Quantcast
Channel: Catatan Sue Izza
Viewing all 683 articles
Browse latest View live

Resepi Tom Yam Seafood Bersantan : Kali Pertama cuba buat.

$
0
0

Masakan semalam,first time cuba masak tom yam letak santan ni.Mulanya nak letak susu,tapi risau lak Cik Sue yang tak leh telan,ada dendam skit ngan susu ni hahahhaha tak de lah,Cik Sue memang payah nak minum susu,sekarang je ok sikit tu pun kena campur perisa lain hehehhe.

Resepi ni ingat-ingat lupa ,zaman-zaman dok dengan mak cik kat Tanah Merah dulu,banyak belajar ngan dia.Pastu abah ada ajar tom yam guna air kelapa,so Cik Sue ejas-ejas je la sendiri.Kali ni buat Tom Yam seafood,bahannya ni Cik Sue nak habiskan apa yang ada dalam peti ais je,jadi kalau korang nak tambah apa-apa lagi terpulang la ye,tambah ketam ke,cendawan ke kan.Jom tengok resepi ala Cik Sue ye.

Bahan :
100 gm isi ikan -Cik Sue pakai isi ikan merah ,nak habiskan heheh,ikan siakap ke kerapu ke ok gak.
100 gm -udang-kopek kulitnya
100 gm -sotong potong bulat
sedikit lobak merah
sebiji tomato belah 4
2 biji cili merah belah dua
4 biji cili api -di ketuk
2 batang serai -di ketuk
200 ml --santan cair
3 sudu jus limau
3 sudu sos ikan thai
3 helai daun limau purut
sedikit daun ketumbar potong 1 inci
1 inci lengkuas hiris
2 ulas bawang putih hiris
1 biji bawang besar mayangkan
4 sudu pes tomyam
garam dan gula secukup rasa

Cara :
1. Tumiskan bawang besar,bawang putih,lengkuas dan pes tomyam,biar naik bau,masukkan isi ikan,udang sotong dan gaulkan biar rata.Masukkan serai dan daun limau purut.
2. Masukkan air ikut banyak mana kuah yang korang nak,masukkan lobak merah,cili api, tomato dan cili merah.Biarkan mendidih sekejap.
3. Masukkan santan,jus limau,sos ikan.Perasakan dengan garam dan gula.Biar mendidih,akhir sekali masukkan daun ketumbar,bolehlah di hidangkan.

Mudahkan,rasa dia kurang masam sikit tapi ada lemak manis,Mr D kata sedap,ye la dia tak suka kuah air kalau bersantan laju je,siap hirup kuah lagi.

bisik-bisik:
Semenjak-menjak preggy ni Cik Sue rajin betul ke dapur,asal teringin je nak makan apa-apa ,laju je cari bahan nak try buat sendiri,dari kuih-muih sampai la lauk -pauk hehhehe...kekadang gigih cari bahan.Pembawakan baby kot hehhehe.



EZBUY.MY : Cara mudah shopping online

$
0
0
Hai korang,Sapa suka shopping online ngaku cepat,angkat tangannnnn hehehe...sama la kita ,semenjak-menjak perut makin besar ni Cik Sue dah malas nak ukur mall cari barang,lebih selesa dok depan laptop dan shopping,klik sana klik sini,tunggu je barang sampai kat rumah,mudahkan? Jimat minyak dan tol hehhehe.

Meh-meh nak kenalkan satu lagi laman web best dengan barang murah-murah tuk shopping kali ni.Jom terjah www.ezbuy.my .Teruja Cik Sue masuk sini,macam-macam hado tau,dari pakaian,,barang rumah,,barang-barang baby (i likeeeee) beg hinggalah barang-barang pejabat dan alat tulis.Meriahhhhh,dah la sale banyak,korang wajib terjah.



Di sebabkan best,Cik Sue pun register la,untuk pengetahuan korang kalau register melalui link ni http://bit.ly/2bOn1Ua lepas tu akan keluar macam gambar kat bawah ni,boleh dapat RM15 Voucher tau,so register melalui link ni ye,kang tak dapat pulak.Pastu Cik Sue nak bagi korang 15% off shipping fee dengan menggunakan kod ni ezfriend15 amacam? berbaloi kan,cepat la register.


Dah register ke belum? ok dah? ok jom Cik Sue ajar korang macam mana nak shopping kat ezbuy ni eh.Mudah je.

Cara pembelian :

1. Login ke www.ezbuy.my
 Pastu pilih la barang yang korang dah berkenan,ada macam-macam tu,dan masukkan dulu dalam shopping cart ye.Mesti berjam kan nak pilih heheeh sama la kita,baju murah-murah weiii ngeeee.


2. Ok dah habis pilih,klik kat shopping cart tu akan keluar paparan macam kat bawah ni.Korang perasan tak "shopping fee" tu,ha kat situ korang boleh pilih penghantaran macam mana,siap ada jangkaan tarikh lagi,dan kosnya berbeza tau,korang boleh pilih la.Pastu bawah dia ada tulisan "use credit and coupon code" ha masukkan kod voucher atau kupon kat situ ye.dia akan cut terus.
3. Dah masukkan kod? korang akan nampak jumlah baru,pastu tekan check out tu ye.
4. Korang kena masukkan alamat tuk penghantaran macam kat bawah ni tau,pastikan alamat tu lengkap ye.Isi macam biasa ,pastu tekan "Next" ok.


5. Ok bila dah keluar paparan macam di bawah ni bolehlah korang buat bayaran macam biasa tekan je pay now tu dan ikut arahan ye.Mudah je.


Puas hati ,diskaun kat ezbuy ni sampai 70% tau,rambang mata Cik Sue nak pilih tau.Jap nak yang tu jap nak yang ni hehehh.Korang godek la,baju dress pun cantik-cantik tau.Oh ya kalau korang perasan ada banner prime dok iklan =-iklan sambil korang shopping tu kan? Ha kalau nak tau korang boleh dapat shopping banyak-banyak dengan shipping fee rm8.80 je tuk berapa banyak barang pun selama setahun kalau korang daftar PRIME ni.Cer tengok gambar kat bawah ni.atau pun korang klik kat SINI ada info berkenaan PRIME ni.

Kiranya PRIME ni membership ekslusif la tuk pelanggan Ezbuy,setahun bayar RM188 korang boleh shopping banyak mana pun bayar kos penghantaran anatabangsa sebanyak rm8.80,sebab kebanyakan barang dalam ezbuy ni dari luar negara tau,ada yang hantar melalui kapal terbang ,ada melalui laut,jadi dah jimat kos penghantaran antarabangsa bila korang shopping.

Berbaloi kan? Jangan lupa tau daftar ikut link Cik Sue bagi tu dan enjoy shoppingggggg...ehhhh bukan hasut la,Cik Sue nak kongsi je ngan korang,mana la tahu kan korang dok cari dress nak pi dinner ke,cari baju nak photoshoot ke kan ececece heheheh Cik Sue tolong la ni.

Jom Shopping dengan mudah di www.ezbuy.my

Gembirakan Anak-Anak dengan Ulangtahun ke 60 Play Doh

$
0
0
Dah habis beraya? Masih cuti sekolah? Tak tau nak bawa anak-anak ke mana cuti ni? Jom ke Centre Court ,The Curve ,Damansara.Tingkatkan kreativiti anak-anak korang dengan bermain Play Doh sempena sambutan Ulangtahun ke 60 Play Doh.



Sempena Ulangtahun ke 60 Play Doh,mereka menyediakan kiosk dan jualan produk di Centre Court,The Curve,Damansara dari 6-18 September 2016.Macam-mcam aktiviti menarik sesuai untuk anak-anak merangsang kreativiti mereka.Masa majlis perasmian hari tu.Memang banyak jualan murah produk Play Doh dan aktiviti yang diadakan.



Seronok budak-budak sekarang,boleh bermain sambil belajar,zaman Cik Sue kecil-kecil dulu tak merasa  mainan macam ni heheheh.Sekarang dah tua pun teruja tengok mainan.Rupanya Play Doh dah 60 tahun wujud dan menceriakan kanak-kanak seluruh dunia.Malah bahan Play Doh di jamin selamat untuk kanak-kanak.


Banyak kebaikan rupanya main Play Doh ni,dapat membantu meningkatkan pembangunan kemahiran motor otak kanak-kanak ,kemahiran komunikasi dan kreativiti mereka.Bila bermain dengan Play Doh mereka boleh membuka ruang imaginasi dalam minda mereka.Baguskan? Memang terbukti bila Cik Sue tengok kanak-kanak yang dok bermain kat situ reka macam-macam bentuk dari doh tanah liat tersebut,yng mana Cik Sue pun tak mampu buat sebaik dan secantik itu.


Majlis perasmian di rasmikan oleh Kelly Yip ,Brand Manager Hasbro Toy (Malaysia) dan beliau berkongsi kenangan masa kecil beliau dengan Play Doh dan produk-prodk baru Play Doh.Sempena Ulangtahun Play Doh juga beliau dan Vip yang di jemput telah membuat plat kesan tapak tangan serta ucapan untuk di pamerkan di kiosk pameran.




Majlis perasmian juga di serikan dengan kehadiran maskot Play Doh iaitu Doh-Doh dan menjadi tarikan kanak-kanak yang datang selain mempromosikan Ulangtahun Play Doh ke 60.Sempat la hari tu Cik Sue pusing-pusing tengok aktviti kat situ,antara kiosk yang ada seperti Great Bake Off,Zooventure,Go Bananas (with fruits) dan Lets Go Doh Town.Aktiviti semua memang menarik kalau bawa anak-anak memang khusyuk la diorang layan aktiviti kat sini.Nak beli produk Play Doh pun boleh ,ada banyakkkkkk jenis dan permainan yang ada,acuan-acuan menarik tuk bermain dohnya.













Amacam,seronokkan aktiviti kat sini,jom datang sini kalau tak de kemana-mana cuti sekolah ni kan.Ada masa lagi sampai esok ni,bawa anak-anak main kat sini,mesti teruja diorang.Cik Sue pun teruja jugak tengok acuan diorang main tu,ada tema princess,masak-memasak,pekerjaan dan macam-macam lagi la.Nasib baik la tak de anak lagi kalau tak Cik Sue la yang memborong heheheh kalah anak nanti.Kalau korang nak maklumat lanjut boleh ke http://playdoh.hasbro.com

Cara Menyediakan Daging Pekasam : Projek Daging Korban

$
0
0
Balik dari kampung raya haji aka raya korban ni banyak pulak stok daging dalam peti ais.Surau kawasan rumah ni lagi bagi,ma abah kat Lipis pun bekalkan jugak daging,mak kat Kuang pun bagi jugak.Haaaaa banyak jugak la,dekat 3 kilo lebih campur tulang,hati,paru sekali.

Memandangkan Cik Sue dan Mr D tak de la gemar nak masak daging setiap hari,kena pulak nak checkup mengandung ni nak kena kawal pemakanan,teringat pulak dulu pernah makan daging pekasam,tiba-tba rasa nak buat sendiri.Jadi dok tanya la dalam grup Whatapps sekolah,siap diorang tolong carikan resepi kat FB lagi heheheh tq la kawan-kawan.

Berdasarkan apa yang diorang tag Cik Sue ada 2 versi cara buat pekasam daging ni,satu guna limau dan garam je,satu lagi masukkan beras sangai yang di mesin.So jom tengok resepi dan caranya ye :

Daging Pekasam Asam Limau :




Bahan :
1. Daging di hiris nipis
2. Limau kasturi amik jus,buang biji,hiris sedikit kulitnya.
3. Garam,Cik Sue guna garam kasar.

Cara :
1. Gaulkan daging dengan jus limau kasturi dengan garam kasar.
2. Susun selapis-selapis dalam bekas sambil tu taburkan hirisan kulit limau tadi.
3. Tutup kemas bekas dan simpan dalam peti ais ,tak perlu bekukan.

limau kasturi

garam kasar

Daging Pekasam Beras Sangai :



Bahan :
1. Daging di hiris nipis,kepingan lebar.
2. Asam keping
3. Garam halus
4. Beras -di goreng tanpa minyak hingga kekuningan,kemudian blend halus.

asam keping

beras -di goreng hingga kekuningan
Cara :
1. Gaulkan daging dengan garam dan beras yang di mesin tadi.
2. Susunkan berlapis dalam bekas ,selang-selikan dengan 2 3 keping asam keping.
3. Tutup kemas bekas dan simpan dan peti ais tak perlu di bekukan.


Senangkan? tak sabar nak tengok hasilnya dua jenis pekasam ni.Nak tengok mana satu yang sedap dan kena selera dengan  tekak Cik Sue ni.Goreng garing-garing dengan bawang,cili makan ngan nasi panas ni ,alahaiiiiii sedapnya,eh tertiba terliur pulak malam-malam ni.hehehehee...

ShellOut Murah dan Sedap di Shah Alam : My Story Cafe Kota Kemuning

$
0
0
Set Jari Comot ShellOut
Hallo halloooo,selamat tengahari,nak lunch kat mana tuuu? mana peminat seafood ni? Sila angkat tangan cepatttt....Cik Sue nak cadangkan tempat makan shellout yang sedap tahap menjilat jari dan murah.Jom-jom!...

Minggu lepas Cik Sue sempat terjah restoran yang menghidangkan shellout ni kat Kota Kemuning iaitu My Story Cafe.Sampai-sampai je cantik je nampak kedainya,agak menarik dari luar.Parking pun mudah dapat walau hari Sabtu.Masuk je kedai,memang kemas dan menarik susun aturnya,macam makan di meja makan di rumah je.

Kawasan untuk kanak-kanak bermain juga di sediakan,senangla untuk ibu bapa melayan selera sementara tengok-tengok anak bermain.Bilik air dan tandas yang bersih juga di sediakan.Ruang makan yang bersih dan kemas sangat selesa untuk pengunjung.





Mata Cik Sue tertarik dengan botol oreng tersusun rapi,oren legend masa kecik-kecik dulu.Oren,soda dan sarsi botol yang selalu kecik-kecik dulu beli masa balik kampung di Kelantan,memang mengimbau nostalgia,korang boleh nikmati di sini.Terdapat juga bahagian untuk pencuci mulut kek,puding,durian crepe dan minuman ringan.



Set JariComot ShellOut di My Story Cafe,Kota Kemuning.

Set Jari Comot ShellOut
Okeh,jom tengok makanan pulak.Sampai je memang waktu lunch,perut pun dah berkeroncong.Di hidangkan set Jari Comot ShellOut kat restoran ni,wallahhhh memang bagai mengantuk di sorong bantal la.hehehhee.

Set ni di hidangkan dengan seafood dan nasi putih sekali dengan jagung rebus,ni kali ke 2 Cik Sue makan shellout memang sedap sangat la di tekak Cik Sue shellout kat sini sebab masakannya lebih bersifat melayu,ada kari ada masak bercili.Alahaiiii terasa-rasa pulak di tekak.Set yang kitaorg makan ni untuk 4 orang,ni pun puas makan.Ada ketam,ada sotong,udang,scallop atau kerang,ada lala my feveret,ada sayur jugak,jadi seimbangkan? Masakannya Cik Sue bagi 5 bintang,memang sedap,suka ketam bercilinya dengan sotong kari,eh semua la sedap,korang memang kena try.Tak menyesal punya,udang butter pun sedap ratah saja.Gosok perut Cik Sue di buatnya joget-joget baby dalam perut ni hehehhe.

Butter Prawn
Sotong Kari
Sayur Goreng
Lala Berlada
Ketam Bercili
Scallop Blackpepper
nasi putih dan jagung
Nak tahu harganya? memang berbaloi,siap pakej lagi di sediakan,boleh pilihla nak makan ramai-ramai bawa kawan atau berdua dengan pasangan je ke.

pakej jari comot shellout

Selain dari shellout,ada juga menu lain di restoran ni,ada makanan western macam lamb chop dan chicken chop serta chicken boxing.Makanan lain seperti laksa johor,pencuci mulut seperti brownies,durian crepe,kek  dan sangkaya pun ada.Korang boleh pilih je nak makan apa,semua pun sedap.Yang tak sempat Cik Sue cuba pun banyak lagi,meatball,kari kepala ikan pun ada,makanan kudapan petang pun ada seperti popia,onion ring dan pasta.

Oh ya ,kalau korang datang lepas pukul 5 petang boleh la rasa Nasi Lemak RM1 ,murahkan.Harga makanan kat sini Cik Sue tengok memang berbaloi,tak terlalu mahal tik makan seiisi keluarga.

Chicken Chop
Lamb Chop
Chicken Boxing
Durian Crepe
Brownies
Laksa Johor
Sangkaya

Korang harus try tau,memang berbaloi murah dan sedap.Makan pun puas hati,harus ni next time nak ajak Mr D datang sini cuba makan,dah laluan nak balik Kuang ni heheheh.

#ciksuesukamakan
Kalau nak dapatkan maklumat korang boleh klik link kat bawah ye :


Facebook : https://www.facebook.com/mystorycafekk/
Instagram : https://www.instagram.com/mystorycafekk


Alamat :
My Story Cafe Sdn Bhd (1068514M)
No 8 Jalan Anggerik Vanilla Y31/Y
Kota Kemuning 40460 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan


Waktu Operasi :
Isnin hingga Ahad
2.00pm to 11.00pm

Untuk tempahan / pertanyaan :

Telefon : 603 5131 0452
Rahimah Binti Dato Abdul Rahim : 60 18 777 1468
Asrul Husni Bin Hussain : 60 18 779 1468

Memohon Doa Untuk Baby dan Mommy To Be

$
0
0
Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah sabtu lepas balik umah ma abah kat Lipis,sempat adakan majlis solat hajat memohon keselamatan dan memudahkan Cik Sue bersalin dan memohon kebaikan untuk baby nanti.Alhamdulillah juga kandungan dah lebih 28 minggu ,tak banyak masalah kesihatan cuma perlu di kawal je,jaga pemakanan.Tradisi keluarga ma abah akan adakan solat hajat dan doa selamat tak kisah la anak ke menantu ke kalau mengandung.Ye lah ini salah satu cara kita memohon dan berdoa untuk segalanya kan,Semoga dimudahkan urusan dan semua dalam perlindungan Allah nanti.



Majlis bermula selepas zohor bila orang surau sampai,tak ramai pun jemput dalam 10 orang je termasuk atuk sedara,pakcik dan jiran.Lepas solat hajat,buat abacaan yasin dan doa selamat.Kat dapur ma ngan mak long dah siapkan santapan tengahari.Menu kali ni Gulai Kuning Ikan Tongkol,Acar,Sambal Lada dan Ayam Goreng Berempah.Simple tapi sedappppp sangat.





Alhamdulillah berjalan lancar,semoga urusan bersalin nanti di permudahkan Allah.Kalau zaman mak su (mak saudara) dulu siap bidan datang buat lenggang perut,golek-golek kelapa la,urut betulkan kedudukan baby semua tapi sekarang dah tak de sebab susah nak cari bidan kampung.Lagipun dah tak de kepercayaan lenggang-lenggang perut ni,dah moden kan,lagipun lebih baik buat doa selamat je.Kang khurafat lak percaya lenggang perut semua tu tuk tentukan jantina la apa la kan.

Korang doakan Cik Sue jugak ye,berdebar dah sebenarnya ni,2 bulan lebih je lagi huuhuu.Harap-harap semuanya lancar dan mudah.

Resepi Daging Goreng Ala Thai

$
0
0

Daging lagi? haaaa nasib la musim-musim raya haji aka raya korban ni,memang menu daging je la kan hehehhe....Kali ni mak bagi daging korban lagi,Cik Sue goreng je  tapi versi kreatif sikit la.
Kali ni cuba versi Thai la pulak,masakan thai kan banyak pakai serai,daun limau purut,sos ikan,kira elemen penting la,Jom tengok resepinya :

Bahan :
300 gm daging-hiris nipis
1 cm kunyit hidup-tumbuk halus
3 ulas bawang putih-tumbuk halus
1 biji bawang besar-potong bulat
3 helai daun limau purut
1 batang serai hiris halus
2 sudu makan pes cili thai
1 sudu sos ikan
1 biji tomato belah 4
2 sudu kicap manis
garam dan gula

Cara:
1. Gaulkan daging yang di hiris dengan kunyit hidup,bawang putih dan garam.
2. Panaskan minyak dan gorengkan daging separuh garing.
3. Bila daging hampir garing masukkan kicap manis,sos ikan,pes cili thai,bawang besar dan serai.
4. Masukkan tomato dan daun limau purut,kemudian perasakan,ok dah siap.Kalau suka boleh perahkan asam limau masa nak makan.

Mudah je,boleh la cuba.masam manis masin lengkap rasanya,kalau suka juga boleh masukkan kacang gajus goreng,ada rasa rangup-rangup.

Kini Produk SimplySiti dalam penerbangan AirAsia

$
0
0
Ada peminat produk SimplySiti kat sini? Ha kalau korang nak tau,produk ni dah boleh di beli dalam penerbangan Air Asia bila korang menaiki penerbangan mereka.Dua produk ekslusif dari SimplySiti boleh di dapati dalam penrbangan Air Asia (kod AK) dan Air Asia X (kod D7) dari 1 September hingga 30 September 2016 ini.Selain dalam penerbangan ,korang juga boleh di beli kat laman web www.bigdutyfree.com ,oh ya tak de kat kedai ye edisi khas ni,siap ada tandatangan Dato CT lagi tau.ekslusif you allss.

2 produk edisi khas SimplySiti-AirAsia

Okeh,2 produk tu adalah :

1. Simply Elegant 2 Way Cake-AirAsia Edition
2. Simply Elegant Lip Gloss Duo-AirAsia Edition

Produk buatan Korea ini di jual dengan harga RM54 setaip satu,memang best pakai,Cik Sue dah try masa hari perlancaran tu,siap kena make over lagi ngan salesgirls hehehe.


Kerjasama SimplySiti dan AirAsia  memudahkan lagi peminat produk ini mendapatkannya walau dalam perjalanan,bak kata Dato Ct manalah tahu tertinggal barang mekap,sekuranya ini dapat membantu.Wanita kan biasala,mesti ada juga nak paling kurang bedak untuk penjagaan wajah.Lipstik atau Lip Gloss sebagai penyeri.Harapan Dato Ct juga agar produk SimplySiti dapat menembusi pasaran luar negara dengan kerjasama ini dan lebih mudah di dapati di sana.



Majlis perlancaran di sempurnakan oleh Datuk Kamarudin Meranun (Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad,Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Berhad) bersama Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa (Pengerusi Eksekutif SimplySiti Sdn Bhd) ,Dato' Siti Nurhaliza (Presiden SimplySiti Sdn Bhd).

majlis perlancaran
Di majlis tersebut sempat juga Dato Ct menyampaikan 2 buah lagu sebagai penghargaan kepada peminat dan media serta tetamu,memang memukau.Lama jugak dah tak tengok Dato Ct ni depan-depan masih cantik macam dulu juga hehehe.



Okeylah,kalau korang berminat nak produk khas ni tapi tak naik penerbangan AirAsia boleh bukak laman web :

www.bigdutyfree.com

Untuk diskaun 10% boleh guna kod "SIMPLY10" ketika membeli ye (dari 5 september -30 september 2016)

Jom dapatkan segera.


Rekaan terbaru Select Water2go Shell bersama Cheeming Boey

$
0
0
Korang tahu tak yang Shell sudah berusia dan bertapak di Malaysia lebih dari 100 tahun? dengan stesen minyak pertama di Klang.Tahun ini Shell meraikan Ulangtahun ke 125 mereka dengan rekaan baru pada botol air minuman Shell Water2go.Rekaan ilustrasi kartun yang di lukis oleh Cheeming Boey,pelukis terkenal Malaysia yang mencipta nama melalui komik "When I Was Kid".


Cik Sue memang dah lama mengikuti komik beliau di blognya http://iamboey.com/ ,cuma belum sempat nak beli buku komik beliau yang sudah masuk siri ke 4,akhirnya dapat juga masa perlancaran botol baru Water2go ni,yeayyyy.


Majlis perasmian di sempurnakan oleh En Shairan Huzani Husain,selaku Pengurus Besar Shell Retail Malaysia/Brunei yang turut memberi ucapan tentang pencapaian Shell terkini.


Cheeming Boey juga memberi sepatah dua kata dan berterima kasih kerana memberi peluang untuk mereka botol baru minuman Water2go Shell ini.Terdapat 6 rekaan botol yang berlainan,korang boleh dapatkan di stesen-stesen Shell terdekat.Rekaan ini menggambarkan pencapaian Shell dalam bentuk kartun karya Boey.Beliau juga bekerjasama dengan Shell untuk lukisan mural di Kelantan bertemakan wayang kulit dan di Johor bertemakan beca roda tiga.


6 rekaan botol terbaru Water2go hasil lukisan Cheeming Boey,jom kumpul buat koleksi.


Gimik perlancaran bila En Shairan Huzani Husain dan Cheeming Boey mengoyakkan pembalut botol yang lama dan memaparkan rekaan botol terbaru mereka.




 Tetamu juga di beri peluang beramah mesra dan mendapatkan tandatangan dari Boey pada buku komik beliau,Cik Sue pun tak lepaskan peluang juga la.Tapi tak de la sign keempat-empat buku tu,lenguh pulak dia kang hehehhe.


Di samping itu Shell juga bekerjasama dengan MPH Bookstore dalam peraduan ekslusif,dimana pelanggan yang membeli mana-mana buku "When I Was Kid" berpeluang mendapat "tote bag" edisi khas yang di tandatangani oleh Boey sendiri.Hanya perlu tuliskan nama penuh dan no telefon pada resit pembelian dan masukkan dalam kotak yang di sediakan bermula 1 September hingga 30 November 2016.
Untuk list Shell terpilih untuk peraduan :


Untuk maklumat lanjut Ulangtahun ke 125 Shell boleh ke :

Jom dapatkan buat koleksi,mana tau 20 30 tahun pas ni jadi barang rare kan hehehhehe.

Majlis Perlancaran Skill of Brilliance @ Rythm of Unity di Asean Skills Competition 2016.

$
0
0
Dulu zaman study kalau musim-musim karnival kemahiran ke,pertandingan kemahiran ke memang seronok,sebab semua sibuk dok buar reka cipta berdasarkan kemahiran masing-masing,kolej-kolej kemahiran adakan pertandingan,peringkat kolej dulu pastu kebangsaan lak,seronok je tengok kekadang tolong-tolong juga mana yang boleh.Siap ada anugerah tanga emas lagi hehehee.Dah lama habis study dah tak ambil tahu dah.

Selasa lepas Cik Sue sekali lagi teruja bila di jemput ke majlis pelancaran Skill of Brilliance @ Ryhthm of Unity sempena Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan (ASEAN) 2016 di Maeps,Serdang.Karnival ini berlansung dari 23-28 September 2016 ini,sarat dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan kemahiran dalam pelbagai bidang bukan semata-mata teknikal dan kejuruteraan sahaja tau.


Salah satu pengisian karnival ini adalah kemahiran seni,yag di isi oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB).Skill of Brilliance atau Skill Pembangunan Kesenian adalah untuk mengangkat seni sebagai satu kemahiran yang boleh menjana pendapatan negara,ye la tak semua orang ada bakat dan kemahiran menari,dan menjalankan acara seni kan?

Apa yang ada dalam Skill Pembangunan Kesenian ni? Selain pengisian persembahan pentas akan diadakan juga bengkel dan demonstrasi Zapin serta Silat Seni Pertahanan Diri.Pengisian bengkel dan persembahan akan di serikan oleh Artis Tari Sanggar Budaya.Peserta boleh menyertai bengkel-bengkel yang diadakan untuk menggilapkan lagi bakat serta kemahiran mereka.Ia juga membawa keunikan Malaysia ke mata dunia memandangkan karnival ini menghimpunkan 9 buah negara ASEAN termasuk Malaysia.


Majlis pelancaran selasa dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Pang Chau Leong, yang merupakan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan Asean (KEKK) 2016
Lokasi : Maeps, Serdang
Tarikh : 24 hingga 26 September 2016

Aktiviti :

24 September 2016, Sabtu : Pengunjung dapat menyaksikan slot persembahan kebudayaan multiracial Malaysia, Thailand, Filipina dan Cambodia.


25 September 2016, Ahad : Slot ini diwarnai dengan persembahan Vietnam, Brunei dan Indonesia.


26 September, Isnin : Slot diwarnai dengan Myanmar, Singapura dan Republic Of Laos selain multiracial Malaysia.


Slot persembahan kebudayaan ini akan diadakan di pentas utama seawal jam 9.00 pagi dan 2.00 petang setiap hari.

Antara artis terlibat seperti Noraniza idris,Ihab Ismail, Fee Haiqal, Liza Kool fm, Fedtri Yahya, Dalili Amerda, Fadzlee Sufri, Azmir Arif, Khai Bahar, Achey, Eka Syarif, Ayda Jebat, Pengasas Zapin Selat Panjang dan Pengasas Zapin Lenga. Selain itu, artis tari Sanggar Budaya Malaysia dan juga kumpulan Buskers akan turut mewarnai acara pentas sebagai tarikan pengunjung yang datang ke Karnival ini.







Waktu perasmian pun kami dah di sajikan dengan persembahan warna-warni kebudayaan dan seni bela diri yang akan di bengkelkan nanti,jadi teruja pulak Cik Sue nak datang 24-26 September ni,Jom korang kita ramai-ramai meriahkan,macam-macam aktiviti ada tu.



Untuk maklumat lanjut korang boleh ke link di bawah ye :


bisik-bisik:
Oh ya ,ada kiosk dan tawaran kerja kosong juga,jadi yang mana nak cari kerja tu boleh bawa resume ye.mana la tahu kan,untung badan.

6 Salah Faham Dalam Penjagaan Bayi

$
0
0
Sejak-sejak nak jadi ibu ni,kena la rajin cari ilmu,nak jaga anak kena la ada ilmu kan.Tapi kekadang keliru jugak,ada pendapat berbeza.Jadi marilah banyak-banyak membaca.Ada juga amalan-amalan orang tua yang di katakan tak elok dan amalan-amalan moden yang di katakan lebih elok,Jom kita tengok penjelasan mengenaik kekeliruan ni ye :

6 Salah Faham Dalam Penjagaan Bayi :


Bayi manusia telah mula belajar menghisap sejak usia kandungan sekitar 19-20 minggu. Lihat saja buktinya pada imej ultrasound bayi anda. Sudah tentu bukan kerana lapar kerana plasenta telah bertugas menyalurkan makanan tanpa henti,kan?. Jadi mengapa masih mahu juga menghisap?. Kerana alam mahu mengajar bayi bahawa menghisap itu menenangkan dan kedudukan bayi yang terhad dalam kandungan memudahkanpeletakan jari bayi ke dalam mulutnya.

Oleh kerana bayi dibawah usia 4 bulan belum mempunyai koordinasi otot yang diperlukan untuk menghisap jarinya sendiri,alternatif yang ada ialah payudara ibu, jari bersih ibu atau puting tiruan. Oleh kerana keinginan bayi untuk menghisap bagi merasa tenang ini boleh mengambil hingga 2-3 jam sehari, menyua payudara kadangkala meletihkan. Jadi, apa yang salahnya dengan beralih kepada puting tiruan bagi memenuhi tuntutan ini?

Seperti bedung,puting hanya digunakan untuk mententeramkan dan membantu bayi rileks untuk tidur. Tiada siapa yang menyuruh menyumbat mulut bayi 24 jam dengan puting atau hingga usia anak layak ke playschool.




Ini satu salah faham yang besar dan masih wujud hingga kini. Ya menangis itu bagus kerana ia memberi tanda bayi sedang menghantar isyarat atau berkomunikasi. Tapi apakah yang bagusnya bila isyarat itu dibiarkan tanpa respon hanya kerana salah faham bahawa ianya bagus untuk bayi. Menyakitkan bukan bila kita berbicara namun tidak diendahkan?. Bayi bukan sahaja tertekan secara psikologinya tetapi terdera secara fizikalnya kerana menangis itu suatu proses yang menggunakan kapasiti organ dan sistemnya.

Paru-paru bayi memang akan diperiksa tahap baiknya sejurus dilahirkan melalui ujian Apghar. Sengaja membiar bayi menangis tidak akan membuat paru-paru bayi lebih baik.



Bayi manusia telah biasa merasa bagai dihayun 24/7 selama 9 bulan yang panjang setiap kali ibu bergerak. Maka bayi akan terus menuntut sensasi hayunan ini setelah dilahirkan. Menari, mendodoi,menepuk-nepuk punggung, menggendong, menaiki kereta atau mengguna buaian adalah antara sumber sensasi hayunan.

Gegaran otak atau nama saintifiknya Shaken Baby Syndrome (SBS) TIDAK akan berlaku dalam mana-mana sumber sensasi hayunan yang disebut diatas. Mengapa? SBS memerlukan daya yang jauh lebih kuat dari terjatuh dari katil atau pegangan seseorang secara tak sengaja. Ia memerlukan satu motivasi untuk SBS terjadi dan ianya adalah rasa marah di luar kawalan hingga bayi digoncang secara ganas berulang kali yang menyebabkan kepalanya melantun ke depan dan kebelakang secara total lalu otaknya menghentam tempurung kepala dan berlakunya pendarahan.

Ia amat berbeza bila bentuk sensasi hayunan yang diguna itu adalah untuk tujuan mententeramkan bayi dan bukan dalam emosi marah. Namun, gunakan HANYA buaian bayi boleh laras penuh sahaja atas faktor ciri keselamatan.




Kebenarannya, ramai ibu yang menidurkan bayi secara tiarap kerana ia membantu bayi tidur lebih lena. Apa yang ramai ibu mungkin terlepas pandang ialah tidur tiarap merisikokan sindrom kematian mengejut atau SIDS buat bayi kecil terutama yang belum menguasai kemahiran meniarap dengan sendiri.

Antara teorinya adalah kerana tiarap menekan tulang dada dan tulang rahang bayi lalu menyempitkan ruang udara pernafasan bayi kecil yang masih belum stabil. Ya benar ada sebahagian bayi yang perlu tidur meniarap atas faktor kesihatan namun ia selalunya atas pengesahan doktor.

Maka,jika anda mahu anak tidur lena namun dalam situasi yang lebih selamat, bedunglah bayi anda kerana bedung memberi sensasi dakapan yang mententeramkan sama seperti meniarap. Bezanya ia lebih selamat kerana bila berbedung,bayi tiada masalah untuk tidur secara terlentang.



Pernah terfikir mengapa bayi tidur lebih lena disiang hari ketika suasana lebih bising dengan aktiviti harian namun terjaga kerap di malam hari yang lebih sunyi dan tenang?.

Kerana suasana sunyi itu membuat bayi resah!. Rahim adalah alam yang sangat bising dengan kekuatan mencecah 70db atau menyamai kuatnya bunyi penyedut hampagas. Mana mungkin bayi yang telah biasa tidur dalam suasana yang bingit boleh lena dalam keadaan sebaliknya?.

Pasanglah bunyian mententeramkan (white noise) untuk menemani bayi tidur. Sebarang bunyi yang satu nada, tidak nyaring (low pitch) dan berdengung amat digemari bayi. Contoh white noise yang popular ialah bunyi penyedut hampagas,bunyi pengering rambut, pengering baju, ombak, hujan atau degupan jantung manusia.



Semua bayi lahir dengan reflek Moro atau bahasa awamnya reflek yang membuat bayi kecil mudah tersentak dan terkejut-kejut. Reflek ini kekal sehingga sekitar usia bayi 4-5 bulan. Jika bayi anda dari kategori 'mudah', hal ini mungkin bukan satu masalah besar. Namun,jika bayi anda adalah bayi dari kategori 'menuntut perhatian tinggi' atau colic (sawan tangis), gangguan dari reflek Moro memberi kesan besar kepada kualiti tidur, kemampuan untuk kekal bertenang lebih lama malah menyukarkan usaha mententeramkan mereka. Bedung bukan sahaja meminimumkan kesan sentakan atau terkejut-terkejut, malah membuat bayi merasa selamat bagai dipeluk dan didakap seperti mana yang dia biasa dapatkan dari balutan dinding rahim dahulu atau ketika dalam pelukan ibu.

Bedung bayi dalam 2 keadaan ini: ketika cuba mententeramkan bayi yang mengamuk dan ketika mahu menidurkan mereka. Ia menyanggah pemikiran bahawa bedung itu menghalang bayi dari bebas dan meneroka dunia. Apakah tentang dunia yang dapat diteroka oleh bayi yang sedang marah dan tidur?.

Ya benar,bedung boleh menyebabkan hip dysplasia atau pembentukan pinggul yang tidak sempurna BILA teknik bedungan itu salah iaitu yang memaksa kaki bayi kekal lurus dan langsung tiada ruang untuk bayi menggerak atau membengkokkan kakinya.


Haaaa,baru la jelas,selama ni tertanya-tanya betul ke tak tanggapan kita kan? sekarang siap dengan fakta,jadi kita tak was-was lagi.Berguna tuk Cik Sue sebagai kali pertama jadi ibu kan,tak de la terkial-kial nanti.Kandungan dah 30 minggu,tak lama dah ni,berdebar pulak rasa,moga-moga di permudahkan urusan bersalin nanti,si kecik pun aktif je,main bola agaknya hehehhehe.


Sumber : Facebook

Kemeriahan Bengkel Seni di Karnival Expo Kemahiran Kebangsaan (KEKK) 2016

$
0
0
Ingat tak entry Cik Sue hari tu pasal bengkel seni dengan Kak Ani,ala yang ni meh klik SINI, Haaaaa pi baca dulu,tu masa perlancarannya,Jadi Sabtu lepas sempat Cik Sue berkunjung ke Karnival Expo Kemahiran Kebangsaan yang diadakan di Maeps ,Serdang dan berakhir pada 26 September 2016 lalu dengan meriahnya.

Cik Sue sempat datang pagi Sabtu tu,kebetulan bengkel zapin sedang berjalan,meriah dengan kelab-kelab dan sekolah-sekolah sekitar sini yang menghantar wakil mereka untuk belajar zapin dari tenaga pengajar professional yang di datangkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd.



Walau matahari mula menyinar dan memanaskan depan pentas,ramai adik-adik yang masih setia mengikut arahan cikgu kat depan.Bengkel di terajui oleh En Majid dan Wak Lumin sebagai orang lama dalam seni zapin ni,memang berbaloi la mereka berpanas berpeluh kan.


Tengok diorang belajar memang best sebab di ajar dari asas zapin,rindu lak Cik Sue masa sekolah dulu-dulu,aktif la jugak tapi tak lama heheeh,abah bising tak fokus SPM heheheh.Bagus bengkel ni di ajar dari awal dan kalau yang tak pernah berzapin pun mesti boleh buat,selamat Cik Sue tengah memboyot kalau tak dah join dah hahahaha.Sporting pula tu peserta pun meriah jadinya ,Cik Sue tengok lebih dari 150 orang yang sertai bengkel terbuka ni.Tahniah NIPVSB atas usaha memartabatkan seni budaya kita.


Selang waktu rehat pula ,ada kuiz tentang zapin tuk semua di pentas utama yang di kelolakan oleh Fee Haiqal.Lepas tu lagi seronok tengok bila sampai part mereka berzapin ramai-ramai,dengan cikgu-cikgu sekolah yang bawa adik-adik pun join zapin sekali.






Bagi Cik Sue usaha Kak Ani ni memang harus di teruskan dan berjaya kali ini di KEKK 2016.Bukan semua orang pandai menari dan berbakat dalam aktiviti seni kan? Semua ini kena gilap dan berlatih dari kecil lagi kalau nak kekalkan warisan budaya kita.Tahu tak dengan bakat menari ni pun kita boleh dapatkan pekerjaan dalam sektor perlancongan dan seni,kemahiran juga kan yang boleh menjana pendapatan.Jadi kalau ada yang berminat bolehlah sertai lagi bengkel-bengkel begini,tak rugi pun.Malah sebagai nilai tambah dalam bidang pekerjaan.




Hari terkahir penutup pada Isnin lepas ,Cik Sue tak sempat meyertai tapi kawan-kawan ada yang pergi dan memang meriah dengan persembahan pelbagai tarian dari artis-artis jemputan serta penari-penari professional.Malah di sajikan persembahan tarian tradisional bertemakan ASEAN bawah kelolaan Kak Ani sendiri.Ada juga demonstarasi seni bela diri dan persembahan wakil mereka,tapi Cik Sue tak sempat mengikuti,memang menarik dan meriah.

penggerak utama bengkel seni ini : Kak Ani dan suami.
Jom tengok video yang Cik Sue rakam masa bengkel seni tu.Rasa nak joget sekali pulak hehehehe.

Video zapin :


Bagi koramg yang berminat dengan aktiviti begini bolehlah mendapatkan maklumat lanjut dari pihak NIPVSB ,boleh juga tengok perkembangan mereka dan aktiviti terkini di instagram mereka ye,mana tahu kan kalau ada lagi bengkel dan kelas atau aktiviti begini nak masuk bolehlah hubungi mereka.




Rizq Islamic School : Mengubah Imej Tahfiz Tradisional ke Antarabangsa.

$
0
0

Hai semua,Assalamualaikum,lamanya tak bersiaran,macam-macam yang jadi akhir-akhir ni,nanti la Cik Sue cerita eh di lain entry,kali ni nak cerita pasal sekolah dan kisah survey sekolah anak-anak dulu.Ye la dah akhir tahun kan,awal tahun nanti nak masuk sekolah dah.Tambah-tambah yang dari tadika nak masuk darjah 1,yang sekolah rendah nak masuk menengah.Nak masuk aliran apa? nak hantar sekolah macam mana? nak ikut minat anak nak yang mana? jauh ke dekat dengan rumah? nak duduk asrama atau tidak? haaaa banyak nak kena fikir kan?

Alhamdulillah minggu lepas Cik Sue sempat melawat sebuah sekolah baru yang akan memulakan sesi awal Januari 2017 ini.Sekolah ni terletak dalam kawasan kampung di Kg Sungai Ramal Dalam.Selalunya kalau kita sebut sekolah tahfiz atau yang berteraskan pembelajaran Quran mesti kita bayangkan murid-murid yang berserban,berjubah putih,mengaji kitab dan quran menggunakan Quran fizikal yang sebuah-sebuah tu,mencatat nota kaki di kitab-kitab seperti sekolah tahfiz biasa kan?



Tapi amat berbeza dengan konsep yang di bawakan oleh RIZQ ISLAMIC SCHOOL ini,yang mana anda tidak akan melihat murid-murid berserban di sini,malah ia bertaraf antarabangsa dapat di lihat dari alatan pembelajaran dan kemudahan yang di sediakan.Memang mengubah stigma dan persepsi orang ramai serta ibu bapa terhadap imej sekolah tahfiz.

" Kami mencari satu kaedah pembelajaran berbeza yang akan menjadikan kanak-kanak seronok untuk datang ke sekolah sebagaimana yang di terapkan di negara Finland.Sistem yang agak berbeza di gunakan di Rizq Iskamic School namun ia mampu melahirkan Hafiz Quran yang baik serta mempunyai ilmu akademik yang tinggi" menurut pengasas sekolah ini Abdullah Firdaus Abd Jalil.

Menarikkan?




Antara info yang Cik Sue dapat semasa melawat sekolah ini adalah :

1. Sekolah ini berdaftar dengan MOE (tak semua sekolah dapat ye)
2. Menggunakan Kurikulum Kebangsaan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan juga subjek yang diambil daripada Jabatan Agama Islam (JAIS) seperti Tauhid, Fekah, Akhlak, Sirah, Khat dan Imlak.(jadi ada peperiksaan seperti sekolah biasa dalam pelajaran akademiknya)
3. 2018 akan mula menjadi pusat peperiksaan umum untuk pelajar-pelajar tahfiz dari Rizq dan sekolah-sekolah sekitar.
4. Menggunakan kaedah pembelajaran dari Finland namun masih menggunakan modul pelajaran dari MOE dan kurikulum kebangsaan.
5. Menggunakan ipad sebagai alat bantuan mengajar Quran dan Hafazan.
6. 6 Jam belajar dan selebihnya bermain dengan alat bantu mengajar yang interaktif dan menarik minat pelajar.
7. Penerapan minat mengikut bidang dari awal tahun 1,seperti bidang perubatan,robotik,astronomi melalui kelab-kelab yang di wujudkan.
8. Setiap kelas hanya 20 orag pelajar untuk menjaga kualiti dan komunikasi dengan tenaga pengajar.
9. Tiada sistem pengawas sekolah,guru disiplin yang akan mengawal semua,murid-murid mempunyai tugas masing-masing seperti ajk sukan,makanan dan lain-lain.



Bestkan? tengok gambar persekitarannya pun memang kondusif tuk belajar.Tertarik juga dengan cara penerapan nilai-nilai murni dan disiplin di sekolah ini,bukan dengan paksaan tapi penerangan dan pembelajaran.Contohnya kenapa tidak boleh berlari di kawasan lantai licin,mereka akan di beri penerangan,kenapa dan akaibat jika berlaku.Malah mereka menggunakan kod warna pada lantai untuk membezakan kawasan.Kawasan sekolah juga di lengkapi CCTV hampir di semua bahagian untk tujuan keselamatan,dan pintu pagar tidak di buka sewenangnya kepada orang yang tak di kenali,
























Oh ya! sekolah tidak menyediakan asrama tapi ibu bapa boleh mula menghantar anak-anak seawal jam 6.30 pagi dan menjemput selewatnya pukul 6.00 petang.Sesi kan bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang,Makanan juga di sediakan dengan kawalan dari pakar nutrisi yang di lantik.






Apa yang Cik Sue tertarik juga dengan sekolah ni,mereka ada pantauan dari tenaga berkewibawaan dalam ilmu Al-Quran dari Universiti Al-Azhar di Mesir yang akan datang bila di perlukan.Baguskan? Ibu bapa tak perlu ragu kerana penasihat dan tenaga pengajarnya memang di tapis dan betul-betul berkelayakan.

Ada yang berkenan tak? haaa sekarang untuk 100 yang terawal ada promosi harga yurannya RM580 sahaja untuk 1 term (4 bulan) jadi setahun 3 kali bayar,cepat ye hubungi mereka.


Sekiranya berminat dan inginkan maklumat lebih lanjut. Dapatkan info nya di ;


Website : www.rizq.edu.my
Facebook : www.facebook.com/rizqschool
Twitter : www.twitter.com/RIS_School
Instagram : www.instagram.com/rizqislamicschool
Youtube : RizqIslamicSchool
Telefon : +60389120447 / 0189611615
Emel : hello@rizq.edu.my

Jom tengok video sekolah ni,mesti mak ayah teruja cam Cik Sue :


Trimester Kedua : Di sahkan GDM peringkat awal.

$
0
0
Alhamdulillahhhh dah melepasi trimester kedua bulan ke 4 hingga ke 6, dengan jayanya,eh jaya ke? ada gak benda yang sangkutnya hehhehe.Baby Alhamdulillah aktif dan ok je,sampai setiap kali checkup dan scan doktor dok merungut baby tak reti dok diam hehhehe maunya tak aktif,tengok ibu dia la tak reti dok diam kikiki.

Alahan atau morning sickness dah takde,syukur sangat-sangat (sian Mr D kalau berlarutan hehehhe).Kesihatan Cik Sue pun makin baik dalam tempoh trimester kedua,aktif kesana-sini,siap pi event dengan selambanya sampai orang lain yang tolong risau,ahaaaa....cam ni la Cik Sue kalau tak pregnant pun kalau rasa sihat sikit je dari sakit haaa mula la tak reti dok diam.

Tapi kannnnnn,nak tau takkkk,kita sangkut gak risiko kencing manis atau GDM peringkat awal dalam tempoh terimester kedua ni,huwaaa padahal mana ada kencing manis pun sebelum ni.Apa itu GDM? 
"Apa itu GDM?GDM ialah Gestational Diabetes Mellitus atau dalam bahasa melayunya Diabetes gestasi.GDM ialah diabetes yang pertama kali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Ia bukan terjadi disebabkan wanita itu sudah menghidapi diabetes sebelum beliau hamil. GDM berlaku akibat dari peningkatan paras gula dalam darah yang dikesan melalui ujian MGTT yang dilakukan semasa pemeriksaan berkala kehamilan. Kebiasaannya semasa trimester kedua kehamilan."

Haaaa paham tak? bacaannya tak de la tinggi mana pun,tapi doktor tak nak ada risiko makin naik nanti bacaan bila masuk trimester ke 3,jadi doktor bagi pilihan,sila jaga dan kawal pemakanan atau kena cucuk insulin mengikut dos,cucuk sendiri okeh.Memang tak laaa huhuuu,nurse cucuk lain la,ni cucuk sendiri jawabnya memang tak la.

Jadi lepas kena warning tu gigih la mak buyung ni kontrol makan,dan diet (kononnya la) padahallll diet time nak checkup je,opssss kantoiiii.Ok la,asalkan bacaan ok masa jumpa doktor selamat la hehehe,nak tahu apa yang Cik Sue makan dan amalkan untuk kekalkan bacaan selamat? nanti Cik Sue buat entry lain eh pasal GDM ni.

Trimester kedua ni la Cik Sue dok suka makan makanan manis-manis,napa ntah selalu kan orang pregnant nak benda masam-masam tapi Cik Sue makan masam rasa tak leh masuk,loya dan tak sedap.Pastu kalah dengan makanan bercuka mesti cirit birit nanti,haaa unik lak rasa kikiki.





Haaa kena lak musim duriankan,lagi laaaa Cik Sue melayan selera hhehehe,tapi time nak checkup 2 3 hari sebelum  kena stop la,kena diet,lepas je terus cari makanan manis,aci la kan.Sebenarnya bahaya kalau bacaan kencing manis ni naik doktor kata boleh jadi pendarahan dan memudaratkan ibu dan bayi nanti.Jadi berpada-pada la,jangan melampau sangat.

Trimester ke 2 ni jugak Cik Sue perasan,tetiba suka mekap,erkkkkkk serius pelik sebab dari sekolah ,anak dara dan kerja tak layan la mekap-mekap bersolek bercelak bagai ni.Paling-paling pun bedak kompek dengan lip balm je,muka pun berjerawat keje kat site.Tapiiii sekarang siap beli foundation la,eye shadow la,brow liner la hehehhe,layan youtube mekap koooo,malu pulakkkk kita.
Lepas tu nak keluar dah pandai melawa mekap blusher2 bagai,sampai kawan-kawan pun tegur hehhee,macam-macam la Cik Sue ni kan.

Alhamdulillah,dah mula rasa gerakan baby,kekadang borak-borak ngan Mr D pasal plan tuk dia,elok je respon mengeras la,siap tendang la,macam paham-paham je.Kekadang time azan paling best dia akan respon,seronok rasa,syukur sangat dapat rasa momen terindah ni,terima kasih Allah.

cuma satu je dia sangat-sangat tak memberi kerjasama bila nak scan boy atau girl,haaaa pemalu ke atau nak buat surprise kat ibu ngan ayah ni? sampai sekarang pun memang tak nampak.Jadinya terima je,asalkan sihat sempurna sifat,itu sudah cukup bagi kami,lelaki ke perempuan tetap zuriat dan darah daging kan.

Okeylahh itu je perkembangan trimester ke 2,nanti Cik Sue sambung lagi eh,doakan  ibu dan baby sihat dapat lahirkan normal tanpa sebarang masalah ye,berdebor dah rasa,bila ramai kawan-kawan dah lepas ni yang seusia dan sebaya pregnant ni.

Buffet Hi Tea Santai Dan Murah Di Geno Hotel,Shah Alam

$
0
0
Hai semuaaaa,buat apa korang hari-hari minggu gini? ada yang mencari tempat nak lepak dengan kawan-kawan,makan sedap-sedap tapi ala santai? Jon ikut Cik Sue.Baru-baru ni ,Cik Sue sempat singgah Hi Tea kat hotel baru  yang terletak di kawasan Subang Jaya iaitu Geno Hotel.Hotel yang baru beroperasi lebih kurang 3 bulan lebih sahaja,tapi Cik Sue kagum dengan hiasan dalamannya,cantik dan kemas.Menu yang di hidangkan pun agak menarik.Buffet Hi tea ini bleh di nikmati di Cafe Taste yang terletak di Ground Floor bangunan hotel ini.







Cantikkan cafe ni,nampak ekslusif tapi santai untk buffet Hi Tea,Cik Sue suka suasana macam ni.Boleh lepak-lepak dengan kawan-kawan.Kalau nak privacy ada bahagian meja bulat yang boleh korang duduk,nak buat mini meeting ke,perbincangan ke memang sesuai.Buffet Hi Tea ini hanya pada hujung minggu iaitu petang sabtu dan ahad tapi jika mahu mengadakan majlis santai,mesyuarat tertutup atau majlis mini pada hari biasa,anda boleh menghubungi pihak hotel.

Jom kita tengok antara menu yang ada di Buffet Hi Tea ni.Menunya campuran tapi yang ringan-ringan dan sesuai untuk minum petang serta untyk seiisi keluarga.

Deep Fried Breaded Crab Claw
Grill Chicken Skewer With Tomato Sauce
Tuna Puff
Mini Chicken Pie
Chinese Egg Tart
Deep Fried Potatoes Wedges
Deep Fried Thai Fish Cake with Thai Sauce
Fried Chicken Wings
Tri Colour Open Ciabata
Tuna Pinwheel
Vegetable Wrapped with Tortilla Breaded
Egg Mayonies & Watercress Finger Sandwich
Chicken in Mini Croissant
Deep Fried Spring Roll with Chili Sauce
Baked Macaroni with Cheese
Mee Siam
Nasi Goreng Kampong




Pelbagai pencuci mulut dan buah-buahan.

Di bahagian luar menghadap taman pula ada di sediakan makan alacarte atau pans-panas lagi,setiap gerai menyajikan makanan yang pasti korang ingin cuba,ada ABC,ada pelbagai hidangan mee,pelbagai hidangan pasta,gerai minuman dan macam-macam lagi,korang boleh minta penyedia makanan menu yang di ingini dan mereka akan masak depan korang,haaaa panas-panas dalam pinggan.Yang pasti Cik Sue dah cuba hidangan pastanya memang sedap.





Buffet Hi tea ini bermula jam 3.30 petang hingga 7 malam,dengan harga dewasa RM58 dan kanak-kanak 12 tahun ke atas RM30.Korang boleh makan pelbagai menu yang terbaik dari chef-chef berpengalaman di sini.Oh ya! jangan risau hotel ini ada pengesahan halal dari JAKIM.Tak perlu ragu ye.Antara Chef yang menyediakan hidangan di hotel ini.

Chef Azli
Chef Bakhtia
Chef Jamal
Di bawah ni pula sijil dan pengesahan halal untuk Cafe Taste di hotel ini :






Menarik kan,haaa esok kalau cari tempat nak jumpa kawan-kawan ke,nak meeting santai-santai boleh la datang ni,waze je GENO HOTEL mesti jumpa,senang je,atau dari Highway Elite korang keluar tolEbor dan ambil ke kiri pasti nampak signboard GENO HOTEL.Yang pasti parking hotel ni banyak dan mudah.

Untuk maklumat lanjut boleh klik link di bawah ye.

www.facebook.com/mygenohotel
www.instagram.com/mygenohotel
www.genohotel.com

Geno Hotel
Jalan Subang Mas,Taman Subang Mas,
Subang Jaya,47620 Malaysia
Tel 03-50336666
Fax 03-50336677

Email : info@genohotel.com


Promosi Steamboat Grill Murah di Shah Alam : D'kayangan Steamboat

$
0
0
Sapa suka makan steamboat? sekali yang ada bakar-bakar ,grill-grill tu? angkat tangan cepatttt..hehee yeayyy kita geng.Baru-baru ni Cik Sue sempat menikmati steamboat and grill kat D'kayangan Steamboat Shah Alam,dulu-dulu pernah datang sini masa bos buat majlis perpisahan tapiiiii dah lama la 2 tahun lepas heheehe berzaman dah.Kali ni datang dengan kawan-kawan pulak,kebetulan ada promosi murah dan berbaloi kan.Promosi apa tu,haaa rujuk gambar di bawah ye,murahkan Sunday Lunch tu.Hari minggu nak datang makan dengan family memang berbaloi la.Masa berkualiti dengan keluarga,perut pun kenyang,gituuuu....


Promosi Sunday Lunch
Jam 11 pagi hingga 3 petang
Dewasa RM22.90++
Kanak-kanak RM9.90++

Dua kali datang masih sama services yang di beri,pelayan pun baik-baik,mintak  je kalau nak apa-apa senang.Ada tak cukup bagitau je.

Kenapa Cik Sue suka makan kat sini,ada pilihan nak makan di ruang tertutup kat dalam atau ruang terbuka kat luar.Cik Sue lagi suka makan kat luar,berangin ala-ala tepi pantai lak kalau petang-petang atau malam.Lagi best kuah tomyam dia walawehhhhh sedap oiii,bagi orang lain mungkin pedas skit la tapi bagi Cik Sue pedas lite-lite je,sedap sangat dah hirup dengan segala seafood yang ada,fuhhhh memang sedap.tambah pulak dengan cendawan dan sayur yang ada,yummyyy.Pastu ada plak bakar-bakar grill tu,dengan bahan daging perap bbq,sate ayam,ikan daging,otak-otak,udang,sotong yang perap,wehhhh korang tak terliur ke? sedapppp.



Pilihan sayur pun banyak,ada macam-macam kalau korang nak masuk dalam tomyam korang tu,nak buat salad sendiri pun boleh ada sos dan mayonis di sediakan.Cik Sue kalau part sayur ni ratah saja pun jadi.Pilihan makanan laut pun segar-segar,pilih je nak apa,sotong,udag,kerang,pepahat,lala,tiram,ketam,ikan pun ada dah siap perap,boleh bakar cicah kicap cili,amacam? heppp lap air liur yang meitik tu hehehhe.






Macam-macam ada,korang boleh makan la sampai membuntal apa je yang korang nak,jadi kreatif buat je hidangan sendiri,nak buat mee tomyam seafood ke,nak tomyam sayur ke,nak bakar grill ke,nak bbq ke,semua boleh,ikut selera korang ye.Memang puas hati makan kat sini.Tambah-tabah lak ada feveret menu Cik Sue,apa lagi kalau bukan kambing golek,asal sampai itu yang Cik Sue terjah dulu heehee takut habis lak nanti.Kambing golek sini sedap kat tekak Cik Sue sebab di panggang cukup masak dapat lak yang garing kan fuhhh ranggup je.Sosnya pun sedap kena ngan kambing golek tu,cukup rasa.


Selain tu kalau nak nasi ke lauk pauk pun ada tau,ada sup tulang,ayam masak merah,mee goreng,mihun goreng,nasi putih,nasi goreng,sayur campur.Jadi kalau korang nak makan nasi dengan seafood tomyam pun ok,nak makan ngan seafood grill pun ok,ikut suka.Dan masakan diorang pun sedap-sedap.Mr D siap puji mee gorengnya sedap.





Dah habis makan? nak balik dah? eh nanti dulu,tak rasa lagi pencuci mulut dan desert yang ada kat sini tau.Ada pelbagai perisa aiskrim,Cik Sue suka mint,coffee dan coklat ,yummyyy.Ada juga rojak buah,boleh pilih nak buah apa.Ada juga hidangan kek,agar-agar dan puding,memang melegakan perut lepas makan banyak-banyak hehehhe.oh ya ABC pun ada dengan macam-macam bahan korang boleh letak.Jagung cup pun ada,boleh ambil sendiri.Fuhhhh memang puas hati betul makan sini.Insya Allah nanti nak bawa family dari kampung datang sini.




Memang sesuai kalau nak buat gathering atau lepak santai dengan family atau kawan-kawan,kawasan kedai yang luas dan banyak pilihan meja.



Bahagian dalam kedai




Ruang terbuka di bahagian luar kedai.





Aduhhhh tengok gambar dah lapar semula hehhehe,ada repeat lagi ni kang,nanti la bawa family kalau berkesempatan lagi sebelum bersalin ni.Seronok bila makan ramai-ramai dan berkumpul sambil borak-borak kan.







Facebook Steamboatbbqbuffetdkayangan
Instagram dkayangansteamboat

Waze Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

Alamat :
No 1, Apartment Servis Sri Acapella
Jalan Lompat Tinggi 13/33,Seksyen 13
Shah Alam SelangorBerhampiran Giant dan Stadium

Untuk tempahan boleh hubungi :
012-2971091
017-5076274
03-55234979

Bila mak buyung tak reti dok diam.

$
0
0
Gitu la perangai,sihat ke tak sihat ke,memang tak reti dok diam.Dari kecik sampai besar selagi boleh gerak,haaaa tu la Cik Sue,ma abah tak larat bising dah,degil! sekarag en suami la pulak kena layan perangai degil Cik Sue ni hehehe,depan dia elokkk je ikut arahan,pantang lepa mata adaaa je benda nak buat,tapi tak de la benda yang memudaratkan.Sekadar tak boleh nak dok diam la,nak jugak buat sesuatu hehehe.

Tambah-tambah sekarang menjawat jawatan " pengurus rumahtangga sepenuh masa" kan,haaaa lagi la macam-macam idea datang dok kat rumah tu.Minggu lepas kena kuarantin dok rumah je,gara-gara uri kandungan ke bawah.Tak boleh nak buat kerja berat-berat dan lasak-lasak,kalau tak dok wad lagi la jawabnya huhuu.

Punya bosan,teringat lak kulit popia banyak lagi yang lebih nak buat kuih raya masa raya haji hari tu tak sempat,gigih la Cik Sue dok menggunting kat depan tv,sambil layan nustan la,layan drama la.2 bungkus kulit popia,banyak jugak rupanya.Tapi okeyla sambil-sambil duduk je,dari membazir ke tong sampah baiklah buat sesuatu kan.


Dah siap goreng ,Cik Sue buat 2 versi,1 salut nestum dengan milo,1 lagi perisa bbq letak serbuk kari.Alhamdulillah alang-alang dah banyak bagi la kat kawan-kawan sikit.Memang tak habis la berbotol kat rumah ni sebab Cik Sue bukan makan sangat pun,tinggalkan tu Mr D je 1 perisa 1 botol.Apa salahnya kan sedekah kat kawan-kawan dari membazir.



Popia Nestum Milo :
1. Gunting popia ikut suka,sepatutnya gulung dan gunting tapi Cik Sue malas hehehhe.
2. Goreng dalam minyak banyak dan toskan ,goreng sekejap je,nanti hangus lak,agak kuning angkat terus.
3. Blend nestum kasar dengan milo,gaulkan dengan kulit popia tadi dalam besen,masukkan dalam botol dan tutup kemas jangan bagi masuk angin.

Popia BBQ Kari :
1. Sama juga cara popia nestum cuma gaul dengan serbuk kari,serbuk cukup rasa dan sedikit garam,agak-agak la ye dengan kuantiti kulit popia tu.

Okey,dah setel,bahan-bahan kuih raya ni,Alhamdulillah dapat juga buat sesuatu daripada buang.Kalau buang memang hijau la Mr D kat rumah ni,dia pantang betul kalau membazir-bazir makanan.huhuuuu....


Menang Scooter dengan hanya makan pizza?

$
0
0
Alhamdulillahhh ,sepanjang pregnant ni memang tak de lagi rasanya menu yang teringin tapi tak dapat.Ye la Cik Sue takde pun mengidam menu pelik-pelik,mana yang ada sekeliling je.Salah satunya pizza la,dan semestinya feveret Cik Sue pizza Domino's.

Dari dulu sampai sekarang memang suka pizza ni,kena dengan selera Cik Sue,dari zaman bujang lagi,samada pergi beli sendiri atau delivery je kat rumah bujang tu,tapi sedih gak la,tak de lak delivery pizza Domino's ke kawasan rumah sekarang,sedih acik haa...hheehe.


Yeayyyyy,Jumaat lepas sempat menjamu selera dengan promosi terbaru Domino's.Terima kasih banyak la kat auntie Yanty  hahaahh sudi bawa Cik Sue makan Domino's,baby say tq auntieeeeee...heheheehe.Korang kalau nak tahu ada promosi terbaru tau set Fabolous Four yang mengandungi Roasted Chicken Drummet , Garlic Cheese Onion , Cheezy Mozarella Stix& Mini Cinnadots dengan harga pengenalan Rm19.90 je.Murahkan,boleh dapat 4 jenis lagi,kitaorang makan 3 orang pun tak habis.Berbaloi sangat.Cik Sue paling suka Cheezy Mozarella Stix tu,memang terasa kejunya,kalau nak beli dia je pun ada je jual asing.Ayam tu pun sedap,siap tapau bawa balik tuk Mr D dan dia pun kata sedap.

Fabolous Four

Selain tu kami order juga Classified Chicken,suka sukaaaa sebab ada banyak mushroom,yes suka sangat mushroom dengan ayam,dah la pizza ni kerak yang nipis dan ranggup memang sesuai dengan topping atasnya tu.Tak muak pun makan.

Classsified Chicken
Si Yanty lak bagi Cik Sue meatball kat bawah ni,haaa sos dia di gabungkan dengan meatball tu alahaiiiii sedapnya.Rasa nak order satu soarang je,ishhhh time taip ni pun terliur pulak.huhuuu.



Haaaaa yang ni pulak feveret terbaru Cik Sue kat Do mino's ni,Cheezy Mozarella Stix,korang tengok la Dak Yanty ni makan,penuh nikmatkan,dia punya cheese walawehhhhh makin tarik makin nikmat hahahahha.Korang boleh beli dia alacarte dengan harga RM8.80 sebekas.

Cheesy Mozarella Stix
penuh nikmat koooooo hahhaha.

Ingat tu je ke kami makan? ada lagi tau,di rekemen oleh staf Domino's kami di beri mencuba menu yang jarang-jarang kami order tapi sebenarnya sedapppppp.Selama ni,asyik order pizza feveret yang biasa-biasa je kan.Kami cuba Golden Mexican,yang dalamnya ala-ala nugget tapi agak pedas sosnya,tapi tak de la sepedas cili api hehehhe.Memang sedap.Nanti bila-bila nak order lagilah.Pastu cuba pula Pizza Smoked Beef,yang kaya dengan rasa beefnya tu,ni pun jarang-jarang Cik Sue order,boleh dah lain kali cuba yang ni dengan Mr D.
Golden Mexican
Smoked Beef
Dah habis makanan berat-berat yang membuntalkan perut ,di hidangkan pulak dengan dessert,pertama kali Cik Sue tahu dan cuba Banana Kaya Dessert ni,tapikan selama ni apasal tak perasan lak menu ni kat Domino's? urmmmm apa la Cik Sue ni,boleh tertinggal keretapi pulak,pasni wajib order dah heheheh.Serius sedap,tambah makan panas-panas,kalau delivery kat rumah ,korang buat kopi panas,wallawehhhh...segar biji mata hehehheh.Dannnn dessert wajib Chocolate Lava Cake la,dengan coklat cair di dalamnya aummm.

Banana Kaya Dessert
Chocolate Lava Cake

Memang terbaik la Domino's Pizza,makin bulat mak buyung,joget-joget baby makan macam-macam siap tapau lagi bawa balik,tak pernah kecewakan tekak Cik Sue ni hehhheee.Oh ya,lupa pulak nak cerita yang sekarang ni kalau korang makan Domino's Pizza ada peluang nak menang skuter edisi terhad tau,ada 2 biji je tuk di menangi,haaa ekslusif kooo.Peraduan ni datang bersama promosi Fabolous Four yang Cik Sue cite awal-awal tadi tau,meh nak cite macam mana nak menang eh.



Domino's Pizza & Pepsi 's The Perfect Deal Contest

Cara menyertai peraduan ni senang je:
1. Korang kena beli set Perfect Deal seperti dalam gambar di bawah iaitu set Fabulous Four dengan 2 pizza,anda akan dapat percuma Pepsi 1.5 Liter edisi Emoji,dan akan di beri ID serta Regular Pizza E-Coupon untuk pembelian selanjutnya.Yang E-Coupon tu sapa masuk peraduan je akan dapat tau.
2. Korang kena bukak web www.dominos.com.my atau klik SINI untuk menyertai peraduan tersebut.
3. Masukkan kod ID dan detail order yang di beri.
4. Jawab 2 soalan mudah dan tekan submit.
5. Pemenang akan di hubungi kelak

Amacam,mudahkan? Peraduan ini berlangsung dari  4 Oktober hingga 13 November 2016.Jom cepat-cepat mana tahu tuah korang kan? Perut kenyang dapat Skuter Edisi Khas lagi.Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia kita tak tahu kan hehehehe.




Untuk maklumat lanjut korang boleh klik link-link kat bawah ni ye:
Faceboook: DominosMY
Instagram: DominosMY
Peraduan:  The Perfect Deal

bisik-bisik:
Adeh teringat pulak Cheezy Mozarella Stix tu,ada start keta pi domino's ni kang...hehehhe...

Momma Pregolact : Milk Booster untuk susu ibu.

$
0
0

Ibu mengandung sememangnya perlukan makanan berkhasiat,bukan sahaja untuk diri sendiri tapi untuk bayi dalam kandungan juga.Susu selalunya memang di sarankan sebagai sumber utama membekalkan kalsium untuk ibu dan bayi.Cik Sue ni ada masalah sikit sebenarnya dengan susu ni,tak boleh telan susu kosong mesti kena campur coklat ke ,milo ke atau sebarang perisa la,kalau tak,haaa memang cawan susu tu di pandang sepi je la.

Bila dah di nasihat doktor,di beri penerangan,baru la Cik Sue tahu susu bukan sahaja untuk kalsium malah boleh meningkatkan kandungan susu badan bila melahirkan nanti,untuk susukan bayi pula.Campuran susu dengan bahan-bahan lain menjadi booster tuk badan hasilkan susu sendiri.Jadi Cik Sue pun pilihlah Momma Pregolact ni,sebab apa? ada perisa coklat hahahhaha,kalau kosong jawabnya simpan dalam lemari je la.


Haaaa ni lah susunya,sedappppp,tak manis sangat,tak de bau hanyir susu kosong macam selalu.Buat panas-panas atau suam,sedapppp je hirup.Rupanya bila di baca memang susu ni akan meningkatkan penghasilan susu ibu nanti,memang sesuai la,sebab En suami pun mintak susukan baby sendiri nanti.Banyak kebaikankan susu ibu untuk bayi,jadi pentinglah makanan untuk banyakkan susu ibu ni.

Susu ni ada juga perisa Vanilla tau,cuma Cik Sue kurang gemar la.Pada yang suka boleh la cuba nanti.Susu ni banyak juga khasiat lain selain sebagai milk booster ibu-ibu sekalian,contohnya :


1. Cantik: Membantu menghalus, melicinkan dan mencantikkan kulit ibu dan bayi.
2. Sihat: Membantu memberi kesihatan yang baik dan merawat stress.
3. Bertenaga: Membantu memberi tenaga segera buat ibu-ibu yang sering keletihan.
4. Bijak: Mengandungi EPA & DHA yang dapat membantu meningkatkan perkembangan otak bayi.
5. Milk Booster: Melancarkan saluran susu, meningkatkan pengeluaran serta kepekatan susu badan bagi ibu yang mempunyai masalah susu kurang.


Bagusnya susu ni di tambah bahan-bahan lain yang menggalakkan lagi penghasilan susu ibu seperti Zaitun,Kismis,Omega 3,Delima,Buah Tin,Habbatus Sauda,Susu Kambing,Kurma,Madu,Safron,Inulin,Coklat dan Vanilla.Sebab tu la rasanya sedap,malah ada kelulusan KKM dan Halal Jakim lagi,jadi jom minum tanpa ragu-ragu ehheehe.
                          
Cik Sue pun dah dekat dengan tarikh bersalin ni memang mencari la susu macam ni,sebab harap-harap dapat beri baby susu yang secukupnya nanti.Memang impian nak susukan selama yang boleh,semoga Allah makbulkan hasrat Cik Sue ni,tapi kena usaha juga la kan,di samping fikiran yang positif.Harap-harap dengan susu ni dapat membantu Cik Sue nanti.

testimoni pengguna



bungkusan lama dan bungkusan baru susu Momma ini.


Kelebihan MOMMA® Pregolact™

1. Meningkatkan kuantiti susu ibu (milk booster)
2. Memekatkan susu ibu (bayi lebih kenyang dan tidur lena)
3. Mencantik dan menghaluskan kulit ibu dan bayi
4. Memberi tenaga kepada ibu
5. Baik untuk perkembangan otak bayi.
6. Meningkatkan kesihatan ibu dan mengurangkan stress.


bancuhan panas susu Momma perisa coklat

minum panas-panas ,sedappppp
Kalau ada ibu-ibu nak cuba boleh dapatkan maklumat kat bawah ni ye,nak beli ke ,nak tahu khasiat ke,jom sama-sama menyokong penyusuan ibu.gituuuu.

Untuk maklumat lanjut mengenai MOMMA® Pregolact™ boleh layari facebook dan website MOMMA®:

Facebook: www.facebook.com/momma.nutrition
Website: http://shop.momma-nutrition.com
Hotline tempahan: 016-923 6962 / 016-924 6962
Untuk testimonial boleh layari http://bit.ly/testimonialMOMMA

Atau terus ke kedai beralamat:
MOMMA® Industries Sdn Bhd,
No 6-25-3, Tingkat 2, Jalan Medan Pusat Bandar 8A,
Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Google Map / Waze: Momma Club

Buruk Sangka Penyakit Hati : Iklan #Petronas Deepavali 2016

$
0
0
Setiap tahun dan perayaan dari zaman Yasmin Ahmad lagi ,iklan dari Petronas memang di nanti oleh semua.Dan pastinya setiap karya atau iklan dari Petronas membawa mesej dan pengajaran untuk kita,selain mesej perpaduan dan keharmonian hidup berbilang bangsa di Malaysia ni.

Jom saksikan Iklan #PETRONAS Deepavali 2016 kali ini dengan mesej "jangan berprasangka sebelum tahu apa sebenarnya realiti atau kisah sebenar".Selalu kan terjadi dalam kehidupan seharian kita,suka bersangka-sangka tanpa selidik dulu kisah sebenar.Penyakit hati sebenarnya tu,ye perlu berhati-hati tambah-tambah zaman sekarang yang susah nak percaya sembarangan orang,tapi tak patut kalau kita memandang serong hanya dari pandangan pertama kan?

I AM MUNIANDY




Pelakon ni sekali tengok macam Ezad Lazim,sekali macam Opie Zami,sekali macam Bruno Mars hehehehhe...ok la,lakonannya menjadi.Banyak pengajarannya iklan kali ni :

Jangan mudah bersangka buruk
Jangan hanya kerana rasa curiga kita menelah yang bukan-bukan hanya melalui pandangan sahaja,jika betul rasa sangsi,siasatla.Jangan buat andaian sendiri,kalau salah dan main terjah je kang malu sendiri.

Jangan menilai dari rupa
Jangan amalkan menilai hanya dari rupa,mentang-mentang nampak muka macam tak de kerja,macam budak liar,konon macam pecah rumah kita dah anggap yang bukan-bukan,yang buruk.Tak semestinya ye.No Noooo jangan macam tu,tak baik.Zaman sekarang ni yang berkot bertie pakai hensem,cantik tu pun boleh jadi penjenayah tau,haaa jangan tak tau plak.

Saling peka dan membantu serta hormat-menghormati.
Kita patut contohi Muniandy dan kawannya tu,nampak je macam tu tapi hati baik,peka dengan membantu Rumah Jagaan Orang Tua untuk menyambut Deepavali,malah menghormati warga emas di situ.Bagus diorang siap tolong kemas dan hias rumah tu.


Keharmonian melalui timbang rasa dan persefahaman.
Iklan ini juga membuatkan kita berfikir untuk mencapai keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum dan budaya,kenalah ada sifat saling bertimbang rasa dan memahami budaya masing-masing,barulah kita lebih hormat dan hidup dalam suasana harmoni tanpa mengira perbezaan yang ada.Kita bersatu dalam meraikan persamaan sebagai rakyat Malaysia.

ceeewahhhhh dah macam wakil rakyat lak Cik sue ni kan hehehhe...

Apapun syabas Petronas tak pernah gagal membawa mesej-mesej terbaik untk rakyat Malaysia.
Akhir kata,Happy Deepavali untyk semua penganut Hindu di Malaysia dan kawan-kawan Indian Cik Sue ye.


P/s :
Rindu nak makan maruku Auntie Amuda yang ranggup tu ( kawan ma kat estet dulu ) mana la diorang sekarang huhuuu...






Viewing all 683 articles
Browse latest View live