Quantcast
Channel: Catatan Sue Izza
Viewing all 683 articles
Browse latest View live

Ramadhan 7 : Resepi Nangka Muda dan Petai Tumis Belacan

$
0
0

Semalam rumah di terjah dan di "surprise" kan oleh kawan-kawan rapat sempena besday and anniversary Cik Sue katanya,haa tu nanti Cik Sue cite kat entry lain eh.Nak ceritanya diorang datang nak berbuka,Cik Sue sempat masak menu simple je.Ada la lebih nangka muda celur dengan ulam petai yang buat cicah budu,memandangkan tak mahu makan budu,Cik Sue olah jadi menu lain.Teringin nak makan masakan yang ada belacan,so campak-campak je la.Jom tengok resepi kali ni.

Bahan:
200 gm nangka muda celur
segenggam isi petai di belah dua
2 ulas bawang merah blend
3 ulas bawang putih blend
1/2 inci belacan blend
sebatang serai hiris dan blend
4 atau 5 biji cili api blend (kalau nak pedas boleh tambah)
segenggam ikan bilis goreng garing terlebih dahulu
bawang besar hiris
garam dan gula

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik bau,masukkan nangka dan petai,gaul sebati dan biar mendidih sekejap.
2. Masukkan bawang besar dan ikan bilis,gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula.
3. Siap!

Mudahkan,makan ngan nasi panas-panas wat sahur sedap ni,kalau nak berkuah korang bleh tambah air sikit masa menumis,tapi Cik Sue buat kering je dengan ikan bilis tu rangup-rangup pedas semua ,sedappp....
Selamat mencuba

Ramadhan 8 : Serawa Durian dan Roti Jala

$
0
0


Ceritanya ada durian lebih Mr D makan minggu lepas kat tepi jalan,durian d24 rm13 sekilo,belah 2 biji sekali tak abis,bakinya masuk tupperware bawa balik rumah.Sekali hari ni nak balik rumah mak kat Sg Buloh,terus teringatkan baki durian dalam peti ais,tanya Mr D nak bawa macam tu je ke? kang tak cukup plak,berapa ulas je pun,alih-alih dia nak makan berkuah.So Cik Sue buatkan serawa je la,fikir-fikir tak de apa lak nak cicah,bancuh je la tepung buat roti jala sempoi-sempoi.Ingat sikit,rupanya banyak gak,sempat la sedekah berkongsi rezeki kat kawan dan bawa balik tuk family.Jom tengok resepi mudah Cik Sue

Serawa Durian
Bahan:
4 ulas durian
250ml santan cair
3 helai daun pandan
2 ketul nise atau gula melaka
3 sudu gula pasir
1/2 sudu garam

Cara:
1. Didihkan santan dengan gula melaka/nise.
2. Masukkan daun pandan,gula pasir,garam.
3. Biar mendidih dan masukkan durian,biar mendidih dan dapat kepekatan kuah yang korang nak.

Ni makan dia saja pun sedap,kalau tak nak manis atau mak ayah ada kencing manis tak yah masukkan gula pasir pun tak pe,manis durian ngan gula melaka tu dah sedap ,ngam dah.Jom buat roti jala lak tuk cicah ngan serawa durian tadi.

Roti Jala
Bahan:
2 cawan tepung
2 cawan santan cair
1 sudu minyak
1/2 sudu garam
1 biji telur
sedikit pewarna kuning

Cara:
1. Cik Sue blend je semua bahan ni dalam blender,senang sebati.
2. Kalau rasa pekat sangat tambah la air,dan test dengan acuan roti jala,keluar elok tak tuk di kirai kat kuali,kalau cair sangat pun tak cantik gak,biar sedang2.
3. Panaskan kuali,dan kiraikan ikut bentuk yang korang suka,4 segi pun boleh,bulat pun boleh.
4. Agak-agak masak angkat dan gulung ketika masih panas.

Alhamdulillah mak dan bapak mertua suka,makan dengan family mertua,licin satu tupperware.Seronok bila makan ramai-ramai dan ada pulak yang gemar.Puas hati.

Selamat Mencuba.

Ramadhan 9 : Patin Masak Sambal Asam

$
0
0

Kisahnya beli ikan patin nak masak gulai tempoyak,malangnyaaa buka je botol tempoyak dah berkulat,rosak semua huwaaa kempunan nak makan patin tempoyak.Lalu Cik Sue berfikir dengan pantas,apa nak masak ngan ikan patin ni.Teringat sebelum ni masak masam manis tapi kali ni nak makan masam-masam sikit,jadi Cik Sue sambalkan je la ala-ala thai gitu.Jom tengok resepi rekaan Cik Sue ni hehehhe.

Bahan :
Bahan blend:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu cili giling/cili boh
3 biji cili padi (nak pedas boleh tambah lagi)
sebiji tomato

Bahan lain:
500gm ikan patin di perap kunyit garam dan lada hitam~goreng garing
daun limau purut
1 barang serai~ketuk
1 keping asam gelugur
2 sudu jus limau
3 sudu sos cili
sedikit daun kesum
garam dan gula

Cara:
1. Tumis bahan blend hingga naik bau,masukkan sos cili,serai,daun limau purut dan daun kesum.
2. Kacau sebati,masukkan ikan,gaul rata masukkan jus limau ,asam keping,garam dan gula,masukkan sedikit air kalau nak berkuah ye.
3.Gaul dan biar mendidih kejap,ok dah siap.Buat sahur pun sedap ni,masam-masam sikit.

bisik-bisik:
Sib baik Mr D tak de masalah makan ikan patin,kalau abg ngah dia hahhah pantang ngan ikan patin,hilang susuk katanya kikiki

bisik-bisik 2:
Nak orang hormat kita ,kita kena hormat orang dulu,baru orang akan segan nak buat sombong ngan kita tapi kalau orang dah cuba dekat dan berbaik,kita yang berlagak,jangan bising la kalau orang nyampah eaaa heheheh....

Ramadhan 10 : Resepi Yee Mee Kicap

$
0
0

Menu malam tadi,malas masak nasi punya pasal,penat sebenarnya seharian.Panas lain macam pulak semalam.Memang hilang mood nak masak lauk-pauk bagai,selongkar gobok jumpa yee mee masih berbaki,mulanya nak goreng biasa lupa lak mee jenis ni kan mudah lembik.So kita buat kuah je la,then siram,senang.Bagitau Mr D berbuka makan mee je dan dia ok,on je la.

Bahan:
Blend
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 kiub pati ayam
1 biji tomato
3 biji cili api
2 sudu cili boh

Bahan lain:
2 keping yee mee
sedikit fish ball
sedikit isi ayam
sayur carrot merah
sayur kobis
sedikit cili hijau potong
sos cili
sos tiram
kicap manis
serbuk lada hitam
2 biji telur

Cara:
1. Tumis bahan blend sampai naik bau.
2. Masukkan sedikit air,sos cili,sos tiram,kicap manis,serbuk lada hitam,sayur,isi ayam dan fishball.
3. Biarkan mendidih,perasakan dengan garam.
4. Cara makan : letakkan yee mee dalam mangkuk siramkan dengan kuah panas,biar kuah mendidih pecahkan telur jangan kacau,biarkan membeku/masak,sendukkan dan letak atas mee tadi,makan bersama cili potong,perahan asam limau dan bawang goreng.

Alhamdulillahhh,syukur sangat bila dapat suami yang boleh telan apa saja yang isteri pemalas dia ni masak hehehhe,Cik Sue ni ada masa-masa je rajinnya kikiki..pastu semua aci campak je asal boleh telan.Gara-gara tak makan nasi semalam,pas isyak merengek kat Mr D nak makan burger,gigih ajak ronda,sekali bukan burger je dapat,durian la,slurpee 7e la...itu la laki bini kalau dah merayau.

Ramadhan 11 : Resepi Nasi Lemak Pandan

$
0
0


Akhir-akhir Ramadhan ni teringin pulak nak makan nasi lemak,tapi Cik Sue memang malas la nak ke Bazar Ramadhan hehehe,rasanya dah nak habis puasa tak jejak kaki lagi Bazar,hebat tak? hahhaha..
So gigih la masak je sendiri,bahan-bahan pun semua ada,mari kita berperang di dapur.Mulanya na buat nasi lemak biasa je,tengok ada daun pandan lebih,buat nasi ada kaler sikit ok gak kan? ubah selera.Kebetulan dok masak-masak sorang-sorang,ada plak yang terjah bagi salam,yeayyyy ada teman berbuka,sementara Mr D lambat balik hari ni.Alhamdulillahhh,sempat masak dan berbuka dak mucuk hari ni ehehhehe.Jom tengok resepi mudah Nasi Lemak Pandan ala Cik Sue.

Nasi Lemak Pandan :
Bahan:
4 pot beras
secawan air daun pandan yang di blend dan di tapis/atau boleh pakai pewarna hijau
3 helai daun pandan di simpul
1 cawan santan cair
1 biji bawang merah-hiris

Cara:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk tambahkan air mengikut paras beras seperti masak nasi biasa.
2. Bila dah masak,kacaukan nasi biar serata.

Sambal Tumis :
Bahan :
150gm cili kering-rebus dan blend
3 biji bawang besar -blend
5 ulas bawang putih-blend
1/2 inci halia-blend
1 batang serai-blend
1 inci belacan-blend
sedikit air asam jawa
3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
sekeping nise/gula melaka
sebiji bawang besar hiris bulat
garam/gula

Cara :
1. Tumiskan bahan blend sampai naik bau dan pecah minyak.
2. Maukkan gula melaka,sos cili,sos tomato,air asam jawa dan bawang hiris.
3. Masak sehingga mendidih dah sedikit kering,perasakan dengan garam dan gula.

Cik Sue hidangkan dengan telur rebus,timun ,kangkung celur,ikan bilis goreng dan sotong goreng kari.Sotong tu Cik Sue perapkan dengan garam,kunyit dan serbuk kari,pastu goreng bagi garing,setel....

Mudahkan,Alhamdulillahh nak kata sedap kang kata puji sendiri lak hehe tapi menambah la dak mucuk ngan Mr D makan hehhee.

bisik-bisik:
Dah ramai yang start cuti ni,hati-hati la ye balik kampung nanti,bawa-bawa bersabar ye di jalan raya tu,semoga selamat sampai la hendaknya,Cik Sue malam raya la baru gerak huhuuu.

Bila Suami Mula Menegur

$
0
0
Sebenarnya dah hampir 2 bulan lebih Cik Sue tak pakai apa-apa produk kecantikan kulit di muka ni.Sejak tak sihat,jadi tak de mood dan malas nak pedulikan keadaan kulit muka,banyak masa di habiskan di rumah dan jarang bersosial lagi la buatkan Cik Sue malas nak bersiap dan melawa huhuuuu.Tapiiiiii awal Ramadhan baru ni Mr D dah menegur,napa muka nampak kusam,lesuuu je ni,walau tak de jerawat pun.Masalah kulit muka Cik Sue ni memang nampak parut-parut lama dan mudah nampak lesu kalau tak di pedulikan.En suami tegur oiiii ,sentap sekejap,sebelum apa-apa berlaku (hahahhaha) lebih baik ambil tindakan segera.

Cik Sue ni jenis malas sikit nak mencari produk-produk yang mana sesuai,ikut hati ku sental bedak sejuk je,tapi kang kulit tak cukup vitamin la pulak,kang kering la pulak.Syukur la Cik Sue ni ada kawan yang rajin dan banyak tahu pasal produk-produk kosmetik ni,sapa lagi kalau bukan Cik Sepet  tu hehehehe,dia la rajin menjawab soalan Cik Sue pasal kulit-kulit ni,tengok orang la kan,cantik tuuuuu…

Akhirnya dia cadangkan Cik Sue pakai produk Nano White ni,katanya elok dan sesuai untuk kulit Cik Sue.Cik Sue ambil set Nano White yang mengandungi pencuci,pelembap dan krim pencerah.Cik Sue suka produk ni sebab dia tak menggelupaskan kulit,dan tak hilangkan pelembap semulajadi kulit muka kita,penting tu tau.Eh jom tengok produknya.



Dalam 1 set ni ada 3 ,jom Cik Sue tunjukkan macam mana Cik Sue guna :

Nano White Awakening Snow Wash-RM16.80

Nama pun Snow wash,memang sejuk je rasa pakai masa mencuci muka,sambil membersih pencuci ni melembap dan tak menanggalkan lapisan perlindungan kulit muka kita tau.Rasa segar sangat lepas pakai,Cik Sue baca kat bekas tiub tu katanya ada Omega White-C pastu siap ada HALAL MALAYSIA lagi ,haaaa memang tak was-was nak pakai.



Nano White Moisturising Lotion-RM29.90

Krim pelembap yang Cik Sue rasa nak pakai banyak-banyak je sekaligus,sebabbbb wangiiiii,segar sangat kulit lepas mandi cuci muka dan pakai pelembap ni.Dah la cepat menyerap dan tak berminyak,sapu-sapu sampai leher wahhhhh segar je.Suka sangat bukan setakat menyegarkan malah dia akan pudarkan parut-parut jerawat Cik Sue,I likeeeeeee.Sapu dan tap-tap je kat kulit wajah dan leher mudah,tak minyak ,cepat kering dan menyerap,mudah je.




Double Action Whitening Gel Cream –RM 39.90

Mengandungi ,concentrated essence,vitamin C dan E memang sesuai sangat la nak bagi kulit wajah Cik Sue bersinar cerah ke tahap maksimum gitu hehehhe,malah mengelakkan pengoksidaan dan menganjalkan kulit wajah berpanjangan.Cik Sue juga suka krim ni mudah serap dan tak melekit,lembuttt je kat muka.




Apa yang Cik Sue suka pasal set produk ni :

-tak berminyak

-tak mengikis kuit muka

-bahan yang menjaga pelembap dan pelindung semulajadi muka.

-wangi hehehhee

-murah dan semestinya HALAL.


Semoga produk ni mampu buatkan Cik Sue berwajah ceria,segar dan lebih cerah di hari raya ni kan,nak jalan-jalan raya takkan dengan muka berjerawatkan?,cewahhh dan menghentikan teguran Mr D tu huhuuu.Terima kasih banyak la Cik Sepet sarankan Cik Sue pakai produk ni,setakat Cik Sue pakai memang best dan rasa segar je kulit wajah,dan Cik Sue masih gunakan lagi ,nanti Cik Sue update bila dah habis satu set ni ye,kita tengok perubahan sebelum dan selepas.Cik Sue update tambahan kat entry ni nanti ye.Tungguuuuu.

Nak try? Eh lupa nak bagitahu korang boleh beli produk ni kat mana-mana farmasi macam guardian,kedai kosmetik atau kat hypermarket pun ada,korang usha je.

Oh ya sempena hari raya ni ada peraduan yang di anjurkan Guardian untuk pembeli Nanowhite tau.Senang je nak sertai,jom Cik Sue terangkan caranya ye :

1. Beli produk Nanowhite bernilai RM20 dan ke atas

2. Selfie dengan produk tu

3. Post gambar tu kat post pertandingan dengan caption “My Nanowhite Brightening Secret” dan share di profile sendiri

Mudahkan,hadiah pun lumayan tau.Hadiah utamanya sepasang jam Daniel Wellington ,oh ya pemenang di piih berdasarkan gambar paling kreatif serta bukti pembelian,jadi sila simpan resit ye,jangan buang kang tak boleh tuntut hadiah lak.

Atau pun korang klik je link di SINI ye

bisik-bisik: Sapa yang tak nak cantikkan terutama musim-musim raya ni,semua nak pasang badan,nak jumpa sedara-mara,yang bujang-bujang tu nak jumpa buah hati hehehhe,Cik Sue ni tak mau la nampak pucat lesi cam mayat lak nanti walau masih tak berapa sihat,kang segan pulak En Suami nak bawa jalan-jalan raya hehehhe.

Surprise Besday dan Anniversary 2016

$
0
0
Cerita bulan puasa hari tapi nak up jugak sebagai kenangan dan penghargaan kawan-kawan yang bersusah datang umah Cik Sue ni buat surprise huhuuu.Alhamdulillah Jun lepas Cik Sue dan Mr D genap setahun harungi hidup sebagai suami isteri susah senang kami hadap sama-sama.Alhamdulillah walau ada pahitnya berkat doa ibu bapa,keluarga dan kawan-kawan ,kami berjaya harungi.Orang kata tahun awal ni la banyak cabaran sebab nak sesuai kan diri dari segi mental dan fizikal kan? nak aturkan hidup kewangan kekeluargaan,nak sesuaikan diri terima keluarga baru,persekitaran baru.Alhamdulillahhhhh syukur yang teramat sangat semuanya berjalan lancar untuk tahun pertama.


2 hari selepas besday,geng Putrajaya pm nak datang berbuka kat rumah,suh masak biasa-biasa je katanya,alamakkkk terkejut gak Cik Sue,nak masak apa ni??? terus bukak peti ais tengok apa yang ada,semua pun bahan-bahan menu biasa-biasa je.Dekat pukul 3 petang baru diorang konpem nak datang.Cepat-cepat masuk dapur tapi masak pun ringkas-ringkas je.






Sekali abe Que Achmad satu family orang pertama sampai,wahhhh terharunya siap bawak brownies Anniversary,sebak plak huhuuuu,dengan Ean hensem yang semakin bijak dan buat Cik Sue melting je hehehhehe...Dan kemudian yang lain-lain sampai,kebetulan Mr D pulak ada kerja balik lambat,ada la teman Cik Sue berbuka.Antara menu kami,masak lemak putih sayur,ikan goreng garing,sambal hitam belimbing,budu dan ulam petai dan nangka muda celur,ayam goreng kunyit,serta sambal sardin request by Uzu.Alhamdulillahhhhh,tetamu itu satu rahmat,meriah umah Cik Sue.






Dah selesai semua lepak-lepak minum teh o panas sementara tunggu Mr D balik,masing-masing kekenyangan dah macam ular sawa heheheh.


Terima kasih korang datang dengan buah tangan macam-macam,lepak-lepak borak-borak macam ni,nanti raya datang lagi eh,kita makan-makan borak-borak,TQ juga surprise tuk besday and anniversary kami,dengan doa-doa kalian,Insya Allah semoga kita terus bersahabat.

bisik-biisik:
Ya Allah ,peliharalah hubungan kami,semoga baik-baik sahaja,peliharalah rumahtanggaku dari mata-mata syaitan,sesungguhnya aku bersyukur atas kurniaan Mu,Insya Allah tahun depan bertiga dah,syukurrrrrr Ya Allah atas kurnian dan rezeki dariMu.Peliharalah kami dalam rahmatMu.
Terima kasih 

Jatuh hati dengan Velvet Radiance Serum

$
0
0
Hai semuaaaaa....masih mood raya lagi ke? harus la kan,raya sebulan kan? ha pergi beraya tu terutama cik kak-cik kak,cik adik manis mesti berhias ,bersolek cantik kan.Dan seharusnya la menjaga kulit wajah untuk nampak berseri di Hari Raya kan? Meh Cik Sue nak kongsi serum terbaru yang Cik Sue pakai sekarang,puas hati sangat! 


Haaaa ni la dia Velvet Radiance Serum yang Cik Sue pakai sekarang,suka sangat.Kulit muka Cik Sue yang mudah sangat tumbuh jerawat-jerawat halus ni memang sensitif sikit tuk pakai sembarangan produk,tapi dengan serum ni memang selesa dan bestlah.Cik Sue ni bukan la rajin sangat bersolek bagai kalau bukan majlis-majlis tertentu atau di perlukan,kekadang keluar hanya pakai bedak kompek dengan pelembap bibir je.Tapiiii penjagaan kulit wajah tu kena la titik beratkan juga kan,jenuh oiii kalau jerawat naik,dah la tangan tak reti dok diam,jenuh berparut hitam sana-sini.

Alhamdulillah sejak cuba serum ni dalam 2 minggu lebih dah parut jerawat yang tangan gatal Cik Sue dok picit-picit ,dok tekan-tekan tu dah pudar,sukanyaaaaa.Serum ni kan dah la wangi,tak melekit kat kulit muka pun.Apa sebenarnya fungsi serum ni? antaranya ialah :

1. Toner (Penyegar)-pakai lepas cuci muka masa nak tidur fuhhhh sedappp je kat kulit muka.
2. Serum kulit
3. Moisturuser (Pelembap) -pelembapkan kulit tapi tidak berminyak.
4. Sunblock- sebagai pelindung kulit dari matahari juga,mudahkan tak yah sapun sunblock lain dah.

Amacam,mudahkan 4 dalam 1,beli 1 botol dah ada 4 fungsi yang memang menjaga dan merawat kulit wajah kita,Serum ni memulihkan memperbaharui dan mengembalikan kesihatan kulit wajah.

Cara penggunaan:



Selepas cuci muka,picitkan setitik dua serum ke tapak tangan dan gosok dengan lembut ke seluruh wajah serta leher,mudah je.Boleh di amalkan pagi atau malam,atau pun bila-bila masa yang di rasakan perlu.Serum ni waterbased tau,jadi memang terus meresap,tak perlu pakai banyak pun,dah la senang nak bawa ke mana saja,masuk je dalam beg.Oh ya,lelaki pun boleh pakai ok.



Kandungan Dalam Velvet Radiance Serum :

1.Vitamin C
2. Apple stem cell
3. Ekstrak teh hijau
4. Likuoris ( Akar manis )
5. Lemon
6. Kolagen ikan salmon
7. Natrium PCA
8. Panthenol

Urmmmm patutla wangi serum ni ada lemon rupanya,segar je bau dia.Ada kolagen pulak,memang terbaik la untuk kulit kan?.

Keistimewaan Velvet Radiance Serum :

1. Sebagai sunblock 50 SPF
2. Membuat struktur kulit lebih anjal.
3. Melembabkan kulit wajah.
4 Menyamarkan kedutan pada wajah hingga leher.
5. Mencegah penuaan.
6. Menghaluskan serta mencerahkan warna kulit.
7. Memberikan sensasi kulit bersinar yg lebih cerah.
8. Menutrisikan kulit.
9. Mencegah pengaruh buruk polusi udara dan sinar matahari.

Ha,bestkan,suka serum ni dan memang Cik Sue akan guna terus la,lagipun ini produk tempatan dan Halal ye,di perakui.2 minggu lebih pakai memang terasa perbezaan kulit muka,rasa lebih tegang dan parut-parut mula pudar.Warna kulit pun nampak lebih sekata.

nampak tak bawah dagu tu ada parut hitam-hitam nampak lebam kan
ni sebelum pakai serum Velvet ni

terbaru,nampak lebih sekata kulit wajah dan parut pun dah pudar yeayyyyy
ni gambar selepas 2 minggu pakai serum ni.




Korang nak try tak? Sempena raya ni ada harga promosi RM100 je ,kalau harga biasa RM150 tau,ha jimat dah rm50 tu.Jom cepat order.

Velvet Radiance Serum 30ml




Nak order ke,nak tanya apa-apa, korang boleh klik link di bawah ni ye :

Hotline : 019 – 216 6962

Makin rajin dok belek muka sekarang,teruja tengok muka dah bersih hehehehe...

Sarapan mudah dengan TC BOY

$
0
0
Assalamualaikummmm,selamat pagi semuaaa,ecehhh ceria semacam je Cik Sue kan? mesti la,jangan tension-tension,berkedut muka nanti hehhehe.Dah sarapan ke? sarapan apa korang pagi ni? Cik Sue buat sarapan mudah-mudah je sebab ada open house hari ni,makan ringan-ringan je la.

Kebetulan ada stok Tuna TC Boy dalam kabinet,apa lagi jadi l sarapan mudah Cik Sue.Antara stok yang Cik Sue ada kat bawah ni ha,ha memang suka buat stok benda gini,senang kalau nak makan simple-simple.makan nga roti biasa pun boleh. 


Menu 1 : Tuna Cili Api Wrap

Cik Sue gunakan tuna bersama cili api,tapi jangan risau tak de la pedas berapi pun.Ada la rasa pedasnya.Cik Sue guna Paratha Wrap jenama Kawan je,tambahkan hirisan salad dan tomato,sedikit lada sulah,balutkan bersama tuna tadi,siap! Mudahkan.




Menu 2 : Sandwich Tuna Delite TC Boy

Yang ini pula Cik Sue guna tuna TC Boy Sandwich Delite bersama mayonis,sedap rasa dia lemak-lemak masin.Cik Sue guna roti gardena putih,sapukan dengan sos cili,lapiskan dengan salad dan tuna Tc Boy tadi.siap! 



Mudahkan,korang pun boleh buat,bukan saja tuk sarapan,sebagai snack pun boleh,masa tengok tv ke,kawan-kawan datang ke,cepat dan mudah.Stok TC Boy pun banyak kat mana-mana pasaraya,mudah di perolehi.


Aidilfitri 2016/1437H -Kurniaan yang tak terhingga.

$
0
0
Raya sebulankan? kannnnn? so boleh lagi la update cerita hari raya kan? hahahha...
Alhamdulillah tahun ke 2 beraya sebagai isteri,anak dan menantu....syukur juga tak de masalah gaduh nak balik raya atau masam-masam muka hehehhe,tapi memang tahun ni giliran belah Pahang ye,memang la manis muka hehehhe,tapi tak kisah pun sebenarnya,apa de hal,family juga kan.

Mulanya hampir-hampir kansel plan beraya kat Pahang,sebab kemungkinan Mr D kena standby on call kerja dia,tapi memang rezeki ada  staf yang tinggal berdekatan sanggup nak ganti dan on call,jadi malam raya la baru kami bertolak balik ke Pahang.Syukur jalan sangat lapang tak de jem merangkak-rangkak pun,perjalanan lancar cumaaaaa Mr D pulak mengantuk sebab balik kerja terus gerak,sib baik la Cik Sue sihat dan boleh ambil alih posisi pemandu sementara Mr D rehat.
Alhamdulillah dalam jam 12 lebih selamat sampai rumah ma abah,memang kepenatan,tapi sempat lagi gosok baju raya nak pakai esok hehehe.
with my mum
Pagi-pagi dah bangun,mandi dah siapkan sarapan sebelum bertolak ke masjid untuk solat sunat hari raya,nak ikutkan 2 tahun dah tak pergi solat sunat raya,biasala perempuan kan hehehe,tapi kali ni berpeluang.Kat rumah pun semua dah siap sedia awal-awal lagi.Cik Sue solat kat masjid Kg Aur Gading,Kuala Lipis ,Pahang,masjid yang tersergam masih sama dari Cik Sue lahir lagi.Dengar takbir dari corok pembesar suara terus hati di paut rasa rindu kat Atuk atau kami panggil Ayoh yang selalu ambil bahagian takbair di pagi raya.Sayu pulak rasa.
Selesai solat dan tahlil,kawasan masjid memang meriah dengan kanak-kanak yang mula beratur sebab ada dermawan yang akan bagi duit raya setiap tahun,memang meriah.Asalkan namanya kanak-kanak semua beratur ,kalau yang tua pun beratur memang kena gelak la hehehhe.
cepat-cepat beratur duit raya
Selesai urusan kat masjid kami balik terus ke rumah,tahun ni tak ke kubur atuk sebab abah tak larat nak jalan masuk ke kawasan perkuburan,kereta tak boleh masuk sampai dalam,ma pun tak bagi Cik Sue pergi takut tersadung akar pokok,kena jaga la kan,bukan sorang dah,bawa "orang lain" juga ehhehe.
Balik rumah selesai bersalaman bermaafan apa lagi isi perut la sambil layan saudara mara,aktiviti biasa rumah ma akan jadi port berkumpul sanak saudara,mak cik pakcik,sepupu sepapat kami,sesi bergambar.Pastu baru la berjalan raya ke rumah saudara-mara berdekatan.





Gambar atas ni masa pi rumah keluarga abg ipar kat Bukit Betong,tertarik rumah kayu lama,suruh adik turun dan amik gambar kami dari bawah heheheh,memang klasik je rasa,dengan nak masuk rumah kena kejar ngan kambingnya hahahha.Kambing tu ada tanduk tau hahaha jenuh nak lari.Tahun ni rajin sikit Cik Sue amik gambar sebab berjalan je,petang baru lepak rumah layan tetamu pulak.

posing depan rumah,baju raya recycle hehehhe.
layan anak-anak buah dan adik
Tapiiiiiii yang tak bestnya malam tu tak de letrik pulak kat rumah abah,haiyoooo dengan panasnya,siap tido tingkap,pintu sliding ternganga lagi tapiii masuk jam 3 pagi semua menggerekot kesejukan hahahha,konpem la rumah dalam hutan,malam memang sejuk semulajadi la,sib baik nyamuk tak banyak sangat,seronok jugak sesekali dengan lilin dan pelita boleh luangkan masa berkualiti berbual dengan ahli keluarga.


Raya kedua ,Cik Sue tak melawa,nak gosok baju tak boleh heheheh letrik takde so ngan tshirt tracksuit je kat dapur,kuar bandar kejap beli bahan nak buat laksa penang,petangnya pi raya jap rumah kawan ma buat open house nasi beriani gam oiiiii,banyak plak mak buyung makan hehehhe,sedappppp maskaan dia,mau taknya tokey katering tu,Mr D plak tak daya nak berjalan raya dah terbungkang tido kat rumah hehehhee.

Raya ketiga dah nak balik Sungai Buloh pulak,giliran belah mertua la pulakkan.Sebab tu Cik Sue kata dapat je raya dua-dua bukan jauh pun 4 jam je kalau tak jam,Insya Allah.Kakak ,adik pak cik mak cik pun dah mula balik belah mertua masing-masing dan ada yang dah mula kerja pun.

bergambar dulu mana ada sebelum balik
persalinan hijau,berjaya racun Mr D beli kurta hehehehe
Dalam perjalanan balik sempat singgah beraya di Sg Ruan ,Raub yang terkenal dengan kebun durian tu,Alhamdulillah hilang mengidam laki bini dapat durian kampung pak cik hidangkan.Dari bulan puasa lagi dok meroyan cari durian kampung kat area bangi ,akhirnya sini juga jodoh,Fuhhhhh habis gak 8 biji tapi kecik-kecik je besar-besar dua tapak tangan je,tapi isi ya ampunnnnn sedapnya,puas hati,tolak tepi terus kuih raya bagai hahahhaha.


Perjalanan di teruskan,nak keluar lebuhraya je tengok kereta bersusun dah sesak,haiyoooo patah balik terus ikut jalan kampung melalui jalan lama ke tol gombak,lalu Kg Janda Baik,Kg Bukit Tinggi dan laluan belakang RNR Genting Sempah,sampai situ baru naik lebuhraya dah lancar sikit,Alhamdulillah jam 11 malam selamat sampai di Sg Buloh.

Raya ke 4 raya di teruskan belah mertua pulak,bawa mak ngan bapak ronda Kg Kuang sampai Sungai Serai membawa ke Paya Jaras berziarah raya rumah saudara mara,time ni la nak kenal yang jarang-jarang nampak muka kan,Cik Sue seronok je,makan macam-macam,Mr D juga la mengeluh raya sakan kataya mau tak dari jam 11 pagi sampai 11 malam baru sampai rumah hahahhaa lembik driver.

persalinan pepel lak,recycle je

rumah wak rais tokey pecal hehehhe
rumah family mertua
Raya ke 5 pulak,berjalan rumah mak saudara Mr D di Saujana Utama,Rawang sambil ziarah dia yang tak sihat,ziarah baby baru sekali,anak sepupu,comeyyy sangat.Pastu terus ke rumah abang ipar,biras kita buatkan Laksa Sarawak special orginal resepi ,dia orang Miri,memang terbaik la,3 kali Cik Sue tambah,puas  hati selama ni makan kat kedai tak cukup hehehhehe.

bersama biras2 ku

ngan anak buah ain comeyyyy hehehhee
Alhamdulillahhhh selesai berhari raya dengan dua keluarga,malamnya dah balik rumah sendiri esoknya Mr D dah kena kerja huhuuuu.Cik Sue pulak menyelesaikan segala kain baju kotor dan mengemas rumah yang di tinggalkan.

Alhamdulillahhhhh syukur sangat kepada Nya atas kurniaan kesihatan yang baik tak de mabuk-mabuk dah boleh makan apa saja.Bagus baby ibu tau heheheh.Dapat pulak beraya sepuas hati dengan dua-dua keluarga,nikmat mana lagi yang Cik Sue nak dustakan?

Itu lah cerita raya saya,penuh dengan kasih sayang dan kegembiraan ,rezeki yang melimpah ruah,rasa terlalu banyak dah nikmat Allah beri,semoga ianya berkekalan dalam silaturrahim yang di bina.





Happy Birthday Althea! The best makeup online shop.

$
0
0
Hai korang,ingat tak gambar yang Cik Sue dok posing topi besday tu kat fb dan ig? Cik Sue sambut besday sapa la kan? Haaa kita sambut besday Althea,sapa tu? haa meh nak cite ,ni la laman web kalau korang nak beli mekap dan penjagaan diri secara online produk-produk dari Koreaaaa.
Selalu ada sale dan memang best la online shop ni.Happy birthday Althea dah setahun pun.
Macam -macam ada kat situ tau,dari kaki sampai kepala,dah la banyak sale,murah-murah je pun.Cik Sue ni tak la pandai sangat nak mekap-mekap ni,tahu pun yang asas je supaya muka tak pucat sangat masa ke majlis atau keluar ke mana-mana,tapiiii sekarang dah mula berjinak dah,maklumlah kena la kemas dan cantik-cantik sikit tuk suami,kang pucattttt je macam mayat lak hehhehe.


Althea's Birthday Celebration 20th-31st July2016

Sempena besday yang pertama ni Althea meraikan pelanggan-pelanggan bertuahnya,banyak hadiah-hadiah tuk di menangi.

Sepanjang sambutan 1 tahun Althea ni korang akan dapat  Limited Birthday Box + Diy Party Kits macam dalam gambar ni bila shopping kat Althea,cantikkan? Pinky gituuuu. 



Juga Free Goodies For First 1500 Shoppers , Haaa cepat  hanya untuk 1500 terawal dan jangan lupa masukkan kod #altheaturns1 bila shopping,Goodies tu ada macam=macam barang menarik tau.


  • Birthday Giveaway . Pick 3 Best Sellers To Get 100% Rebate.



Pastu ada pulak peraduan di Instagram,ucapan besday dengan gambar selfie bersama Party Kit yang di perolehi akan memenangi hadiah lumayan macam kat bawah ni ye  :

#Altheaturns1 Instagram Contest . Got your Althea party kit? Wish us a happy birthday with #altheaturns1 and stand a chance to win amazing prizes such as Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits and beauty hampers from Althea!Prizes total worth KRW10,000,000 to be won.Contest starts from 20th July - 15th August, 2016.


Amacam,bestkan? Jom la mana tau korang boleh menang.Oh ya,Cik Sue pun dah membuat pembelian di laman web Althea iaitu www.althea.kr ,nak tau tak apa Cik Sue beli? Jom tengok sini.



Dari kiri:

1. Witch Pouch Selfie Like Shot Dual Lipstick -Lipstik dengan gloos lip sekali so boleh pakai dua-dua sekaligus atau salah satu,warna selfie red,merahhhh mak ngah heheheh.

2. Dual Veil Concealer Color Natural Beige-Cik Sue beli tuk menutup cela bekas jerawat kat muka ni ha ,maklumla tak berapa nak clear lagi kan hehehhe.

3. Its My Lip Crayon-Color Awesome Wine-Lipstik juga hahahha warna merah bata,suka sebab kemas sangat bila pakai tak comot dan warna sesuai ngan Cik Sue.

4. Jewel Light Waterproof Eyeliner Color Navy Blue-cantik sangat boleh berfungsi sebagai eyeliner dan eyeshadow sekaligus,blink2 lagi tapiiiii sikit sangat plak.

5.The Style 4D Maascara-kebetulan mascara dah habis hehehe,suka sebab waterproof dan tak comot pakai.

6. Saemmul Luminous Multi Shading-ni konon nak belajar mekap-mekap la ngan kawan,tak pakai lagi pun.hehehhe.

Bestkan jom shopping dan masuk peraduan jom,cer klik www.althea.kr mesti korang suka tambah-tambah yang suka mekap kan....jom2.

Jom ke Korea bersama #rentakbahagia Yeos

$
0
0
Sapa yang tak kenal Yeos kat Malaysia ni kan? Memang jenama pilihan ramai sejak dulu lagi.Macam Cik Sue la kalau singgah kedai runcit mesti cari minuman Yeos tambah-tambah sekarang ada Yeogurt pula,sedapnyaaaa.Yang terbaru sempena meraikan Ogos bulam kemerdekaan ,Yeos melancarkan musim kedua "Yeos I Love MALAYSIA" #rentakbahagia bersama duta Yeos Yeogurt ,Akim dan Stacy.Sempena sambutan kemerdekaan ke 59 ni banyak aktiviti dan hadiah yang Yeos sediakan,jadi korang boleh minum dan menang,hadiah pun lumayan tau.


Baru-baru ni berlangsung perlancaran kempen ini di Empire Hotel,Subang,di serikan dengan kehadiran Akim dan Stacy yang Cik Sue rasa memang sesuai la diorang jadi duta dengan #rentakbahagia ni ,nampak sweet sangat.Diorang pun membesar dengan produk Yeos juga,memang sesuai la.


Korang tau tak ,korang ada peluang nak pi Korea tau dengan peraduan yang di lancarkan,dan banyak hadiah-hadiah percutian yang lain lagi,wowwwww....memang berbaloi ni nak sertai pun tak susah,sebab semua orang sekarang kan ada handphone,mudah je,nak tau? Jom baca syarat dan caranya :

Cabaran Instagram #rentakbahagia Yeos

Cabaran ini bermula dari 28 Julai hingga 15 Oktober 2016 di mana Yeos dalam misi mengumpulkan 10,000 foto dan video berkisarkan kecintaan yang bermula daripada keluarga,rakan,komuniti dan negara tercinta.Terbuka kepada semua rakyat Malaysia.Jom ramai-ramai,korangkan suka upload gambarkan kat instagram kan heheheh

#rentakbahagia Foto

1. Ambil foto yang berkonsepkan "cinta" contoh : foto keluarga,kawan karib,yang tersayang dan sebagainya,ambil kreatif-kreatif tau hehehe.

2. Muat naik/upload ke instagram korang

3. Guna hastag #rentakbahagia dan #yeosyeogurt,hastag lain sukahati korang la nak tambah.

4. Kait/Tag 5 orang rakan dan cabar mereka sebarkan foto cinta seperti anda ni.

#rentakbahagia Video

1. Rekod video selama 30 saat hingga 1 minit berdasarkan lagu #rentakbahagia Akim dan Stacy.Nyanyian dan tarian di benarkan (lagu boleh tengok kat Youtube Yeos Malaysia pada 20 Ogos 2016 ye)

2. Muat naik video ke instagram korang

3. Guna #rentakbahagia dan #Yeosyeogurt,hastag lain boleh tambah sendiri ye.

4. Kait/tag 5 orang rakan dan cabar mereka buat video macam anda.

Mudah je kan? yang mana gemak buat video dan selfie atau upload amacam-macam kat instagram tu lebih baik cuba,mana tahu tuah korang kan.

Tiga pemenag utama boleh bawa pasangan ke percutian di Korea,amacammmm? lumayankan? free weiii korang tak nak ke? manakala 11 hadiah saguhati pun lumayan tiket ke taman tema macam Sunway Lagoon,Legoland dan lain-lain.

Tapiiiiiiii,pastikan instagram kena publickan okeh,jangan private lak,susah juri nak pilih pemenang nanti.


Kalau korang nak tahu lebih lanjut syarat dan cara serta peraduan-peraduan lain boleh klik link kat bawah ni ye :

http://www.yeos.com.my/ilovemalaysia2016/



Goooddddd Luckkkkkk kata Akim dan Stacy hehehheheh

Bila rumahku di terjah raya #raya2016

$
0
0
Cerita raya lagi walau raya dah nak habis,hehehhe sekadar coretan buat kenangan katanyaaa.Alhamdulillah walau tak "mampu" nak buat open house besar-besaran cukup sekadar dapat meraikan tetamu yang hadir beraya.Alhamdulillah juga tahun kedua kami berumahtangga dan rumah sudah sedia untuk terima tetamu,masa tahun pertama dulu memang kelam-kabut sangat sebab Cik Sue langsungkan majlis kahwin pun sebulan sebelum puasa,jadi raya tu kami masih duduk di rumah yang agak tidak bersedia menerima tetamu,paham-paham je la kan,rumah baru masuk,dengan kotak-kotak yang belum berkemasnya,kang orang datang dok celah-celah barang lak hehehe.Tahun ni dah banyak perubahan,nak kata cantik tak la,tapi agak selesa la untuk tetamu.

Bukan buat open house pun sekadar masak lebih sikit sebab kawan-kawan nak datang beraya serentak lak pada Ahad 17 Julai 2016.Kawan-kawan di Shah Alam,dari opis lama,sepupu,exhousemates di Putrajaya,kawan-kawan blogger,exopismate Service Master.Jadi Cik Sue masak la lebih.Menu pun simple,ralat pulak tak sempat snap gambar menu huhuuuu,Nasi Dagang ala Kelantan,dengan Gulai Darat Ayam,Sambal Kelapa dan Acar Jelatah.Alhamdulillahhhh,boleh di terima ramai,first time buat,Kemudian ada Cucur Udang cicah Kuah Kacang,Cik Sue buat kuah kacang je,pagi tu nak buat cucur udang tak sempat ,nasib baik la adik-adik busuk masham datang menolong buatkan cucur udang ,terima kasih banyak Yanty,Najeeb dan Yaya Cendana,sian korang kena buli dah pakai lawa-lawa hahahhaa.Alhamdulillahhhhhh resepi terbaik dari diorang ,memang laku cucur udang tu.Cik Sue sediakan bahan je.Terbaik la.

Antara yang awal hadir,kawan-kawan dari Shah Alam geng backpackers

Menu simple2 je

pembantu yang terbaik ,pakai lawa-lawa masuk dapur hahahhaha

antara tetamu
Alhamdulillah juga kali ni sempat jemput jiran-jran keliling rumah datang beraya,maklumlah masing-masing sibuk hampir 2 tahun kat sini baru nak kenal jiran-jiran.Tak senonoh kan hahahha,ok la kesempatan yang ada ni,boleh berkenalan dan eratkan silaturrahim,selain keluarga dan kawan rapat ,jiran la yang paling dekat kalau apa-apa emergency nanti kan?.






Amacam,bagus kan pebantu-pembantu ai ni,terbaiklah,sanggup masuk dpaur walau baju liplap2 pakainya hahhaha.Cucur Udang laris terhangat di pasaran gittewwww.Tq so much korang,kalau tak tolong ,tak terhidang la cucur udang tu,mak tak daya nakkkkkk hehehhee.




Kawan-kawan rapat ,sesekali berkumpul,rindu ,masing-masing sibuk masa macam ni la dapat berkumpul.








Rakan-rakan Blogger Kelabbloggerbenashaari yang hadir ,terima kasih sudi beraya rumah Cik Sue ye.Insya Allah tahun-tahun depan kalau larat Cik Sue buat lagi ye,jangan serik datang tau.

bisik-bisik :
Bak kata Mr D ,tak perlu buat open house kalau rasa nak beraya datang je,apa rezeki yang ada kita hadap yang penting terjalin ukhwah dan mengeratkan silaturrahim,lagipun tetamu yang datang tu pembawa rahmat pada sesebuah rumah,terima seadanya,Insya Allah murah rezeki.

Imaan Suci Wipes : Cara mudah mencuci mekap di wajah.

$
0
0
Assalamualaikum semua,korang sihat? Alhamdulillah Cik Sue sihat aje,makin sihat dengan budak aktif dalam perut ni hehhehe.Semenjak dua menjak ni suka betul melawa,bersolek ,cantik-cantik,hehhee orang kata anak lelaki,ada yang kata anak perempuan,tak kisah la,asalkan sihat sempurna sifat cukup la kan,Cik Sue pun tak scan lagi,scan waktu checkup pun budak bijak ni tak mo bagi tengok lak hehhehe malu lettewwww.

Oh ya! Kali ni Cik Sue nak kongsi dengan korang tisu basah atau Wipes Tissue yang Cik Sue baru beli dan cuba tuk cuci mekap kat wajah.Imaan Suci Wipes namanya,perkara pertama yang Cik Sue suka adalah wangiiiiiiiii.heheehe selalu beli yang biasa-biasa kat watson tak de bau,yang ni wanginyaaaa dannn ia lembut sangat kat kulit wajah tau.
muka bermekap bagai dari jalan-jalan


mari gunakan imaan wipes
sehelai pun dah cukup tuk mekap sederhana yang tak heavy sangat


kannnnnn dah bersihpun,mudah je.

Tisu basah ni bukan sahaja menanggalkan mekap malah menyegarkan wajah,mudah bawa dalam beg korang tau.Bila nak singgah solat mana-mana ,guna je Imaan Suci Wipes ni tuk bersihkan mekap di wajah supaya mudah berwuduk,pembersihannya pun menyeluruh.Memang mudah.selain tu boleh juga guna untuk cuci tangan atau lap apa-apa je.

dah beli banyak nak buat stok
Selain itu tisu ni tiada bahan alkohol ,sesuai di gunakan untuk semua jenis kulit,untuk membersih dan menyegarkan wajah bila-bila masa di mana sahaja.Malah lepas menggunakan tisu ni kuit rasa lembut je,bestttt je rasa.Oh ya,maskara dan eye liner pun mudah sangat di cuci dengan tisu ni.

Korang nak cuba tak,haaa jom beli ngan kak long kawasan ni heheheh :

Kak Long Saidila 019-2692067

atau pun korang boleh ke insta kak long di

Macam-macam barang lain ada di jual pi la jenguk eh.


Nine Chefs : Hidangan Melayu di IOI Mall,Putrajaya.

$
0
0
Hai korang.makan tengahari kat mana hari ni? Yang pejabat area Putrajaya,Bangi,Sepang ,Kajang dan sekitar tu meh Cik Sue cadangkan datang makan tengahari atau minum petang kat sini,mana? IOI Mall je,dekat je.Selalu kalau lepak mall ni banyak restoran atau kedai makan menu barat atau menu campur-campur kan? Tapi jangan risau ni NINE CHEFS ni menghidangkan menu masakan melayu yang memang menepati selera tekak melayu kita.

Menu yang di hidangkan pulak bukan sekadar nasi dan lauk-pauk untuk makanan tengahari malah kuih-muih,mee,roti canai untuk minum petang pun ada.Jadi tak perlu risau kalau datang lepas waktu makan tengahari pun,masih ada menu yang sesuai dan enak untk di cuba.Macam kami la hari tu,datang nak cari barang dan lepak,sorang nak nasi,sorang nak makan ringan-ringan,haaa tengok menu ,order je la mana yang tekak nak kan hihihi.


Restoran ni mengadap ai pancut di bahagian hadapan IOI Mall ni,korang kena keluar ke bahagian outdoor,ada deretan rsetoran dan kedai makan.Korang boleh memilih tempat duduk di ruang terbuka atau lebih privacy di dalam,mana-mana pun boleh.



Ni pulak bahagian dalam,selesa sangat,kemas tak sarat dengan deko sangat tapi masih nampak cantik dan selesa.kalau nak buat meeting atau meraikan pelanggan syarikat pun sesuai.Jom tengok apa kami order masa tu eh,jangan terliur plak heehehe.

MANGO MILKSHAKE RM12.90
FRIZZY RIBENA LYCHEE RM13.90

VANILLA AND BANANA MILKSHAKE RM12.90
NINECHEFS COFFEE MILKSHAKE RM12.90
OREO COOKIE MIKSHAKE RM12.90
Amacam? tu baru minuman tu  ,hehehe tapi serius Cik Sue bagitau rasa dia memang sedap,puas hati dan berbaloi dengan harga,gelas pun sederhana besar bukan kecil ye.Jom tengok hidangan makanan kami pula.

NASI MINYAK WITH LAMB SHANK MASALA RM45.90
Okey,hidangan utama yang kami cuba,subhanallahhh memang sedap sangat lamb shank dia,dengan daging yang lembut,terasa rempahnya,nasi tu makan dia saja pun dah sedap kalau dengan lauknya alahaiiii,ikut tamak haloba ni memang tak nak kongsi tapiiiii besorrrr ,memang takkan habis makan sorang,ini pun kongsi berlima tau,saiz hidangannya besar berbaloi dengan harga,puas hati.Oh ya,nasi putih pun ada kalau korang nak order asing.

STIR FRY KANGKUNG WITH BELACAN RM 16.90

Sayur yang di goreng tak terlebh masak,ranggup,memang nampak batang kat atas hidangan sebab yang berdaunnya kat bawah heheheh,Cik Sue suka sebab rangup je,dan rasa perencahnya tak terlalu masin.

SEAFOOD TOMYAM SOUP RM23.90
Rasa tomyam yang sangat nostalgia,pehhh drama la Cik Sue ni hehehhe,korang wajib cuba memang tak menyesal,asli rasa tomyam dengan seafood yang segar terasa manis lagi isinya,ni pun saiz hidangan yang cukup tuk 3-4 orang,yup nanti nak repeat makan ni lagi ajak Mr D pula hehhehe.

FRIED SALT EGG SQUID RM28.90
Huwaaaa tetiba teringan lak sotong telur masin ni,berkrim sangat sos dia cukup rasa dengan sotong yang segar huhuuu,Mr D jommmmm.....

DEEP FRIED SOFT SHELL CRAB WITH BUTTER SAUCE RM45.90
Jujurnya Cik Sue tak penah makan ketam kulit lembut ni heheh,masa menu ni sampai ingatkan udang,sekali dah makan masuk mulut lembutnya boleh kunyah semua,baru la kekawan bagitau tu ketam kulit lembut,ohhhh sangat la kampungnya saya hehehhehe,sosnya sedappppp,siap Cik Sue hirup ngan sudu je.

SIAKAP TIGA RASA RM54.90

Terkojut acik tau ikan ni sampai,besor ya ampunnnnnn....teruja kita tengok,kami makan 5 orang seblah ikan un tak abis,7-8 orang pun cukup ni,sos tiga rasa dia memang tip top la dan yang peling best ikan ni tak de bau hanyir,segar sangat.
AUSTRALIAN RIBAYE STEAK RM45.90
Menu ni plak dah last-last hampir kenyang dah,tapi tetap nak rasa,daging steak dia fuhhhh berjus sangat ,sempurna masaknya,cuma sos dia agak cair Cik Sue suka sos gravy yang pekat-pekat sikit.

PISANG CHEESE COMBO RM16.90
Wohoooooo ini la bintang terkenal hari ini cewahhhh gituuuu,memang maveles,tak tau nak describe korang datang dan cuba,sedap ya ampunnnn...hehehehe


Terima kasih banyak Nine Chefs untuk hidangan yang membuncitkan dan menambah lemak kami,konpem akan reeat lagi bawa kawan-kawan lain pulak,sungguh korag takkan menyesal okeh,Datang la cuba kebetulan sekarang ada promosi makan tengahari dan minum petang,korang boleh cuba dengan harga bebrbaloi sambil lepak dengan kawan-kawan.




Facebook www.facebook.com/ninechefs/

Instagram www.instagram.com/ninechefs 

Nine Chefs Restaurant
GE11,Ground Floor,IOI City Mall (The Symphony Walk)
03-89598026
ninechefsioi@gmail.com
www.ninechefs.com.my

bisik-bisik:
Alaaaaa teringat tomyam dia,Mr Dddddd jom la huhuuuuu.


Resepi Sagumpal Inti Kacang Hijau

$
0
0


Sejak akhir-akhir ni,selera asyik nak makan desert atau makanan manis pulak.Nak beli kang terover manis sangkut lagi bila checkup,jadi mari la kita bereksperimen sendiri resepi yang ada,hehehhe.
Mula-mula nak buat sagu gula melaka tapi dah biasa makan,teringat dulu kecik-kecik bulan puasa ma selalu buat yang bulat-bulat ada inti kacang hijau namanya sagumpal.Payah dah nak jumpa sekarang sebab buatnya renyah sikit.tapi sedap.

Jom Cik Sue kongsikan resepi dan cara nak buat ye,kot korang rajin boleh la cuba buat.Ni pun Cik Sue google dan tanya-tanya ma macam mana nak buat.Cik Sue sesuaikan dengan selera sendiri je ni.

Resepi Kuih Sagumpal Inti Kacang Hijau

Bahan Sagu :
250 gm sagu kecil-cuci dan toskan (nak pakai yang putih boleh yang warna pun ok)
1 cawan air panas

Bahan Inti Kacang Hijau
250 gm kacang hijau
100gm gula melaka di hiris halus
50 gm gula pasir
600 ml air
1 sudu besar tepung gandum

Bahan Kuah 
800ml santan
150gm gula pasir-boleh kurangkan kalau tak suka manis
2 helai daiun pandan simpulkan
1 ulas bawang merah mayang halus
1 sudu kecil halba
1cm halia hiris 
secubit garam

Cara memasak :
Inti Kacang :
-rendam kacang 2 jam,masakkan bersama air hingga kembang,biar sampai airnya kering tapi jangan hangus pulak tau.
-Masukkan gula melaka dan gula pasir,kacau rata,rasa ikut kesesuaian tekak anda ye,kalau kurang manis tambah la gula.
-Taburkan tepung gandum untuk pekatkan,masak hingga kering,biarkan sejuk dan bulat-bulatkan ,biarkan di tepi.

Sementara tu cuci sagu dan toskan 1/2 jam

-Masak kuah dahulu,masak santan dengan gula pasir bawang merah ,halia,halba dan daun pandan.
-Perasakan dengan garam,biarkan mendidih dengan api perahan.

Bebola Sagu
-Ambil sagu yang di tos tadi masukkan air panas sikit-sikit sampai boleh kepal dan di bulat-buatkan.
-Sambil tu panaskan air kosong daam periuk untuk merebus.
-Ambil sagu sebesar bola pingpong atau ikut saiz yang korang suka,leperkan dan letak inti kacag kat tengah,bulat-bulatkan sampai lindung intinya,jangan terkeluar inti tau nanti pecah lak dalam kuah,tak cantik nanti hehehhe.
-Nak senang pakai sarung tangan plastik masa kepal-kepalkan sagu tu,baru tak melekat kat tangan.
-Dah mendidih air dalam periuk tadi masukkan bebola sagu tu,biarkan masak seketika (nampak jernih .tak nampak dah putih-putih biji sagu tu) angkat dengan senduk lubang-lubang masukkan terus dalam kuah.ulang sampai habis sagu tadi.

-Biarkan bebola dan kuah mendidih sekejap,boleh tutup api dapur,sejukkan ,masukkan dalam peti ais pun sedap,panas-panas ni kan.


Agak renyah cara memasaknya tapi puas hati la makan,sedap je bagi Cik Sue la.Dan Cik Sue tak buat manis sangat,sedang-sedang je.Mr D pun first time makan ,sedap katanya (dia tu semua benda sedap hahahahhah)

Selamat mencuba.



Pengalaman Trimester Pertama : Anugerah Terindah

$
0
0

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Hanya itu yang bermain di minda dan mulut Cik Sue saat pertama tahu berita gembira ni,Syukur tak terhingga pada yang Esa atas rezeki yang satu ini.Cik Sue dan Mr D tak merancang apa-apa pun dan dua-dua belah keluarga pun tak berbunyi apa-apa lagi sebab rasanya masih di awal fasa perkahwinan.

Bulan April dapat tahu,belum ulang tahun pertama perkahwinan pun,kami sendiri pun terkejut dan tak sangka,sebab meamng tak terfikir.Masing-masing sibuk dengan kerja la,kenduri la.Kebetulan Cik Sue pun tengah serabut dengan masalah kerja akhir Mac tu yang membawa kepada perletakan jawatan Cik Sue awal April.Elok berhenti kesihatan memang teruk sampai tahap kena drip kat wad,dengan kencing kotornya,dengan sakit tulang belakangnya,memang sangat-sangat tak sihat.Yang best masa tu tak terfikir pun nak buat "pregnancy test" sendiri atau kat klinik sebab dok tumpu sakit tulang belakang kesan-kesan eksiden motor la,jatuh la.

Siap sempat lagi pergi mengurut dengan mak cik kat Banting tapi bukan urut perut la,suruh gak dia rasa-rasa sebab dia bidan,katanya tak de lak rasa nadi,cuma dia sarankan suruh pergi check kebetulan period pun dah lambat seminggu.Cik Sue bab period memang peka sebab dari bujang lagi memang kira dan catatkan dan selalunya beza 1 atau 2 hari  je.Dah lewat time ni hanya terfikir stress masalah kerja.Balik mengurut Cik Sue terus demam,sampai tak boleh nak angkat kepala di buatnya.Akhirnya atas saranan kawan-kawan sempat pi cari pregnancy test kit dan Alhamdulillahhhhhh positive.Kelakarnya buat test,pastu tinggal kat tepi sink lepas sejam baru teringat nak tengok hahahhaha......dapat bacaan terus call Mr D kat opis,then dua-dua terdiam,Cik Sue dah biat drama dah berlinang air mata hahahha drama queen sangat,ntah la tiba-tiba rasa sayu dan rasa besarnya kuasa Allah hinggakan ada nyawa dalam perut,ohhhhh saya bakal jadi ibu (Insya Allahhhhh) sesuatu yang di impikan semua wanita atas dunia ni pastimya.Gelaran yang sangat bermakna.

Sebelum ni selalu berdoa dengan Mr D semoga Allah berikan kami rezeki zuriat di saat kami bersedia,Insya Allah masanya dah tiba,Allah tahu masa yang tepat walau kita rasa belum,tak awal dan tak lambat,Allah lebih tahu apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.Kami terima dengan jutaan syukur.Mr D balik dan kami ke klinik tuk chekup dengan doktor,dan bacaannya tetap positive,Syukurrrrrr.




Trimester pertama Cik Sue lalui memang menduga kesabaran.Mungkin menurun dari ma yang memang teruk morning sickness setiap kali hamil.Sampai Mr D dah tak tahu nak buat apa,terima kasih sayang kerana sangat sabar.Waktu tu tak de lagi mengidam apa sebab lembik selembiknya huhuuu.Hanya terbaring di katil,makanan masuk pasti keluar balik,badan kejang tak yah cerita la,setiap malam nangis,huhuuuu.Alhamdulillah masuk 4 bulan kandungan morning sickness pun kurang,kalau ikut ma sampai 6 bulan pun lembik lagi.Memang bersyukur sangat sebab kesian Mr D tak terurus nak uruskan bini dia,dengan rumah tunggang langgang makan pakai memang ke laut huhuuu.

12 minggu kandungan baru kami buat buku merah,jenuh kena bebel ngan doktor klinik kesihatan hehehe dengan Mr  D kena marah kenapa tak datang awal.Mana la kitaorang tau sebab tanya-tanya orang 12 weeks baru pegi buat,tak pe la nama pun first time kan.Berakhir fasa morning sickness,Cik Sue dah beransur sihat dan berselera makan,masa ni tak ramai lagi yang tahu sebab kata Mr D jangan galak atau gembira sangat,ujian Allah kekadang pelbagai cara,kang suka-suka jadi duka pulak,yang penting jaga kesihatan dulu.

Habis trimester pertama tak de la pulak nak mengidam apa-apa yang pelik atau susah-susah ,sekadar terasa nak makan benda biasa-biasa makan je la,macam tom yam,domino pizza,masakan ma itu  je la.
Terima kasih semua kawan-kawan yang mendoakan dan banyak memberi nasihat,Cik Sue memang tak tahu apa la,sampai naik jemu ma menjawab sikit-sikit call tanya macam-macam hehehhe.

Doakan Cik Sue dan baby sihat-sihat dan di permudahkan urusan bersalin nanti ye,berdebar juga sebenarnya,sebab sekarang dah 27 weeks saat entry ni di tulis.Baby pun dah rasa gerak.Ok lah doakan yang baik-baik ye,Insya Allah semoga kita semua murah rezeki yang mana bukan zuriat sahaja rezeki dalam hidup ni tau,banyak lagi nikmat Allah yang patut kita syukuri.

Okeylah nanti Cik Sue sambung cerita trimester kedua pulak ye.









Rakaman Takbir Raya Aidiladha 2016 di IDCC

$
0
0
Hari Raya Aidil Adha dalam seminggu dua lagi akan menjelang,orang pantai timur selalunya memang meriah kalau raja haji ni,walau cuti sekejap je sanggup mohon cuti nak balik kampung.Cik Sue pulak beraya kat sini je,Mr D kena kerja sebab raya puasa hari tu dah cuti panjang.

Sabtu lepas Cik Sue di jemput menyaksikan rakaman takbir raya untuk siaran TV Hijrah pada hari raya haji nanti yag di jalankan oleh Noraniza Idris Ventures Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Belia Kota Gagasan dan IDCC Shah Alam.Rakaman di jalankan seawal 9 pagi dengan pendaftaran hampir 60 artis rock lama dan popular masa kini.First time tengok artis otai lama-lama ramai gini berhimpun ada yang Cik Sue tak kenal pun hhehehe,tapi diorang baik je merendah diri siap tegur-tegur berborak lagi.

Antara yang hadir adalah Aris Ariwatan,Mel Wings,Rozz Bloodshed,Afee Utopia,Amenk Ababil,Ezam EYE,Nash,Saleem dan ramai lagi artis rock lama.Dan artis masa kini yang hadir adalah Waris,Aweera,Fee Haiqal,Firman,Fadzlee Sufi dan ramai lagi.Walaupun sibuk dengan jadual masing-masing mereka sudi menghadirkan diri untuk rakaman takbir raya ini sebagai tanggungjawab sosial mereka kepada program Islamic.Syabas untuk mereka.



Bukan senang rupanya nak buat rakaman tv ni walaupun tayangan hanya 5-10 minit tapi berjam juga proses rakamannya,dengan teknikal lagi nak kena setting,alatan dan artis sendiri nak kena tepat dengan bunyi dan kamera,fuhhhhh kalau kurang sabar memang susah,respek Cik Sue dengan krew mereka,ye la 60 artis di kumpulkan bukan sikit-sikit nak urus.




Program rakaman ini di terbitkan oleh Noraniza Idris di bawah syarikat beliau Noraniza Idris Ventures Sdn Bhd yang mana beliau mengharapkan ini adalah usaha murni sebagai nilai murni dan dakwah beliau dalam beralih ke arah program Islamik secara perlahan-lahan.Dan beliau juga akan terus bergerak dalam bidang seni belakang tabir sahaja kelak.Kak Ani juga sangat bersyukur kerana program ini mendapat kerjasama dari semua pihak.Beliau juga sekarang sibuk membuat persedian Siri Jelajah Malaysia untuk tahun keempat bermula September ini untuk membimbing artis pelapis dalam memartabatkan seni dan budaya sesuai dengan gelaran Ratu Irama Malaysia untuk Kak Ani kan.


Cik Sue memang dari dulu minat Kak Ani ni dari zaman dia menyanyi lagu balada lagi,bertambah suka bila dia bawa lagu-lagu Irama Malaysia memang kena sangat.Ingat lagi dulu-dulu kalau Juara Lagu kat TV3 tu sanggup tunggu nak tengok persembahan dia je.Kali ni jumpa berdepan suka tengok cara dia bercakap,lembut sangat,tak sombong,sopan dan ramah menegur walau siapa pun.Cik Sue doakan semoga hajat Kak Ani nak menunaikan rukun Islam kelima tercapai nanti,Aminnnn.


IDCC Shah Alam Pusat Konvensyen serba lengkap.

Kali pertama sebenarnya Cik Sue masuk ke sini,selalu nampak dari tepi jalan je.Terletak di Seksyen 15,Shah Alam,di belakang Dataran Automobil.Ia adalah bangunan 7 tingkat yang mempunyai macam-macam kemudahan kat dalamnya.IDCC ni dah masuk "Malaysian Book Of Records" tahun 2015 tau sebagai Pusat Konvensyen  terbesar di Malaysia.

Dewannya mampu menampung 8 ribu ke 10 ribu orang dalam satu masa untuk jamuan buffet atau susunan kerusi khas bagi persembahan atau seminar.Memamng sangat sesuai tuk yang melangsungkan majlis perkahwinan,seminar jamuan korporat dan aktiviti persatuan atau pameran.Dewan besarnya boleh di bahagikan kepada ruangan kecil mengikut keperluan.Satu ciri yang Cik Sue sangat suka,kemudahan tempat letak kereta sebanyak 6 tingkat memang memudahkan pengunjung,sangat mencukup untk kegunaan semua.

Jika ada yang berminat bolehlah hubungi :

www.idcc.com.my
Email enquiry@idcc.com.my
Tel 03-50313333

bisik-bisik:
Tak sabar nak tengok hasil rakaman ni kat tv nanti hehehhe.

Sebuah Kenangan Abadi :Resepi Masak Lemak Pucuk Miding

$
0
0


Masaknya minggu lepas lagi tapi baru nak update resepi kat blog,terlupa lak hehhehe..untuk rujukan sendiri juga sebenarnya.Masa pergi Pasar Tani Putrajaya cari lauk-pauk ternampak la sayur-sayur kampung ,ada pucuk miding ni,ada cendawan kukur,ada pucuk labu dan macam-macam lagilah Cik Sue ni kalau sayur kampung memang gemar sangat la.

ni la pucuk miding-sumber google
Kalau belah pantai timur pucuk miding macam dalam gambar kat atas tapi rasanya kalau belah Borneo sana kawan-kawan kata pucuk paku yang merah tu ,Cik Sue pun tak sure sangat.Tapi bagi kami yang gambar kat atas ni la pucuk miding.

Terngat zaman kecil-kecil dulu masa duduk dengan arwah mek (nenek),balik menoreh getah,bila tak de sayur kami ke tepi sungai cari pucuk paku yang tumbuh subur tepi Sungai Pahang,selalunya ada juga pucuk miding ni.Arwah mek selalu masak lemak pucuk miding campur dengan ubi keledek tuk makan tengahari,lawankan pulak dengan sambal tempoyak ikan bilis dan ikan selar goreng,fuhhhh itu pun dah cukup buat Cik Sue makan menambah-nambah.Lepas makan,solat dan rehat.Petangnya pulak ke kebun sayur tolong arwah mek,balutkan putik petola,mentimun,peria yang baru mula berputik.Selalunya hasil kebun ni kami jual kat Pekan Sari kat Pekan Lipis setiap Sabtu,Cik Sue la tukang jual hehehhe,siap susun cantik-cantik atas kanvas,seronok sangat.Alfatihah tuk arwah mek,kenangan itu tetap tersemat mengajar erti susah payah mencari rezeki halal.

Jom tengok resepinya :

Bahan :

Secekak pucuk miding
250 ml santan pekat
sedikit carrot potong bulat atau keledek
sedikit bunga kobis
isi ikan kembung yang di bakar
3 biji bawang merah kecil
1/2 sudu lada hitam
2 sudu kelapa parut
garam dan gula

Cara :
1. Tumbuk bawang merah dengan lada hitam,agak lumat dan tumbuk sekali isi ikan serta kelapa parut.
2. Masukkan dalam santan di dalam periuk,biar mendidih dan masukkan sayur lain,kalau menggunakan keledek,masukkan keledek dulu biar empuk baru masukkan sayur lain supaya tak hancur atau terlebih embik sayur lain ye.
3. Setiasa kacau kuah jangan sampai santan berketul,kalau nak kuah sedikit cair boleh tambah air sedikit,masukkan semua sayur dan perasakan dengan garam dan gula.
4.Siap hehehhe..

bisik-bisik: Mudah je sebenarnya,Cik Sue pun kekadang belajar masak try and error je atau melalui pemerhatian hehhe.

Koleksi terbaru Carlo Rino Sempena Ulangtahun ke 30

$
0
0
Ada peminat handbag kat sini? Meh jamu mata dengan koleksi terbaru Carlo Rino sempena ulangtahun ke 30 mereka.Jumaat lepas Cik Sue sempat menghadiri perlancaran koleksi terbaru dari Carlo Rino hasil rekaan pereka terkenal Hideyuki Hayashi dari Jepun.Beliau membawakan tema "fresh and young" untuk rekaan kali ini.

Memang teruja nak tengok koleksi terbaru ni,nampak lebih trendy tuk tahun 2016.Warna yang menarik dan rekaannya pun sesuai untuk semua peringkat umur.Majlis perlancaran ni memang meriah sebab perekanya sendiri hadir dan memberi penerangan berkenaan rekaan beliau.Jom tengok beg-beg cantik itu.












Sempena ulangtahun ke 30 juga Carlo Rino memberi penghargaan kepada pelanggan iaitu menjadi ahli dengan sebarang pembelian di butik mereka.Semakin banyak yang di belanjakan lebih banyak penjimatan yang akan di perolehi.Selain itu jika berbelanja sewaktu ulangtahun tarikh lahir korangakan dapat RM100 diskaun voucher,bestkannnnn?....Jom la usha-usha design baru memang menarik,cantik-cantik oiiiii...geram Cik Sue,huhuuu.

Masa majlis tu sempat la Cik Sue saksikan model-model peragakan rekaan-rekaan baru ni ,jom kita tengok:














Fuhhhh....rambang mata kan,kalau nak tengok secara dekat korang boleh ke butik-butik Carlo Rino yang terdekat okeh.Koleksi terbaru ni dah ada kat butik-butik mereka.

pereka untuk koleksi terbaru 2016 Hideyuki Hayashi di temuramah oleh pengacara majlis.

Cik Sue sebenarnya memang suka beg tangan dan kasut dari Carlo Rino ni,memang selesa dan trendy,lagipun diorang selalu banyak koleksi terbaru,bukan yang lama je,dannnnn selalu ada sale hehehheeh haruslah kan tunggu sale,bukanlah mampu sangat nak beli masa harga tengah mahal tu.Tapi berbaloi dari segi kualitinya,lagipun Carlo Rino ni produk buatan Malaysia,bangga jap.


Kalau korang nak tengok online jom klik link kat bawah ni ye,nak cuci-cuci mata dulu ke..heeehehee...abang-abang tu kalau nak belikan hadiah tuk akak-akak pun ok dah ni hehheh.

FB : https://www.facebook.com/carlorino.net/

IG: https://www.instagram.com/carlorino/

Twitter : www.twitter.com/carloriono_my

Online Shopping : https://shop.carlorino.net/



Viewing all 683 articles
Browse latest View live