut kering,Cik Sue borong la satu set terus.Senang cerita ,semua boleh cuba dan tengok berkesan atau tidak.Alhamdulillah rambut Mr D pun dah kurang gugur,dah tak banyak kat bantal bila bangun tidur.Adik je Cik Sue belum tanya ok ke tak syampu ni dengan dia.Eh tapi kalau nak beli satu-satu pun boleh je hehehhe.


Syampu Shurah Ariana


Koleksi syampu Shurah Ariana ni ada 4 jenis dengan fungsi merawat masalah yang berlaianan khusunya untuk wanita berhijab atau bertudung iaitu :

1. Botol Pink - Lembut Dan Bersinar atau Smooth & Silky Hair, dirumuskan dengan pati buah tin dan delima yang membantu melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kekotoran. Kandungan bahan antioksidan yang tinggi memelihara kesihatan kulit kepala walaupun berhijab sepanjang hari.

2. Botol Hijau - Anti Kelemumur atau Anti Dandruff, diformulasi dengan bahan aktif Octopirox dan Menthol dapat mengurangkan masalah kelemumur melalui pengawalan minyak berlebihan, mengoptimumkan tahap sebum serta melindungi dari unsur-unsur luar. Kandungan menthol di dalam syampu ini juga membuatkan kulit kepala dan rambut anda kekal sihat, menawan dan segar sepanjang hari.

3. Botol Oren- Rambut Kering & Rosak atau Dry & Damaged Hair, diadun menggunakan ekstrak minyak Argan, minyak Jojoba, Vitamin A, B5 dan E yang berupaya membekalkan nutrisi mencukupi untuk mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut lebih lembut, subur dan bermaya. Vitamin A memberi kelembapan berkekalan kepada kulit rambut. Vitamin B5 menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur, membantu mengawal kerosakan rambut akibat terdedah kepada panas dan mengurangkan masalah rambut bercabang. Vitamin E pula mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya.

4. Botol Biru - Kawalan Rambut Gugur atau Hair Fall Control diperkaya dengan protein dan minyak zaitun untuk menguatkan, memperbaiki serta melindungi rambut agar sentiasa lembut dan sihat. Kandungan minyak zaitun membantu mengawal kesan anti radang pada kulit kepala. Bahan anti oksidan pula menyubur dan menguatkan akar rambut serta mengurangkan kelemumur.




Bagi Cik Sue berbaloi beli syampu ni,harga mampu milik,dan memang menyelesaikan masalah rambut Cik Sue dan Mr D,walaupun Mr D tak berhijab ye hehehe tapi dia kan pakai helmet berulang kerja dengan motor dan bila keluar ke site pakai topi,mungkin itu la penyebab rambutnya rosak dan gugur.Alhamdulillah syampu ni sesuai dengan kami,tapiiii bukan la pakai dua tiga kali je terus nampak perubahan ye,Cik Sue pakai lebih 2 minggu baru terasa perubahannya.Hilang gatal-gatal dan kelemumur dah kurang,jadi akan teruskan pakai lagi sampai habis sebotol ,kalau betul-betul berkesan,Insya Allah akan beli lagi.Cik Sue guna selang sehari dah hampir 2 minggu sekarang.


Syampu ni tak mahal sangat pun,masih mampu beli la dalam keadaan ekonomi begini  RM12.30 untuk 330ml dan RM7.90 untuk 170ml korang boleh dapatkan kat pasaraya atau kedai-kedai terdekat ye.Atau pun kalau nak maklumat lebih lagi tentang syampu ni boleh klik link kat bawah ni ye : 

Facebook Shurah Malaysia : https://www.facebook.com/ShurahMalaysia/

Instagram : https://www.instagram.com/shurahmalaysia/

follow hashtag #shurahmy #shurahariana #shurahmalaysia #shurahpencerah

Untuk pembelian di dalam talian: http://www.jetaine.com/shop/

p/s :
Produk Shurah memang best,halal dan di percayai,dah lama pun kat pasaran,dari zaman Cik Sue sekolah lagi.




Nivea Care Run,Putrajaya berjaya membantu insan memerlukan.

$
0
0
Ahad lepas Cik Sue satu family sempat beriadah bersama dalam Fun Run anjuran Nivea di Presint 6,Putrajaya.Kali pertama sebenarnya Cik Sue sertai larian-larian macam ni,selalu tengok kawan-kawan je,dan seronok rupanya.Kena pulak boleh bawa satu family ,seronok rasa berpeluh macam ni.



Seawal jam 7 pagi kami dah sampai ,Humaira pun teruja seronok dia tengok orang ramai,gigih tahan mata tak mau tidur seronok tengok ramai-ramai hehehhee.Tak perlu daftar sebab runkit dah ambil awal.Jam 7.30 pagi,larian di lepaskan,maka kami pun berjalan berlari la ramai-ramai sejauh 5km,melalui kawasan presint 6 tersebut seronok lalauannya sebab lalu tepi tasik la pantai buatan la,apa lagi kami ambil peluang la bergambar.Oh ya lupa pulak,ada selebriti juga yang terlibat di samping memberi kesedaran tentang penjagaan kulit bawah lengan dengan teknologi penjagaan dari Nivea iaitu Siti Saleha,Nadia Heng dan Fiqrie.




Di samping memupuk budaya hidup sihat program larian ini juga memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan kulit bawah lengan melalui produk Nivea yang di perkaya dengan formula yang bebas alkohol, deodoran NIVEA Protect & Care diperkayakan dengan esen NIVEA Crème dan haruman yang lembut. Ia memberikan kulit anda perlindungan yang berpanjangan sehingga 48 jam, serta menyuburkan dan memberikan anda bawah lengan yang lembut dan licin.

Bagi meningkatkan kesedaran umum tentang penjagaan kulit bawah lengan, pihak NIVEA Care Run berkongsi tentang fakta-fakta kulit menarik seperti 36% kulit disingkirkan apabila seseorang mencukur dan juga kesan pencukuran dan pencabutan bulu yang boleh menyebabkan kerosakan kulit.

Baca tentang produk ini di Nivea Protect and Care 








Seronok bila sesekali meyertai aktiviti mengeluarkan peluh begini,maklumlah Cik Sue pun dah lama tak melonggarkan urat-urat lepas berpantang hari tu,walau berlari-lari anak dan berjalan yang lebih,agak basah lencun jugak la baju hehehhe.Alhamdulillah tak terkejut uratnya,malah segar rasa bila balik,agaknya toksin dah keluarkan badan pun rasa ringan.Nak kedai ajak Mr D jogging pulak ni hari minggu hehehhee.








Dalam jam 9 .15 pagi kami dah setel larian,dannnn Cik Sue dapat gak medal cantik tu,program larian ini juga berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM20,000 daripada larian tersebut telah didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukannya.


Secara keseluruhannya, NIVEA Care Run telah mencatat kejayaan cemerlang dari segi mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan penjagaan kulit bawah lengan di samping membantu mereka yang kurang berkemampuan.



Layari www.facebook.com/mynivea untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk NIVEA.

Insya Allah kalau berkesempatan,teringin nak join lagi tapi setakat 5 km ok la ,jauh-jauh mak semput nakkkkkk hahahahha..andddd fun run je la sebab boleh bawa anak kikikiki.


Menu Baru Makanan Jepun Di Restoran Kazumi,Hotel Bangi-Putrajaya.

$
0
0
Sapa suka makanan Jepun angkat tangannnnnn....yeayyyy sep sikit kita geng,sejak bila ntah Cik Sue suka makan sushi la tempura la,memang kalau di buffet hotel atau apa-apa majlis memang Cik Sue akan ambil la,kecuali wasabi hahahhaha pedas oiiii tak tahan.


Baru-baru ni Cik Sue sempat mencuba seleksi menu baru di Restoran Kazumi,Hotel Bangi-Putrajaya.Berkonsepkan fusion menu,hidangan yang di  hidangkan memang menarik perhatian sapa yang datang,Cik Sue pun teruja sampai tak tahu nak pilih yang mana,siap tanya cadangan menu dari pelayan kat situ mana yang sedap.Kali ni Cik Sue bawa adik bongsu dan si kenit Humaira lepak makan mencuba menu baru ni.



Kebanyakan menu-menu baru ni satu portionnya banyak tau,boleh kongsi,makan sorang tak habis kalau bukan jenis tangki besar la hehhehe.Cik Sue pun order kongsi-kongsi ngan adik mana yang nak rasa tu.Jom tengok menu yang ada dalam seleksi menu Fusion diorang ni.

Kushi Yaki
Skewer daging dan seafood serta sayuran dengan sos khas.Yang ini kami tak order,orang meja sebelah yang order kikiki,tumpang ambil gambar je hahahaa gigih minta izin.Ni banyak tau,boleh kongsi makan 4 orang juga la.Isinya nampak berjus lagi tak terlalu kering,rasa jangan tanya ai okeh,tak try yang ni heheheh.


Chirashi Sushi 
Hirisan ikan import seperti tuna dan mackeral serta seafood di hiris nipis dan di hidangkan dengan sup miso.Yang ini pun bukan Cik Sue yang order ye hehehhe.


Surf & Turf
Haaaa,yang ni Cik Sue order,mengah oiiii nak habiskan,padan muka.Ingatkan kecik sekali datang hambikkkk sedulang ko.Ada daging teppanyaki,udang tempura,ayam goreng salut serbuk roti,ikan mackeral grill dan potato salad.Serius semua sedap,lembut cukup rasa.Kalau korang datang lunch atau minum petang 2 atau 3 orang order yang ni sudah,kenyang okeh.Ni pun jenuh Cik Sue kongsi ngan adik nak habiskan.


Fire & Ice
Cik Sue order yang ni sebab teruja tengok orang meja sebelah ada hidangan api-api bagai wahahahha ngek tul.Ia himpunan pelbagai sushi dan ketam kulit lembut yang di bakar dan di buat sushi,sos soya masin dan wasabi di sediakan.Dannnnn sedap oi sushinya,segar betul terasa kemanisan isi ikan dan ketamnya.Yang ni tak besar sangat,biasa-biasa je,sorang pun boleh habiskan.


Flying Noodles-Inaniwa Udon
Haaaa mee terbang/terapung lagi tu heheheh.Yang ni adik Cik Sue order,mee udon makan dengan kuah sos telur masin,sedap kuah dia,tapi macam cepat muak sikit maybe sebab mee nya kembang dan besar kot.


Minuman-Jus Oren dan Nenas
Agak sedap jusnya tak manis gula,origial rasa manis buah je,kami pilih buah oren dan nenas nak hilangkan muak makan banyak heheheh.


Ice Flower Honey Green Tea
Ini selalu wajib orang order kan kalau ke restoran Jepun kan? ke tak? hahaha tapi pelayan kat sini sibuk suruh Cik Sue cuba dia kata sebagai air detox juga.Fuhhh Cik Sue ngeri sikit kalau green tea ni hahahha kelat.Sekali sampai try minum sedapnyaaaaaa,ada kelopak bunga,wangi dan manis madu di campur,sampai habis Cik Sue minum hehehhee.


 Tea-Ra-Misu
Ni pulak pencuci mulut,aiskrim rasa teh dengan kek green tea,aiskrim tu sedapppp tapi kek tu Cik Sue kurang skit sebab ada rasa kelat green tea hehehhe.


Oh ya,untuk Humaira pun ada,Cik Sue lupa la apa namanya ni,tapi telur yang di kukus macam puding lak,sedap tapi muak sikit.Banyak gak Humaira makan 3/4 mangkuk tu dia habiskan.



Kalau korang yang kerja-kerja formal atau nak bawa klien /pelanggan makan makanan Jepun boleh la bawa datang sini,puas hati makan,semua sedap-sedap.Ada sudut yang kita boleh tengok diorang sediakan sushi tu,oh ya dari pelayan sampai chef semua melayu,so tak payah berlatih cakap Jepun la kikiki.Ruang makan pun selesa,bersih dan nyaman.



Kot la bos korang minta bawa pelanggan dari Jepun makan ke kan,boleh la cuba.Nak buat tempahan meeting sambil makan-makan pun boleh,hi tea ke,lunch ke.Boleh tempah awal-awal.


Kazumi Japanese
Lunch 12.00pm-2.30pm
Dinner 6.30pm-10.00pm
(Monday-Closed)

Hotel Bangi-Putrajaya, Off Persiaran Bandar
43650 Bangi, Malaysia
Tel : 03-8210 2222

Untuk maklumat lanjut korang boleh klik FB diorang ye :


Bila Humaira buat ibu panik.

$
0
0
First time dalam umur dia sehingga hampir setahun ni dia cedera sampai berdarah-darah macam ni,sebelum ni jatuh ke tersungkur ke tak kuat dan tak de la berdarah-darah.Kali ini ibu yang lebih nangis,panik sebenarnya,kelam kabut tak tahu nak buat apa,bila darah mengalir tak berhenti huhuuuuu.Dah la rumah tak de kotak kecemasan/first aid,huhuuuu kelam kabut mana letak kapas mana letak krim/minyak segala,adoiiiii....baru la terfikir penting juga ada first aid kat rumah ni.


Tengokla tu terbonyok dah bibirnya macam Angelina Jolie huhuuu.Macam mana boleh kena? Tengah mandi nak pegang dia nak,lengan ibu silang bawah ketiak,sekali dia menggelupur nak amik apa ntah licin kaki tersungkur kena la bucu simen ,apa lagi,darah tak berhenti la huhuuu,meraung macam apa dah dia,ibu yang elok tenang sekali tengok darah mengalir terus panik,habis kain napkin sehelai lap-lap tak mahu berhenti.Terus bungkus ngan tuala,tekap tempat luka dan baringkan dalam bilik.Alhamdulillah tak laju dah darahnya mengalir keluar.


Humaira?? 5 minit je nangis meraung,pastu gelak dah adoiiiii la anak,yang ibu ni dah teresak-esak dah cam mana nak buat ni.Beranikan diri call ayah,sib baik tak sakit jantung ayah kamu tau Humaira.Terus dia tanya kawan-kawan opis aka kawan-kawan ibu juga hehehhe cam mana nak buat sebab ibu dah blur tak tahu nak capai apa.Dah tenang sikit ibu wasap juga grup blogger,last-last nampak dia ok periksa kecederaan lain ,diorang semua kata tak perlu gi klinik.Keringkan darah dan letak minyak atau krim je dulu.Kalau bengkak melarat baru bawa ke klinik.


Dah pakai baju semua,letak minyak gamat je tu pun jenuh larang dia,dia nak jilat-jilat huhuu,siap gelak-gelak lagi tau.Haiiiii la anak,lasak benar la awak ni,ibu yang takut tau tak.Alhamdulillah la lepas 2 3 hari tak de bengkak sangat dah,luka pun dah kering dan kulit yang koyak tu pun dah bercantum.Allahuuuuu dia aktif sangat ni kalau irang tengok jangan kata ibu dera awak sudah la.
Jangan la cedera-cedera lagi Humaira,sian ibu kelam kabut tau.

Ayah,lepas ni kena ada first aid la kat rumah,kena lengkap untuk kecemasan.Kata kawan-kawan jangan risau anak nak lasak macam tu la,cuma kena pantau je jangan sampai kecederaan teruk,jatuh-jatuh luka sikit-sikit tu dia nak belajar hidup katanya.Huhuuuuu ibu ni nampak je garang tapi hati tisu,sobs sobs.

p/s-Orang kata anak aktif ni anak bijak,Aminnnnnn moga awak membesar jadi anak solehah,dan bijak pandai ye.

Resepi Nasi Goreng Tuna Pedas Berapi Ayam Brand.

$
0
0
Hujan-hujan ni sejuk je kan? pastu asyik lapor je hehhehe,asyik nak mengunyah je la kerjanya.Ingat tadi nak masak lauk ikan talapia tapi malas lak sebab siang tadi dok habiskan sandwich dan roti telur,terbuat banyak jadi makan je la.Cik Sue sorang je pun makan Mr D keje.Jadi malam ni ada la nasi sejuk baki malam semalam simpan dalam peti ais,elok lagi,nak masak lauk dah malas la pulak malam-malam gini.Paling senang buat nasi goreng je la,mudah dan cepat.Tambahan dengan Humaira yang ngengada ni kan hehhehe.Pantang tengok ibu buat kerja,adaaaa je dia nak merengek tau.


Belek-belek bahan kat dapur jumpa lak Tuna Cili Fire Hot Ayam Brand,yang ni memang agak pedas dari yang lain la dan pernah buka satu tin dan Mr D tak mau makan,pedas katanya.Jadi Cik Sue jadikan rencah nasi goreng je la,campur sayur yang ada.Bahan-bahan pun mudah dan ada dalam peti ais,kejap je dah siap untuk makan malam.

Jom tengok Resepinya :

Bahan :

1 tin tuna Ayam Brand (Fire Hot 5 Chili)
Nasi sejuk 1 mangkuk besar ( tuk 4 orang makan)
2 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu sos ikan
2 pokok sawi -potong pendek2
garam secukup rasa
daun bawang potong 1 inci
telur-nak dadar pastu potong panjang2 pun boleh,nak buat telur hancur pun boleh

Cara : 
-Bawang dan halia di tumbuk atau cincang halus,panaskan minyak dan tumis,naik bau,masukkan sos ikan dan tuang tuna dari tin tadi,tumiskan sebentar masukkan sawi.
-Bila sawi layu masukkan nasi dan gaul rata,masukkan telur tadi dan perasakan dengan garam.Gaul rata sekali lagi.
-Taburkan daun bawang,hidangkan.



Fire Hot Tuna Chili Ayam Brand ni ada peringkat kepedasannya ,ada yang 2 cili,3 cili dan paling pedas 5 cili ni la.Yang lain Cik Sue boleh makan macam tu je tapi yang 5 cili ni errrr tersedak juga la kalau ratah saja.Kena campur kalau nak makan,campur mayonis ke tomato ke huhuuu agak pedas juga la.

Alhamdulillahhh ni je dinner kami malam ni,eh kami makan ngan keropok ikan keping tu dari Teganu,goreng sendiri je.Kalau makan sarapan pun sedap juga nasi goreng cam ni,buat tuk bekal ke sekolah atau pejabat ke kan,sesuai.

Okeylah,siapa suka boleh cuba ye resepinya,nak olah sendiri pun boleh tuk anak-anak makan boleb guna tuna yang tak pedas.Cik Sue dah kekenyangan ,nak melingkar depan tv lak layan movie hehhehehe.



Dah tak cinta ke?

$
0
0

Suami : Sejak-sejak dah ada anak ni dah lama awak tak tanya soklan "awak sayang saya tak? " kat saya setiap hari,kalau dulu tiap-tiap hari.Awak dah tak sayang ke? tak cinta ke?

Isteri : Setiap hari saya dah dapat jawapan sebelum saya bukak mulut untuk bertanya soalan itu.

Suami : maksudnya?

Isteri : Setiap kali awak bantu jemurkan kain,saya tahu awak sayang dan cintakan saya.
Setiap kali awak urut kaki saya,saya dapat jawapannya,Setiap kali awak tolong sapu dan mop lantai,setiap kali awak basuh pinggan,setiap kali awak tolong uruskan anak.Setiap kali awak buat semua yang meringankan beban saya,yang tak mampu saya buat.Semua jawapan saya dapat dari situ.Terima kasih kerana terus sayang dan cintaan saya.

*bukan kisah Cik Sue :P

Ramai yg mempertikaikan mengenai hak yg tak diperolehi hingga lupa dengan segala tanggungjawab yg perlu dilaksanakan. Ada tikanya, hak yg wajib kita perolehi dibekukan sementara oleh-Nya kerana kegagalan kita melaksanakan hak yg wajib sama ada kepada sesama manusia atau kepada-Nya.

Sesungguhnya...kita mempunyai tanggungjawab bukan sahaja kepada manusia tetapi juga kepada Allah SWT - tanggungjawab untuk melaksanakan segala perintah-Nya, meninggalkan segala larangan-Nya, membantu menyampaikan kebenaran malah membanteras kemungkaran. Tertunaikah? Sedangkan Dia telah memberi kita segala macam nikmat hidup di dunia? Jom sama2 koreksi diri...!


Dari Puan Suzana Ghazali.

Jalankanlah tanggungjawab kota Insya Allah hak kita akan dapat,ini bukan saja dalam hubungan suami isteri malah persabahatan,pekerjaan dan semua perhubunganlah.Jalankan dulu apa tugas yang di beri,dan kita akan dapat hak dan kepunyaan kita semula.

Resepi Solok Lada Kelantan Yang Mudah.

$
0
0
Ni salah satu masakan sayur orang-orang Kelantan atau Pantai Timur yang Cik Sue suka.Oh ya,bukan cili atau lada je yang boleh buat solok atau berinti macam ni.Petola dan Petola Ular ,Peria pun boleh,ikan pun boleh buat sumbat inti macam ni,tapi ikan leceh sikit la nak kena korek kuarkan isi tinggalkan kulit sahaja,jangan sampai koyak.

Masakan macam ni ma Cik Sue tak pernah ajar kecik-kecik dan muda-muda dulu,eh memang ma jarang pun ajar masak,Cik Sue belajar masak dengan nenek dan abah,eh abah Cik Sue terer masak okeh.Dah tua-tua ni je banyak minta ilmu masak ngan ma sebab dia tak larat nak buat,so anak-anak kena ke dapur,dia arahkan je.

Jom tengok resepinya :

7-8 biji cili hijau kelantan @ lada solok
belah tapi jangan sampai putus,buang biji,buat macam kelongsong untuk sumbat intinya.

guna cili ni baru sedap buat solok,tak mudah lembik dan hancur kulitnya.

Bahan untuk inti : 
3 ekor ikan kembung atau apa2 ikan,di rebus dan amik isinya
3 biji bawang merah sederhana 
2 genggam kelapa parut
1 biji telur
garam dan gula secukup rasa

Cara : 
-Tumbuk isi ikan,bawang dan kelapa parut,gaulkan dengan telur dan masukkan garam dan gula.Gaul sebati biar boleh di kepal-kepal ye.

inti solok


-200ml santan cair untuk masak solok



Cara-cara: 
-Sumbatkan inti ke dalam lada,sumbat je sampai buncit-buncit ye tapi jangan sampai lada tu pecah lak,tak cantik nanti.
-susun elok-elok dalam periuk bersih,tuangkan santan cair  dan masukkan garam gula tapi jangan sampai tenggelam lada dan intinya tu ye.
-Jerangkan atas dapur dengan api kecil,sampai mendidih.boleh tutup api dan hidangkan.

masak sampai mendidih

Solok lada ni biasanya orang makan dengan nasi kerabu atau nasi lauk gulai daging ke,lawankan dengan budu di picit cili api wahhhhh mau bertambah makan.Alhamdulillah Mr D pun dah pandai makan menu-menu kelantan macam ni,eh dia tolak batu ngan kayu je hahhahah semua pun bedal kecuali peria hahahhaha.


Oh ya ,kalau nak tengok lebih jelas macam mana cara menu ni di sediakan boleh tengok kat youtube Cik Sue yewww.youtube.com/izzaaiza(jangan lupa subscribe tau) atau klik video kat bawah ni ye :


Selamat mencubaaaaa....
Viewing all 683 articles
Browse latest View live