Quantcast
Channel: Catatan Sue Izza
Viewing all 683 articles
Browse latest View live

Resepi Ketam Masak Butter/Butter Crab mudah cara Cik Sue.

$
0
0

Ketamnya dah lama bertapa dalam peti ais tu,ada la dalam seminggu hehehe,dok fikir la nak masak apa.Nak masak bersambal dah selalu,memang cadang nak ratah je,sebab kalau makan ngan nasi tak feel sangat hehe,Cik Sue and family memang penggemar seafood,tapi bukan Mr D sebab dia tak pandai makan ketam hehehe tak de isi katanya,nasib baik la dapat bini tukan kopek ketam udang,boleh la makan hahahha.

Sekali skrol FB nampak post kawan blogger gambar ketam terus teringat nak makan,google je la resepi ketam yang best-best nak cuba,ni kali pertama cuba buat Ketam Masak Butter ni,belasah je la bahan apa yang ada kat dapur tu.Jom tegok resepi ala Cik Sue,tak de la susah mana,dah boleh makan ala-ala restoran mewah kata Mr D ngeeeeee.



Bahan-bahan :

2 ekor ketam-bersihkan dan potong 2,senang nak makan.
5 ulas bawang putih-cincang halus
1/2 biji bawang holland kuning-dadukan
10-15 helai daun kari
10 biji cili padi (ikut suka kalau nak pedas)
3 sudu @ 30 gm butter (cik sue pakai buttercup je)
1/2 tin susu cair
1 sudu tepung jagung di bancuh dengan air
1 sudu gula
1 keping keju cheesedale atau 2 sudu parutan keju parmesan
garam

Cara :
1. Panaskan sedikit minyak masak dan masukkan butter hingga cair,masukkan bawang putih dan bawang merah.Biar sedikit layu,masukkan daun kari dan cili api.
2. Masukkan susu cair,dengan garam dan gula,biar mendidih dan masukkan bancuhan tepung jagung tuk pekatkan.
3. Kemudian masukkan ketam dan tabur keje parmesan tadi,gaulkan rata.

Mr D makan siap menjilat kuahnya,sedap katanya buat cicah roti pun layan,heheeh bileh buat lagi nanti,tapiiii part ketamnya Cik Sue jugak la kena kopek tuk dia,kalau tak memang dia amik kuah je la huhuuuu.

Resepi ni boleh juga di gunakan untuk udang,sotong atau ayam,kalau ayam tu goreng dulu bagi garing.

Safi Shayla Flexi Pack Untuk Wanita Bertudung

$
0
0
Penjagaan rambut bagi wanita bertudung selalunya orang kata lebih cerewetkan? Sebenarnya kalau betul produk dan teknik penjagaan mudah je.Tambahan rambut tu adalah mahkota wanita,mestilah nak di jaga dengan rapi.Takkan la balik rumah lepas seharian bekerja,buka je tudung rambut bau hapak pulak kan? pening en suami nanti.hehehe.

Bagi Cik Sue kekerapan mencuci rambut dengan syampu yang sesuai dan keringkan betul-betul rambut ,itu sudah cukup.jadi memahami keperluan produk yang tepat tuk wanita bertudung SAFI Shayla memperkenalkan rangkaian Pek Fleksi baru yang di perkaya dengan Habbatus Sauda.


Pembungkusan yang memudahkan para wanita membawanya,samada untuk travel atau perjalanan,di letakkan dalam beg untuk ke gym atau selepas bersukan,balik kampung ,ke kursus yang berhari-hari memang sesuai.Fleksibel untuk di bawa dengan penutup yang mudah buka.Variasi warna masih sama dengan pek botol dan pam di kekalkan,cuma Safi Fleksi mudah di bawa dengan saiz 480gram sahaja.



Cik Sue suka sebab ada Habbatus Sauda yang kita tahu bahan semulajadi yang menjaga dan memberi khasiat untuk rambut.Peknya pun senang nak masukkan dalam beg toiletries Cik Sue,boleh bawa je ke mana-mana.Wangi pulak tu baunya,lama juga la tahan bila lepas mandi dan bersyampu dengan Safi Shayla ni.


Harganya hanya RM14.65 sahaja dan korang boleh cari di mana-mana pasaraya dan hypermarket seluruh Malaysia,atau pun korang boleh klik link kat bawah ni tuk maklumat lanjut.

Facebook | www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram | www.instagram.com/SAFI@safimalaysia
Youtube | www.youtube.com/safimalaysia

Resepi Garlic Butter Homemade : Untuk sapuan roti

$
0
0
Selamat pagi semua,segar pagi ni hujan lebat semalam,cuaca pun sejuk di pagi hari,perlahan-lahan matahari menyinar terang,waktu ni seronoknya kalau menikmati matahari terbit di puncak bukit atau kawasan kampung dengan secawan kopi,walawehhhh...syoknya.Amboiiiiii tu dia Cik Sue berangan hehehhe.Mimpi itu percuma hahahha.

Apapun tahniah pasukan Kedah memenangi Piala Malaysia malam tadi perlawanan sengit dengan Selangor,tahniah juga Selangor.Jadi Kedah cuti la kan hari ni? Syok arrrr sambung tido hehehe.

Eh korang dah sarapan? sarapan apa? Cik Sue makan roti je,sapu Garlic Butter Homemade.Haaaa buat sendiri Garlic Butter,kebetulan ternampak kat FB hari tu,kalau kat pasaraya agak mahal sebotol,so kita try buat sendiri,senang je rupanya,bahan pun mudah je.Buat sapu kat roti pastu bakar,nak masuk oven boleh nak masuk toaster pun boleh,sapu kat apa-apa roti je,roti perancis ke,roti gardenia biasa ke,ikut korang lah.

Cik Sue sapu kat roti gandum

kalau tak simpan dalam peti ais tahan la seminggu kalau
letak dalam peti ais tahan lebih lama la,nak makan keluarkan.

Jom tengok bahan dan cara buatnya,senang je.
Bahan :
250gm Butter (Cik Sue pakai Buttercup seketul terus,potong2 kan)
5 sudu Oregano cincang ( Cik Sue beli yang fresh kat Hero dan cincang,kalau pakai yang kering dalam botol pun boleh)
1/2 cawan Minyak Zaitun
2 labu Bawang Putih,cincang atau tumbuk.


Cara :
-Panaskan minyak zaitun ,tumiskan bawang putih dan oregano,pastikan api dapur kecik ye.
-masukkan butter dan cairkan.Dah cair semua tutup api dan sejukkan.Masukkan dalam botol atau bekas,mudahkan? 


ni tak masuk peti ais,goncangkan amik dengan sudu ,sapu kat roti,yum2

Mudahkan? buat sendiri je kat rumah.Boleh makan banyak dan lama sikit.Cik Sue sekarang rajin dok eksperimen macam-macam kat rumah tu,ye la surirumahkan,aktiviti dalam rumah je la.

Tips Mengawal Kencing Manis Ketika Mengandung (GDM)

$
0
0

Assalamualaikum semua,

Lama tak bersiaran,maklumlah cuti panjang heheh tu nanti la cite lebih-lebih eh.Rasanya belum terlambat nak kongsi pengalaman waktu mengandung hari tu.Alhamdulillah sepanjang mengandung tak de masalah yang kritikal pun cuma masa minum air gula sangkut pula GDM atau Kencing Manis yang di hidapi semasa mengandung sahaja sedangkan waktu tak mengandung normal je.Bacaan tak tinggi mana pun sebenarnya 8.0 lebih-lebih sikit je,tapi sebab faktor umur mungkin sebab tu doktor beri perhatian lebih sikit maklumlahhhh 3 series dah hahhahaa.

Definisi GDM : 
"Diabetes semasa hamil atau biasanya dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak mengetahui ada menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal"



Apa sebenarnya punca GDM ni? 

1. Rintangan Insulin.
Kesan insulin terganggu disebabkan oleh pelbagai hormon (seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen) dihasilkan oleh uri atau plasenta. Semakin plasenta membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi.

2. Kandungan glukosa yang berlebihan dalam darah.
Proses pencernaan glukosa di dalam aliran darah dikawal atur oleh insulin. Kekurangan insulin menyebabkan glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan menyebabkan diabetes melitus.

Sebenarnya agak bahaya ibu-ibu mengandung kalau menghidapi GDM ni,yang paling ketara terjadinya pendarahan,pitam dan risiko anak bersaiz besar.Antara risiko lain adalah :

1.Makrosomia (didefinisikan sebagai bayi yang lahir dengan berat 4.0kg atau lebih).Bayi berkemungkinan akan menghadapi kecederaan di bahu semasa kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean.

2.Bayi anda mungkin mempunyai paras glukosa darah yang sangat rendah(hipoglisemia)

3.Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis yang berpanjangan.

4.Bayi anda juga berisiko untuk menjadi obes dan menghidap diabetes jenis 2 apabila dewasa kelak.

5.Ibu berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, diabetik ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit.

6.Mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.

7.Ibu berisiko tinggi mendapat praeklampsia (darah tinggi) dan tumpah darah.


Tapi ibu-ibu jangan risau GDM atau paras gula ni masih boleh di kawal dengan menjaga pemakanan,tapi kalau bacaan terlalu tinggi dan pantauan doktor pun bacaan tak turun kemungkinan doktor akan suruh cucuk insulin untuk mengawal paras gula dalam badan.


Cara Untuk Mengawal Paras Gula Semasa Hamil

1. Elakkan mengambil susu ibu mengandung kerana ia mengandungi kandungan gula yang tinggi contohnya Anmum. Jika memerlukan kalsium boleh dapat dari susu segar,cheese atau supplement.Cik Sue amalkan susu kambing dengan cheesedale yang keping-keping tu.

2. Kawal pengambilan makanan berkanji dan mempunya Glisemic Index yang tinggi seperti nasi putih,kentang,roti putih.Bahagian ni Cik Sue makan roti Wholemeal yang warna coklat tu,sebab roti putih ada gula,tak pe la tak sedap sikit,tambah la sayur ke buat sandwich ke.

3. Lebihkan makan sayur-sayuran ,buah-buahan dan lain-lain makanan yang kaya serat.Yang ini memang penting tuk ibu mengandung terutama bayam,sawi,kangkung,lobak putih,peria.Kalau buah pula doktor nasihatkan Cik Sue makan epal hijau ,belimbing dan jambu batu.


4. Mengamalkan diet yang rendah lemak dengan elakkan lemak tepu seperti mentega,daging berlemak, ayam dengan kulit.Errrr yang ni tak dapek la nak ikut,sebab semua pun Cik Sue belasah je hehhehe.Tapi selalu time nak check bacaan Cik Sue selalu amik oat campur dalam milo tanpa gula.Hari ada checkup Cik Sue tak ambil nasi,gantikan dengan oat atau telur rebus dengan salad campur kan sedikit serbuk kulit kayu manis,Alhamdulillah bacaan stabil hehehhee.



5. Elakkan ambil makan yang bergoreng ,pilih menu yang panggang atau stim atau rebus.

6. Jangan minum minuman 3 in 1, biasakan minum air yang di bancuh sendiri dam di kurangkan kandungan gulanya.

7. PAstikan appoinment klinik sentiasa on time untuk memeriksa keadaan kesihatan keseluruhan ibu.

8. Supplement yang di bekalkan oleh klinik terutamanya Vitamin C ,Asid Folik dan Bcomplex
perlulah di ambil seperti yang diatur.


Apapun yang penting jaga pemakanan,Alhamdulillah Cik Sue berjaya mengawal paras gula setiap kali bacaan di ambil sepanjang mengandung,syukur juga Cik Sue jenis yang boleh telan semua sayur.
Tapi ada satu kesan yang Cik Sue perasan dari GDM semasa mengandung ni,baby lahir ada Prolong Jaundis,dekat 25 hari juga,jenuh ulang alik klinik amik dan pantau bacaan jaundis baby.
Kepada yang tengah mengandung jaga makan jaga kesihatan jangan stress-stress ye.

p/s :

Gdm punya pasal ,sampai sekarang dah boleh minum milo tanpa gula heheheee kalau tak jangan harap la hehhe.


Sakit yang indah.

$
0
0
Assalamualaikum,

Rasa janggal pula bila nak menulis sesuatu yang terlalu personal ni hehhee tapi nak juga coretkan sebagai kenangan hari tua.Mesti ada yang kata macam dia sorang je beranak,riak la tu dapat baby,kesian kat orang lain,huishhhh demi Allah sikit pun tak de terfikir macam tu.Jangan risau Cik Sue memahami sangat apa perasaan bila setiap kali di tanya,bila nak kawin,bila nak mengandung,sebab Cik Sue juga melaluinya,paham peritnya macam mana,cuma mungkin Allah dah dengar doa Cik Sue dan suami,Insya Allah,doa korang juga akan di makbulkan,lambat atau cepat je.
Coretan ini hanya sekadar kenangan tuk si kecik bila Cik Sue dah tua nanti.

Tanggal 14 November 2016,lahirlah sebuah nyawa yang Cik Sue kandung 37 minggu dalam rahim ini,setelah mengharungi kesakitan 11 jam di dewan bersalin dengan di temani Mr D hampir sepanjang masa dari awal sehingga akhir,yang akhirnya membuatkan doktor memutuskan untuk jalankan pembedahan emergency.Ini kerana Cik Sue sendiri sudah tak berdaya menahan kesakitan sedangkan laluan untuk melahirkan masih tidak terbuka,bimbang si kecik itu kelemasan.Alhamdulillah proses pembedahan berjalan lancar.Sedar-sedar si kecik itu dah di hulurkan kepada Cik Sue,masa tu hanya Allah tahu perasaan ini.Aku dah jadi ibu ke? Allahhhhhhh besarnya kekuasaanMu.


Pertama kali melihat,pertama kali memangku,berderai jua air mata,darah daging akukah ini? pewaris akukah ini? Rasa macam baru semalam habis sekolah,bekerja dan berkahwin.Termenung seketika melihat wajah mulus,tangan kecil yang menggapai-gapai itu.Sebak,sayu semua bercampur.Tak terkata apa yang di rasa,malah mula terasa berat juga bahu memikirkan selepas ini besar tanggungjawab yang akan di galas untuk si kecil ini,putihkah dia hitamkah dia,ibu bapa yang akan mencorakkannya,salah langkah,kami yang akan di persoalkan di akhirat kelak.Allahhhh bimbinglah kami ke jalanMu.


Terima kasaih juga Cik Sue ucapkan kepada kakitangan Hospital Serdang,dari petugas,jaga,cleaner,nurse hinggalah ke doktor,Alhamdulillah doa Cik Sue dari awal masuk wad di makbulkan untuk di keliling nurse dan doktor wanita,serta mereka yang prihatin,lemahlembut melayan Cik Sue yang kesakitan.Semua sangat baik,memberi kerjasama dan sokongan,malah sangat membantu.Tahniah dan terima kasih atas layanan anda.

Humaira sayang,
Suatu hari andai terbaca catatan ini,ingatlah kamu anugera terindah untuk ibu dan ayah selepas mengharung kesakitan itu,ye sakit yang indah.Semoga Allah pelihara kamu dari segalanya di dunia ini.Kamu yang pertama dan kamu buah cinta dan kasih kami,Insya Allah kami berusaha menjadi ibu dan ayah terbaik buatmu nak.

Doakan kami ye semua.

Resepi Ayam Panggang Madu

$
0
0

Ayam panggang ni Cik Sue buat seminggu lepas,kebetulan nak masak lunch tapi tak tau nak masak apa,dengan dak kecik yang asyik dok merengek tu kena la fikirkan sesuatu menu yang tak amik masa lama tuk penyediaannya kebetulan ada peha ayam lagi,jadi panggang je dalam oven ,senang tak payah nak risau hangit sambil terkejar-kejar anak meraung hehehee.

Bahan :
1 ketul peha ayam
5 ulas bawamg putih
1 inci halia
sedikit garam dan serbuk kunyit
1/2 sudu serbuk lada hitam
3 sudu sos bbq kimball
3 sudu madu

Cara-cara :
1. tumbuk kasar bawang putih dan halia.
2. Dalam mangkuk gaulkan sekali semua bahan termasuk bahan tumbuk.
3. Gaulkan dengan ayam,perap dalam 30 minit.
4. Bakar dalam oven dengan suhu 180 selama 40 minit.

Kalau nak bakar dengan dapur arang pun lagi sedap tapi Cik Sue malas nak jaga lagi2 dak kecik dok merengek,dengan oven tinggal je tau-tau dah masak.

Mudahkan,ni kalau tak nak makan nga nasi pun ok,buat salad atau rebus sayur makan je ala-ala ayam nandos gitu hehehe.Selamat mencuba.

Tips menjaga kulit dari jerawat : Asuka Acne Gel

$
0
0


Assalamualaikum,hai korang.
Hari ni Cik Sue nak cerita masalah jerawat,ye la jerawat yang tumbuh-tumbuh kat muka ,yang boleh buat para gadis,para mak-mak gadis emo je sepanjang hari,tambah-tambah tumbuh masa ada majlis la,nak photoshot la,nak gi bertandang rumah bakal mertua la eh hehehhe.

Tak semestinya anak dara je tau naik jerawat kat muka,yang dah kahwin pun kekadang masih naik jerawatnya,bagi Cik Sue sebenarnya pemakanan dan kebersihan tu yang penting di jaga.Eceh ye la tu padahal dulu Cik Sue pun siap ada jerawat batu lagi,ala masa tu tak reti nak jaga kulit muka lagi,dok kat kampung lasak bebenor,main panas,tolong tok nenek buat keje kan.Jom Cik Sue kongsikan tips penjagaan muka dari jerawat tumbuh :


TIPS PENJAGAAN KULIT MUKA DARI JERAWAT

1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan BERSIH.

2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang TEBAL di wajah.

3. Bersihkan wajah dengan SEMPURNA setiap kali selepas mengunakan mekap.


4. CUCI wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.

5. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang BERLEBIHAN kerana ia akan menyebabkan iritasi.

6. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! MEMICIT jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.

7. Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang KOTOR. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.

8. Hentikan menggunakan MEKAP ketika wajah masih berjerawat.

9. Sering berganti TUALA pengelap wajah, pastikan tuala tersebut lembut dan bersih

10.Lindungi kulit dari SINAR matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

11. Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang LONGGAR, ringan dan dapat menyerap peluh.

12. Kurangkan memakai SKARF dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu.

13. Dapatkan NASIHAT doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan.

14. Kurangkan MAKANAN yang pedas, berminyak dan berkalori.

Ha,satu lagi ada petua nenek Cik Sue dari dulu,kalau rasa kulit muka naik jerawat atau ada bintik-biktik hitam ,amik daun aloe vera atau orang kampung panggil lidah buaya,amik lendir kat dalamnya dan sapukan kat muka,tapi cam lecehkan? tu yang malas nak buat tu,tu yang muka cam apa je hahhaha,jangan risau sekarang bahan yang sama korang boleh pakai dengan mudah iaitu Asuka Acne Gel.



Gel apa ni? alaaa aloe vera tuk masalah jerawat juga tapi lebih moden la,dalam botol gitu tapi khasiat masih sama dan bahan tetap semulajadi gituuu.

Gel ini berfungsi untuk :

1. Hilangkan jerawat dan mencegah jerawat untuk tumbuh.
2. Jerawat Baru HILANG dlm masa 24 Jam
3. Mencegah Jerawat Baru tumbuh
4. Pudarkan parut jerawat
5. Muka tak berminyak
6. Hilangkan black head
7. Kecutkan pori pori
8. Mengurangkan dark circle dan eye bag
9. Meningkatkan penghidratan dan mengurangkan sensitivi kulit.
10. Pudarkan bintik merah pada wajah.




Kandungan utama dalam gel ini adalah Aloe Vera yang di formulasikan oleh pakar dari Jepun serta mendapat kelulusan KKM Malaysia,Jadi boleh guna tanpa ragu-ragu sebab bahan dia memang semulajadi Aloe Vera.


 Gel ni juga berbau wangi dan lembut pada kulit muka,sama macam kita pakai jelly dari daunnya rasa sejukkk je kat muka kan,ha cam tu la.Nak tahu cara memakainya :

Cara guna :

1. Basuh muka dengan pencuci seperti biasa.
2. Bilas muka dan keringkan dengan tuala bersih.
3. Sapu Asuka Acne Gel dekat kawasan yang berjerawat.Guna 2 kali sehari,pagi dan malam sebelum tidur.






Asuka Acne Gel ni datang dalam 2 jenis botol dan harga,sangat berpatutan dan mampu milik.

60 ml = RM120
20ml = RM 60

murah je kan,jadi kalau korang nak beli segala maklumat boleh klik link kat bawah ni ye :

Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan detail di :

Facebook : Asuka HQ
Instagram : www.instagram.com/asukahq

Untuk pembelian boleh ke FB : GOOD For You Onestop

p/s :
Kalau kat kampung,abis pokok Aloe Vera ma ,Cik Sue ngan adik kerjakan tapi masa rajin je la nak spa-spa muka kononnya hehehhe.

Resepi Tenggiri Masak Asam : Menu Berpantang

$
0
0


Resepi ni Cik Sue masak sendiri selepas ma abah dah balik kampung ,tinggallah Cik Sue berpantang sendiri dengan di pantau Mr D hasil dari pesanan panjang lebar ma abah sebelum balik.Kalau senaraikan mesti berjela pesanannya apa yang boleh apa yang tak boleh hahahaha.Ni pun Cik Sue masak selepas hari ke 40 dah.Dah jemu asyik makan ikan bakar je hehhehe.

Resepi ni senang je,bahan pun mudah-mudah je :

Bahan :
3 keping ikan tenggiri
1 sudu serbuk lada hitam
2 biji bawang merah -tumbuk kasar
3 ulas bawang puth-tumbuk kasar
1 inci halia-tumbuk kasar
1 biji bawang besar-hiris
2 biji cili merah-belah dua buang biji
segenggam daun kesum
100 ml air asam jawa
garam dan perasa.

Cara:
1. Goreng ikan tenggiri sampai garing dan ketepikan
2. Tumis bahan tumbuk,masukkan air asam jawa,masukkan cili merah,daun kesum,dan serbuk lada hitam.
3.Biarkan mendidih masukkan bahan perasa,dan ikan,balik-balikkan agar sebati kuah dengan ikan.
4.Masukkan hirisan bawang besar,biar mendidih sekejao dan boleh hidangkan.

Mudahkan? sesuai untuk orang berpantang,Guna minyak sikit je untuk menumis.Makan nasi panas-panas tambah ulam dengan sambal lada hitam ikan bilis,perghhhh sapa kata menu pantang tak sedap hehehheh.

Resepi Ayam Goreng Kuah Percik

$
0
0

Sebenarnya kita teringin nak makan ayam percik yang bakar-bakar tu,tapi bila ada anak kecik ni tak sempat la nak panggang  bakar segala,masak jenis yang mudah-mudah je.Asalkan ada rasa dan rupa ok la tu.Memasak ni kreatif,tak boleh cara A kita cuba cara B,tak jadi sila sental sendiri jangan membazir hahahahha.Kita yang buat dia,olah je macam mana pun asal boleh telan,gittttuuuu.

Jom tengok resepi percik mudah Cik Sue ni:

Bahan ayam goreng :
500gm ayam -potong ikut suka korang
perapkan dengan :
garam
halia-tumbuk
bawang putih-tumbuk

Bahan kuah percik :

1 kotak santan segera-200 ml
5 ulas bawang merah
1 inci halia
4 tangkai cili kering (buang biji)-kalau nak pedas boleh tambah
2 keping asam keping
2 batang serai
1 helai daun pandan (tak de pun tak pe)
1 sudu tepung jagung-bancuhkan dengan air
gula dan garam

Cara :
1. Gorengkan ayam yang di perap hingga garing,ketepikan.
2. Untuk kuah : Blendkan bawang merah,halia,cili kering,1 batang serai.
3. Panaskan santan masukkan bahan blend tadi,biar mendidih sekejap masukkan 1 batang serai yang di ketuk,asam keping,daun pandan,air tepung jagung.perasakan dengan garam dan gula.
4. Sesuaikan kuah dengan kesukaan korang,samada nak pekat atau cair,tepung jagung tu bertindak tuk pekatkan kuah.
5. Perasakan kuah percik kelantan ada rasa manis masam masin yang seimbang,buang asam keping bila kuah dah masak,nanti bila panaskan terlebih masam pulak.
6.Ayam tu nak masukka dalam kuah dan didihkan sekejap pun boleh,kalau kuah pekat siram je atas ayam goreng dalam pinggan.

Selamat menjamu selera.

Sewa lampu biru untuk rawatan kuning/jaundice di rumah.

$
0
0
Assalamualaikum semua.
Kali ni Cik Sue nak cerita tentang rawatan kuning/jaundis Humaira selepas kami di benarkan keluar wad pada hari ke 3 kelahiran dia.Sebelum keluar wad,ibu dan anak dah di periksa oleh doktor ada demam atau kuning,Alhamdulillah tak de,tapi doktor tetapkan temujanji dengan klinik selepas 2 hari baby balik rumah untuk periksa perkembangannya.

Masa check tu kat Klinik Kesihatan Salak Tinggi,bacaan kuning Humaira naik tapi tak sampai tahap kena dok bawah lampu dan masuk wad lagi,Cik Sue dah mula risau ,down dan stress.Nasib baik abah ma ada dok nasihat jangan stress nanti susu badan drop,Mr D pun dok pujuk dan bagi semangat.

Balik dari klinik macam-macam ubat dan petua kami cuba,selang 2 hari pergi klinik  semula check lagi,Cik Sue sebenarnya tak larat dah nak follow,tapi mengenangkan Humaira menyusu kang kalau tak ikut meraung lak kelaparan,menunggu nak buat pemeriksaan tu bukan sekejap.Kali ni doktor suruh refer hospital Serdang sebab naik melebihi 270 bacaannya dan perlu terapi lampu biru untuk kawal bacaan tu,Cik Sue terus teringat Abang Ben Ashaari ada post pasal rawatan  terapi tu di rumah,terus bagitahu doktor nak buat kat rumah je.

Yang peliknya doktor macam tahu je dan terus bersetuju tapi suruh pasang secepat mungkin,malam tu juga.Terus call Abang Ben dan tanya,dapat nombor telefon terus Cik Sue call dan order suruh hantar.Alhamdulillah malam tu juga Puan Asma datang dan tolong pasangkan.Dia juga ajar cara nak menjalankan rawatan tu,berapa lama dan macam mana nak letak baby dalam tu.




Syukur banyak-banyak Cik Sue rasa sebab kalau kena masuk wad memang tak larat ak uruskan baby sendiri,dengan luka czer yang belum baik,dengan rahim yang belum kecut .Memang agak terbatas nak turun naik katil ,nak susukan baby lagi.Kalau kat rumah sekurangnya ma abah ada,Mr D pun ada,perasaan tak stress sangat.Memang bagus yang menyediakan perkhidmatan sewaan lampu terapi ni,memudahkan ibu-ibu buat rawatan di rumah.Wad hospital pun tak penuh hehehehe.


Dan selepas 2 hari bacaan jaundis Humaira turun selepas check bacaannya di Klinik Presint 9.Gembiranya hati ni,lega rasa.Kepada korang yang nak sewa dan memerlukan perkhidmatan mereka boleh klik link di bawah ye :


Emel : therapybleu@gmail.com


p/s :
Rupanya Humaira kena Prolong Jaundice berlarutan hampir 30 hari,hampir 2 minggu kena juandice kami ke pakar kanak-kanak Serdang amik urin dan darah Humaira Alhamdulillah ,Jaundice di sebabkan susu ibu dan tak berbahaya,doktor kata akan beransur hilang dengan sendiri cuma kawal jangan sampai demam sahaja.Syukur Ya Allah.

Perlancaran GT Dollar oleh GT Group di Malaysia.

$
0
0


16 Januari 2017  yang lepas telah berlangsung majlis perlancaran platform E-Dagang terbesar iaitu GT Dollar Malaysia sempena Persidangan Fin Tech Ekosistem Malaysia bertempat di Sime Darby Convention Centre,Bukit Kiara ,Kuala Lumpur.Majlis telah di rasmikan oleh Y.B Datuk Mas Ermieyati Bin Samsudin,Timbalan Menteri Perlancongan dan Kebudayaan.

Majlis ini disaksikan Pegawai-pegawai kerajaan serta hampir 3,000 peneraju industri IT dan E-Dagang yang menyokong pembangunan Ekosistem DynamicFin Tech dan memberi laluan untuk SMART inovasi seperti GT Dollar yang menjadikan Malaysia salah satu yang berpengaruh dalam sektor Fin Tech.

Kerjasama ini antara Kerajaan Malaysia dan Dolar GT diharap membantu untuk memudahkan kehidupan rakyat melalui pelancaran aplikasi mudah alih Dolar GT, bertindak sebagai satu platform mudah alih E-Dagang yang membolehkan pengguna dan penjual berinteraksi yang lebih mudah dan teratur.

GT Robot
Bagi melengkapkan usaha sama ini,GT Robot iaitu sebuah inovasi berteknologi tinggi telah di perkenalkan oleh GT Group yang mana mempunyai kepakaran dalam penyelesaian robot humanoid.

Kerajaan Malaysia sedang merancang untuk memperuntukkan suatu kawasan di sepanjang sempadan Sembilan Melaka-Negeri untuk pembuatan dan pemasangan sendiri kilang GT Robot, yang bernilai hampir RM300 juta.Di mana bakal mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan untuk warga tempatan malah kilang GT Robot ini adalah yang pertama di Asia dengan pembuatan mesra alam serta peralatan teknologi tinggi selepas China.


GT Robot yang di perkenalkan di namakan GT Wonder Boy pelbagai fungsi dan lengkap dengan kepintaran emosi.Satu gajet bijak yang boleh di gunakan dalam pelbagai perkara contohnya pembatu peribadi,jurugambar peribadi,boleh berbual dua hala dan banyak lagi.Anda boleh dapatkan maklumat tentang robot ini di www.gtrobots.com


GT Dolar




Fokus utama GT Dollar pula  ialah membina sebuah  kemudahan setempat dalam talian untuk membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran melalui sistem e-wallet di samping  memberi carian yang luas untuk produk atau perkhidmatan dalam pasaran

GT Dollar pula memberi peluang peniaga dan pembeli bertemu secara dalam talian dan komunikasi antara peniaga dan pengguna dipermudahkan melalui lancar GPS-lokasi dan platform tempahan mesra pengguna.

Aplikasi ini berfungsi  melengkapkan dan memudahkan gaya hidup yang semakin sibuk dengan menyediakan pengguna dengan akses ke pangkalan data yang besar lebih 80,000 peniaga di seluruh dunia sehingga  di internet atau mudah alih, malah  menawarkan  pelbagai produk. Peniaga dan pengguna boleh menikmati perkhidmatan  lain selain dari membeli-belah dalam talian seperti, pemindahan dana, pembayaran bil utiliti, prabayar masa udara up, social Network Chat (untuk sehingga 20 orang dalam setiap kumpulan), dan lain-lain

Seperti statistik, terdapat lebih daripada 18 juta pengguna digital yang aktif di Malaysia dan sehingga 2015, sebanyak 77.3% daripada isi rumah di Malaysia mempunyai  akses kepada perkhidmatan jalur lebar.Aplikasi ini  adalah aktif sepanjang hari, yang membolehkan pengguna untuk membeli-belah dengan mudah di  telefon pintar mereka. "Kami melihat peluang ini sebagai  kesempatan daripada dunia digital dan membangunkan penyelesaian inovatif yang memberi manfaat kepada kedua-dua perniagaan dan pengguna." Kata Encik Patrick Chew, Negara CEO Dolar GT Malaysia.

Untuk maklumat mengenai GT Dollar anda boleh dapatkan maklumat di www.gtdollar.com


GT Mobile
Selain itu pada majlis ini juga di perkenalkan produk  keluaran GT Group iaitu telefon pintar dan jam di bawah GT Mobile.Bagi telefon pintar setakat ini terdapat 3 jenis model iaitu GT 888(Tunggukan review dari saya),GT886 dan GT 883  yang mana mempunyai keistimewaan tersendiri.GT Watch pula adalah jam yang menggabungkan fungsi jam.jam loceng,penentu lokasi (GPS) dan handphone dalam satu rekaan jam yang canggih,anda boleh layari http://www.gtmobile.sg/ untuk maklumat 2 produk ini.


Selain itu anda boleh dapatkan info GT Group Malaysia di www.instagram.com/gtgroupmalaysia
Tahniah kepada GT Group dengan majlis gilang gemilang ini dan semoga terus sukses di Malaysia dengan produk dan perkhidmatan yang berteknologi.


Raikan Perbezaan,Rapatkan Ikatan.

$
0
0
Masih belum terlambat Cik Sue nak ucaplan Happy Chinese New Year kepada semua rakan yang menyambutnya.Tahun ni adalah tahun ayam atau rooster ,semoga membawa tuah dan keuntungan berlipat kali ganda kepada korang ye.

Oh ya,setiap kali perayaan kita pasti tertunggu-tunggu iklan istimewa dari syarikat-syarikat besar di Malaysia ni kan,kali ni Cik Sue tertarik dengan iklan Tahun Baru Cina dari TNB Malaysia.Korang boleh tengok kat link di bawah nu ye :


Mengisahkan ibu mertua yang memberi cabaran memasak sempena makan besar tahun baru kepada tiga menantu perempuannya.Tergelak juga la Cik Sue tengok gelagat menantu-menantunya,siap buka Youtube nak tengok cara memasak tu (terasa ai hahahhha) tapi Cik Sue tengok resepi je.Menantunya berusaha keras nak memikat hati mertua,siap berkungfu dan keluar semua skill memasak yang ada tapi tak berjaya,sekali pak mertuanya bagi idea yang menjernihkan suasana,nak tahu apa korang kena la tonton iklan ni ye.

Walaupun nampak iklan ni kelakar tapi banyak pengajaran yang kita boleh dapat melaluinya seperti mengenepikan segala perbezaan dan merapatkan semula ikatan kekeluargaan bukan sahaja di waktu perayaan.Sememangnya kita masing-masing adalah berbeza punya perangai tersendiri,ada benda yang kita suka dan tak suka pada ahli keluarga tapi bukanlah alasan untuk membenci malah menerima perbezaan masing- masing pastinya lebih pelbagai dan meriah,betul tak?

Dalam keluarga yang ramai dan besar pula kita tidak boleh mementingkan diri serta asyik bertelagah sesama sendiri,padahal jika bersatu sesuatu yang di buat akan lebih mudah dan berjaya,contoh menantu-menantu dalam iklan ni jika mereka bekerjasama pasti hidangan akan jadi lebih sedap.

Seperti juga hidangn di musim perayaan ini yang pelbagai rupa rasa dan bentuk ,begitu juga kita sesama ahli keluarga dan rakan sekeliling,saling menerima dan merasai pasti akan lebih harmoni.Buka hati untuk menerima kelebihan dan kekurangan orang di sekeliling begitu juga orang akan melayan kita kelak.

Apapun perbezaan bukanlah penghalang kemesraan dan ikatan,yang penting sikap terbuka dan menerima.

Selain iklan Tahun Baru Cina dari TNB ini korang juga boleh bermain permainan hidangan misteri di web mereka,detail seperti di bawah ye.



Table Of Harmony
Jom kita tengok hidangan misteri masing-masing yang mencerminkan diri korang . Dalam game ni kita akan lihat  sejauh mana sikap korang bila berkumpul dengan ahli keluarga.

1. Buka website https://betterbrighter.my/tableofharmony

2. Klik 'Unveil Mystery Dishes'
3. Klik 'Discover What Mystery Dish You Are & Join The Table'
4. Pilih jawapan A, B, C atau D

5. Klik 'Unveil Your Dish' dan keluarlah result Mystery Dish korang...


Haaaa ni result Cik Sue,hehee bila plak kita suka makan tofu ni huhuuu...


Happy Chinese New Year allllll.....

Sekian Terima Kasih

$
0
0


Dah lama minat Azharina ni,dari zaman lagu Elegi Sepi dia lagi ,dulu mula-mula dia menyanyi masuk bintang RTM kalau tak silap ,sama batch ngan Siti Sarah dan Misha Omar tu.Cik Sue suka suara gemersik dia,lagu-lagu dia pun sedap-sedap.Baru-baru ni dia buat comeback lepas menang GegarVaganza di Astro tu,memang layak la dia menang.Ni dah keluar lagu baru ,dua tiga hari ni Cik Sue dok dengar lagu ni je la,maybe boleh masuk AJL akan datang ni.Jom layan....


Sekian Terima Kasih-Azharina

Remuk jantung hatiku 
Kau pukul dengan janji palsu
Kau kembali dengan yang baru
Setelah lama aku tunggu

Mana janji kau setia 
Bukan mudah aku lupa
Ingin saja ku teriak
Hilang sesak di dada

Jelaskan saja apa kau rasa
Saat kau menduakan cinta
Kecewa aku bahagiamu
Jelaskan saja

Aku dah jemu kasih
Aku dah jemu kasih
Aku dah jemu kasih
Sekian terima kasih

Indah bila dibayangan
Tapi parah dicurahkan
Kau buat satu permainan
Bagi aku dipermainkan

Mana janji kau setia
Bukan mudah aku lupa
Ingin saja ku teriak
Hilang sesak di dada

Jelaskan saja apa kau rasa
Saat kau menduakan cinta
Kecewa aku bahagiamu
Jelaskan saja

Aku dah jemu kasih
Aku dah jemu kasih
Aku dah jemu kasih
Sekian terima kasih

Mana janji kau setia
Bukan mudah aku lupa
Ingin saja ku teriak
Hilang sesak di dada

Jelaskan saja apa kau rasa
Saat kau menduakan cinta
Kecewa aku bahagiamu
Jelaskan saja

Aku dah jemu kasih
Aku dah jemu kasih
Aku dah jemu kasih
Sekian terima kasih

Terima kasih segalanya

p/s- Terima kasih kepada kalian yang wujud dalam kenanganku...

Majlis Cukur Jambul dan Akikah Humaira

$
0
0
Alhamdulillah ,berjaya jalankan amalan sunnah menyambut kelahiran Humaira.Majlis cukur jambul dan akikah Humaira kami jalankan pada 3 December 2016,lebih kurang 2 minggu selepas lahir.Mesti ramai yang tanya kenapa tergesa-gesa sangat,bukan apa Mak (mertua Cik Sue ) nak abah dan ma cik sue ada sekali sebab minggu ketiga tu abah dan ma nak balik Pahang dah.Kebetulan minggu tu je kumpulan marhaban mak boleh datang.


Syukur Alhamdulillah majlis berlangsung meriah walau simple dan ringkas sahaja.Cik Sue pun tak bermalam kat rumah mak,kami ,ma dan abah datang rumah mak dari Dengkil awal pagi.Majlis mula pukul 11 pagi dengan ketibaan kumpulan marhaban ,selawat dan potong jambul.Oh ya,pagi tu bapak dah ke tempat sembelihan kambing akikah sebagai wakil,lepas sembelih terus hantar ke katering untuk masak sebab tak de sapa nak uruskan kat rumah,kiranya katering hantar lauk yang dah siap je.



Terleka dan sayu pulak dengar marhaban dan qasidah bait-bait ayat Al-Quran ,syair-syair kisah nama dan nasihat-nasihat ibu ayah.Meresap ke hati jugak la.selesai upacara potong jambul dan selawat ,di bacakan doa selamat.Walaupun ringkas ramai juga sedara-mara dan kawan-kawan Mr D kat kampung tu datang.Alhamdulillah juga Humaira sangat memberi kerjasama,diammm je dengar selawat dan qasidah semua.Sayang anak ibu hehhe.

abah potong jambul cucu



Cik Sue pun berpeluang juga la tapi dalam bilik je sebab tengah pantang lagi,huuhuuuu tak merasa daging kambing hehehe Petangnya kitaorang balik semula ke Dengkil sebab esoknya ma ngan abah dah nak balik ke Pahang dengan pak cik datang ambil.

Lega rasa semua dah selesai,terima kasih sangat-sangat kat mak mertua Cik Sue dia la yang uruskan semua,terima kasih banyak mak,semoga mak murah rezeki.Semoga coretan ini Humaira baca dah besar nanti dan ingat apa mbah buat ni ye.

GT Mobile Smartphone : Model GT-888

$
0
0
Sebelum ni Cik Sue ada war-warkan tentang pelancaran GT Group di Malaysia kan? Boleh baca DI SINI ye.Dan GT Mobile Smartphone ni adalah salah satu produk GT Group selain jam dan robot pintar mereka.



Alhamdulillah Cik Sue berpeluang menggunakan sendiri smartphone ini sudah hampir 2 minggu dan agak berpuashati dengan prestasinya setakat ini.Yang Cik Sue gunakan ni model GT888 di mana ada 2 pilihan warna iaitu putih dan kelabu.Cik Sue ambil yang kelabu.Smartphone ini berharga 400 Singapore Dollar.Korang boleh kira la berapa harga di Malaysia ye.


Dalam kotak yang Cik Sue dapat ni ada :

1 smartphone model GT888
1 bateri 2250mAH
1 set charger
1 earphone
1 screen protector
1 manual book


Nak tahu spesifikasi smartphone ini,antaranya :

-Saiz Skrin 5.5 inci (Full HD 1280X720 pixels)
[Skrin jenis IPS OGS (nipis) & Corning ® Gorilla ® (tahan lasak)
-Cip pemprosesan Media MT6735P dengan kelajuan 1.00 GHz
-RAM 2GB
-Memory storage 16GB
-Extra Memory Card 64GB
-Kamera 8MP - 13MP (fokus gambar selaju 0.3 saat dengan lensa OV8865)
-Caj Pantas
-Bateri : 2550μAh
-WiFi
-Bluetooth
-HotKnot
-Dual SimCard

spesifikasi detail korang boleh tengok kat SINI ye



Apa yang Cik Sue suka tentang smartphone GT888 GT-Mobile ini :

1. Kepantasan masa caj bateri.
Ini memang penting la tuk Cik Sue sebab sibuk dengan anak kecil ni nak tunggu phone caj nak guna lagi memang menyusahkan la tapi gt888 ni 15 minit dah 40% agak laju.Cik Sue ni kalau dok susukan Humaira tu sambil-sambil la skroll fb dan blogwalking dengan smartphone ,jadi kalau habis bateri tu cepat la cajnya tak payah tunggu lama,lagipun baterinya agak tahan lama kalau keluar jalan-jalan off data satu hari suntuk boleh tahan baterinya.

2. Dual Sim
Kebanyakan kita hari ni memang guna 2 sim kan,selalu satu untuk kerja dan satu lagi untuk personal,tambah-tambah syarikat telco sekarang bagi promosi data macam-macam kan tu yang rama pakai 2 sim kan? sama la macam Cik Sue,sebelum ni pun pakai phone 2 sim jugak.Mudah la tuk penggunaan.Phone ni ada 2 slot sim,1 sim biasa yang besar macam dulu-dulu tu,1 lagi slot sim micro yang kecik tu.Oh ya,phone ni juga support sim card 4g,ni cik sue suka sebab phone lama tak support jadi line asyik 3g je dan slow huhuu.

3. Fungsi yang menarik pada phone ini :
HotKnot – Membolehkan pertukaran data apabila skrin menyentuh peranti lain.
Scheduled power on & off – Auto off mengikut masa yang ditetapkan.
Zero shutter delay – 0.3 saat fokus dan rakam gambar.

Off-Screen Gesture - (Fungsi ketika skrin terpadam)

4. Rekabentuk 
Cik Sue suka phone ini,agak ringan 160g je dan curve bentuknya menarik,cantik.Bingkai logamnya napak mahal walau berharga sederhana.Pegang pun sedap je kat tangan,bagi Cik Sue tak la besar sangat sebab cik sue pernah pakai phone skrin 6" jadi yang ni sedang-sedang kat tangan.







5. Kamera
Kamera belakang 8mp dan depan 5mp,tapi yang best depan ada flash ,jadi kalau korang selfie tempat gelap pun tak de hal,Kelajuan 0.3 saat tuk capture agak menarik cepat snap.Kalau di kawasan banyak cahaya memang cantik juga gambarnya.Bagi Cik Sue sederhana la kamera ni sesuai dengan harga dan spesifikasi smartphone ni.Ni ada contoh gambar Cik Sue snap guna smartphone ni.

Mode : Normal ,Waktu : Siang,Lokasi : Dalam rumah : Cahaya : Lamu pendaflour dan matahari

Mode Normal,Siang,,Dalam Rumah,Cahaya :Matahari
Mode Normal,Siang,Cahaya matahari
selfie normal mode
selfie beauty mode
normal mode ,siang
normal mode malam


Bolehlah kalau korang nak cuba telefon ni,mampu milik dan spesifikasi sederhana namun berbaloi untuk penggunaan.jadi korang boleh terjah  laman web GT Mobile http://www.gtmobile.sg/

p/s :
Syukur Alhamdulillah ada phone ni,bleh guna untuk tethering internet ke laptop,lebih laju sebab support 4g,puas hati ko pakai laptop pas ni heheheh.

Resepi Kobis Goreng Ala Mamak

$
0
0

Ni masak awal-awal pagi tadi,sekuali besar Mr D bawa ke opis tuk potluck,menu dah di beri suh buat sayur goreng,jadi Cik Sue masakkan yang ni je la senang hehehhe,mana ntah dapat resepi ni masa tu dok tanya orang sebab nak makan macam.kat kedai mamak tapi nak buat sendiri hehehhe mudah je rupanya.

Bahan :
1 biji kobis saiz kecik-bukak sehelai2 potong ikut suka dan basuh bersih2
1 batang carrot merah hiris memancang macam batang mancis.
1 sudu kecil biji sawi
3 ulas bawang merah hiris
3 ulas bawang putih hiris
1 sudu kecil serbuk kunyit
4 tangkai cili kering potong pendek2
minyak untuk menggoreng
garam dan perasa

Cara :
1. Panaskan minyak,masukkan biji sawi dan bawang,goreng hingga wangi,
2. Masukkan serbuk kunyit dan cili kering,gaul rata.
3. Masukkan carrot gaul dan biar empuk sebentar,masukkan kobis,gaul rata sampai semua kobis berwarna kuning,masukkan garam dan serbuk perasa.Mudahkan.

Sayur kobis ni makan lak ngan kari kepala ikan ke,kari ayam ke sedap ni ,nyum2 lapar la pulak huhuuu...


Klinik untuk khatan/sunat bayi perempuan di Bangi

$
0
0
Hukum sunat bayi perempuan :

SOALAN :
Adakah hukum khatan bagi anak perempuan, sunat atau makruh?
JAWAPAN :
Sunnah fitrah terbahagi kepada lima, salah satu antaranya ialah khatan. Khatan bagi anak perempuan adalah sunnah Rasulullah SAW. Baginda SAW sunatkan anak perempuan dikhatankan untuk kesihatan.
Baginda SAW bersabda yang bermaksud :
"Khatan ialah sunnah kepada lelaki dan kehormatan kepada wanita."
 (Riwayat Khalal)                                                                 

Alhamdulillah selesai jugak tunttan yang satu ini,lepas bertangguh hampir 2 bulan selepas Humaira lahir.Mulanya nak sunatkan cara kampung tapi bidan yang nak buat tu dah tua tak berapa nampak dah matanya,jadi marilah kita ke klinik.Sepatutnya buat dalam pantang lagi sebab makin besar baby akan rasa sakit,kalau kecil kulitnya lembut lagi tak rasa sangat,kata doktor la.


Masa tu hari sabtu,sebelum gerak balik umah Mak kat Sungai Buloh kitaorang ke Bandar Baru Bangi dulu cari klinik nak sunatkan,Cik Sue dah call awal-awal lagi Azzahra Hospital tanyakan dan diorang bagi klinik ni,jadi pergi je la.Ramai juga orang pagi tu,tapi kemudahan lengkap,nombor pun jalan laju je.Klinik ni ramai juga kanak-kanak dapatkan rawatan selain orang dewasa dan ibu mengandung.


Sempat la Humaira lena hehehe,bila nombor di panggil masuk la kami jumpa doktor,suruh bukakan pampersnya ,alamak sekali dia membuang la,terima kasih nurse tolong tukarkan pampers siap suruh Cik Sue duduk je sebab katanya czer jangan lasak sangat,terharu ai hehehhe.Pastu doktor pun sunatkan ,ingatkan lama dan berdarah banyak rupanya doktor kata syarat sunatkan baby perempuan cukup sekadar toreh dan berdarah sedikit sahaja,macam nak buang darah kotor di lapisan atas kulit je katanya.Laaaaa ingatkan lama hehehehe.Humaira pun tak nangis,ekkkk sikit je sebab kacau dia tidur hehehhe.


Alhamdulillah selesai ,tak payah nak fikir-fikir dah,terima kasih doktor dan nurse yang baik dan mesra.

Megaklinik Zahran
C-06-G Plaza Paragon Point
Jalan Medan Pusat Bandar 5
Pusat Bandar Baru Bangi
Seksyen 9,43650
Bandar Baru Bangi
Selangor
Tel 03-89122524


Jus Dara Vouge : Memelihara Kesihatan Dalaman Wanita

$
0
0


Semenjak lepas bersalin ni,Cik Sue memang mencari produk kesihatan tuk pulihkan kesihatan luar dan dalam.Penting tau bukan untuk hari ni je,badan ni nak pakai lama.Lagipun Cik Sue kena betul-betul sihat dan cergas untuk jaga keluarga,buat kerja-kerja rumah,kerja-kerja luar dan bergerak ke sana sini,kalau sakit-sakit macam  mana nak jaga keluarga kan?

Kesihatan bagi wanita bukan sahaja luaran tapi dalaman,semua tu kena jaga bukan sahaja untuk keintiman dan merapatkan hubungan suami isteri sahaja tau,malah untyk kesihatan dalaman seperti kesihatan rahim dan peranakan.Ini penting untuk mengelakkan penyakit-penyakit berisiko seperti kanser.

Eh panjang pulak membebel,meh nak kenalkan korang dengan produk yang Cik Sue amalkan sekarang JUS DARA VOUGE,jus yang di gabungkan dari bahan-bahan terbaik tuk meremajakan semula wanita secara dalaman.Selepas seminggu amalkan jus ini,Alhamdulillah Cik Sue rasa segar badan,pengeluaran baki-baki darah nifas pun lancar je,maklumlah Cik Sue kan bersalin secara pembedahan,jadi darah nifas keluar semasa berpantang lambat sikit nak habis.Lepas minum jus ni juga rahim yang rasa sakit sebab belum mengecut ke saiz asal dengan sempurna dah lega dan mengecut elok.Badan pun rasa lebih segar dan bertenaga selain tu luka dalaman pun mudah sembuh.Banyak kebaikan dan khasiat jus ni selain yang Cik Sue alami tu antaranya :

KHASIAT JUS DARA VOGUE

1. Tingkatkan tenaga dan kecergasan
2. Menguatkan sistem imunisasi
3. Memelihara kesihatan dalaman wanita
4. Menyingkirkan toksin
5. Ketatkan otot faraj dan merawat kentut faraj
6. Merawat masalah keputihan, senggugut, dan kitaran haid yang tidak stabil
7. Meningkatkan keinginan (libido) dan fungsi seksual wanita
8. Menganjalkan punggung dan  payudara
9. Mengatasi masalah sakit puan serta menentang serangan kanser payudara dan rahim
10. Memperlahankan proses penuaan
11. Mencegah gejala menopaus
12. Membantu mengatasi masalah angin di dalam badan
13. mengempiskan perut
14. Merawat keguguran rambut dan melebatkan rambut
15. Mengatasi masalah bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita
16. Menguatkan bahagian rahim serta memulihkan tenaga selepas bersalin
17. Mengekalkan berat badan yang ideal
18. Membantu mengawal paras kolesterol dan gula di dalam darah
19. Melancarkan peredaran darah
20. Mengawal tekanan darah
21. Mengatasi masalah kulit seperti jerawat, parut, jeragat dan kulit kusam
22. Memelihara keremajaan kulit
23. Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
24. Meningkatkan tahap metabolisme dalam badan

Amacam? banyak kan khasiatnya,kira macam perapat dan memberi kebaikan kepada hubungan intim dengn suami la untuk yang berkahwin,yang anak dara tu untuk kesihatan dalaman,kena la jaga awal-awal supaya kekal awet muda gitu.Yang suami isteri memang penting la jus sebegina untuk kerukunan rumahtangga.Jnagan mekap je 1 inci  tapi suami komplen kesihatan dalaman kita,haaaa masalah tu.



Sebelum minum atau amalkan sebarang produk Cik Sue suka tengok bahan-bahan yang di adun dulu dalam sesuatu produk.Bagi jus dara ni Cik Sue tertarik dengan manjakani sebab dari pantang 44 hari lagi bidan memang suruh rebus biji manjakani dan minum airnya tuk kesihatan rahim,tapi macam leceh la pulak huhuuu hari-hari nak rebus tapis dan minum air,bila ada dalam jus ni memang kena la keperluan Cik Sue,selain tu terdapat bahan-bahan yang berkualiti lain.

BAHAN YANG TERKANDUNG DALAM JUS INI :

KUNYIT HITAM -  Mengubati dan menetang  serangan penyakit kanser,penyakit kulit,
cacing dalam badan, bagus untuk awet muda,sangat baik untuk membuang lemak di dalam perut dan menurunkan berat badan,menambah daya antibodi, melawan penyakit,
Menghilangkan jerawat dan jeragat,membantu merawat lenguh badan,sendi dan tulang,
Membantu penyembuhan diabetes,mengubati penyakit katarak,mengubati asam urat(kejang betis), dan mampu menolak aura negatif dalam badan.

ALMOND -  Melembabkan dan menghaluskan kulit,menyingkirkan sel kulit mati,mencerahkan kulit,Mengatasi Kerutan penuaan, menyihatkan dan melebatkan rambut serta rawatan kelemumur,
Menjaga kilauan rambut,meningkatkan daya Ingatan, memperkuatkan sistem saraf, juga mampu menambah darah serta menguatkan imunisasi terhadap bayi yang disusui, mampu  membantu meringankan rasa sakit  otot yang tegang.

HABATUSAUDA - Anti bakteria, mengatasi penyakit diabetes atau kencing manis, membantu dalam menstabilkan kadar gula dalam darah, meningkatkan sistem imun tubuh,mencegah dan membunuh perkembangan sel kanser,membantu melancarkan pembuangan angin,  mengatasi sakit perut,menghangatkan badan, menambah susu badan,
membaiki sistem pencernaan tubuh

KACIP FATIMAH  -  Mengembalikan tenaga semasa dalam pantang, meningkatkan nafsu seks, mengurangkan masalah kesakitan semasa haid dan mengurangkan gejala menopaus atau putus haid.  Dapat merawat  angin dalam perut (kembung perut), cirit-birit berdarah, penyakit kelamin dan buasir,  awet muda kerana kacip fatimah mampu mencegah penuaan.

SIREH -Mengubati penyakit asma,Menyembuhkan radang tekak,Mengubati luka dalaman,
mengubati demam atau suhu badan tinggi, mengelakkan rabun mata,melancarkan haid, mengatasi keputihan dan Menghilangkan bau mulut

MANJAKANI
- membantu melambatkan proses penuaan,
-mencantikkan kulit
-membantu mencegah jerawat
-mencegah diabetes dan asma,
-mencegah kanser serviks dan payudara,
-Membantu merawat  keputihan dan bau tidak menyenangkan,
-menegangkan oto-otot faraj,mengurangkan lebihan mukus dan lelehan di vagina,
-menstabilkan hormon dan melancarkan peredaran darah,
-membantu memberi tenaga dan memperbaiki tahap penglihatan mata.Ia juga dapat menguatkan gigi dan tulang
-Memelihara kebersihan mulut.
-Sangat mujarab untuk merawat luka dalaman dan luaran

LOBATA -  Melangsingkan badan, melambatkan proses monopaouse, meremajakan sel kulit, membesarkan dan memperindah bentuk payudara,
Menegangkan dan memperindah bentuk punggung,
 Merapatkan otot rahim, melancarkan haid
Menghitamkan serta menyuburkan rambut, Mengurangkan migrain
Mengatasi masalah sukar tidur,  menghalang pertumbuhan sel kanser serta mengurangi berat badan serta meningkatkan pembakaran lemak.
Merawat masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim.
Menghalangi penyakit pada vagina dan saluran kencing (bladder)
Mengetatkan vagina.
menghilangkan bau badan dan bau peluh.
Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain.
Menjadikan kulit lebih lembut dan lebih ‘muda’,
mencerahkan kulit (termasuklah kulit pada bahagian puting payudara),menegangkan kulit yang kendur.
Melambatkan proses penuaan.

KURMA -  Memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.
 Membantu mengatasi masalah pencernaan dalam tubuh,mencegah penyakit jantung dan diabetes.
Bermanfaat bagi ibu menyusui,Mencegah usus terkena bakteria,
mencegah osteoporosis dan menjaga kesehatan tulang. Dapat digunakan untuk penurunan berat badan, membantu untuk meningkatkan libido dan membantu untuk mengatasi penyakit anemia.



Cara minumnya senang je,boleh ambil 2 sudu pagi ,2 sudu malam sebelum makan, korang kena banyakkan minum air masak tau,supaya lebih berkesan,dah buka tu masukkan a dalam peti ais sedap sikit minum sejuk-sejuk,letak kat luar kang rosak pulak.Rasa dia sedap juga ,kelat-kelat manis,cik sue pulak rasa macam pati air jambu batu ,sedapppp.Oh ya! ibu mengandung dan wanita datang haid tidak boleh minum ye.

Kalau korang nak cuba boleh ke link di bawah untuk maklumat lanjut ye :

Website www.teja.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/tejaherbs/
Telefon : 016 9333443 / 016 9633443
Hotline : 03-89499857

Harga pun tak mahal ,masih mampu milik 
HARGA 250ml : RM 39.90 [WM] | RM 42.00 [EM]

Keluaran : 
TEJA HERBS
No. 16-1, Jalan Equine 10C
Taman Equine, 43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan

p/s : Jom sama-sama jaga kesihatan luaran dan dalaman untuk kesejahteraan hidup.

Resepi Masak Lemak Cili Api Ikan Mackeral Yang Mudah

$
0
0

Ikan kembung sekarang memang mahalkan? Musim hijan dan tengkujuh agaknya nelayan pun tak turun ke laut,semua ikan pun mahal huhuuu tapi masalahnya ayam pun mahal apa cite? huhuu. Hari tu pegi Hero beli barang dapur konon nak beli la sikit ikan kembung mana tau nak makan kerabu ke ikan bakar cicah budu ke kan,sekali tengok harga alahaiiiii menelan air liur,sejak-sejak sorang je "mengais" rezki dalam family ni kena la berjimat cermat sikit.Puas pusing puas termenung jumpa la ikan mackeral murah ni rm7.90 sekilo.Hurmmmm makanlah ikan apa pun asalkan ikan ye,sama gak zatnya huhuuu.Balik rumah terfikir gak nak masak apa sedap eh ikan ni? google2 macam tak jumpa la pulak,alih-alih masak je la apa yang Cik Sue biasa masak ngan ikan kembung tu.Jom layan resepi mudah dari Cik Sue.

Masak Lemak Cili Api Ikan Mackeral

Bahan :
2 ekor ikan mackeral,potong 2 (kalau tak nak bagi hancur dalam kuah goreng sekejap tanpa garam)
4 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah besar (kalau nak pedas guna cili api ye,cik sue susukan baby nak kuragkan pedas takut baby sakit perut lak)
1/2 inci halia 
(Blend semua bahan di atas kecuali ikan)
1 kotak santan 200ml
2 keping asam keping
2 batang serai ketuk
1 helai daun kunyit carikkan
sedikit daun kesum

Cara:
-Tumiskan bahan blend sampai naik bau,masukkan asam keping dan serai.
-Tambahkan air satu cawan,masukkan ikan,
-Gaul sebati ,masukkan santan,kalau nak cair tambah air ikut kesukaan anda.
-Biar mendidih masukkan daun kunyit dan daun kesum.
-Bair mendidih seketika,yeayyyy dah siap simple dan mudahkan.

Selamat mencuba.


Terima kasih Deeja Cosmetic.

$
0
0

Yeayyyy Alhamdulillah ,Terima kasih Deeja Cosmetic.Baru-baru ni dalam 2 minggu la Cik Sue cuba guna produk ni ,misi utama untuk hilangkan parut lama terutamanya kat tepi pipi kiri dan kanan serta dagu.Sejak awal mengandung hari tu,Cik Sue memang tak pakai apa-apa produk dah,tak tahula samada hormon malas atau memang tak de yang sesuai hehehee.Sampai la Humaira dah 3 bulan ni.Tengok iklan masa drama 7 hari mencari cinta tu la,teringin pulak nak cuba.


Set 5 in 1 Deeja Cosmetic

Set yang Cik Sue pakai ni dalam satu kotak ada 5 produk,yang mana lengkap dari pencuci muka hingga krim.Produk 5 in 1 adalah :

1. Pencuci / Sabun Muka
2. Krim Siang
3. Krim Malam 
4. Krim Malam (Nano)
5. Toner Nano

Cik Sue suka produk sebab bekas kecil-kecil mudah nak bawa ke mana-mana.Masuk je dalam handbeg pun boleh,konpem muat.Tak perlu pakai banyak pun calit-calit sikit-sikit je krimnya,dah cukup tak perlu nak lumur satu muka sampai jadi hantu mak limah lak hehhe.

Produknya pun wangi je pakai.lagipun bahan utamanya kunyit,kita pun tahu kunyit kan banyak khasiat tuk kulit,masyarakat india pun suka letak kunyit dengan bedak sejuk kat muka kan.Cara penggunaannya pun mudah je,Cik Sue yang pemalas ni pun boleh pakai inikan korang yang rajin belek muka tu kan hehhehee.


 Cara penggunaannya :


 Waktu siang :
1. Cuci muka dengan sabun,lap kering,dap-dap toner atau letak toner kat kapas tekap-tekap kat muka tak perlu banyak ye.
2. Sapukan krim siang

Waktu malam :
1. Sama juga cuci muka dengan sabun ,pakai toner.
2. Pakai krim malam dan krim nano (krim nano ni pakai selang-selang hari ye)

Oh ya ,kalau nak keluar boleh pakai foundation dari Deeja juga rujuk gambar pertama di atas ye.Berharga dalam RM40+ .Ni pun Cik Sue suka foundationnya ringan sangat di muka dan mudah di ratakan lagipun tak berminyak bila tengah hari panas.

Testimoni Cik Sue

Terima kasih Deeja Cosmetic dalam 2 minggu penggunaan,Alhamdulillah parut dah makin pudar ,mulanya Cik Sue pun tak perasan tapi en suami tegur nampak kulit muka lebih berseri dan bintik hitam pun kurang.Serius puas hati sebab kali ni Cik Sue betul-betul pakai ikut aturan dan disiplin setiap hari.

Setakat 2 minggu ni tak de lagi kesan-kesan tak elok tuk kulit Cik Sue,tapi yang berkulit sensitif lebih baik cuba dulu 3 4 hari tengok ok tak kalau merah-merah dan ada kesan tak elok baik hentikan dulu dan check yang mana tak kena dengan kulit anda ye.Kat bawah ni kulit wajah Cik Sue sekarang,tanpa mekap tanpa edit ye,jujur ni hehehhe,sebelum ni kat pipi kiri dan kanan tepi tudung tu memang nampak parut hitam-hitam selalu Cik Sue cover dengan foundation dan concelar,sekarang dah makin pudar.Syukur sangat.sebab Cik Sue bukan suka sangat nak tempek foundation atau mekap tebal-tebal ni,rimas huhuuu.





Oh ya,korang jangan risau produk Deeja Cosmetic yang di keluarkan oleh Deeja Beauty Enterprise (KT0372101-K) ni ada kelulusan KKM dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan serta Halal ye,jadi boleh guna tanpa ragu-ragu.Macam mana nak dapatkannya ,boleh tengok maklumat lanjut kat bawah ye :

Facebook: Deeja Cosmetic
Instagram: deeja_cosmetic_hq
Call/Whatsapp: 019-6945950
Harga Set 5 in 1 Deeja Cosmetic: 
RM85.00 (SM) | RM90.00 (SS)

Testimoni terkini

Meh nak share dengan korang testimoni terkini pengguna Deeja Cosmetic.

GARA² MINYAK PANAS KULIT WANITA INI LEBIH CANTIK DARI SEBELUMNYA
==============



Apa yang korang akan lakukan sebaik terkena minyak panas? Bukan sedikit ye tapi sebahagian dari kulit muka korang. Inilah mimpi ngeri yang berlaku kepada wanita ini.

Kulit wajah adalah aset besar terutama bagi wanita. Sakit, sedih dan risau semua ada bila berlaku kejadian sebegini. Sebaik terkena minyak panas wanita ini mendapatkan rawatan dari hospital. Tapi kerana bahagian yang terkena itu agak banyak dan sudah tentu masa yg diperlukan untuk sembuh lebih lama.

Pada awalnya wanita ini memilih gel aloe vera untuk merawat luka dan pada masa yang sama dia berharap gel ini dapat membantu menghilangkan parut pada wajahnya.

"Saya kena mnyak panas tu ada dalam sebulan mcm tu la lepas tu saya dah tak pakai apa² skincare cuma sapu gel alovera je. Gel alovera tu cuma untuk baik luka² tu je nak hilangkan parut tu memang susah dan ambik masa lama jgk la.

"Tapi dalam sebulan tu muka dah jadi berminyak, tak bermaya, jerawat pn mula la tumbuh tapi parut tak hilang² juga...saya jadi down sangat² dengan masalah muka sy bila setiap kali tengok cermin, nak keluar rumah pn malu...kalau nk keluar rumah kena make up tebal², tapi make up mana boleh tahan lama...lama sikit je dh merekah.",luah Nurul dalam perkongsiannya kepada kami.

Dek kerana tak tahan dengan masalah kulit yang semakin menjadi jadi, dia mula mencari ikhtiar lain. Dengan lambakan pelbagai produk di pasaran Nurul lebih berhati hati dalam produk yang terbaik dan bermutu. Apa yang penting produk tu selamat, mendapat pengiktirafan dari KKM dan mampu menghilangkan parut besar pada wajahnya.

"Saya cuba tengok² produk skincare di facebook. Mulanya saya nak try set skincare lain, tapi tak tahu mcm mana saya boleh tertarik nak mencuba produk deeja cosmetic ni lepas tengok testimoni² yang cukup banyak dari pengguna. Saya nak tahu kesannya berbaloi tak dgn masalah parut saya yang teruk ni. Tak sangka akhirnya mmg produk ni terbukti berkesan. Banyak parut saya dah hilang hanya sebulan pemakaian dengan sangat² konsisten. Alhamdulillah husband dan family saya pun berpuas hati dengan perubahan ni.


"Masa mula² nak cuba skincare saya paling takut ada pengelupasan. Tapi inilah yang buat saya sangat² puas hati dengan deeja cosmetic bila parut kat muka saya dirawat tanpa apa² pengelupasan dan tak ada pedih².

"Saya mula menggunakan Set Deeja Cosmetic 5in1 dan diamond foundation dan alhamdulillah sebulan lebih bersama Deeja Cosmetic kulit saya dah bertambah baik. Jerawat pun dah kurang kulit lebih halus dan lembut dari dulu", tambah Nurul.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk ini boleh hubungi talian di bawah atau layari facebook mereka untuk lebih banyak testimoni.

Facebook:
https://www.facebook.com/deejacosmeticofficial/


Viewing all 683 articles
Browse latest View live